Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Tuesday, December 18, 2012

Demi Sebuah Piala Seekor Kambing, Sambung Belajar

Assalamualaikum....
Nak tanya, siapa ada menonton cerita atau drama ini. Sebuah piala seekor kambing. Tayangan astro prima, 105. Dialog sepenuhnya dialek Kelantan. Siap ada sarikata lagi. Saya sanggup tunda tarikh tiket bas saya demi nak menonton drama ini bersama keluarga di kampung. Sepatutnya saya plan nak balik Klang malamni. Balik awal sehari untuk siapkan sedikit kerja kaitan dengan PBS tingkatan 1 tahun depan. Tapi demi drama ni, saya tunda esok. Hehe.. Seronok menonton ramai2 ni sebenarnya. Nak2 kalau cerita lawak. Gelak memang ikhlas betul lah. Haha haha hahaha. Puas hati.

Sambung belajar.

Tak tahu kenapa, selepas habis tayangan drama ni hati saya tetiba terdetik untuk sambung belajar lagi.sayu je hati. Teringin nak tambah ilmu. Atau adakah disebabkan oleh perasaan saya yang cemburu? Cemburu bila tengok rakan-rakan lain menyarung jubah konvokesyen lagi. Alahai, perasaan apakah ini yang sedang melanda?.....

Sebenarnya,angan-angan saya ni banyak. Nak itu, nak ini. Kadang-kadang tamak juga. Selalu berfikir. Boleh ke saya nak sambung belajar ya? Sambung ambil master? Sempat ke? Cukup ke duit dengan gaji saya? Duit gaji nak bayar ansuran kereta dan rumah lagi. Kalau sambung belajar, berapa pula belanja yang kena keluarkan tiap-tiap bulan? Kahwin pon belum juga lagi ni. Umur pun semakin meningkat. Tahun depan dah 30 tahun dah. Haishhh....serabut2.

posted from Bloggeroid

1 comment: