Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Thursday, July 4, 2024

Rumah Double Storey Untuk Dijual di Taman Dusun Setia Seremban

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya ada 1 unit rumah untuk Dijual.

Rumah besar Dusun Setia

Semua cantik dah siap semua tak perlu buat apa lagi dah


FOR SALE




Fully Renovated Double Storey Terrace

Taman Dusun Setia

Seremban, Negeri Sembilan


==========================

Asking Price : RM 380, 000 Nego

=========================


MAKLUMAT RINGKAS :

- Freehold

- Built up : 1100 sqft

- Land Area : 1496 sqft (139 sqm)

- Bedrooms : 4

- Bathrooms : 3

- Extend bahagian hadapan & belakang serta bahagian balkoni

- New refurbish unit

Still in renovation (will be install)

Vinyl at dry kitchen

Laminated floor for all rooms - 2nd Floor & staircase


KEMUDAHAN :

- Shoplots

- kedai makan

- Masjid

- Pasaraya Zeemart, Family Store, Centre Point & lain-lain

- Sekolah, klinik & balai polis


AKSES BANDAR & JALAN :

- Ampangan

- Seremban Town

- Seremban 2

- LEKAS Highway

- PLUS Highway


Untuk maklumat lanjut serta sesi melawat rumah sila hubungi


MARINA 

0174776467

whatsapp: http://www.wasap.my/60174776467/dusunsetia

MAXXAN Realty Sdn Bhd

Thursday, January 7, 2021

Ada Apa dengan Norwex??

Sedar tak sedar kita sekarang sedang berada dalam kehidupan yang viral. Setiap hari mesti ada perkara atau bahan atau produk yang tular. Sekarang ni kita sedang ditularkan dengan Norwex.

Apa tu Norwex?


Norwex tu apa?

Norwex tu jenama tuala alaf baru yang kalis kimia. Maksudnya guna tuala ni dan air sahaja dah cukup. Tak payah nak spray sabun dan sebagainya. Hanya Norwex dan air dah bersih berkilat. Segala minyak, habuk semua Norwex tapau licin.

Dengan kata lain Norwex ni sejenis 'kain buruk'. Tapi orang panggil Norwex ni kain buruk kayangan disebabkan oleh harganya. Sehelai Norwex saiz  sapu tangan budak berharga RM30+-. Lagi besar, lagi mahallah harganya. Yang berharga ratus2 pun ada.



walaupun harganya sedikit mahal, tapi berbaloi dengan hasil selepas kita menggunakannya. Semua kain lap Norwex ini ada jaminan selama 2 tahun.

Jadi apa lagi, jomlah kita sama-sama menggunakannya. Buatlah sedikit pelaburan untuk diri reward diri kita.

sekian

CikNa @ Marina

Norwex Consultan

Wednesday, January 6, 2021

Bekas suami Datuk Seri Vida akan tuntut harta sepencarian dan insuran dua anak yang meninggal dunia selepas kes hadanah ditolak

 Bekas suami Datuk Seri Vida akan tuntut harta sepencarian dan insuran dua anak yang meninggal dunia selepas kes hadanah ditolak

KOTA BHARU: "Alhamdulillah, saya lega kes sudah diputuskan dan selepas ini, terpulang kepada Cik B dan Kacak untuk menghubungi ayah mereka apabila sudah bersedia," kata usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida.

Beliau berkata demikian susulan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah hari ini menolak tuntutan hadanah yang dibuat oleh bekas suaminya, Mohd Amin Yasin, 43, terhadap dua anaknya Edlynn Zamilleen, 16, atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan,14, atau lebih dikenali sebagai Kacak.

Ketika ditemui media hari ini, Vida, 50, meluahkan rasa syukur dengan keputusan terhadap tuntutan yang dibuat pada 3 November lalu.

"Saya rasa buat masa sekarang, mereka tidak sesuai lagi untuk berjumpa atau berhubung atas sebab tertentu dan itu juga atas kehendak Cik B dan Kacak sendiri.




"Bagaimanapun saya tidak pernah menghalang mereka untuk berhubung kerana tidak mahu putuskan silaturrahim namun untuk berjumpa secara 'in person', biarlah dulu," katanya.

Beliau berkata keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Datuk Abu Bakar Abdullah Kutty itu juga sangat tepat dan tidak mengganggu emosi kedua anaknya itu.


Bagaimanapun beliau akan mematuhi arahan mahkamah supaya membenarkan kedua-dua anaknya itu menghubungi Mohd Amin dalam usaha menjernihkan semula hubungan tiga beranak itu.

"Bila mereka (Cik B dan Kacak) dah sedia, boleh la telefon. Jangan kata mereka anak derhaka pula, kerana orang luar tidak tahu apa berlaku, hanya kami yang menanggungnya," katanya.

Keputusan itu juga diterima baik oleh Cik B yang bersetuju untuk berhubung semula dengan bapanya sebaik bersedia suatu hari nanti.

Sambil menafikan dakwaan bahawa ibunya menghalang daripada dia dan adiknya berhubung dengan bapa, Cik B hanya mendoakan agar dipermudahkan urusannya dua beradik.

"Saya akan hubungi ayah kalau dah 'ready' cuma tak tahu akan ambil masa atau tidak. Semoga Allah permudahkan," katanya.

Sementara itu Mohd Amin berkata, dia berlapang dada menerima keputusan mahkamah dan setia menunggu dua anaknya itu untuk menghubunginya sebaik mereka bersedia namun akan cuba membuat rayuan sekiranya perkara itu tidak berlaku.

"Cuma selepas ini saya akan buka kes harta sepencarian iaitu bermula ketika saya dan dia dahulu sehingga bercerai.

"Selain itu saya juga akan menuntut harta dua anak yang meninggal dunia termasuk pampasan insurans mereka kerana ketika anak meninggal dunia dulu, saya tidak berpeluang untuk menatap kali terakhir," katanya sambil menambah baru mempunyai keyakinan membuat tuntutan berkaitan




Tuesday, January 5, 2021

Minyak Urut Moden MMG

Hai Guys!!

 Korang tahu dah ker kita dah ada minyak urut moden sekarang ni.

Minyak Urut Moden MMG nama diberi.

Walaupun nama dia minyak urut moden namun sebenarnya teksturnya adalah gel losyen. Dalam sebotol ini ada empat bahan utama yang mana salah satunya ialah MINYAK KAYU PUTIH.


Antispamodic yang ada dalam minyak kayu putih inilah sebenarnya yang berperanan membantu tenangkan otot otot yang tegang. Sebab itu bila kita sapu lembut kat betis ke atau perut ke masa kita rasa tak selesa dan lenguh-lenguh, lekas je rasa lega. 


Perasan? 


Sebab tu kebanyakan isteri isteri memang standby minyak urut moden MMG ni dalam beg setiap kali keluar dengan keluarga. Mudah dibawa ke mana sahaja dan bau pun wangiii. 


Sekarang ni selain dari bau harum lavender, ada bauan epal hijau kegemaran jejaka dan jugak bauan timun bidara. 


Pilih je mana yang korang suka. Ke korang nak semua?

nak buat pembelian, boleh la hubungi saya ya

Marina 

0174776467

https://www.wasap.my/60174776467/mmg



ini salah satu testimoni yang kami dapat;

PANTAS MELEGAKAN.
"Dik, baguslahh MMG Pink Lavender ni. Akak susah nak tidur seminggu dua ni tak tahulah kenapa. Tapi tiap malam sebelum tidur akak sapu MMG ni rasa relaxx jaa.
Akak nak lagii dikk MMG. Ade offer ke bulan ni? Kalau takde pun akak nak beli jugaakk sebab memang bestt pakai.
-Lia , Penang-


Kalendar Cuti Umum dan Cuti Persekolahan Tahun 2021

 Assalamualaikum dan salam tahun baharu 2021!

nah, kalendar tahun baru 2021!

Sila cetak dan tampal di dinding. senang nanti nak rujuk cuti umum, cuti persekolahan dan sebagainya.

Tahun ini sesi persekolah bermula pada 20 Januari 2021, iaitu pada hari Rabu.


Saya sudah cetak


Kalendar Cuti Umum dan Cuti Sekolah Tahun 2021.
sila klik untuk lebih besar.

kredit: Malaysia Tercinta

Sunday, June 11, 2017

Rumah Baru Untuk dimiliki di Setiawan Perak


Bismillah...
Ini peluang istimewa untuk kakitangan awam & swasta.

*PROJEK MEGA PERAK*
📣📣📣📣📣📣📣📣📣
Terbuka untuk kakitangan kerajaan & swasta
🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
*D'KAYANGAN TERES SETINGKAT*

*BANDAR BARU SETIAWAN PERDANA MANJUNG PERAK*

🔸projek usahasama diantara Perbadanan Kerajaan Negeri Perak & Taraf Nusantara sdn bhd

🔸pemaju: Setia Awan Holdings Sdn.Bhd.

🔸Skim yang ditawarkan kepada pembeli ( kakitangan kerajaan )

✔Tanpa deposit
✔Tanpa duit muka
✔Free booking
✔Free yuran guaman
✔Pembeli hanya sediakan dokumen lengkap untuk proses permohonan.

Lokasi :
Simpang 5 ( berhampiran pekan gurney )

Jenis :
Teres setingkat
3 bilik & 2 bilik air

Keluasan : inter / end lot
Saiz tanah - 20 x 65 ( 1300sqft )
Saiz rumah - 20 x 45 ( 900sqft )

Corner lot
Saiz tanah - 40 x 65  ( 2600sqft )
Saiz rumah - 20 x 45 ( 900sqft )

🔸status tanah
Hak milik kekal ( freehold ) rezab melayu

🔸status binaan
Dalam pembinaan dan jangkaan siap pada 2019

🔸kemudahan
✔Taman rekreasi
✔Trek jogging
✔Taman permainan
✔Kolam renang
✔Rumah kelab
✔Lapang sasar golf
✔Dewan serbaguna

▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪
                       *Harga*
                *RM 165,000.00*
▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪

🔸Kelayakan gaji
Kakitangan kerajaan

*Gaji pokok - 1300*
*Gaji bersih - 1100*

=========================
Swasta:
Anggaran gaji nett pay RM 2500 keatas

Sila pastikan nama bersih dr ccriss & ctos
=========================

🔸tempoh bayaran pinjaman

Kakitangan kerajaan (LPPSA )
Selepas 18 bulan dari tarikh kelulusan

Swasta ( bank loan )
Bayaran yang akan ditetapkan oleh pihak bank

▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪

Dokumen yang diperlukan :

Salinan ic pemohon
Salinan ic pasangan ( berkahwin )
Salinan sijil nikah
Salinan surat pengesahan perkhidmatan
Salinan surat pengesahan jawatan
Salinan surat berpencen
Slip gaji 3 bulan ( terkini )

💕untuk rujukan phasa 1 sebanyak 1500 unit teres telah habis dijual dan kini pembinaan phasa 2 telah bermula dgn kuantiti unit sebanyak 5000 unit telah dibuka💕

Hubungi : 0174776467 -puan Marina untuk pertanyaan lanjut.




Hubungi Puan Marina untuk keterangan lanjut. 
0174776467 whatsapp/ call/sms

Thursday, June 8, 2017

Resepi Popia Nestum Sedap dan Ranggup

Salam 13 Ramadan 1438H / 8 Jun 2017
Hari ni CikNa nakkongsi cara membuat Popia Nestum yang sedap dan ranggup.
Jom cekidout!!

Resepi Popia Nestum Sedap

 Bahan-Bahan:

Bahan untuk popia nestum:
1 bungkus kulit popia
1/2 cawan nestum - kisar halus
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan gula halus

Bahan untuk gam:
2 sudu besar tepung gandum
1/4 cawan air

Cara Penyediaan:

Bancuh tepung bersama air dan ketepikan.

Gulung kulit popia menggunakan sebilah lidi satay atau chopstick. Pastikan ada sedikit ruang di tengah-tengah gulungan.
Sapukan bancuhan tepung di bahagian hujung supaya gulungan kulit popia melekat.

Ulang proses sehingga habis kulit popia. Tutup dengan kain supaya tidak kering.

Gunting gulungan kulit popia secara menyerong dalam jarak 1.5cm.


Goreng sehingga kekuningan.
Taburkan dengan nestum, gula dan horlicks. Gaul sebati dan letakkan di dalam bekas kedap udara.

Tips

Semasa proses menggulung dan menggunting kulit popia, anda haruslah sentiasa tutup kulit popia dengan kain supaya kulitnya tidak kering dan keras. Jika kering, susah untuk digulung kerana ia mudah pecah.

Ok, Sekian dulu daripada CikNa.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin


Friday, June 2, 2017

Set Bersalin Tropical Herbs Amway

Set Bersalin Amway Tropical Herbs

Assalamualaikum mommy  dan mommy to be!!

Mommy2 Pening mencari set bersalin?
Jangan risau.
Jom dapatkan Tropical Herbs dari Amway ini.



Set penjagaan lengkap selepas bersalin untuk 44 hari berpantang.
Set Bersalin Tropical Herbs adalah sistem herba lengkap untuk membantu ibu baru selepas melahirkan anak. Merupakan produk yang mendapat pengiktirafan HALAL. Set Bersalin Tropical Herbs menawarkan penyelesaian yang menyenangkan untuk penjagaan selepas bersalin. Ia dibuat daripada herba-herba tropika yang terkenal dengan khasiat pemulihan yang dicari-cari di seluruh dunia kerana faedah-faedahnya. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang berhasrat untuk menyusukan bayi mereka, kerana set ini tidak memberi kesan panas badan terhadap si pemakainya.

Kandungan set, terbahagi kepada 2 iaitu untuk dimakan & kegunaan luaran :
**Untuk dimakan**
1) Teh herba
2) Pil selepas bersalin 1
3) Pil selepas bersalin 2
****Untuk kegunaan luaran***
4) Herba pembersih wanita
5) Herba mandian
6) Campuran Peramping Perut (Tapel)
7 )Campuran Penghangat (Param)
8) Campuran Penenang (Pilis)
9) Minyak Urutan Herba
10) Minyak Bayi
PERCUMA BENGKUNG YANG BEST!
- Set Bersalin Amway Tropical Herbs (COMPLETE SET) -7

1. Teh Herba: Diambil sebagai tonik untuk mencergaskan semula ibu baru.
• Membantu membersihkan darah beku daripada rahim dan mempercepatkan penyembuhan jahitan.
• Herba antiradang membantu merawat tisu yang radang dalam badan terutamanya di kawasan rahim dan vagina.
• Menguatkan badan dan meningkatkan peredaran darah ibu baru.

Arahan:-
Ini boleh diambil mulai hari ke-5 hingga ke-10 selepas bersalin. Minum dua kali sehari dengan hidangan selama 5 hari. Letak satu uncang dalam air panas selama 5 minit. Minum sementara teh masih hangat. Campur dengan satu sudu kecil Madu, jika mahu.

2. Pil Lepas bersalin 1: Memulihkan tenaga & menggalakkan laktasi
• Membantu ibu-ibu yang menyusui memulihkan tenaga dan menggalakkan pengeluaran susu ibu.
Arahan:-
Boleh diambil selama 15 hari bermula dari hari ke-10 , sebaik sahaja selepas menghabiskan Teh Herba. Dua kapsul harus diambil dua kali sehari selepas sajian. Seeloknya diambil di waktu pagi dan malam.

3. Pil lepas bersalin 2: Membantu ibu baru memulihkan susuk badan asalnya secara luaran dan dalaman sambil terus menyusui bayi.
• Membantu mengecutkan tisu rahim dan otot vagina.
• Herba-herba mempunyai kesan diuretik, yang membantu mengurangkan cecair berlebihan.
• Merangsang rembesan susu.
Arahan:-
Untuk dimakan selama 20 hari, bermula pada hari ke-25 selepas melahirkan, sebaik sahaja menghabiskan Lepas Bersalin 1. Dua kapsul harus diambil dua kali sehari selepas makan. Seeloknya diambil pada waktu pagi dan malam.

4. Herba pembersih wanita: Mengekalkan kawasan vagina agar bersih dan mencegah jangkitan
• Herba Pembersih Wanita diperbuat daripada campuran herba yang beraroma yang telah lama diiktiraf untuk menggiat semula, mengurangkan radang dan menyahbau badan terutamanya di kawasan vagina.
• Mengandungi herba yang mengandungi minyak pati yang tinggi untuk memberi kelegaan segera pada ketidakselesaan vagina (akibat jahitan dan radang).
• Herba yang tinggi kandungan taninnya juga digunakan untuk mengecutkan tisu vagina dan mempercepatkan proses penyembuhan.
Arahan:-
Guna produk pada hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari. Guna Herba Pembersih Wanita ini dua kali sehari.

5. Herba Mandian: Menyegar, mencergas dan memberi tenaga semula.
Dibuat daripada campuran herba tropika untuk menyegar, mencergaskan dan memberi tenaga semula kepada tubuh daripada kepala ke hujung kaki.
• Herba dipilih kerana harumannya, kandungan minyak perlunya dan ciri-cirinya yang merehatkan, antikeradangan, antifungus, antibakteria dan merangsang.
• Herba-herba antikeradangan seperti Tumeric domestica dan Curcuma xanthorriza adalah termasuk untuk membantu melegakan masalah kulit yang sedikit seperti gatal-gatal dan ruam.
• Mandi dengan Herba Mandian akan membantu melegakan otot yang letih dan sakit.
Arahan:-
Boleh diguna dari hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari.
Cara menyedia:
• Didihkan satu uncang dalam 2 liter air selama 20 minit.
• Tuang ekstrak ke dalam baldi dan masukkan air sehingga anda mendapat larutan yang suam.
• Guna sebagai air mandian.

6. Campuran Peramping Perut (Tapel): Memejal dan menguatkan otot-otot dan tisu-tisu abdomen.
Untuk mengetatkan bahagian perut, yang boleh menjadi menggelebeh selepas bersalin.
• Campuran herba yang dirumus khas dengan tanah liat dan pelbagai jenis herba, dan jus limau nipis untuk membantu memejalkan kulit perut yang kembang akibat kehamilan.
• Juga membantu menghilangkan parut atau tompok hitam yang biasanya muncul di kawasan perut apabila ia mengecut.
Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari. Untuk hasil yang lebih berkesan, guna bengkung. Seeloknya guna selepas mandi dan berurut.

Jangan ragu2 lagi mommy2.
Boleh dapatkan daripada saya.

Hanya RM293.00 sahaja. Belum termasuk postage.
PM/WA 0174776467 - Cik Na


Wednesday, September 21, 2016

Simpanan Anak

#SimpananAnak

1) Bukalah akaun Tabung Haji anak dengan deposit RM100. Paling lewat waktu anak berumur 6 bulan.
2) Simpan duit anak secara konsisten ke Tabung Haji anak i.e RM30 sebulan (RM1 sehari).
3) Buat direct debit lebih memudahkan urusan.
4) Jika potong gaji setiap bulan lagi menyenangkan.
5) Selepas 17 tahun, perlu buat persediaan anak mahu melanjutkan pengajian, anak kita sudah ada lebih RM10k:

Nilai prinsipal: RM6220
Nilai dividen: RM4706
Jumlah simpanan: RM10926

6) Ini tidak masuk lagi duit raya anak, duit tabungan anak dan lain-lain, jumlahnya akan meningkat lagi.
7) Kalau terguna duit anak mesti kita ganti, anak pun tidak sedih hati.
8) Ingatlah simpanan hari ini memudahkan hidup anak di kemudian hari.

Via Kredit FB Nur Izah

Thursday, September 15, 2016

Jahit Baju Sendiri

Baju.
Jahit baju.
Zaman belajar di USM Penang dulu 2009, sempat juga masuk kelas menjahit dengan aunty cina. Lokasinya saya dah lupa. Seronok. Sempatla siapkan 1 pasang baju kurung traditional dan 1 pasang baju kurung riau. Yuran ketika itu rm200.

Kemudian, setelah dapat posting di Selangor 2010, rajin jugak masuk kelas jahitan anjuran Kolej Komuniti Klang. Pada masa itu yurannya RM10 sahaja termasuk bahan jahitan. Sangat berbaloi. Dapat sijil. Tetapi sekarang ni yurannya dah naik seiring dengan peredaran masa.

Kini, saya kembali rindu untuk menjahit kembali. Setelah sekian ilmu yang di cari sebelum ini tidak dipraktikkan. Sesungguhnya saya berasa amat rugi. Kengkangan masa sangat mencemburui saya.

Dengan harapan cuti sekolah akhir tahun ini saya dapat mencari gali kembali ilmu jahitan.

Periuk Noxxa Idaman Hati



Periuk Tekanan Noxxa keluaran Amway.
Periuk ini telah menjadi idaman hati semua wanita di muka bumi Malaysia ini termasuklah saya.

Tak sabar rasanya nak dapatkannya. Hujung bulan baru berpeluang untuk dapat setelah saya sekeluarga balik bercuti di kampung sempena hari raya Aidiladha selama seminggu.

Dengan harapan, saya lebih rajin dan berkesempatan untuk masak buat suami dan anak tercinta.

Katanya periuk ajaib. Dapat masak macam-macam. Cepat. Jimat masa.

Haiss...tak sabarnya.

Ketua Geng Kapak Dicekup Rompak Kedai 24 Jam

KUALA LUMPUR: Tujuh lelaki termasuk ketua kumpulan Geng Kapak dipercayai aktif melakukan samun di kedai serbaneka 24 jam sekitar daerah Wangsa Maju ditahan dalam serbuan pada Ahad sehingga Selasa Lepas.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata lelaki berusia 19 tahun yang juga ketua kumpulan Geng Kapak atau dikenali Geng Lan Keramat ditahan selepas menyamun sebuah kedai serbaneka 24 Jam di Metro Pudu, di sini pada Ahad.
Katanya, lelaki itu gagal melarikan diri ketika polis membuat rondaan di sekitar kawasan itu.
"Hasil soal siasat ke atas suspek, polis dapat menjejaki tiga lagi ahli kumpulan itu yang berusia antara 19 dan 22 tahun serta menahan mereka sekitar Keramat dan Wangsa Maju pada Isnin lepas," katanya pada sidang media di sini pada Khamis.
Beliau berkata, kumpulan berkenaan yang aktif sejak Julai lepas dipercayai terlibat dalam lima kes samun kedai serbaneka 24 jam dan sebuah pusat karaoke.
Kesemua suspek ditahan reman bermula Isnin lepas sehingga 19 September ini, katanya.
Dalam kes berasingan, Mohamad Roy berkata tiga lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam kegiatan samun kedai serbaneka 24 jam di Taman Melati, Isnin lepas.
Katanya, kesemua suspek yang berusia lingkungan 20 hingga 26 tahun itu ditahan di sekitar Gombak pada Selasa lepas.
"Mereka dipercayai aktif melakukan samun sekitar Mei lepas dan kini ditahan reman selama tiga hari bermula semalam," katanya.
Kesemua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun menggunakan senjata secara berkumpulan. - BERNAMA

#bahayanya la sekarang ni. Ya Allah, Lindungilah hamba-hamba mu.

Friday, December 4, 2015

Dalam Kenangan

banjir 2014 dalam kenangan.
Hampir setahun dah berlalu. Peristiwa yang mungkin ramai rakyat kelantsn tak dapat lupakan. Bah besar melanda.

Bagi keluarga aku sendiri yang pertama kali dalam sejarah perlu berpindah ke pusat pemindahan banjir. Air naik sehingga paras betis di bahagian tuang tamu rumah. Alhamdulillah...sebab masih lagi baik jika nak dibandingkan dengan rumah mangsa lain yang hanyut tenggelam dek arus yang deras.

Aku hanya dapat memantau khabar berita dari jauh sahaja. Ketika itu aku berada di Klang. Kebetulan, seminggu selepas aku balik ke Klang, bah melanda. Sekiranya aku masih lagi berada di kampung, aku akan terlibat dengan peristiwa pahit itu.





Antara barang kenangan zaman belajar dulu yg aku simpan yang ditenggelami air. Memang tak dapat diselamatlan lagi.

Wednesday, September 10, 2014

Belle Maison Collagen - BVRC

Asslamualaikum dan selamat pagi!!

Haaiiii cik adik manis di luar sana? Sudah sarapan belom?
Haaa..bagi sudah sarapan, alhamdulillah..bagus, sebab kalian berjaya menjaga diri sendiri.
Sarapan memang penting perlu diambil setiap hari di waktu pagi supaya kita dapat simapan tenaga yang akan digunakan untuk bekerja selepas itu tau.

Lagi satu, untuk kekalkan cantik dan manis, kita juga kenalah ambil juga makanan tambahan kan..betul tak?

Ok, kali ni saya nak memperkenalkan satu lagi produk yang saya sendiri makan demi untuk menjaga kesihatan diri dan kulit saya.

Belle Maison Collagen keluaran dari Belle Vous Resources.



RM 76 sebotol.. Ha, kan. Sila lah cuba, sesudu kecil sahaja di waktu pagi selepas sarapan dan malam sebelum tidur.

Ok, sekian untuk kali ini...
Boleh hubungi saya untuk pembelian juga
PM di 0174776467 :-)

posted from Bloggeroid

Saturday, August 9, 2014

Sukan 2014 Tema Adiwira

Salam
Lama tak update blog.
Dua hari sebelum menyambut 1 Ramadhan 1435 H baru-baru ni sekolah sambut hari kejohanan sukan tahunan.
Tema adiwira atau pun kita panggil juga super hero.
Tahun ni saya dipertanggungjawabkan untuk mengetuai rumah sukan kuning bg sesi petang. Dan tahun ni juga pertama kali sesi petang dipertanggungjawabkan untuk membuat maskot dan menguruskan acara perbarisan rumah.
Mula2 dpt tema ni, puas juga duk fikir, adiwira mana la yang menarik dan sesuai utk rumah kuning. X-man? Power rangers? Bumblebee? Hurmmmm susahnya nk buat prop2 bagai dgn masa yg terhad. Rumah merah, hijau, biru dan unggu awal2 dh dpt idea. Kuning??

Ting!! Dengan tetiba saya terfikir adiwira Hang Tuah. Ah, buat je lah! Kebetulan rumah2 lain dah pilih dh maskot masing2.

Maka, terciptalah Hang Tuah dan konco2nya pada hari kejadian.




Dan tak sangka pula pada tahun ni rumah kuning a.k.a Jerai dapat jadi juara maskot dan perbarisan. Aku bangga sekejap. :-) . Terima kasih kepada semua yang terlibat. Guru2 dan murid2.




Sekian...

Tahun tema apa lah pulak nnt.

posted from Bloggeroid

Monday, June 9, 2014

Danau Toba

My second times as a backpackers.
Really enjoyed it.
2 days 1 nite trips. Awesome!

17-18 Mei 2014


Before boarding. Selfie first. At KLIA 2


Teams trips. 22 pax.



















Ticket Air Asia promo, RM76 return.
Total All in +- RM400


posted from Bloggeroid

Sunday, December 22, 2013

Terusik

Hari ni, hati saya terusik oleh sekeping gambar pertunangan seorang rakan yang telah di upload ke dlm facebook. Rakan yang dulu pernah untuk di satukan dengan saya, namun saya bukan untuk dia dan dia bukan diciptakan untuk saya.

Dah lama sebenarnya saya tidak terusik tentang soal jodoh ini. Tetiba hari ini hati saya terusik. Pilu je hati mengenangkan yang diri ini masih belum bertemu jodoh lagi. Tapi tak mengapa, Allah sudah aturkan yang terbaik untuk diriku sebagai hambaNya.

Kepada rakan yang bertunang, semoga kekal ke jinjang pelamin dan jannah dan juga kpd rakan2 yg bernikah hari ni, tahniah, semoga ikatan perkahwinan kalian sampai ke syurga.

Mohon kalian juga doakan untuk rezeki jodoh saya juga ya.

posted from Bloggeroid

Tuesday, October 15, 2013

Salam Aidil Adha 2013

Memandangkan cuti tak banyak, jadi saya terpaksa amik keputusan untuk tidak balik kampung tahun ini. Sama juga dengan tahun lepas. Tak dapat baluk juga.

Jadi, tahun ini, saya hanya lihat suasana raya di kampung melalui gambar whatssap sahaja.











Allahuakhbar...

posted from Bloggeroid

BerSpa Q Saya

Assalamualaikum...

Penat bekerja? Sakit urat? Sakit badan? Haaa...sama la kita..tapi jangan risau tau..saya nak syorkan satu spa yang ada khidmat mengurut badan untuk wanita. Urutan tradisional.



Impian d'manje spa...

1st time saya cuba untuk urut badan sebenarnya sebab badan dah rasa berat sangat. Stress. Lepas mengurut, alhamdulillah, jadi ringan.

Bagi yang nak cuba urutan di sini, pergilah ya. Di seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Harga pun berpatutan.

Dua hari lepas saya amik pakej urut badan, scrub badan,sauna dan facial muka.RM150 sahaja. Sangat best. Lega rasa urat2 selepas diurut dan dibelai diri ini. saya juga dah mula jatuh cinta khidmat facialnya. So far, kat sini lah khidmat facial terbaik yang pernah saya pergi.
Harap, pihak idaman d manja spa ni dapat mengekalkan khidmat terbaik mereka ini.

Bulan depan saya nak pergi mandi susu pulak. Yehaaa..best tau manjakan diri sendiri. Kena pergi spa la, kalau tak siapa layan? Suami pon belum ada lagi. Hehe



posted from Bloggeroid