Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Tuesday, April 10, 2012

Kalau Seliuh Kaki, Jangan Suka-Suka Nak Urut, Bahaya!

OK, ini gambar kaki saya yang sedang membengkak. Tarikh jatuh 30 Mac 2012. Sampai hari ni, masih bengkak lagi tapi dah surut sedikit. 31 Mac pergi ke klinik, doktor bagi ubat surut bengkak dan ubat tahan sakit. Caj? RM30.00 termasuk MC. Sabtu pun MC? Kalau tak kerana ada LADAP xperlu kot MC tu. So, LADAP dah kurang 1.

Nak tahu saya jatuh camne? ha..ni..macam ni...


kalau jatuh dalam keadaan macam di panggil invertion sprain. Akibatnya jadilah sprained literal ligament. Maknanya, ligament kaki saya kini sudah terkoyak. Sebab tu lah lambat untuk sembuh.

Hari ke sebelas malam tadi baru saya pergi ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang, bahagian kecemasan dan trauma. Ha, first time ke hospital bahagian kecemasan nih. Lamalah jugak menuggunya. Doktor bagitahu, ligament kaki saya suda terkoyak. Perlu berehat, bagi otot relaks. Jangan banyak sangat berjalan. Time tidur, tinggikan kaki. Baik, doktor. Terima kasih. Maka, dapatla 2 hari MC. Oh, jangan lupa, balut kaki ya.

OK, sebenarnya saya sangat menyesal. Pada hari ke 4 bengkak, saya cuba dapatkan khidmat tukang urut. Serik. Memang tak nak dah mengurut kalau jadi macam ni lg. Sakit! Meraung! Menangis! Memang tak kira dah. Memang tak malu.Memang tak patut diurut. Tukang urut bukan nampak pon bahagian dalaman kaki kita. Dia hanya main rasa-rasa jer urat2 kaki tu, pastu tekan2. Sakit yang amat.

Dan, atas nasihat doktor juga, jika masih lagi belum sembuh minggu depan, saya perlu ke hospital lagi utuk di x-ray.

" sprained ankle will take at least 2 weeks to recover,,,provided, fully rest, proper guard/bdg applied to restrict movement, and no ligamental tear. Kalau lama sgt, bengkak makin besar...see your dr/ortho and get your ankle x-rayed. Kut2 ada hair-line crack fracture.", Dr. Herni


Selamat bercuti esok hari!

Friday, April 6, 2012

Baru Nak Update Yaaaa

Lama dah tak menjenguk blog sendiri. Lama jugaklah tidak meng''update"nya. Aduhai, kengkangan masa + kengkangan Malas memang sentiasa ada. Ape cer?

Hurm..meh nak share story skit... Jumaat lepas 30 Mac, saya bermain netball. Dah lama sebenarnya tak main netball. Kalau tak silap, last main tahun 2004 kot, time belajar kat Politeknik Kota Bharu dulu. Tu pun main posisi WA dan WD jer. Tapi kali ni kena main posisi center. Konon, badan kecik ni lincah. Haha...ya sangat lah. Sekali,  baru jer 2 minit masuk gelanggang, "gedeubus"...Huaaaaaaaaa...sakitnya! kakiku terseliuh. Gara-gara salah landing lepas lompat dengan tingginya untuk sambut bola... Haiyooo. Sakit sangat-sangat. Sehinggalah bertemu hari ini, Jumaat 6 April kakiku masih bengkak. pergi klinik, dapat ubat surut bengkak. Flanil dan bandage dah sedia ada dalam first aid peribadi.

Dan time solat, saya perlukan kerusi. Sebabnya kaki masih sakit dan tak boleh dilipat untuk sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyyat. Solat dalam keadaan duduk atas kerusi ini merupakan kali kedua saya buat. Kali pertama dulu, 3 tahun lepas. Pernah jatuh tersembam. Lutut luka teruk. Tak boleh untuk sujud. Jadi perlu solat menggunakan kerusi juga. 

Owh, esok perlu ke JPNS. Perlu hadir taklimat induksi. Harap-harap bengkak dah surut. Tak perlu lagi kaki ku berbalut.

Thursday, March 22, 2012

Borong Tudung Bawal 3 Tones

JOM BORONG TUDUNG BAWAL 3 TONES 
CANTIK2 ..LEBIH DARI 30 PILIHAN WARNA YANG ADA

minima 20 helai / RM 13 sehelai
SILA LAWATI pages facebook

atau boleh hubungi terus 
0174776467
email: benicecollection@gmail.com




Saturday, February 18, 2012

Sedih Orang Bujang

STRESS! 
Saya dibuli. Macam ni lah, hidup seorang guru yang masih bujang. sentiasa dibuli oleh senior yang telah berkahwin. Dengan alasan, orang bujang takde comittment lain. Duk rumah pon xde buat apa jgk. Apa yg korang tahu hidup orang bujang yg merangkap lewat usia? Oh, rasanya kalian tidak tahu sebabnya kalian tidak pernah merasainya. Kalian dulu murah rezeki bertemu jodoh awal. Jadi kalian tak kan pernah dapat rasa apa yang kami rasa. Orang bujang lah patut diberi peluang untuk bersosial. Manatahu rezeki kami ada untuk bertemu jodoh? Betul tak? Ini tidak, dibulinya kami dengan membuat kerja2 sampingan pada hujung minggu, dimana peluang bersosial memang tiada. Mengarah pulak tu. Sungguh saya tidak suka dengan situasi begini sekarang ini. Tertekan. SANGAT. Sedih. Sedih jadi cikgu bujang.