Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Sunday, March 31, 2013

TV LED Baru

Assalamualaikum...hai semua...
Lama saya tak sempat nak update blogni. Jiwa kacau betul sekarang ni. Sejak dua menjak hati ini bergelora je. Terfikir nak nikah je. Tapi calon tak ada pon lagi. Haisshh..susah hati betul. Mana tak susah hati, usia pon dah di kira lanjut dah. 30 an. Berdoa dan jangan berhenti.

Hurm..sebenarnya, pagi ni saya nak cite pasal saya ada beli tv baru. Saya beli yg kecik je. 32". Brand Toshiba. Yang boleh play movie usb. Beli kat HLK. Puas survey sana sini. Akhirnya kat HLK bukit tinggi jugak yang harganya murah sikit berbanding dengan kedai lain. Kat HlK pandamaran mahal sikit. Seng heng pon sama. Courts mammoth lagi la. Harga2 semua ni adalah mainan harga salesman sebenarnya.

Toshiba 32PU200EM yang saya dapat dengan harga RM850. Tambah bracket RM 60. Upah pasang RM60. Jumlah, RM970. Kat kedai lain rata2 900-999. Belum tambah bracketnya lagi.

Waahh..kopak dah saya bulan ni. Tapi tak mengapalah, janji ada suara tv kat dalam rumah ni. Tak sunyi. Nanti nak kena beli sofa bed lak. Senang untuk santai depan tv. Hehe..nyesal plak tak beli sofa bed kat giant tahun lepas. RM250 Je tak silap. Iskh...

Inilah keadaannya selepas dipasang. Antena belum beli lagi. Jadi tak boleh nak menonton rancangan tv lagi. Pasang movie usb je lah dulu.

posted from Bloggeroid

3 comments: