Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata lelaki berusia 19 tahun yang juga ketua kumpulan Geng Kapak atau dikenali Geng Lan Keramat ditahan selepas menyamun sebuah kedai serbaneka 24 Jam di Metro Pudu, di sini pada Ahad.
Katanya, lelaki itu gagal melarikan diri ketika polis membuat rondaan di sekitar kawasan itu.
"Hasil soal siasat ke atas suspek, polis dapat menjejaki tiga lagi ahli kumpulan itu yang berusia antara 19 dan 22 tahun serta menahan mereka sekitar Keramat dan Wangsa Maju pada Isnin lepas," katanya pada sidang media di sini pada Khamis.
Kesemua suspek ditahan reman bermula Isnin lepas sehingga 19 September ini, katanya.
Dalam kes berasingan, Mohamad Roy berkata tiga lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam kegiatan samun kedai serbaneka 24 jam di Taman Melati, Isnin lepas.
Katanya, kesemua suspek yang berusia lingkungan 20 hingga 26 tahun itu ditahan di sekitar Gombak pada Selasa lepas.
"Mereka dipercayai aktif melakukan samun sekitar Mei lepas dan kini ditahan reman selama tiga hari bermula semalam," katanya.
Kesemua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun menggunakan senjata secara berkumpulan. - BERNAMA
#bahayanya la sekarang ni. Ya Allah, Lindungilah hamba-hamba mu.
ReplyDeleteشركة تنظيف منازل بالخبر
شركة مكافحة الصراصير بسيهات