Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Saturday, February 12, 2011

Sabtu, Ahad Pun Kena Pergi Sekolah Lagi

Harini hari Sabtu 12 Feb 2011, sepatutnya harini takde kelas ganti, tapi..huk3x..aku kena g skolah jugak..sebabnya kena siapkan proposal untuk Persatuan dan Kelab...Owh..sangatlah tidak rajin..tapi disebabkan aku yang diamanahkan untuk menjadi seorang Ketua, maka terpaksalah kena pergi jugak siapkan proposal tu..cekgu2 lain sodap jer lepas tangan, kononnya yang dia tu senoir..aku nie junior..baru lagi..so aku yang kena siapkan!...ini kategori kes buli nie..buli antara guru..tahula masing-masing sibuk, pegang jawatan ketua panitia lah..ketua ni lah..guru kelas lah...habis?? aku ni?? tak sibuk jugak ker? habis? aku ni datang sekolah nak melepak jer? tak buat kerja? takde kerja? eh..aku pon sibuk jugak lah. Tapi, tanggungjawab tetap tanggungjawab. Jangan nak main hentam orang jer. Hebat sangatkah rasa? Dah tahu diri tu senior, berilah tunjuk ajar. Sibuk sangat sekalipun, 5 minit pon jadilah. Bagitahu, apa, macam mana kena buat. Kalau dia tak dapat buat, bagi la guide, meh aku buatkan semua pon takpe!. Ni, tak, sebaliknya aku dapat! Sombong bagai nak rak! Dah tu siap bawa mulut lagi kat geng-geng dia. eleh..hebat sangat kah dengan cara menyampaikan perkara yang tak betul kat orang lain? Takpe2, hanya Allah jer yang tahu. Aku tak redha sekiranya benda ni tersebar gara-gara mulut dia.

Owh..lupa laksss..esok pon aku kena g skolah lagi...uwaaa...seminggu 7 hari bersekolah. Bila dapat rehat ni. Esok lagi la..pagi sampai petang. Kena handle pasukan Pengakap berkem seharian di sekolah. Ayokk..Kalau terus mcm n, aku yg kurus ni makin kurus. Bukan satakat banyak kerja, tapi makan hati dengan sikap yang tak profesional guru-guru kat sini.  Sekarang ni, aku rasa tak bersemangat untuk ke sekolah, bukan stress dengan murid-murid atau kerja-kerja sekolah, tapi stress dengan sikap guru-guru. :( :(

Bukan merungut, tapi sekadar luahan perasaan....cukup untuk aku amik ikhtibar.

Friday, February 11, 2011

Lompat Jauh

Wahhh..rasanya kali terakhir aku buat lompatan dalam acara lompat jauh pada tahun 2000..haha..10 tahun dah tu...masa tu wakil rumah sukan Al-Fakhru (rumah biru) kat SMT Teknik Kuala Krai...masih terlekat dalam memori lagi nie..walaupun mendapat tempat ke-4, tak dapat medal pon..tp ia cukup memberi aku 1 kenangan yang indah... Seronok!

Semalam, ada latihan rumah sukan kat sekolah aku...aishhh..teruja betul nak mencubanya...apa lagi, cikgu pon show off lah..2x lompatan dibuat...hehe..sib baik la jauh jugak lompatan aku tu..jauh la dari jarak lompatan murid perempuan..tapi xleh lawan la dengan lompatan murid lelaki..keh3..klu tak jauh, malu la wei depan budak-budak...siap mendapat tepukan lagi... Seronok!

Dan penangannya...pagi ini, urat dawai badanku ini telah sakit-sakit, termasuklah pinggangku yang ramping bak kerengga ini..huhu..sape suruh buat lompatan dengan tak buat 'streching' dulu..haaaa..rasakan..adeh..
Apa-apa pun..aku enjoy sementara masih muda dan bujang lagi.... Erk?? Muda kah??



Monday, January 24, 2011

Ajar Bahasa Malaysia..Bukan Bahasa Melayu

Ya Allah, susah hati betul la aku skangnie..penat dah duk fikir cara dan strategi camne nak mengajar budak-budak form 1 kelas hujung sekali nih dengan berkesan dan terkesan di hati diorang tuhhh...payah wei nak ajar BM rupanya..Tambah pulak BM nie bukan opsyen aku...amik masa jugak la nak tune otak nie tukar dari sains ke BM..Fuhhh...bukan calang-calang orang yang boleh mengajar BM dan berkesan. Hebat sungguh cekgu BM kt skolah menengah aku dulu..apa khabar la cekgu Faezah skgni ek? sihat kah dia?

Camne la nak ajar budak yang tak tahu membaca dan tak faham pun nak berbahasa melayu...uishhh..takkan aku kena belajar bahasa Tamil kot nak bagi fahamkan diorang????? Tolonggggggggggggg..ade sape2 tak bloggers kat sini cikgu BM?? Boleh tolong bagi tips tak? Sangat-sangat memerlukan bantuan sekarang nie..

Sunday, January 23, 2011

Islam Mementingkan Kasih Sayang

Islam Mementingkan Kasih Sayang
 
Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:“Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”.

Riwayat at-Tabrani

Huraian:
1. Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim.

2. Belaian dan layanan yang mesra akan melahirkan suasana yang mesra, harmoni dan tenang dalam
kehidupan. Oleh itu Islam amat menekankan tentang pentingnya nilai kasih sayang dalam sistem kekeluargaan dan juga kehidupan bermasyarakat.

3. Antara tumpuan (bentuk) kasih sayang itu adalah:
i. Ucapan dan kata-kata yang menggunakan perkataan yang manis dan bersopan.
ii. Melalui sentuhan yang lemah lembut.
iii. Melalui pujukan, pujian, penghargaan dan senyuman.

4. Apabila ditinjau tentang kehidupan masyarakat hari ini ternyata punca perpecahan yang berlaku ialah kerana kurangnya semangat kasih sayang dalam pergaulan mereka. Akibatnya mudahlah musuh Islam menyebarkan pelbagai hasutan dan propaganda agar umat Islam terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri yang akhirnya membawa kepada kejatuhan umat.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Friday, January 21, 2011

Nak cuti lagi..

uwaaaa...hari nie skolah balik...xlaratnye :D...aisshh...sehari je cuti Thaipusam..huk3..baru je nk santai2 kt umah...sabtu ni skolah ganti plak...tp sib baek xde p&p...sbbnye ade mesyuarat KO-K..phewww..hari yg penat kot nnt sabtu nie bg aku..mana takknya...kelab bola tampar dan kelab pencinta alam sekitar  aku yang jd ketua kena handle murid2..hoho...harap2 xramai ler murid yg join...sng sket aku nk wat aktiviti :D..akunye plan nk bawak budak ni g hiking la...mana tempat ek yang menarik?? ada cadangan tak?..bola tampar lak..aku nk hantar wakil sekolah tahun...kasi gempak skit tahun nie...hoho..banyak ler kerja ku bertambah nnt.

hurmmm...Rabu lepas...masuk jer klas...pelik..nape xramai yg datang? so...tanya la budak2 nie...nape ramai sangat kawan kamu tak datang harini? jawapannya....diorang pergi Batu Caves cikgu...erk...awla betol diorang ni pergi sana...blom raya pon lg..raya kan esok..iskh3..warak betol ank murid aku ni..ape leh wat..1 Malaysia katakan.

017222947
mesti anak muridku ada kat sini ni

Saturday, January 15, 2011

Sibuknya

Sibuk...sibuk...sibuk..itu sahaja yang boleh dikatakan sekarang ini. TAk sempat nak menjenguk blog...sob3x.. :( :(

Sejak menjadi seorang pendidik nie, kurang berkesempatan dah nak menjenguk blog sendiri..apatah lagi blog kawan-kawan...huk2..

Bila la kerja perkeranian kat sekolah ni nak berkurang ek? Balik rumah pon masih fikir pasal hal kerja sekolah..hurmmmm