Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Monday, April 29, 2013

Cinta Datang Tanpa Diundang

Allah Maha Besar. Inilah ungkapan yang saya boleh ucapkan. Kerana Allah, hadirnya cinta. Ya, selain cintakan Allah dan rasul, Allah juga yang menghadirkan cinta sesama manusia.

Saya juga pernah jatuh cinta sesama manusia. Cinta antara seorang perempuan dan seorang lelaki. Saya juga sangka yang Allah telah hdirkan perasaan cinta saya kepada si dia. Hanya sebulan mengenalinya dialm maya, cinta saya sangat kuat. Sebab, cinta saya bukan main-main. Niat saya adalah untuk melebarkan lagi saya cinta kami berdua ke alam perkahwinan. Cintakah dia terhadap saya?

Perasaan cinta ini telah hadir dua bulan lepas. Ibarat pepatah, ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari. Inilah yang sedang alami sekarang. Cinta saya telah pudar. Setelah beberapa kejadian yang telah berlaku baru-baru ini. Kejadian yang meninggalkan kesan dalam hidup saya. Banyak pengajaran yang saya dapat.

Terima kasih ya Allah diatas semua yang berlaku. Ku tahu, ada hikmah disebaliknya. Terima kasih kerana hadirkan dia dalam hidupku walau untuk seketika.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment