Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Sunday, October 31, 2010

Biar Bonar? Kelantan Dapat Cuti Umum (31/10/2010)

 
JUARA PIALA MALAYSIA... Ketua pasukan Kelantan, Indra Putra Mahayuddin menjulang trofi selepas pasukan 'The Red Warriors' itu menewaskan pasukan Negeri Sembilan dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu malam. - Foto S.S KANESAN /The Star
Yeah!! Esok cuti..sempena Kelantan menjuarai Piala Malaysia 2010.
....
....
...
..
.
Aiseyhh...aku kena keje lorrr esok..bukan berada kt Kelantan skgni..adehh..
apa2 pon Tahniah! Red Warrior..thun depan gomo lagi..nnt dpt cuti umum lagi..
peace no war ok!

Saturday, October 30, 2010

Kelantan Juara Piala Malaysia 2010, TAHNIAH!

YAHOO!!
TAHNIAH! Kelantan kerana berjaya menewaskan Negeri Sembilan, 2-1. Kini piala idaman sudah menjadi milik Kelantan utk tahun 2010. nnt boleh ler bg hadiah kat Sultan Kelantan yg Baru, Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra


Kelantan menang bergaya 2-1 menewaskan Negeri Sembilan


RED WARRIORS!...GO MORE! GO MORE!

Tengok Citer TAKERS Hari Nie

Wahh..penatnya rasa..baru  balik dr ronggeng2 bersama cik Elie yg bakal berkahwin bulan 12 nnt...hrni sepetang teman dia p cari brg kawen. Aku pon xketinggalan juge sibok menyopping..ahah..sempat la sambar sepasang kasut tumit tinggi 2 inci setgh..hurmm xder less pon :( amk yg new arrival..hak2...pk 2 kali gak nk amik..pastu..tiba2 pejam mata terus amik...hehe..takot nnt bila dh pk lama2 xjd amik la..biasanya aku camtu lah..bila byk kali sgt pk mst xjd beli punya..sbb tu lah aku pk 2 kali jer pejam mata terus bayar..keh3..

lepas soping kami tgk wayang...tgk citer TAKERS..best la jugak..ala2 Italian Job citernye...5 orang perompak akhirnya tinggal 2 orang je yg terselamat..berjaya selamatkan diri bersama duit rompakan..yg lain sume mati kena tembak..mmg bagus la semgt setia kawan depa berlima nih..tp sebenarnya geng diorg ade 6 org dulu2...ntah camner sorg lagi kena tangkap time merompak b4 ni..masuk lah jail..bile dpt kluar dia nk balas dendam ngn geng dia tuh..maka dia pon carilah geng dia dulu dgn niat yg tersembunyi...mmg terror lah cara diorg merompak..ade skill gitu..hehe..bile dh bersatu kembali...mereka mula merancng satu rompakan besar..bile dh berjaya dptkan duit..maka munculah pembelot..maka terjadilah adengan tembak menebak..kejar mengejar..last skali..mati jugak si pembelot itu..aduhh..sayangnye...si hensem plak yg mati...yg terselamat yg xbrp nk hensem...ngeee.....CIO

Friday, October 29, 2010

Aktiviti Esok 30 Nov 2019

Esok kitorang  xkerja..store tutup sbb renovation...so mcm2 la geng2 plan xtvt.. Mula2 nk g hiking Bukit Bendera...tetiba lak xjadi..byk alasan..mls nk bagun awl pagi..xleh blah langsung alasan dor nih..org nk hikking kna la awl pgi...teduh skit kan..pastu plan nk g main bowling plak dah...mendpt sambuta hangit xtvt ni..sume kata setuju..wahh..sume xtvt yg aku suka nihh..ni xtvt utk pg hingga tghari..utk petang sampai mlm lak..plan nk wat bbq kt tepi pantai seagate tuh..kna kumpul duet RM20 sorang..menu.seperti biasa bihun goreng, ayam bbq 8ekor..dan byk lagi..nie pon sronot gak..tapi aku??nk join ke xnak eh? hurmm..sorry geng..aku xleh join korang..aku dah janji ngn kawan aku sorg nih nk teman dia p beli brg2 persiapan hantaran kawen dia bulan 12 nnt..utk mlm plak aku nk tengok bola lah..final piala Malaysia..ofcos la Kelantan vs Negeri Sembilan a.k.a Nasik Kerabu Budu Cap Ketereh vs Nasi Masak Lomak Cili Api..skali pk rugi gak xjoin diorg..bulih wat kenangan utk aku gak nie..dh la ujung bulan ni nk resign dah..tp xpelah..utk dinner kat hotel lepas raya haji nnt ade lagi kan..boleh jer sama2 enjoy nnt ngn melaram baju cantek msg2..dgn tema casual purple or pink n bling2..aku??  dh tempah dh bju..kaler purple..hihi...tp yg bling2 tu xtau nk pki apa..tudung jer kot yg bling2.. :D


Thursday, October 28, 2010

Mangsa Gunung Merapi diKebumikan

Kaum keluarga menaburkan bunga ke atas keranda-keranda mangsa Gunung Merapi yang dikuburkan secara beramai-ramai di Sidorejo, Sleman, Jawa Tengah pada Khamis. Usaha menyelemat bencana alam itu dihentikan sementara bagi upacara pengkebumian berkenaan. Lebih 20 daripada 32 mangsa dikebumikan ekoran tragedi berkenaan pada Isnin lalu yang mengorbankan lebih 300 nyawa. - Foto AFP

Wednesday, October 27, 2010

Sape Peminat Remy Ishak?

Pegang Tangan: Tiz Kata Tidak, Remy Kata Ya

Remy mengaku pegang tangan Tiz.

PETALING JAYA: Pelakon Tiz Zaqyah mencipta satu lagi kontroversi baru apabila dia tidak mengaku memegang tangan aktor Remy Ishak sedangkan pelakon lelaki itu mengesahkan mereka ada berbuat demikian.

Mereka dilihat berpegangan tangan pada acara Motor GP di Sepang, Selangopr pada 10 Oktober lalu.
Beritahu Remy, walaupun dia dan Tiz berpegangan tangan, ia tidak bermaksud kedua-dua mereka sedang bercinta sebaliknya mereka hanyalah kawan biasa sahaja.

"Saya akui yang kami berpegangan tangan pada waktu itu. Tetapi bukan sebagai sepasang kekasih. Tiz sekadar seorang kawan.

"Lagipun kami ke acara itu beramai-ramai di mana pada waktu itu keadaannya agak sesak dan masing-masing memegang tangan sesama sendiri.

"Pada pandangan saya, ia adalah satu gosip yang cuba menjatuhkan karier saya dan ditokok tambah," tegasnya.

Sebuah akhbar baru-baru ini melaporkan penafian Tiz kononnya dia berpegangan tangan dengan Remy Ishak.

Tambah Remy, dia tidak sangka selepas gosip mengenai hubungannya dengan pelakon Maya Karin semakin senyap, muncul pula cerita baru mengenainya dengan wanita lain.

"Bagi saya, orang suka gosipkan dengan macam-macam wanita itu dan ini," ujarnya dengan nada sedih.
Tidak cukup dengan itu, Remy turut dikatakan semakin sombong termasuklah menuntut bayaran puluhan ribu ringgit bagi sesebuah tawaran drama.

Menurut pelakon yang popular menerusi drama Nur Kasih itu, dia tidak mungkin meletakkan harga tinggi kepada pihak produksi dan hanya terima berdasarkan harga yang ditawarkan.

"Saya tidak pernah menuntut harga yang tidak relevan kepada pihak produksi yang menawarkan saya berlakon drama mereka.

"Sebaliknya saya terima apa yang ditawarkan dan sebelum itu mestilah ada sedikit rundingan harga. Itu perkara biasa untuk mana-mana pelakon.

"Alhamdulillah, setakat ini tiada pihak yang merungut. Cuma masalah saya ialah bila mereka terpaksa menyusun jadual saya yang padat.

"Saya pelik, kenapa ada pihak yang suka bercakap negatif tentang diri saya. Kadang kala perkara itu membuatkan saya tertekan.

"Walau apa pun, saya hanya berserah pada takdir dan cuba menguruskan karier saya sebaik mungkin," katanya yang sibuk dengan latihan teater Natrah 2.

Dalam pada itu, Remy melahirkan rasa kesal dan sedih dengan pelbagai kontroversi timbul kerana tempias turut terkena kepada keluarganya.

Kata pelakon berusia 28 tahun itu, kehadirannya dalam industri hiburan bukan kerana mahu mencipta kontroversi atau pun mencari populariti, sebaliknya dia mahu melakar nama sebagai seorang pelakon berkaliber.

"Sebenarnya perasaan saya bercampur baur. Saya sedih, kelakar pun ada kerana benda-benda yang tidak wujud diceritakan. Cuma setiap khabar angin yang timbul, melibatkan ramai hati di luar sana.

"Kalau saya tidak berkeluarga, saya memang tidak hairan dengan gosip-gosip yang timbul. Tapi bila orang bertanya saudara mara saya tentang gosip-gosip itu, sedikit sebanyak, ia mencalar nama mereka juga.

"Apa pun, kehadiran saya dalam bidang ini adalah untuk menjadi seorang lagenda. Saya mahu dikenali melalui pencapaian karier, memberikan komitmen kerja 100 peratus dan menunjukkan persembahan lakonan yang bagus," tegasnya yang akan memulakan penggambaran filem arahan Osman Ali, berjudul Bera Jiwa, selepas pementasan teater Natrah 2 yang bermula pada 25 November ini.

Monday, October 25, 2010

Sampai Hati mr SANI Tinggalkan Saya....Sob3x

"Sampai hati mr. SANI tinggalkan saya...sob3x..saya lewat seminit jer...wawaawawa"

hmm..begitu luahan hati kazen ku yg baru saja terlepas dari menaiki Bas Expres Sani dari Kajang ke Kota Bharu pkl 9 mlm tadi utk blk kampung.

google imej
Bus Ekspress SANI

mr.SANi mmg tak patut buat cmni..takde toleransi langsung, customer servis pon FAILED..kurang2 tepon la driver bus tu suruh brenti tunggu jup kt mn2..sambil2 boleh la kejar..kan hanya lewat seminit jer...ni la yg dikatakan customer servis failed..bas berlepas mengalah flight, lewat seminit terus kena tinggal.. kalau bas delay lebih sejam tu takde pula nk mintak maaf ngn penumpang ni..

Hurmm..pengalaman aku naik bus Ekspress Mutiara n Shamisha Holidays dr Penang - Kota Bharu memuaskan lagi setakat hari ini. Pernah ada sorang penumpang terlambat..so dia mtklah no fon driver bus dr kaunter Tiket dan bgthu driver mtk tunggu sekejap di hentian terdekat. Mujurlah dengan tangkasnya penumpang itu bergerak dan sempat mengejar bus itu di hentian terdekat..inilah yg dinamakan toleransi.

Dan pernah juga aku hampir2 ditinggalkan oleh bus, nasib baik driver bus tergerak hati nk tunggu lg 2minnit..rupanya2 aku salah lane tungggu bus..patotla bus lain yg muncul..hehe..mujur bertindak pantas..

Dibelakang tiket ada menyatakan kena berada dalam bus 15 minit awal..tp ade jugak bus yg dtg lewat...pernah juga aku tunggu bus lebih dari sejam baru sampai..hbs roti tisu n teh tarik gelas besar aku pulun...

^_^ : mr SANI sebok hanimun kot skgni..

SAMDOL 1

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

********************************************

SAM : Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL : Sebab dia tipu aku. Aku beli 3 barang dia mintak 6 Ringgit. Kata kedai 2 Ringgit.

********************************************

SAM : Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tahu ia mati lemas?
DOL : Sebab aku bela ikan emas. Aku jumpa ia mati dalam air!

********************************************

SAM : Semalam aku nampka hantu!
DOL : Uih! Kau terkejut tak?
SAM: Taklah, hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM : Aku tengok muka dia pucat semacam jer..

Piala Idaman Rakyat Kelantan




Ini adalah gambar sebuah piala. Piala yg dicipta khas sebagai hadiah dalam sukan bola sepak di Malaysia. Maka telah pon dinamakan sebagai Piala Malaysia. Sgt2 wanted oleh semua pasukan bola sepak di negara ini. Dan utk musim kali ini di tahun 2010 ini, piala ini sedang menjadi idaman oleh rakyat Kelantan atau lebih spesifik lg oleh pemain2 bola sepak Negeri Kelantan yg bermain dalam Liga Piala Malaysia tahun ini.

Perlawanan Akhir Piala Malaysia pada 30 Oktober 2010 nanti bakal menyaksikan Kelantan bertemu Negeri Sembilan. Ini aalah peluang kedua Kelantan bertemu Negeri Sembilan pada final.

Piala Malaysia edisi ke 83 tahun lepas telah dimenangi oleh Negeri Sembilan yg telah berjaya menewaskan Kelantan 3-1.

Debaran kian terasa...dup dap...dup dap...Di harap Piala Malaysia tahun ini pula berjaya diraih oleh Kelantan.

Kelantan Isytihar 4 Nov Cuti Peristiwa

KOTA BAHARU: Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan 4 Nov iaitu Khamis depan sebagai hari cuti peristiwa sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas.
Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Mohd Aiseri Alias menerusi surat pekeliling arahan pentadbiran SUK kepada Bernama di sini pada Ahad.
Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandang wakil rakyat daripada PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus 27 Sept lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu pada 26 Okt ini. - BERNAMA

Saturday, October 23, 2010

SEMANGAT..Datanglah Dikau

Kalau dah ada semangat, JANGAN patah balik. TERUSKAN..Takut nanti semangat tak datang dah.



Mana semangat nie? Datang lah dikau!

Ade sape2 boleh bagi saya semangat tak? Amat2 dialukan.

Kenapa Tak Bincang Dulu?

Semalam..kwn aku citer yg rumah kwn dia telah dimasuki perompak. Perompak2 itu telah berjaya ditangkap. Didapati perompak itu masih lg budak sekolah. Baru jer tingkatan 1. Bile dh berjaya ditangkap dan dibuat laporan polis, maka hebohlah satu kampung yang ank si anu cucu si ani ditahan lokap. Mujurlah takde kemalangan jiwa yg berlaku, Khabarnya salah sorang perompak itu telah masuk bilik adik perempuan kawan dan dia terperasan yg perompak itu sedang merenung dia. Pada mulanya dia igtkan mcm mimpi jer, rupanya betul. Bila dah btol2 sedar, maka berkejaranlah dia dgn perompak itu sehingga semua ahli dlm rumah tersedar dari tidur masing2. maka tertangkaplah mereka.

Mak Perompak A: Tangkap jer lah A tu. Elok sangatlah A duk dlm lokap. Senang skit hati aku ni, dh tak perlu lagi nk berperang ngn dia.

Nenek Perompak B: Kalau ya pon nk report polis, kenapa tak bincang dengan kami dulu.

Jiran: Habis, cucu makcik tu masa nak merompak, tak bincang dulu pon dgn kami.

Nenek Perompak B terus senyap tidak terkata. 

iskh..macam2.

Moral: Berfikirlah sebelum bertindak.

LAGI: Pekerja Ladang Rogol Adik Angkat Dihukum Penjara Enam Tahun

Pekerja Ladang Rogol Adik Angkat Dihukum Penjara Enam Tahun


KLANG: Seorang pekerja ladang tergamak mengugut mahu mencabut tayar motosikal milik adik angkatnya supaya menuruti permintaannya ke ladang kelapa sawit sebelum mangsa dirogol, dua tahun lalu.
Hamiruddin Abd Haris, 27, menerima balasan atas perbuatan terkutuk itu selepas dia diarahkan menjalani hukuman penjara selama enam tahun bermula Jumaat, selepas Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Yong Zarida Sazali menerima pengakuan salahnya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa yang berusia 15 tahun 7 bulan, pada pukul 3 petang, 18 Disember 2008 di dalam kereta Proton Satria, di sebuah ladang kepala sawit yang terletak di Sabak Bernam, dekat sini.

Pendakwaan terhadapnya dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Noorbaya Jamil mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya hukuman terhadapnya dapat diringankan bagi membolehkan dia menjaga ayah yang sakit.

“Saya berasal dari keluarga yang susah dan ayah juga tidak bekerja. Saya menanggung keluarga dengan pendapatan bulanan RM900. Saya juga telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi,” katanya.

>>>> sgt sedih bila makin byk kes2 mcm ni skgni. Bila dh tertangkap dan dihukum..tahu pula nk merayu dan mulalah baru rasa nk insaf. Sebelum buat, tak terfikir pun semua itu.. Nie lah manusia yang telah dikuasai oleh nafsu serakahnya. Nauzubillah...



Friday, October 22, 2010

Nana Kerrr?? Dah Dapat Baby Girl..Tahniah!



Tahniah! Nana dan suami, selamat dikurniakan seorang bayi perempaun yg diberi nama Althea Raqeem Brian pada pagi Khamis 21 Okt 2010.

Thursday, October 21, 2010

Auuwww!!! Seksi U



Spesis orang utan yg baru ditemui di alaf kini
hehehehe

Bakal Pengantin Hilang Di Kuantan Ditemui Di Kuala Lumpur

Termenung Panjang..Remaja yang hilang, Rozaliya Mat Lazim, 20 begitu sunggul semasa ditemui selepas menghilangkan diri selama lapan hari pada sidang media di Pejabat Polis Daerah Kuantan, Rabu malam. Rozaliya yang akan melangsungkan perkahwinan pada 12 November ini ditemui di Bukit Bintang Kuala Lumpur ketika sedang bekerja di Kedai Serbanika 7 Eleven selepas ada seorang individu menghubungi Polis Kuala Lumpur dan memaklumkan kepada Polis Pahang - Gambar BERNAMA.

Sumber :mstaronline

Anak Sulung Sosilawati Sertai Umno??

Anak Sulung Sosilawati Sertai Puteri Umno


KUALA LUMPUR: Anak sulung kepada jutawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya pada Rabu dilantik menjadi Ahli Biro Keusahawanan Pergerakan Puteri Umno.

Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, sebelum itu menyerahkan borang menjadi ahli Puteri Umno kepada Ketua Sayap itu, Datuk Rosnah Abdul Rashid Sherlin pada pukul 5.30 petang tadi.

Beliau yang muncul semasa perbahasan sedang berlangsung sebelum itu sempat bersalaman dengan semua ahli Exco yang berada di pentas.

Rosnah turut dilihat memberikan kata-kata semangat kepada beliau.
Kehadirannya pada perhimpunan itu menarik perhatian semua perwakilan dan petugas media yang hadir.

Erni ketika ditemui media berkata, beliau mengambil keputusan untuk menyertai Puteri Umno bagi meneruskan hasrat arwah ibunya yang ingin membantu orang ramai.

Katanya, itu adalah satu cara untuk dirinya membantu usahawan wanita yang inginberjinak-jinak dalam dunia perniagaan.

"Semua ilmu dan pengalaman yang diajar oleh ibu akan saya gunakan sebaiknya untuk membantu orang ramai.

"Saya hanya meneruskan sifat ibu yang banyak membantu ibu tunggal dan golongan upaya," katanya.
Erni memberitahu dirinya telah berfikir secara mendalam sebelum membuat keputusan menyertai Puteri Umno.

Media sebelum ini melaporkan mengenai kehilangan Sosilawati bersama mangsa yang lain pada 30 Ogos lalu selepas dikatakan pergi ke Banting untuk bertemu seorang peguam berhubung urusan pembelian tanah.
Misteri kehilangan keempat-empat individu terbabit terungkai pada 12 Sept apabila pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dalam satu sidang akhbar, mengesahkan kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibakar, manakala abunya dicampakkan ke sebatang sungai berhampiran.

Sumber : http://www.mstar.com.my/ 

HTC Wildfire Contest..Jom pakat join!

Saya telah join contest ini..

 HTC Wildfire Contest
Senang jer cara2 nk join...perlu Like page
Contest ni mula 1 Oktober 2010 hingga 30 November 2010.. jadi, masih ade lagi masa utk menyertainya..sila2X

Kwn2..sudikanlah diri vote pic sy disini ya..TQ.

saya pertaruhkan gambar ini....kenangan mendaki Bukit Bendera tahun lepas...harap2 ada tuah disini....hehe

Monday, October 18, 2010

Saya Nak Nanges Boleh Tak??

Uwaaaa..uwaaa......semalam pergi survey kedai jahit, hajatnya nk tempah baju kurung dan kebaya. Amik ko..RM50 utk baju kurung pesak, RM70 utk baju kurung moden dan RM65 untuk kebaya..mak aihh..mahal tuuuu...nak nanges jer time dgr...terasa nk g beli mesin jahit terus jer leps dgr harga2 upah..nak jahit sendiri baju..tapi apa daya..belum ade rezki lebih lg nk be;i mesin jahit..tp hajat nk dptkan 1 mesin jahit tu dh ade la..insyaAllah...so..xjadilh aku nk tempah baju kt Penang nih..cekik darah btoll..kena cari tempat lain plak..adoyaiii..

^_^: ade sape2 nk sponser mesin jahit murah2 kat saya x?hehe

Sunday, October 17, 2010

Canon Photomarathon Malaysia 2010

Semalam ke Penang Road, tujuannya nak cari kain pasang untuk wat baju kurung utk dinner akhir tahun.
Sampai jer kt Pasar Chow Rasta yg pemos ngn jeruk2 ni..aku tengok ramai sangat orang yg pakai T-shirt kaler merah ngn kamera tergantung kt leher masing2..majority..berkumpulan lak tu..ade apa ek??? mula2 aku teka ade tresure hunt..rupanya salah...bile aku pergi dekat2 ngn kumpulan diorang tu.aku jeling2 la kt name tag diorg tuh..owhh rupanya diorg terlibat ngn Canon Photomarathon...Aku  teruja gile tgk kamera diorg yg canggih manggih tuh..iskhh...nk grab 1 xmampu..hehe..

Dalam ramai2 yg aku selisih, rupanya ade jugak org aku kenal peserta Photomarathon nih...aku jumpe abg Silmi...dia nie mmg photographer..kira otai la jugak..aku kenal time dia amik job ngn USM utk majlis konvokesyen USM ke 40 thn lepas...masa tu aku kira assistant diorg lah..tukang bwa kaki kamera, bateri, lampu2, dan tukang bagi no gambar kt graduan...wat part time masa tuh RM50 sehari..berbaloi..maklumla student lagi masa tu..

Jom..tgk pic2 disekitar Canon Photomarathon Malaysia 2010 Tanjung City Marina...kat facebooknya..cantik2 n menarik..

Geng Abg Silmi

^_^: ..kemara digital ku kena curi tahun lepas..xtau la bile dapat beli yg baru nih..asyik tumpang bergambar ngn kamera org jer skgni...sadis tol

Friday, October 15, 2010

Hanya di Rusia

Huhu..agak2 ler kannn nk letak nama hotel pown..

Aqasha Kawen Senyap-senyap Ekk..



Nie petikan dari utusan 15 Oktober 2010

WALAUPUN menunggu hingga ke lewat petang, kelibat wartawan yang hadir tanpa diundang akhirnya berbaloi dengan layanan pasangan pengantin baru, Aqasha, 28 dan isterinya, Noor Baizura Mohd. Sabri, 27.
Majlis pernikahan tertutup yang diadakan di kawasan kediaman mewah Lake Fields, Sungai Besi itu, pada awalnya dikhaskan untuk saudara mara terdekat dan teman rapat tetapi berjaya dihidu oleh pihak media dengan harapan mendapatkan liputan yang terbaik.
Mujurlah kedatangan kami disambut baik oleh kedua-dua mempelai mahupun keluarga kedua-dua belah pihak.
Dengan kehadiran tetamu hanya seramai 300 orang, upacara pada petang itu berjalan lancar dalam suasana yang cukup meriah walaupun serba ringkas.
Hanya sekali lafaz, tepat jam 3.25 petang, Noor Baizura sah menjadi isteri kepada pelakon utama Mertua vs Menantu itu.
Menariknya, majlis pernikahan aktor itu cukup sederhana dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan disertakan dengan seutas rantai emas putih tanpa adanya sebarang hantaran.
Jelas Aqasha, kedua-dua keluarga bersetuju untuk mengadakan majlis secara kecil-kecilan.
"Barangan hantaran sudah pun diberikan pada majlis pertunangan Mei lalu.
"Hari ini, saya hanya berikan seutas rantai dan wang hantaran sebanyak RM20,000," tambah hero filem Embun itu.
Bertemakan warna diraja, pasangan raja sehari itu kelihatan cukup mempesonakan dalam busana kuning keemasan.
Menurut Aqasha atau nama sebenarnya Firdee Akassya Rosli, busana baju Melayu yang dipakainya dan baju kurung moden yang digayakan oleh si isteri adalah idea mereka sendiri tanpa tajaan mana-mana pihak.
"Kami saja memilih tema kuning dan putih untuk majlis kali ini bagi menceriakan suasana.
"Lagi pun, ia sesuai dengan gelaran raja sehari," komen Aqasha ringkas mengenai tema pilihannya itu.
Disebabkan ia sebuah majlis tertutup, hanya Jehan Miskin, Khir Rahman, Tony Eusoff, Adlin Aman Ramlie dan Emelda Rosmila sahaja antara artis yang kelihatan pada upacara tersebut.


^_^ = Apa2 pun tahniah! Selamat Penagantin Baru.

Thursday, October 14, 2010

Tengok Wayang Cite Endhiran

Hari ini dalam sejarah...
First time aku tgk movie cite Endhirant kt GSC semlm... Cite Tamil lak tu.
Agak segan gak bile tgk majoriti kaum I jer yg duk menunggu nk masuk tgk cite nih...tetiba ternampkala satu kapel melayu nih duk menunggu nak masuk jgk..keh2X..lega..igtkan aku je Kaum M yg tgk..maklumlah cite Tamil..masuk2 panggung, kalih ler ke belakang..eh..org C pon ade gak ek...owhhh 1Malaysia...ekeke..ok laa..dlm ati, duk mtk..hrp2 adele subtitles..hehe..xpsl klu xdak subtitles..mn nk paham...ayoyo..ehh..ni bkn cite 3D, mn bley xdak subtitles...(cite omputeh 3D xdak subtitles)
HAaaaa...Endhiratn ni cite dia pasal robot. Cite ni sbnrnya ade dua versi, Tamil dan Hindi. Tp kt Queensbay  ade versi Tamil jer...So layan jerlah kan..Wahaha...kira hebat jgk la cite nih..maklumlah tgh Box Office skgni. Sbb Box Office jg lah tiket wayang jd mahal hrni, RM8..huhu..spatutnya hari rabu RM6 jer kt GSC. Tp demi nk tgk lakonan Ashwarya Rai berganding bahu dgn hero Tamil yg pemos itu, Ranjnikant..sape yg xkenal ngn hero TAmil yg pemos dgn tgn yg dilibas2 bila nk hisap rokok..haha..

image google
Cite ni mmg menarik..kisah psl robot yg di upgrade menjadi robot yg perasaan sama mcm manusia dan boleh plak terjatuh cinta pada kekasih si pencipta robot itu maka, berlakulah konflik antara mereka bertiga..lagu2 cintan pon pasal neutron, elektron, haha..mentang2 la saintis robot, mengayat pon guna terms sains..keh3..paling menarik time adengan robot tu bertukar menjadi robot jahat..ngamuk sakan..

Aku bg 4 bintang utk cite nih..sib baek xde adengan yg blh meluruhkan jantung cam cite Residence Evil: Afterlife 3D.. :D


^_^: Layaaannnnnnnnn

Wednesday, October 13, 2010

Penyokong Red Warrior Malaysia Meninggal Semalam

sekitar kejadian selepas perlawanan mlm tadi.

Seorang penyokong Kelantan telah meninggal kerana dibelasah sehingga pecah kepala oleh penyokong pihak lawan malam tadi...
Al- Fatihah kepada manga yang meninggal di stadium malam tadi.

 

Keputusan akhir Perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia. 12 oktober 2010

Negeri Sembilan 1 - 0 Perlis
Terengganu 2 - 2 Kedah
Johor Fc 1 - 0 Pahang
Selangor 0 - 0 Kelantan

gmbr dr Djbig.

Tuesday, October 12, 2010

Senyum Kambing Yang Manis


Inilah senyum kambing yang benar-benar manis.
Comel dan manis kan? :D

(Simpulan Bahasa)

Senyum Kambing bermaksud: Senyum sedikit atau senyum dibuat-buat

Di Sebalik Nombor 4 & 9 dikalangan Orang Jepun

image google

Perkataan Bahasa Inggeris, four and nine jika disebut dikalangan orang Jepun seolah-olah berbunyi kematian dan penderitaan. Oleh itu, tiada bilik bernombor 4 & 9 di kebanyankan hospital dan hotel di Jepun.

Kiranya no 4 & 9 ni xde Ong la ek bg orang Jepun..orang Cina pon xsuka juga dgn no 4..
No bertuah bg mereka pula ialah 3 & 8...kaya dan kaya bunyinya.....patotla..klu no plate kendereaan yg ade bernombor 1,3,8 kebanyakan dimiliki oleh orang cina...huhu..taksub betol dgn nombor..




Monday, October 11, 2010

Mesti Lihat: Teka Berapa Kaki Gajah?

Cuba teka, berapa kaki gajah ini?

Pernikahan Jutawan Bas Ekspress Datuk Wan Mohammad Sani dan Datin Fatimah Dalilah

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA PASANGAN PENGANTIN 10.10.10

pada tarikh ini juga, tidak ketinggalan, jutawan bas ekspress Sani, Wan Mohammad Sani atau lebih dikenali dengan nama Sani telah selamat mengakhiri zaman bujang beliau dgn ratu pilihan hatinya Fatimah Dalilah.

Aku rasa ini juga perkahwinan mewah tahun ini selain daripada perkahwinan Dato' Dr Sheikh Muzafar dengan Datin Dr Harlina dan Nur Nadia SM Nashimudin dgn pasangannya.

Rombongan pihak pengantin lelaki yg diringin oleh konvoi kereta2 mewah seperti Lamborghini, Ferrari, Posche.






di kerumuni oleh yg berminat..hihi
Ni pula hantaran dari pihak pengantin lelaki..hoho....amat menarik, tertarik dan memang lah daboooommm


set barang kemas..siap dgn tiara lagi, bukan calang2 batu permata tuhh




tiara...mungkin akan dipakai utk amjlis persandingan kot



Datin Fatimah Dalilah, menunggu saat diijab kabul


Datuk Wan Mohammad Sani..menunggu utk di akad


Selamat di nikahkan


Tahniah! Selamat Pengantin Baru,
Datuk Wan Mohammad Sani dan Datin Fatimah Dalilah
Semoga Allah merahmati kalian berdua dan kekal hingga akhir hayat, dunia dan akhirat. Amin.

Dariku, penumpang setia Bas Ekspress Sani dr Kota Bharu- Kajang...hehehe

Kredit to empunya photo, sandra sony.

Jahat ~ Stacy

Jom layan lagu baru yg dinyanyikan oleh Stacy


"aku bagaikan sudah terkena mentera cinta, dari mana kau datang menyerang"
...............................
"engaku membuat diriku terigau-igau"
"diriku terbayang kamu hampir setiap waktu"
..................................
"jahatnya kamu"

Sunday, October 10, 2010

Konvokesyen Ke-7 UniKL..Tahniah! Abe Yong


TAHNIAH!!!!

Kepada Kazen aku
Abe Yong a.k.a Shah BakpoPulok
dah selamat bersidang pada 6 Oktober 2010 lepas
utk Majlis Konvokesyen Ke-7 Universiti Kuala Lumpur
berjaya menggenggam sekeping Diploma IT
dan kini masih lg meneruskan perjuangan di menara gading
utk menggengam segulung Ijazah Sarjana Muda IT di Universiti yang sama, UniKL
Kak Na doakan semoga Abe Yong Berjaya hendaknya.

TAHNIAH & GOOD LUCK!!

Abe Yong ank pakcik aku yg berkaca mata
dari kiri
 P/s: Konvo utk Degree nnt InsyaAllah, xde aral nnt Kak Na g.


Friday, October 8, 2010

Otak tak Center


dah 2 hari dah aku rasa di awan awangan
hari ni rasa tak berkurang juga perasaan di awn awangan tuu
uwaaaaa
xtahu knape?
fikiran duk pikir macam2
soal keje, soal jodoh, soal hidup, soal mati, soal mcm2
kecamuk habis, xtau nk susuan yg mna dulu..
aduhai
ya Allah...apa sudah jd ngn diriku ini??
Ku Mohon Petunjuk Dari MU YA ALLAH.

Wednesday, October 6, 2010

Manjakan diri dengan Loofah

Nak manjakan diri dengan Loofah lahh...

gambar hiasan dr en Google

Semalam terbeli benda ni kt tesco.. lama dah tak manjakan diri dengan benda ni.. Inilah Loofah org panggil.


nie pon gambar hiasan dr google gak..
gambar sendiri xdak..yg aku beli
sebijik lah sama ngn yg ini.

Sebab nk gantikan dengan benda ini.

Ni pon gmbr hiasan en google gak.


Loofah? Orang putih pangil loofah, orang melayu panggil buah petola...
Loofa ni blh dijadikan salah satu produk penjagaan mandian tau. Dari buah petola, selain blh dibuat makan, ia juga boleh dikeringkan dan dibuat mcm2..alat mandian boleh, bekas hiasan pon boleh..macam2 lagilah boleh dibuat kalau anda seorang yg kreatif.

Tips penjagaan: Rendamkan loofah ni dlm air suam utk melembutkannya. Gosokkan dengan perlahan bersama dengan krim mandian kegemaran anda. Bilas dengan bersih selepas mengguna.


First time jumpe loofah yg btol2 ori (tanpa bhn pengawet lain) time aku g Sabah 2006 dlu. Beli kat Tamu KK... 2 singgit..murah..aku beli 4 terus nk wat balik semenajung..keh3..memang tahan lama..sental habis...yang aku beli semlm cap tesco..RM2.90..yg telah diawet secara kilang, blh thn skit la tp takleh lawan yg ori punya..

Berfikir Gaya Trump

Buku ini saya beli bulan lepas. Bersemangat saya utk membacanya. Saya beli buku ini sebab saya ingin jadi mcm Donald Trump nie. Saya nak berfikir gaya Trump. Beliau sangat kaya raya. Walaupon beliau seorang yang bongkak, pemarah, gile glamor tapi beliau pandai berbisnes. Tidak mudah putus asa.. Saya pon nk jadi kaya raya jugak macam beliau. Saya nak bayar utang PTPTN ngn bunga2nya skali. Saya nk g Mekkah, buat Haji. Tapi...saya tak pandai berbisnes. Saya bukan otak bisnes.. Camne nak setting otak bisnens nih????? Owhh tidakkk...Trumph..tolonglah saya...



Trumph kata..."Bagi meraih kejayaan dengan lebih bermakna, kita hanya mempunyai dua pilihan sahaja. Pertama, lakukan perkara yang kita cintai atau cintai perkara yang kita lakukan".

Jadi sekarang ini, saya tak boleh putus asa. Saya nak buat perkara yang saya cintai, dan saya juga akan mencintai apa yang saya lakukan. Saya kena buat dua perkara ini, sebab saya pon nk berjaya macam Trumph. Saya akan terokai diri saya dengan cuba memahami dan mengenali cinta saya.

Jadi, tiada yang mustahil utk saya berjaya. Kena sentiasa berfikiran positif, sabar, tidak putus asa dan yang penting kena bersedia utk berubah. Buktikan pada diri sendiri. Kejayaan memerlukan impian, visi dan matlamat... Berusaha...Berdoalah...Bertawakal

P/s: sangat terkesan di hati dengan kisah "Impian menjadi Prime Ballerina" muka surat 75 dari buku ini yang membuatkan aku teringat dengan seorang interviewer yg memberi aku soklan maut baru2 ini...Hoho..selagi idup dan tidak nyanyok aku akan igt smpi bile2.

P/s: Buku ini terkandung bbrp tokoh Malaysia dan antarabangsa yang mempunyai irama pemikiran yang serupa ~ sangat memberi motivasi utk aku..tak rugi beli..ilmu nih...

Add LinkWithin ~ jasamu dikenang Mr Kuman

Akhirnya...kesampaian juga aku untuk buat  LinkWithin sama cam blogger2 lain..
Sebelum ini jenuh duk mencari n godek sana sini kat Dashboard > Setting...tp xjumpa jgk...rupanya kena install widget LinkWithin dulu. Owhh..baru ku tahu ;)

Ini semua adalh  hasil dari jasa baik Kuman yg sudi memberi tunjuk ajar melalui Tutorial: Tambah LinkWithin kat blog yang di tulis entry atas pertanyaan aku yang tak malu bertanya ini melalui  ShoutMix belia mlm tadi...hehe..dah ler tgh2 mlm buta..sib baek ade respon..klu x malu den..nanti tak pasal sesat jalan....

Sangatlah mudah, ringkas, padat dan berkesan steps2 yang ditulis oleh Kuman. Kalau nk tahu lebih lanjut..sila lah melawat Kuman disini ya bersama entrynya Tutorial : Tambah LinkWithin kat blog disini..siap ada nama cikmakhlukbumi lg dlm n3 tu...malu saya...sib baek xsesat jalan.

Terima kasih KUMAN...jasamu dikenang...

P/s: respon pertama dari pertnyaan aku di balas begini "Kak..esok pepagi saya buat entry boleh..pastu..lepas siap entry dibalas begini "Datin: N3 untuk soalan semalam dah ade kat blog saya, cuba try test ekk..

Tuesday, October 5, 2010

Ingin Tiru Suara Macam Chipmunksss??

Ahaaa..!
Tahu tak bahawa dengan menghirup gas Helium, suara kita akan bertukar menjadi lebih nyaring atau ala2 chipmunk?

Apabila kita menghirup gas Helium, hanya gas Helium shj yang terkandung dalam paru-paru kita. Helium adalah gas yang sangat ringan dan bergerak patas. Apbaila kita bercakap, gas Helium akan bergerak dgn cepat menolak keluar dari paru-paru kita dan boleh menukarkan suara kita mcm chipmunk itu...

Manakala bunyi yg terhasil dari alat muzik pula, cthnya seksefon, akan menjadi lebih besar atau garau atau lebih senang sumbang lah...apabila kita meniup alat muzik itu selepas menghirup gas Helium.

Hmmm....Bijak..bijak..

CAUTION: Gas Helium ini merbahaya apabila disedut berlebihan..jadi bagi ibu bapa dan guru sila berada bersama ank2 ya utk mencuba experiment ini...

Kenapa ayam berjalan terangguk-angguk?

Cuba perhatikan bagaimana ayam berjalan?
Terangguk-angguk kan?

Kenapa ayam berjalan terangguk-angguk?
A. adakah disebabkan tindakan refleks badan
B. untuk menunjukkan kekuatan badan.
C. untuk mendapat penglihatan lebih jelas.

Haaaaaaaaaaaaaaa..jwb2..jgn xjwb..soklan aku dpt time aku tgk tv rancangan kt Astro td....Bijak..bijak
Haha..aku jwb A...rupanya C...sebb ayam punya mata xsama ngn manusia punya mata...manusia blh melihat dgn jelas tanpa mengerakkan kepala sbb mata kita boleh bergerak...tapi ayam xboleh, mata dia xbleh bergerak..jd klu ayam nk berjalan, dia kna angguk2 kan kepala utk melihat lebih jelas..

Sunday, October 3, 2010

Kini Hanya Tinggal Kenangan

10.07.2010....Pekan, Pahang
Peristiwa yang mungkin xdapat dilupakan..
Kejadian yg sangat menyayat hati bagi kami semua kaum kelaurga dan sanak saudara.
Rumah Arwah Makcik kesayangan ku hangus terbakar di saat orang ramai masih lagi lena di ulit intan. Kejadian yang berlaku sebelum subuh itu mengakibatkan seorang warga emas, iaitu suami arwah Makcik ku (pakcik aku la kan) telah kembali ke rahmatullah. Beliau tak dapat diselamatkan kerna api sangat marak dan hanya sekelip mata sahaja rumah papan itu hangus dan tak dapat diselamatkan semuanya. Hanya sepupu ku (anak perempuan sulung Makcik) yang sempat terjaga dari tidur dan sempat selamatkan diri ketika api sedang marak. Hanya dua beranak sahaja yang berda dalam rumah itu pada hari kejadian. Innalillah hiwainna ilaihirajiun... Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali. Takziah utk kaum keluarga makcik aku. Al-Fatihah untuk mereka yg telah pergi dan takkan kembali lg. Arwah Makcik aku meninggal awal tahun baru ini kerna menghidap penyakit kanser perut. Arwah Makcik ini adalah kakak kepada Arwah Mak Aku.

Sisa kebakaran

Selepas dibersihkan
Bumbung rumah menyembah bumi
Saudara mara yg datang menziarah n membantu

Alhamdulillah..inilah rumah sumbangan.
Siap dibina sebelum raya baru2 ini.
walaupon xsama mcm dulu
tp cukup bermakna.
P/s: Sayu jer ati aku bile tgk gambar2 ini. Aku xdpt menziarah ke tempat kejadian kerna aku kerja dan aku hanya tahu berita ini dari kazen ku pkl 10 pagi hari kejadian. Patutlah, sehari sebelum kejadian, aku teringatkan arwah. Rupanya ade khabar yg ingin diberitahu.

Ralat Dengan Notis dari KPM pagi ini

Owhh...
Bangun dari tidur pagi ini..aku mendapat SMS dr kawanku menyatakan bahawa kami mungkin akan posting tahun depan kot sebab tarikh tempoh sah yang sebelum ini 31 Disember 2010 dah bertukar ker 31 March 2011
Owhh...ralat sekali aku dgn notis dari KPM ini...gayanya aku kena menunggu lagi..tunggu..dan tunggu lagi..:(
Tahu tak...penantian itu satu penyeksaan????
Ralat sifar dah menjadi infiniti

Friday, October 1, 2010

Suatu Pengakhiran Adalah Suatu Permulaan Yang Baru II

Semalam 30 Sepetember 2010.
Hari ini 1 Oktober 2010.
Owhh cepat sungguh September berlalu..xder bg signal2 pownn..
Semalam berakhir.
Hari ini bermula.
Semalam juga dapat berita gembira, sbb mendapat keputasan BERJAYA untuk di postingkn oleh KPM nnt.
Hari ini, mula membuat perancangan apa yg patut nnt utk bulan Oktober.
Semoga berakhirnya September semalam akan memberi suatu permulaan yang baru dan baik untuk ku Oktober ini dan seterusnya..
amiinnnnnn...

Sepetang di Kuala Sepetang

Sebut jer Kuala Sepetang...mesti teringatkan  Mee Banjir Udang..Betul tak? Sape pernah makan Mee Banjir Udang kat Sana?..Berbaloi2...memang banjir lah mee nya dgn udang..har3..

Nie Warong Mak Teh yang kami tersinggah tahun lepas (Mei 2009)...yang buat kami tersinggah nie bukan ape..sbb tgk ramai jer customer..kete2 byk parking kt tepi2 jln..kami pon tumpang ler jgk parking kt tepi jln..hehhe

Kedai yg kami singgah di suatu petang itu....

Kena tunggu Q dulu baru blh dpt tempat duduk..sambil2 tengok2 menu di dinding apa yg menarik..


Alamak..kabur la plak gmbr nie..iskh..xnmpk harge menu..hehe
 Owhh...yg spesel kt sini Mee Banjir Udang...Udang Kolam atau Udang Laut... Udang Kolam murah skit...kitorang amik udang kolam jer..Rm6 Semangkuk..utk udang laut rm12..haaaaaaaa..nie harga utk tahun lepas punya tau..utk tahun nie xthu la plak brp harganya..mst dh naik harga kan? maklumlah..sume brg pon dh naik harga skgni..

wahahah..aku yg malu2 rimau tgk order kami dh sampi...jeling2 dulu...eh jup2....



Fokus dekat sket.....mana mee nya??? hohoho..kena belek udang dulu baru jumpe mee nya 5-6 urat..keh3


Berbaloi2 sbb udangnya baaaannyaaaaaaaaaaaaaakkkk......12- 15 ekor 6 hengget jer nih..(harga thn 2009)

Kekenyangan dgn udang....xsempat nk amik gmbr kepala2 udang yg lps di buang..hehehe..


gambar kenangan
 Hahaha..sempat bergambar ngn sign board..tanda pernah meninggalkan jejak di sini...ade rezeki kami datang lagi....