Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Monday, December 17, 2012

Baju Nikah

Assalamualaikum
Taraaa...baju nikah putih. Owh, ini bukan saya punya. Ini sepupu saya punya. Dia dah selamat nikah bulan September lepas. Baju ni dia yang beli. Baju siap. Beli di Butik dalam KB Mall, Kota Bharu. Saya yang pilih beria dan suruh dia beli baju ni untuk nikah. Harga RM235.00.
Material kain net cotton dan lining kain satin. Kemasan guna beads kat bahagian bawah baju leher dan tangan. Potongan kurung moden. Kain kembang payung.
Kalau beli kain, upah jahit baju dan jahit manik ni agak-berapa ek?jup nak kira.
Hari tu saya terjumpa material kain lebih kurang macamni kat Kamdar.

Kain net: RM60-80 / m (2m)
Satin: RM7.00/ m (2/m)
Lining: RM8.00 (2m)
Manik 4 jenis : Anggaran RM 20.00
Upah jahit kurung moden : RM40.00 +lining RM40.00
Upah jahit manik: RM40.00

Kira punya kira, kos beli dan upah orang jahit lebih mahal pulak dari kos beli baju yang dah siap yang ni. Tapi kalau pandai jahit sendiri kos kain dan manik je yang keluar.

Ok, saya berdoa baju nikah saya nanti simple je. Manik nak jahit sendiri. Beli kain yang tak perlu lining. Mesin jahit pun dah ada. Boleh jahit sendiri baju kurung moden ni. Cuma yang masalah nanti takot kengkangan masa dan kerajinan sahaja. Ya Allah, berikanlah aku kelapangan untuk menguruskan majlis nikahku nanti.
Amin.






posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment