Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Saturday, June 29, 2013

Adinda Sultan Kelantan ke 5 Selamat Diijab Kabul

Alhamdulillah. Tahniah buat adinda sultan Kelantan, Tengku Amalin Aisyah. Sudah selamat diijab kabul dengan kerabat diraja sultan Brunei.


posted from Bloggeroid

Kasut Biru Kemeja Petak

Reward saya bulan ni.
Khamis lepas. Lepas maghrib terus pergi ke AEON Bukut Tinggi. Ramai betul manusia malam tu. Seba ada JCard Sales. Hihihi...

Pusing punya pusing, xteruja sangat denfan pilihan kasut. Actually saya sebenarnya obses denfan kasut. Dalam jj xde yang menarik. So turunlah ke Vincci kat bahagian bawah. Vincci juga buat sales swmpena jcard day ni. So ada less. Suka betul.

Berkenan dengan dua pasang kasut. Tapi tengok harga...hurrmmm..mahal lagi ni..kena tinggu less 50% baru boleh beli..hihi..so, saya tak amik kasut itu.

Satu-satu, saya try kasut yang sesuai lagi. Niat dihati nak cari kasut yang warnanya selain hitam,cream n coklat.

At last, jumpe gak kasut yang bokeh dibeli dengan berbaloi...iaitu sepasang kasut biru.



Baju kemeja petak tu saya beli dalam jj. less 70%. Dapat harga rm29.95. Okla kot. Nak rambah koleksi kemeja yg sopan2 skangni,,.:-)

posted from Bloggeroid

Wednesday, June 26, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia, Suara Tiz Zaqyah Best.

Tiz zaqyah sedang hangat berlakon dengan izzue islam dalam drama tv3, Sebenarnya saya isteri dia.


Sebenarnya, saya sangat suka dengar suara Tiz...serak-serak basah gitu. Suka. Manja. Memang gitu eh suara tiz? Tak sedar pon sebelum ni suara dia macam mana. Sebab sebelum ni tak amik port sangat dengan lakonan drama dia. Tapi kali lain plak. Tersuka dengan suara dia.

Drama sebenarnya saya isteri dia ni saya tak berminat pon nak tengok, biarpun ramai yang up status mengenai cite ni. Sebab macam tak menarik je cerita dia. Tapi, pada suatu hari, saya saje buka you tube, xtahu nk tengok video apa, so, tertaip la drama ni. Maka tertengoklah dramanya.

Saya marathon tengok drama ni melalui you tube dari episod 1-10. One shot. Haha..sebab? Suka dengar suara tiz zaqyah.

Kali ni, bolehlah tunggu setiap malam khamis depan tv3 jam 9 malam.

posted from Bloggeroid

Monday, June 24, 2013

Jerebu, topeng dan cuti

Hari ni, 24 Jun 2013.
Semua sekolah di seluruh Selangor dan Kuala Lumpur diarahkan tutup disebabkan jerebu yang teruk.

Alhamdulillah, bagun pagi ni, IPU dah semakin menurun.

Walaupun IPU semakin menurun, jangan lupa untuk jaga keselamatan dan kesihatan dengan memakai topeng muka.


Keadaan jerebu yang teruk tengahari semalam.

posted from Bloggeroid

Sunday, June 16, 2013

MLM oh MLM

Saya hampir terjebak. Selangkah kaki je lagi. Tapi akal saya berkata TIDAK untuk memilihnya.





Tepuk dada, tanyalah akal.

posted from Bloggeroid

Harga Nasi Campur di Medan Selera Semua House Cekik Darah

Bulan lepas saya ke Semua House, di Jalan TAR, Kuala Lumpur. Teman sepupu tempah baju pengantinnya.

Tiba waktu makan tengah harinya, kami turun ke tempat Medan Selera yang terletak di Level bawah bagunan itu. Mencari gerai yang berkenan dengan selera. Perut teringin nak makan nasi campur. Akhirnya, saya pilih gerai yang paling hujung sekali. Lupa nama gerainya.

Ini yang saya ambil.


Nasi putih, Ikan kerisi goreng dan kuah sahaja. RM 8.00

Ini pula yang sepupu saya makan.


Nasi putih, sayur, ikan dan sotong. RM14.00.

gile mahal. Tobat dah tak beli kat gerai tu lagi.

Mujur bawa air masak sendiri dari rumah.

posted from Bloggeroid

Friday, June 7, 2013

Candy Crash Saga, terjebak sudah aku!

Bagi yang ada akaun facebook Mesti dah ramai yang tahu pasal games ni. Mana taknya, hari-hari dapat invitation dari friendlist facebook. Sekarang, saya pun dah terjebak sama bermain games ni. Aduhaii..

Tapi mujurlah saya bukan pemain game yang tegar sehingga sanggup tak makan atau minum. Hehehe...

Ni lah rupa gamenya.






Ginilah keadaanya bila ada yang memerlukan bantuan nyawa. Hahaha


Mintak bantuan nyawa dari kawan-kawan FB atau yang kaya raya boleh lah beli "nyawa"sendiri.



Bila sudah kehabisan nyawa...kena tunggu sehingga tempoh yang diberikan, barulah dapat main semula.


Agak-agak kehabisan nyawa tu, boleh la tamatkan permainan.
Game ni takde butang pause, jadi kalau taknak rugi nyawa, habiskan mainan anda. Hehe

posted from Bloggeroid

Tukar Tiub Basikal

Salah satu kemahiran yang perlu tahu oleh Ahli Pengakap Muda untuk melengkapkan Lencana Usaha adalah, kemahiran menukar tiub basikal.









Biasanya aktiviti ini akan dilakukan bersama dengan aktiviti berbasikal sejauh 11km. Ahli akan bergerak mengikut arah yang di berikan, dan perlu berhenti untuk belajar menukar tiub atau menampal tiub basikal sendiri dan perlu memasang semula kembali kepada keadaan asal. Walau pun tiub basikal tak bocor, ahli perlu buka tiubnya dan perlu pasang kembali.

posted from Bloggeroid

Thursday, June 6, 2013

Pelamin Pilihan 2013

Alhamdulillah, selesai sudah majlis perkahwinan sepupu saya. Tahniah kak nor dan pasangan. Semoga dengan ikatan ini kalian beroleh rahmat dari Allah.

Saya nak tunjuk pilihan pelamin dia. Jom cuci mata.



Ya, pilihan pelamin jenis sakura. Dari butik prngantin Rins Suzana Kota Bharu.
Berbaloi dengan harga. Mana taknya, nak pasang bunga sakura 3 pohon tu berjam-jam.
Dari pukul 4 petang sampai 11 malam baru siap pasang pelaminnya. Hoho..campur tolak dengan ulang-alik ambil barang kat butik diorang.


Sebelum pemasangan


Diorang guna 4wd jer punggah barang. Biasanya bridal guna lori muatan kecil.




Ranting pokok ni lah yang amik masa paling lama untuk dipasang..fuuhh berpeluh kot.


Bunga sakuranya


Siap...boleh tumpang duduk dah..hehe...amik berkat. Amin..insyaAllah. Ada rezeki, my turn lak.

posted from Bloggeroid

Tuesday, June 4, 2013

Pantai Irama Bachok

Menggamit memoriku.

Semalam, 3 jun 2013, kami ke Bachok, sempena majlis perkahwinan sepupu kami. Majlis menghantar menantu. Balik dari kenduri, kami singgah di pantai irama yang terletak dalam daerah Bachok, Kelantan.

Sebenarnya, banyak memori saya ada disini. Zaman belajar di politeknik dulu, kami selalu jugak datang bersiar-siar pada hujung minggu.

Banyak jugak perubahannya berbanding tahun 2002 dulu.




posted from Bloggeroid