Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Sunday, January 29, 2012

Tutti Fruti Frozen Yogurt

Dah lama nak cuba rasa makan tutti fruti ni, hari ni baru ada rezeki.
Aiskrim berasaskan yogurt. Rasanya sedap. Harga? Haha...

Sunday, January 8, 2012

Kasut Gigit Kaki

1st day ke sekolah, saya pakai kasut ini. Kasut baru. Bertambah lagi koleksi kasut. Kasut mampu milik oleh saya. Vinci, RM 44.50 xsilap. 
1st day memang sibuk sangat dengan kemasukan dan pertukaran murid. Jalan sana jalan sini. Naik turun tangga bagunan 3 tingkat xtahu berapa kali. Minggu pertama juga dah jadi guru bertugas mingguan.

Hasilnya....ibu kaki kiri saya jadi macam ni..Sakit! Pedih dan berdenyut2. Lepas waktu rehat, saya dah pakai selipar masuk mengajar ke kelas.


# Pakai kasut yang bertumit ni, rasa confident lain skit. Betul tak?

Saturday, January 7, 2012

My First

Koleksi Beg tangan C R a.k.a Carlo Rino a.k.a Cik Rina
he he he

2012

Selamat Tahun Baru 2012 diucapkan kepada semua. Walaupun sudah terlebih 6 hari, rasanya masih belum terlambat lagi utk diucapkan. Semoga tahun 2012 lebih memberikan kejayaan kepada kita semua. Mudah2an murah rezeki dan sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t.

Apa azam 2012 korang?

Azam saya pula, mmg banyak juga kalau nak ditulis kat sini. Tapi yang pasti azam besar 2012 dan doa saya adalah.untuk berKAHWIN. Itu sahaja yang saya nak kongsi. Kahwin dengan siapa, itu masih lagi dalam Rahsia Allah kepada saya. Doakanlah saya ya, moga dapat bertemu jodoh dengan seorang suami yang baik untuk saya, baik untuk Agama saya di dunia dan di akhirat.Amin ya Rabbal al amin

Azam yang kecik2 tu biarlah saya simpan dulu ya.

Saturday, December 10, 2011

Nasi Katok Brunei

Kalau ke Brunei, nak jimat bajet..makanlah Nasi Katok. 1 dolar sahaja. Cuba tukar dalam RM? heeee.. Minuman kat sini mahal skit. Teh Ais BS 2.30. Jus buah BS 2.00.tak kiralah buah apapon.
 Perasan tak, logonya nak sama dengan Kenny Rogers kan?
Inilah rupa Nasi Katok. Ayam seketul dengan sambal sahaja. Sambalnya boleh tahan la rasanya. Rasa masam, manis, cukup rasa. Kalau rasa agak kering, boleh mintak sup. Tapi tak pasti sup berbayar atau tak. sebab kami makan memang bajet.Air mineral pon kami bawa sendiri. Mahal oooii. Boleh tercekik. heee...tu belom makan nasi campur agaknya.

Thursday, December 8, 2011

Meroyan

bagun pagi. solat subuh. on laptop.mandi.tgk blog.baca blog2. skgni tengah duk nak prabih n khatam blog cik saloma. sgt special.baca baca baca, masak air.minum cereal.cicah biskut dan roti.sambung baca lagi.sambil juga on fb.ushar jg status kwn2 kt fb.baca blog lagi.take 5 jup.sambung lagi.sampai la tghari.rasa agak puas dh membaca, buka dvd cite jepun.layan sekejap.ngantok.terlelap.terjaga.bagun solat zohor.masak luch simple2 je.sambung lagi tgk dvd.sampai petang.tunggu plak cite tentang dhia.hbs tentang dhia solat maghrib.mandi.panaskan lauk tengah hari makan sambil tgk buletin utama.agak2 xde citer yg menarik kt tv, masuk bilik sambung baca blog cik saloma lagi.pkl 12 solat isyak.tido.~~~haih~~ dah 3 hari dah aku macam ni...boleh meroyan aku klu cukup seminggu aku punya rutin mcmni..adoi..cik saloma..cik saloma

Sunday, December 4, 2011

Layan DVD Korea

Heh! aku ni tidak la fanatik sangat dengan cerita/movie korea nih. Tapi, memandang aku rasa macam ada masa nak menonton dan melayan dvd, jadi aku pinjam la koleksi dvd movie korea milik cousin aku...hehe..selamat menonton untuk diriku..kui3x..

Cerita yang bakal ditonton: IL JI - MAE, THE RETURN OF IL JI - MAE, Invincible Lee Pyung Kang.Marathon kalu. Korang dah nonton?