Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Monday, October 3, 2011

Nokia C5 ini bakal dimiliki oleh......

 

Comelkan tepon ni? Nokia c5 ini bakal dimiliki oleh rumet saya nanti..
isyaAllah, 
bakal tunangnya nak hadiahkan nnt...

...

Bakal suami saya nak hadiahkan apa ek????hihi

Macam-macam: Holly Madison Ambil Perlindungan Insuran Payudara

Holly Madison Ambil Perlindungan Insuran Payudara 
 
Holly Madison
 
JIKA kebanyakan orang mengambil pelindungan insuran pendidikan, kesihatan mahupun kereta, berbeza bagi bekas bintang Playboy, Holly Madison, dia telah mengambil insuran khas buat payudaranya.

Bagi Madison dia menganggap payudaranya yang bersaiz 36D yang diperoleh selepas melakukan pembedahan plastik sebagai satu aset terpenting dalam hidup dan kariernya.

Katanya dia memutuskan untuk mengambil perlindungan itu kerana jika sesuatu yang buruk terjadi kepada Madison sehinggakan dia tidak boleh beraksi erotik di Peepshow, Las Vegas, sekurang-kurangnya dia ada wang yang boleh menampung kehidupannya.

"Saya pernah mendengar ada orang yang mengambil perlindungan insuran bagi beberapa bahagian tubuhnya.
"Jadi saya berfikir, mengapa tidak untuk saya turut berbuat demikian, Ini kera jika sesuatu yang terjadi pada payudara saya, semestinya saya akan kehilangan beberapa juta dolar.

"Bagaimanapun, diakui saya terasa aneh ketika meminta perlindungan tersebut kepada agen insuran saya. Terasa lucu pun ada kerana saya telah memberi penghormatan yang besar kepada aset saya ini," katanya yang pernah menjalinkan hubungan dengan pengasa Playboy, Hugh Hefner.

Difahamkan, nilai insuran yang diambil oleh Madison telah mencapai lebih daripada RM3 juta.

Gambar Kemalangan KM16, Jln Seremban - Tampin


Keadaan kereta yang berkecai selepas bertembung dengan sebuah bas dalam kejadian pada 12 tengah hari Ahad di Kilometer 16, Jalan Seremban-Tampin. Pemandu kereta itu, B.Mani Vannan,30-an maut apabila tiba-tiba memasuki laluan bertentangan menyebabkan bas yang membawa 26 penumpang terbabas tetapi tiada yang cedera. Mangsa maut akibat cedera parah di kepala dan bertin-tin minuman keras ditemui dalam kereta terbabit.-Foto BERNAMA

Saturday, October 1, 2011

Nak Buat Pasport Malaysia?

Nak buat pasport Malaysia? Tak tahu nak mula dari mana? Haa..ini sedikit info yang diambil dari web Imegresen Malaysia. Saje je ni, sebabnya semalam saya baru je ke Imegresen Shah Alam, p buat pasport. Boleh la roaund arouand the world nanti..heh? ade duit jalan...

Pasport Malaysia adalah suatu Dokumen Perjalanan yang sah yang dikeluarkan kepada warga negara Malaysia bagi maksud perjalanan keluar negara.

Kelayakan, mestilah warganegara Malaysia yang sah. Tempat memohon, carilah Pejabat Imegresen Negeri yang terdekat di kawasan anda.

Tempoh sah laku, ada yang 2 tahun atau 5 tahun.

Bayaran pasport RM100.00 untuk 2 tahun dan RM300.00 untuk 5 tahun..

Bagi yang pertama kali memohon, anda perlu hadir sendiri di Pejabat Imegresen Negeri, dan mesti melengkapkan Borang Pasport Malaysia yang boleh didapati dari kaunter pejabat pasort atau pun boleh juga di download dari laman web Imegresen.

Bagi pemohon yang berusia 18 tahun keatas, sediakan MYKad, 2 keping gambar berukuran pasport berlatar belakang biru muda, dan beserta bayaran.

first: isi borang ini dahulu. sediakan 2 keping gambar & MyKad

2nd: serah borang di kaunter bahagian pasport Malaysia,
3rd: buat bayaran

Siap selepas 1jam dari bayaran dibuat.

Maklumat lanjut boleh didapati disini : http://www.imi.gov.my/