Alamak! tersasul sudah depan makcik aku mengenai akunak belikan peti ais baru kat rumah ni. Peti ais kat dapur rumah ni sudah buruk. Ada 2 buah peti ais 1 pintu. Cap Singer dan National. Dua-dua yang kaler hijau tu. Makcik cakap yang peti ais Singer tu dah lebih dari 20 tahun usianya..Uihh..biar betol? memang kental lah peti tu. Berjasa. Kata makcik lagi, peti tu pakcik beli time duk Kuala Lipis lagi, tu pun dah beli kat tangan orang, maknanya yg second hand dah la.
Aku rasa memang patut tukar yang baru dah, sebabnya rasa tak berbaloi. Banyak jugak penggunaan elektrik kalau guna sampai dua buah peti ais kat rumah kan? hurrmm...dah alang-alang tersasul, gayanya hari nie aku kena g survey lah petinya. Beli teruslah. Ansuran pun ansuran lah, asal dapat gembirakan hati orang dalam rumah nie. Tu je yang mampu setakat nie. Bajet?? aku nak cari peti ais yang lingkungan harga 1k je. Lebih dari tu memang tak mampu. Tak ngapelah berbelanja lebih skit bulan-bulan nanti.
Oh Ya! Kata orang, kalau guna peti ais yang dua pintu tu, letrik jimat skit. Kalau nak amik lauk, just buka bahagian sejuk beku jerlah, tak payah dah buka skali bahagian lain. Secara kasar penggunaan letrik dalam RM10 sebulan bagi sebuah peti ais dua pintu yang sederhana besar atau standard.
#: Lambatnya makcik balik dari rewang umah jiran, nak g pilih peti ais plak ni. :D
wow.. nape ktr excited ble org sbut lipis? sdh terpautkh ati ini pd lipis? hehe
ReplyDelete