Awak,
Hari ini saya demam. Saya nak g klinik. Macam nak MC jer. Tapi bila fikir balik, rugi jer MC pada hari Jumaat. Sebab apa? Sebab Hari Jumaat waktu kerjanya pendek sahaja. Jadi saya buat keputusan untuk tidak ke klinik. Tapi awak, saya xlarat sebenarnya. Pening. Pagi tadi saya intai peti sejuk. Jumpa la ubat tahun lepas punya. Ada paracetamol, dan amoxcyline. Saya tengok expired date lambat lagi, tahun depan. Jadi saya hanya makan ubat itu sahaja. Ubat tahun lepas. Yang saya demam seminggu lebih dan batuk hampir 2 buln baru sembuh. Lambat sembuh sebab saya selalu skip makan ubat. Awak, ubat pahit kan? Hurm...Esok sekolah lagi. esok ada Kem Sains & Math. Kena datang pagi. Harap esok dah kebah. Doakan saya ya.
Ok awak, take care.
Friday, April 20, 2012
Serak
Salam.
Apa khabar?Harap awak sihat ya.
Awak, hari ini saya rasa tak sihat. Tekak saya sakit. Suara saya pun dah bertukar ala-ala Ella dah. Saya masuk kelas hari ni pun budak-budak tanya, suara cikgu serak ek, kenapa? Saya hanya jawab sebab cuaca jer awak. Malas nak cakap banyak, nanti makin sakit tekak saya. Hari ni saya ajar diorang mengenai Kata tanya dan kata seru. Sedih la awak. Ada lagi budak yang tak tahu nak gunakan kata tanya. Terutama pelajar India. Saya tak tahu dah nak ajar macam mana. Ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Awak, saya susah hati sebenarnya, susah hati sebab kena laksanakan PBS. Payah awak kalau ajar budak besar yang masih buta huruf. Ada juga yang boleh membaca, tapi sekadar baca jer, tapi tak tahu dan tak faham makna pun. Penat wak. Saya dapat 2 kelas hujung. Saya lebih suka ajar budak melayu. Bukan nak bias, tapi itulah kenyataannya. Tidak dinafikan, ada juga segelintir budak Melayu yang malas. Ada juga yang buta huruf. Tapi sekurang2nya diorang masih lagi dengar kata. Saya cukup benci dengan budak yang tak bawa buku latihan. Kecewa. Saya tak tahu apa matlamat diorang datang sekolah. Mungkin datang untuk berjumpa dengan kawan-kawan sahaja? Saya lagi tak suka bila kerja sekolah tak siap. Terbantut. Hilang mood. Penat. walaubagaimana pun, IsyaAllah, saya akan cuba buat yang terbaik demi diorang, modal insan negara.
Awak,
Hari ni kat sekolah ada FIRE DRILL. Latihan Kebakaran Mengsongkan Bangunan. Alhadulillah semua berjalan lancar. Walaupun pegawai bomba bagi 75 markah jer, tapi sekurang-kurangnya kami dapat challange pagi punya. Pagi, pegawai bomba tu bagi 51 jer. Ok la kan. Itu tandanya pengurusan pihak petang lebih baik. Seronok juga tengok budak-budak ni tengok demostrasi pihak bomba. Diorang dapat pengetahuan EXTRA. Kami pun dapat pengetahuan juga. Kesannya, kaki saya bengkak balik. Harini pergi kerja tak balut pon kaki. Kononnya nampak sudah baik dan tak naik bengkak lagi. Balik2, tengok kaki dah bengkak dah. Awak, doakan kaki saya cepat sembuh ya, supaya saya boleh solat seperti biasa. Sekarangni saya dapat solat sambil duduk sahaja atas kerusi. Ok lah awak, saya berundur dulu ya. Selamat malam.
Wednesday, April 18, 2012
Kreatif kan?
Menarik kan? Sangat kreatif. Guna bahan terbuang pun boleh hasilkan sesuatu yang menarik. Tak terfikir pun sebelum ni. Sesuai juga untuk dibuat aktiviti bersama anak-anak dirumah, untuk murid-murid di sekolah. Kita boleh tengok kreativiti anak-anak kita pula nanti. Hasilnya boleh juga di framekan. Jom TRY!
Monday, April 16, 2012
Dengar Luahan
saya tak tahu nak luah perasaan kat siapa. Macam tak ada je. OK, saya harus kuat, tabah dan berani!
Sunday, April 15, 2012
Bila Fikir Soal Jodoh....
Housemate saya insyaAllah 27 Mei nnt akan dinikahkan. Officemates saya pula bakal bertunang raya puasa nnt. Saya? Entah. Soal jodoh adalah rahsia Allah. Tapi bila duk sorang2 ni sangat la terasa sedihnya bila kenang nasib diri. Bulan Mei nnt cukuplah 29 tahun. Naik sebak jadinya. Abang saya bertemu jodohnya semasa berusia 29 tahun. Itu pun setelah 5 tahun menyulam cinta dengan kakak ipar. Saya? Sorang pun tak sangkut lagi. Abang saya berkahwin pada bulan September, berusia 29 tahun. Agak2 bulan September ku nanti bagaimana ya?
Ya Allah, La illa ha illa anta, subha naka inni kuntu minazallimin...
Saturday, April 14, 2012
Balut
Ok, malam tadi tidur dengan kaki yang berbalut dah. Sebelum balut, tuam dulu dengan ais. Tak terasa pun sejuk di kawasan bengkak. Harap2 bengkak tak naik lagi dah. Owh..hari ini ada camping seharian kat sekolah..hurmmmmmmm....kita tengok camne rupa kaki malam nanti =(
Friday, April 13, 2012
Tak Balut
Oh, malam tadi saya tertidur dengan kaki tak berbalut. Bagun pagi ni, sangat terasa sakit. Bengkak pun takde perubahan untuk surut. Nak berjalan kurang selesa. Aihh..memang kena balut dah kaki time tidur malam untuk beberapa minggu lagi supaya otot dan ligament kaki dapat rileks dengan baik. =)
Subscribe to:
Posts (Atom)
