Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Wednesday, February 6, 2013

Kuih Bakul, Selamat Tahun Baru Cina


Bila tiba je musim perayaan Tahun Baru Cina, benda yang paling saya teringat adalah kuih bakul. Dulu, sewaktu zaman sekolah rendah, uncle Ho selalu bagi kat abah saya bila tiba time CNY. Dah jadi makanan kegemaran saya. Rasanya sedap walaupun sedikit liat. Rupanyan macam dodol. Rasanya xsama.

Tapi sekarang dah jarang boleh jumpa. Orang cina sekarang dah tak makan kuih bakul ke? Mujur masih ada dijual kat pasar raya. Baru-baru ni saya ada beli. Tapi yang dalam bekas plastik. Cuba rasa. Urppp..tak sesedap rasa dengan yang betul-betul asli, iaitu yang dibuat dalam daun pisang. Rupa dan warna pun dah berbeza.

Saya rasa nak cuba beli yang dalam daun pisanglah. Harap-harap sedaplah rasanya macam yang pernah saya rasa zaman kecil-kecil dulu.

Oh, lupa! Nama lain bagi Kuih Bakul ni ialah Golden Cake.

Selamat menyambut tahun baru Cina dan selamat bercuti semua!

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment