Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Sunday, January 29, 2012

Tutti Fruti Frozen Yogurt

Dah lama nak cuba rasa makan tutti fruti ni, hari ni baru ada rezeki.
Aiskrim berasaskan yogurt. Rasanya sedap. Harga? Haha...

Sunday, January 8, 2012

Kasut Gigit Kaki

1st day ke sekolah, saya pakai kasut ini. Kasut baru. Bertambah lagi koleksi kasut. Kasut mampu milik oleh saya. Vinci, RM 44.50 xsilap. 
1st day memang sibuk sangat dengan kemasukan dan pertukaran murid. Jalan sana jalan sini. Naik turun tangga bagunan 3 tingkat xtahu berapa kali. Minggu pertama juga dah jadi guru bertugas mingguan.

Hasilnya....ibu kaki kiri saya jadi macam ni..Sakit! Pedih dan berdenyut2. Lepas waktu rehat, saya dah pakai selipar masuk mengajar ke kelas.


# Pakai kasut yang bertumit ni, rasa confident lain skit. Betul tak?

Saturday, January 7, 2012

My First

Koleksi Beg tangan C R a.k.a Carlo Rino a.k.a Cik Rina
he he he

2012

Selamat Tahun Baru 2012 diucapkan kepada semua. Walaupun sudah terlebih 6 hari, rasanya masih belum terlambat lagi utk diucapkan. Semoga tahun 2012 lebih memberikan kejayaan kepada kita semua. Mudah2an murah rezeki dan sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t.

Apa azam 2012 korang?

Azam saya pula, mmg banyak juga kalau nak ditulis kat sini. Tapi yang pasti azam besar 2012 dan doa saya adalah.untuk berKAHWIN. Itu sahaja yang saya nak kongsi. Kahwin dengan siapa, itu masih lagi dalam Rahsia Allah kepada saya. Doakanlah saya ya, moga dapat bertemu jodoh dengan seorang suami yang baik untuk saya, baik untuk Agama saya di dunia dan di akhirat.Amin ya Rabbal al amin

Azam yang kecik2 tu biarlah saya simpan dulu ya.