Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Tuesday, November 29, 2011

Bersunat sempena cuti sekolah - Makcik dan sepupuku masuk paper

Bersunat sempena cuti sekolah


Ibu bapa menyuapkan pulut kuning kepada anak masing-masing sebelum bertolak ke Klinik Kesihatan Bunohan untuk berkhatan di SK Pohon Tanjong, Tumpat.


TUMPAT 28 Nov. - Setiap kali tiba musim cuti persekolahan, pelbagai perancangan diatur ibu bapa dan masyarakat setempat untuk mengisi masa lapang tersebut termasuk mengkhatankan anak lelaki atau lebih dikenali sebagai bersunat atau 'masuk jawi'. 

Telah menjadi trend masyarakat terkini menganjurkan majlis berkhatan secara beramai-ramai kerana selain menjimatkan tenaga, masa dan wang ringgit, ia juga antara usaha merapatkan hubungan sesama jiran tetangga.
Amalan mengkhatankan anak-anak lelaki, kalau diperhatikan ada sedikit perbezaan antara dahulu dan sekarang. Jika sebelum ini ibu bapa memilih menyunatkan anak lelaki pada usia agak lewat iaitu sekitar usia 12 tahun, namun kini anak-anak sekitar tujuh tahun telah dikhatankan.

Di dalam Islam, berkhatan adalah perkara sunat kerana ia dapat menjaga kebersihan dan dari sudut positif, berkhatan mampu mengelak seorang lelaki mengalami kanser zakar manakala bagi seorang wanita ia mampu mengurangkan risiko dijangkiti barah pangkal rahim daripada pasangannya.

Menyedari kepentingan tersebut, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pasir Pekan Hilir, Tumpat mengambil inisiatif menganjurkan majlis berkhatan yang diadakan secara beramai-ramai di sini, baru-baru ini.
Di majlis tersebut, seramai 25 murid miskin yang sebahagiannya merupakan anak kepada ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) kawasan berkenaan, menyatakan kesediaan untuk berkhatan. Majlis disertai oleh kanak-kanak lelaki berusia lima hingga 12 tahun.

Keghairahan mereka untuk menempuh alam dewasa terserlah kerana sejak pukul 8 pagi lagi, mereka sudah siap sedia berkumpul di dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pohon Tanjong di sini.
Selepas diberi taklimat ringkas oleh Naib Pengerusi KRT Pasir Pekan Hilir, Abdullah Ismail, 60, beliau turut menyampaikan sumbangan kain pelekat kepada kanak-kanak yang terlibat dalam majlis tersebut.
Menurut Abdullah, majlis bermula pukul 9 pagi diwarnai dengan majlis suapan pulut kuning oleh ibu bapa masing-masing dan disusuli bacaan doa selamat.

Sepanjang majlis berlangsung, pelbagai ragam kanak-kanak dilihat. Ada yang teruja untuk berkhatan dan tidak kurang juga yang kelihatan seperti ketakutan namun dipujuk oleh ibu bapa masing-masing. Kesemua peserta bertolak ke Klinik Kesihatan Bunohan setengah jam selepas itu.

"Majlis ini bertujuan membantu kanak-kanak miskin yang sekali gus meringankan beban ibu bapa. Di samping itu juga diharap kerjasama ini memupuk semangat perpaduan antara penduduk di sini.
"Kos perbelanjaan berkhatan ini berjumlah RM1,500 semuanya dan ia ditanggung oleh KRT Pasir Pekan Hilir dan kami bercadang menjadikan majlis seumpama ini sebagai acara tahunan," katanya .
Sementara itu, seorang bapa peserta, Salleh Abdullah, 63, ketika ditemui memberitahu dia menyambut baik penganjuran majlis tersebut kerana dapat membantu golongan yang tidak berkemampuan.
"Dua orang anak saya menyertai majlis berkhatan kali ini dan syukurnya ia dapat mengurangkan beban tanggungan saya hadapi," katanya.

Sementara itu, seorang peserta, Mohd. Syahmil Aiman Wan Norzab, 9, ketika ditemui memberitahu, berasa seronok kerana berjaya melepasi pengalaman dan ujian yang dianggap getir itu bagi setiap muslim yang akan menuju alam remaja.

"Saya tidak berasa takut atau gentar kerana semua kanak-kanak lelaki beragama Islam akan melalui peristiwa yang sama apabila telah sampai masa untuk berbuat demikian," ujarnya.

Bagi Abdul Hakim Ghazali, 11, pula dia teruja merasai pengalaman berkhatan yang dilakukan pada musim cuti sekolah kerana mereka mempunyai masa yang lebih panjang untuk sembuh.
Tambahnya, ibu bapanya selalu memberi galakan kepadanya untuk berkhatan dan dia pun teringin untuk memasuki alam remaja secepat mungkin.

"Lambat-laun saya akan khatan juga, jadi hari ini saya mengambil kesempatan untuk menyertai program yang diadakan bersama kawan-kawan lain," katanya.

Bagi Ahmad Sayhmi Che Wan Mohd. Yusof, 11, dia berasa amat teruja dan tidak sabar-sabar berkhatan.
Katanya, dia bersetuju dengan cadangan ibu bapanya yang mahu dia berkhatan pada musim cuti sekolah kerana kawan-kawan sebayanya sudah ramai yang berkhatan dan dia juga mahu turut serta sebelum melangkah ke sekolah menengah.

Monday, November 28, 2011

Sehari di Negara Brunei Darussalam - 2- Kg. Ayer

Melawat perkampungan Ayer dengan menaiki bot. Tambang B$5 seorang. Kami berempat.

Sehari di Negara Brunei Darussalam - 1

23 Oktober 2011- Seharian di Negara Brunei



Dolar Brunei $1 = RM 2.44 pada 23 Oktober 2011

Inilah rupa duit kertas Negara Brunei. Not $1 dan $10

 Tol di Miri




Imegresen Miri

Tol Jambatan Rasau Brunei
Imegresen Brunei

Operator  Maxis terus bertukar ke operator BRU-inmobile..kwn pakai Celcom xde line pon..
Call home from Brunei only RM 2.50/min with Hotlink International Roaming..hoho
Send sms costs RM 2..each...



Akhirnya, kami sampai di negara Brunei.

Perjalanan dari Miri ke Brunei mengambil masa dalam 2 jam lebih. Minyak kereta perlu diisi penuh. Duit Brunei perlu ditukar siap2 senang utk membayar tol di Sg. Rasau

Wednesday, November 23, 2011

Semangat 46

Alhamdulillah...bertuah jugak, ya! hehe


hadiah cabutan bertuah sempena Majlis Jamuan Akhir Tahun Sekolah 2011 Jumaat minggu lepas.
Bekas air dari Tupperware.
Harap, tahun depan bertuah la lagi.

Tuesday, November 22, 2011

Telemovie : Sorok Bau Budu

Yehaaa...pagi2 lagi aku menonton cite ni kat youtube. 2-3 hari lepas banyak status dan komen2 dari facebook kawan2 duk cite psl telemovie ni yg disiarkan di astro sempena hari raya qurban baru-baru ni. So, aku pon layan jerlah......

Jom tengok woyam!! =p


Sorok Bau Budu.Mengisahkan seorang jejaka dari Kelantan yang merantau di Kuala Lumpur yang sudah lama tidak pulang ke kampung menjenguk ibu bapanya. Akhirnya, si ibu dan ayah yang datang menjenguk dia ke bandar untuk mengajak si anak pulang untuk menyambut hari raya di kampung.

Moral: Janganlah sesekali lupakan asal-usul kita sehiggakan lupa untuk pulang ke kampung.

Bakat 2011 Saya - 1

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga aku dapat belajar menjahit langsir.  Join kelas jahit langsir di Kolej Komuniti Klang, dengan bayaran yuran RM 20. Dapat la 3 patern langsir.

Rotal Scallop With Tail

Inilah hasil jahitanku yang pertama


Kepala langsir. Guna kain jersi je ni. Untuk 1 panel pintu. Kain yang perlu ada dalam 2.5m.

Mudah-mudahan ilmu yang dipelajari ini kekal hingga akhir hayatku.amin.takperlu dah nak tempah langsir.dah boleh jahit sendiri dah. Antara rajin atau tidak dengan masa sahaja.

Friday, November 18, 2011

November yang PADAT dan SENDAT

Alahai November 2011....cepatnya rasa masa berlalu...bermula dari minggu pertama lagi, rasanya tiap-tiap hari jadual aku padat..sy ulang lagi..P A D A T. setakat ni xde lagi hujung minggu yg dapat relaxs2, santaii2 kt rumah. 

Raya haji tahun ni pun xdapat balik kampung..beraya di Melaka je, kat rumah Makcik. Sib baik ade juga makcik yang dekat2 sini. Time cuti raya jugak, kena habiskan menanda kertas karangan budak2. Wahaha...kemain aku pulun menanda sambil tergolek2 baca ayat2 diorang..adoiiila...macam mana nak sedap karangan kalau tak rajin membaca...hurmm..tak nak komen lebih2 lah...

Hujung minggu kedua plak, masih lagi tak dapat nak santai2 kat rumah. minggu ni aku join kelas menjahit baju kurung. Haha...saje amik balik kelas menjahit ni. 2 tahun lepas dah belajar menjahit dengan Aunty Sally (aunty cina) kat Penang. Kiranya nak refresh balik dan tambah skills yang ada. Kelasnya berlangsung selama 2 hari. Sabtu- Ahad, 8pagi-6petang...Penat gile rasa. Tapi berbaloi kot dengan bayaran yuran RM20. Alhamdulillah, bertambah ilmu menjahitku. Walaupun baju kurungnya tak sempat nak disiapkan kerana masa tidak mencukupi - mesin jahit tidak cukup untuk setiap orang, tapi OK lah..sekurangnya2 boleh jugak dijelujurkan dulu bahagian yang hendak dijahitnya. Nanti, pandai2lah cari peluang dan ruang untuk siapkan baju itu.

Minggu ini minggu ketiga bulan November. Bermulanya peperiksaan SPM 2011. Hoho..aku dilantik menjadi pengawas peperiksaan. Mak aihhh...kemain penat. tima mengawas tu, Tuhan saje yang tahu. Hanya orang yang menjadi pengawas jer yg dapat rasa camne. Huh..bosan giler. menunggu 2jam 30 minit tanpa buat apa2 selain berjalan, berdiri dan duduk sekejap2.. Haha..sadis betol..mengantuk tu tok sah cakap lah.Balik rumah, letih...lepas Isyak terus terlelap sampai pagi esoknya..ayoooo...sabar jerlah, lagi 2 minggu kena mengawas..
Dan hari ni, Jumaat 8pagi lagi kena tercongok depan pintu Hotel Primere, Klang. Aktiviti guru akhir tahun. Kononya HI TEA, tapi hi tea kebendanya pukul 8 pagi cik kak oiii...memang tak betul sungguh..haha...nak wat camne, arahan...Tema kali ni "Traditional International". Kemain lagi tema..tapi masa tak kena...kuikuikui...Puas mencari idea nak pakai pakaian apa..last2..aku pilih nak pakai baju kurung jer. Baju kurung harian yang pernah dipakai sebelum ini..haha..malas lah nk bergolok bergadai nak beli baju cantik2. Tambah lagi masa suntuk, tak sempat nak g shopping... Owh!..Esoknya ada kelas menjahit Langsir. 2 hari. 8pagi-6ptg.

Rancangan Minggu keempat bulan November pun sudah penuh juga. Hari bekerja, macam biasa, kena mengawas SPM. Hujung minggu pula ada kelas menjahit Blouse pula. Memang padatlah jadual bulan November aku untuk tahun 2011 ni. Sendat sudah. Penat, tapi ...InysaAllah berbaloi. *__________^