Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Friday, August 9, 2013

Syawal yang Masih Sama

Salam Syawal 2013.

Sambutan syawal saya pada tahun ini biasa2 sahaja. Baju raya pun takde. Pakai baju yang sedia ada. Suasana pun sama sahaja seperti tahun2 sudah. Tiada keterujaan dihati. Entahlah. Mungkin sebab saya menumpang family orang kot.
Saya menumpang family pakcik saya sejak saya berumur 14 tahun. Jadi, persediaan syawal saya tiada yang special bg saya. Hambar di hati. Hambar juga suasana bagi saya.
Pernah juga saya tidak pulang ke kampung time raya. Tiada siapa yang peduli. Kehadiran saya atau ketiadaan saya di kampung pada hari raya tidak memberi kesan kepada orang2 kampung saya.

Nasib orang menumpang.

Bersyukurlah apa yang ada.masih ada insan yang tak dapat menyambut kemeriahan syawal dengan sempurna.

posted from Bloggeroid

Kenangan Iftar 2013


Kenangan iftar bersama anak murid tingkatan 1b. Kami berenam je. Teruja sungguh diorang bila saya bagitahu yang saya akan bawa mereka berbuka di KFC.

Saya Terhibur.

Sepanjang bulan ramadhan tahun ini, 3 kali je saya berbuka puasa berteman sebelum blk kampung. Jika tak, saya berbuka sorang2 dirumah. Kadang2 masak, selebihnya beli je di bazar ramadhan Andalas.

Sedih betul kan, kehidupan seorang bujang ni. Hehe..inilah satu cara saya menghiburkan hati saya.

Bersabar dalam menanti kehadiran jodoh saya.
posted from Bloggeroid

Wednesday, July 17, 2013

Saya Rindu

7 ramadhan
Saya kini sedang menonton rancangan Samarinda tv3. Ramadhan yang hilang. Menarik jalan ceritanya.

Ada plot dalam perpustakaan. Tetiba hati saya sangatttt rindukan suasana dalam perpustakaan. Zaman study di USM Penang dulu, selalu jugak saya g study di Perpustakaan Hamzah Sendut. Rindunya zaman itu. Rindu untuk berada dalam suasana tu lagi.

posted from Bloggeroid

Sunday, July 7, 2013

Handbag Merahku

Taraaa...akhirnya tercapai gak hasrat memiliki handbag kaler merah makngah ni...
sebelum ni duk ushar handbag merah coach gred AAA kt kedai fb online. Plan tunggu gaji bln depan.

Tup2 semalam g ke SOGO sempena SogoCard Sale. Tengok handbag Carlo Rino, memang dah aim nak kaler merah. Berkenan satu. Tapi bila tengok harga macam tak mampu nak beli. Hehe...terpaksa lepaskan.

Tengok pula bahagian CR2, adik beradik Carlo Rino gak. Terus jatuh cinta dengan handbag ini.


Terus beli. Sebab harga pon mampu milik dengan baki gaji bulan ini. Alhamdulillah. Ini bag yang dibeli untuk tahun ini. Dah lama tak shopping.

Next handbag, aim kaler biru, oren n hijau plak. :-)

posted from Bloggeroid

Saturday, June 29, 2013

Adinda Sultan Kelantan ke 5 Selamat Diijab Kabul

Alhamdulillah. Tahniah buat adinda sultan Kelantan, Tengku Amalin Aisyah. Sudah selamat diijab kabul dengan kerabat diraja sultan Brunei.


posted from Bloggeroid

Kasut Biru Kemeja Petak

Reward saya bulan ni.
Khamis lepas. Lepas maghrib terus pergi ke AEON Bukut Tinggi. Ramai betul manusia malam tu. Seba ada JCard Sales. Hihihi...

Pusing punya pusing, xteruja sangat denfan pilihan kasut. Actually saya sebenarnya obses denfan kasut. Dalam jj xde yang menarik. So turunlah ke Vincci kat bahagian bawah. Vincci juga buat sales swmpena jcard day ni. So ada less. Suka betul.

Berkenan dengan dua pasang kasut. Tapi tengok harga...hurrmmm..mahal lagi ni..kena tinggu less 50% baru boleh beli..hihi..so, saya tak amik kasut itu.

Satu-satu, saya try kasut yang sesuai lagi. Niat dihati nak cari kasut yang warnanya selain hitam,cream n coklat.

At last, jumpe gak kasut yang bokeh dibeli dengan berbaloi...iaitu sepasang kasut biru.



Baju kemeja petak tu saya beli dalam jj. less 70%. Dapat harga rm29.95. Okla kot. Nak rambah koleksi kemeja yg sopan2 skangni,,.:-)

posted from Bloggeroid

Wednesday, June 26, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia, Suara Tiz Zaqyah Best.

Tiz zaqyah sedang hangat berlakon dengan izzue islam dalam drama tv3, Sebenarnya saya isteri dia.


Sebenarnya, saya sangat suka dengar suara Tiz...serak-serak basah gitu. Suka. Manja. Memang gitu eh suara tiz? Tak sedar pon sebelum ni suara dia macam mana. Sebab sebelum ni tak amik port sangat dengan lakonan drama dia. Tapi kali lain plak. Tersuka dengan suara dia.

Drama sebenarnya saya isteri dia ni saya tak berminat pon nak tengok, biarpun ramai yang up status mengenai cite ni. Sebab macam tak menarik je cerita dia. Tapi, pada suatu hari, saya saje buka you tube, xtahu nk tengok video apa, so, tertaip la drama ni. Maka tertengoklah dramanya.

Saya marathon tengok drama ni melalui you tube dari episod 1-10. One shot. Haha..sebab? Suka dengar suara tiz zaqyah.

Kali ni, bolehlah tunggu setiap malam khamis depan tv3 jam 9 malam.

posted from Bloggeroid