Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Friday, October 28, 2011

Teh C @ Teh 3 Layer





Teh C @ tea 3 layer...mmg terbaek..hanya di Sarawak...siapa2 yang datang Sarawak, rugi tak rasa teh ni. Kat semenanjung rasanya tak sama. 1 gelas ni RM 2.80 kat warong yang kami singgah sarapan baru2 ni di Miri. Balik semenanjung pun masih teringat2 jer dgn rasa teh ini..haaa sudah!

Friday, October 14, 2011

Bunkface Datang Sini

Hai..hai..hai...

Hehe :D

Saje je nak bagitahu...kumpulan Bunkface sekarang berada di SMK Sri Andalas, Klang. 
Sedang buat konsert sempena hari terbuka sekolah ni. 
Sape yang minat nak tgk persembahannya, datanglah sini. 
Hebatkan, Bunkface datang buat konsert kat sekolah...
Rupa2nya, salah sorang dari ahli Bunkface merupakan bekas pelajar sekolah ini. 
Patutlah,...
Tiket masuk, RM15...
hoho..klu free..harus aku pergi skg jg. 
Tp memandangkan ia berbayar, tak mengapalah..
nonton video klip Bunkface dari youtube sudahhhhhhh...hak3..

Oh, ya..\
Najwa Latif yang nyanyi lagu cinta Muka Buku tu pon datang sini jgk...

Wednesday, October 12, 2011

Habis Tenggelam

DITENGGELAMI AIR...Gambaran dari udara menunjukkan ratusan kereta di kilang kereta Honda yang terletak di ibu kota Ayutthaya, di tenggelami air ekoran banjir besar yang melanda Thailand sejak Ahad lalu. Banjir tersebut telah mengorbankan 500 orang setakat ini. Selain Thailand, negara jiran seperti Kemboja, Vietnam serta Filipina turut bencana yang serupa. -Foto AFP

Sunday, October 9, 2011

Bersangka Baik Sesama Insan - Nasihat Syeikh Abdul kadir Al- Jalani

Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang cerdik sungguh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia cerdik sungguh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan kedalam hati agar iman akan bertambah,aqidah dan akhlak juga akan terjaga.InsyaALLAH.

Saturday, October 8, 2011

Steve Jobs Akan Dikenang Setaraf Dengan Thomas Edison & Albert Einstein

Steve Jobs Akan Dikenang Setaraf Dengan Thomas Edison & Albert Einstein 
 


KEMATIAN Steve Jobs pada usia yang secara relatifnya muda iaitu 56 tahun kerana penyakit kanser akan dikenang sebagai satu kehilangan besar kepada dunia komputer dan teknologi maklumat.

Malah kepada generasi hari ini Jobs mungkin lebih popular dan lebih dikenali daripada sesetengah menteri kabinet.

Bersama-sama Steve Wozniak, mendiang telah mencipta komputer yang kelihatan lain dari yang lain dan diberi nama Apple dan selepas itu Apple I dan kemudiannya Apple II, pada tahun-tahun 1970an.

Orang berkata komputer dan gajet yang dicipta oleh Jobs mempunyai gaya dan hakikatnya memang benar pun. Lihatlah Macintosh, iMac, iPod, iPhone dan iPad.

Dan dengan terciptanya iTunes Store pada 2003, Jobs telah membuka dimensi baru kepada bidang perniagaan digital sekaligus merubah wajah dunia muzik.

Menjelang 2008, iTunes Store merupakan gudang utama para konsumer membeli muzik secara digital.
Dan dunia tanpa wayar telah benar-benar melalui satu proses transformasi dengan terciptanya iPhone pada tahun 2007. Sebelum itu, dunia telefon pintar hanya berkisar kepada dunia BlackBerry sahaja.

Jobs mengubah wajah telefon pintar dengan menjadikan iPhone sebagai peranti kepada dunia pengkomputeran mudah alih dan bukan sekadar telefon semata-mata - sesuatu yang tidak terlintas di kepala para pencipta telefon pintar ketika itu.

Ciptaan demi ciptaan yang dilakukan Jobs sepanjang hayatnya akan menjadikannya seorang ikon sepertimana Thomas Edison dan juga Albert Einstein.

Bagaimanapun apa yang membezakan Jobs dengan pencipta yang lain ialah dia bukan sekadar mencipta tetapi mencipta produk dengan nilai komersial.

Ini sekaligus menjadikan Jobs sebagai ikon yang mempunyai pengikut dan pengikut setia. Ini beliau buktikan menerusi iPad. iPad mengubah wajah dan hubungan manusia dengan gajet. Ia menghampiri hubungan manusia dengan binatang kesayangan.

Hari ini tidak ada manusia yang savi teknologi yang ke mana-mana tanpa iPad seolah-olah jika tanpa iPad, kita tergolongan dalam kumpulan manusia buta gajet.

Sejak dilancarkan pada April 2010, sudah hampir 30 juta tablet iPad terjual di seluruh pelusuk dunia. Pelbagai pesaing turut mencuba melahirkan tablet yang serupa tetapi tidak ada seorang pun yang dapat menyaingi kehebatan dan keistimewaan iPad dari sudut kejayaan.

Sebahagian besar daripada kejayaan ini disumbangkan oleh cara penggunaannya yang mudah dan disokong oleh ‘App Store’ dengan lebih 140,000 program yang boleh dimuat turunkan. Inilah yang gagal disaing oleh pesaing-pesaing Apple.Bukan sahaja iPad malah iPhone disokong oleh 500,000 aplikasi.

Namun begitu, untuk berlaku jujur, perlulah disebut di sini bahawa bukan semua sentuhan Jobs mendatang hasil atau bertukar menjadi emas. Terdapat juga beberapa produk yang menemui jalan kegagalan seperti Apple III (1981); Lisa (1983) dan Next Computer (1989). Kesemuanya kerana harga yang terlalu tinggi dan tidak mesra pengguna.

Perjalanan karier beliau bersama Apple juga ada turun dan naik. Selepas Wozniak meninggalkan Apple pada 1985, Jobs telah ‘dipaksa’ meninggalkan syarikat yang beliau bina sendiri selepas berselisih faham dengan anggota-anggota lembaga pengarah termasuklah dengan orang yang beliau bertanggungjawab membawa masuk ke Apple iaitu John Sculley, bekas presiden PepsiCo.

Walaupun berasa pedih dan pahit dengan penyingkirannya dari Apple, Jobs berkata pemecatannya itu adalah perkara terbaik yang pernah berlaku ke atas dirinya.

Penyingkiran itu telah membebaskan Jobs dari belenggu pejabat dan membolehkannya menumpu sepenuh perhatian kepada aspek kreatif di dalam penciptaannya.

Tetapi seperti sudah ditakdirkan selepas 12 tahun, Jobs dipanggil kembali ke Apple iaitu pada tahun 1997. Pada ketika itu, Apple menanggung kerugian sehingga AS$1 bilion.

Pada fasa kedua hidupnya dengan Apple yang menyaksikan Jobs muncul dengan komputer Mac yang pelbagai warna dan kelihatan sangat lain daripada komputer biasa. Ia mencetuskan revolusi dalam penciptaan rekabentuk komputer.

Dan dari iMac pada tahun 1998, muncul iPod pada 2001, iTunes Store dua tahun kemudian dan selepas itu iPhone pada 2007.

Pada 2004, beliau telah dikesan menghidapi kanser pankreatik. Awal tahun ini Jobs telah mengambil cuti sakit yang panjang untuk menjalani rawatan intensif dan pada 24 Ogos beliau mengejutkan para peminatnya dan juga pengikut setia Apple dengan mengumumkan persaraannya. Ironinya, Jobs meninggal dunia sehari selepas syarikatnya melancarkan iPhone 4.

Pada tahun Jobs dikesan mengidap kanser dan ketika itu beliau berusia 50 tahun, beliau telah menyampaikan ucapan di hadapan graduan-graduan Universiti Stanford. Dalam ucapannya itu, Jobs telah dipetik sebagai berkata;

"Tidak ada siapapun dalam dunia ini yang ingin mati. Malah orang yang ingin masuk ke syurga pun jika ditanya sama ada dia bersedia melalui proses kematian pun akan berkata tidak bersedia.

“Tetapi kematian adalah satu destinasi yang kita semua terpaksa tujui. Tidak ada orang yang akan terlepas daripada kematian. Dan itulah hakikatnya kerana kematian adalah ciptaan yang terbaik di dalam kehidupan. Ia adalah agen perubahan dalam kehidupan. Ia menghapuskan yang lama bagi membuka laluan kepada yang baru.

“Pada saat ini saudara-saudari semua adalah yang baru tetapi tidak lama kemudian saudara-saudari akan menjadi yang lama dan akan terhapus dengan sendirinya. Saya minta maaf jika kelihatan terlalu dramatik tetapi ini adalah satu kebenaran."



p/s: Mati itu pasti.

Friday, October 7, 2011

Pencen Umur 60 Tahun - Satu Anugerah

pencen umur 60 tahun
merupakan satu ANUGERAH..
berdoalah,
mudah-mudahan kita semua dimurahkan rezeki,
dipanjangkan umur,
dipermudahkan urusan,
dan  diberikan kesihatan fizikal dan mental yang baik sepanjang berkhidmat nanti.
Ini semua hanyalah pinjaman dari Allah s.w.t

Bajet 2012 - Berita Baik Untuk Guru

Alhamdulillah dengar pembentangan bajet 2012 sebentar tadi. Belajarlah erti bersyukur. Jangan merungut..cer tengok negara Somalia...Pakistan..ade dapat bonus tak?

berita baik untuk guru:
 
1) kenaikan gaji penjawat awam 7%-13%
2 )skim baru mengantikan SSM
3 )naik DG 44 8thn
4) naik DG 48 16thn
5) kenaikkan tahunan dr RM80-RM320 ikut gred gaji
6) bonus separuh gaji (^_^)

Wednesday, October 5, 2011

Berkahwinlah

Berkahwinlah! Sesungguhnya kamu akan lebih hampir kepada Allah s.w.t. -: Pesanan daripada Syeikh Habib Ali Zainal Abidin Al- Jufr - alhulbait berketurunan Rasulullah s.a.w.

Doa Murah Rezeki / Doa Solat Sunat Dhuha

Jom, amalkan!

Bissmillahhirahmanirrahim


Tuesday, October 4, 2011

Wanita pertama dunia guna rahim penderma organ

Wanita pertama dunia guna rahim penderma organ


MUSTAFA SERT berdiri di sebelah isterinya, Derya Sert di Hospital Universiti Akdeniz, Antalya, Turki pada 8 Ogos lalu. - AFP


ANTALYA, Turki - Seorang isteri di sini, Derya Sert merupakan wanita pertama di dunia yang menerima rahim daripada seorang penderma yang telah meninggal dunia sekali gus mencerahkan harapan berjuta-juta wanita yang sukar hamil untuk mengandungkan anak sendiri.
Sepasukan doktor Hospital Universiti Akdeniz di wilayah Antalya, utara Turki, berjaya melakukan pembedahan pemindahan rahim ke atas Derya pada 9 Ogos lalu.
Wanita itu tidak dapat hamil kerana dilahirkan tanpa uterus seperti yang berlaku pada setiap 5,000 wanita di seluruh dunia.
"Gembira dan teruja, perasaan saya bercampur baur,' kata Derya yang berusia 21 tahun.
Suri rumah berkenaan yang berkahwin dengan seorang mekanik kereta sudah terlantar di hospital selama enam bulan.
"Rahim ini telah menjadi organ saya sendiri, kami sudah lama menantikan saat ini,' kata suri rumah tersebut.
Pembedahan ke atas Derya merupakan pembedahan pemindahan rahim kedua di dunia dengan prosedur itu pertama kali dilakukan di Arab Saudi pada 2000.
Pembedahan pertama melibatkan rahim daripada seorang penderma yang masih hidup itu menemui kegagalan kerana pembentukan darah beku yang banyak sekali gus memaksa doktor-doktor membuang organ berkenaan.
Pasukan doktor di Turki bagaimanapun yakin masalah itu dapat diatasi dengan menggunakan rahim orang mati kerana lebih banyak tisu dan salur darah di sekitar rahim penderma untuk boleh dimasukkan ke dalam tubuh si penerima.
"Pembedahan ini berjaya tetapi kejayaan sebenar adalah apabila Derya melahirkan bayinya," kata seorang pakar bedah di Hospital Universiti Akdeniz, Omer Ozkan.
Menurutnya, tempoh enam bulan diperlukan sebelum Derya dihantar kepada pakar-pakar sakit puan yang akan memasukkan janin daripada benih suaminya yang dihasilkan sebelum pembedahan tersebut berlangsung.
"Pada pendapat saya paling awal dia boleh mengandung adalah selepas enam bulan menjalani pembedahan ini. Jika tidak, dia mungkin memerlukan masa sehingga tujuh atau lapan bulan," kata Omer. - AFP

sumber: kosmo

Monday, October 3, 2011

Angry Birds Yang Sebenar

Ni baru syokkkk!!! Game Angry Birds. Confirm puas hati punya main...hahaha..layanzzzz


p/s: baru layan takat level 1...orang lain dah main sampai hbs level dh...

Nokia C5 ini bakal dimiliki oleh......

 

Comelkan tepon ni? Nokia c5 ini bakal dimiliki oleh rumet saya nanti..
isyaAllah, 
bakal tunangnya nak hadiahkan nnt...

...

Bakal suami saya nak hadiahkan apa ek????hihi