Assalamualaikum
Sejuk. Bergumpal dengan kain selimut saat hujan turun memang best.
Kota Bharu sekarang dilanda hujan tak henti-henti. Dah 4 hari. Kalau berhenti pun sekejap je, pastu sambung balik hujan. Kalau berlarutan macam ni biasanya ini adalah petanda nak banjir. Memang ya dah, sebab sekarangn pun bulan Disember, memang musimnya dah. Kawasan rumah saya ni kawasan dinaiki air juga. Tapi kalau betul-betul Bah yang besar baru sampai kawasan rumah saya ini. Kawasan kat sini lebih tinggi sikit berbanding kawasan lain. Setakat ini tak pernah lagi kami kena pindah ke pusat perpindahan banjir.
Dulu, zaman kanak-kanak saya memang seronok main banjir. Mandi. Main sampan Atok. Memang kami tunggu kedatangan banjir ni. Kalau bangun pagi, perkara yang di update dulu adalah paras banjir sampai mana. Duduk dalam rumah saya ni boleh nampak air sungai Kelantan yang mengalir deras waktu banjir. Sebab rumah tepi sungai je.
Makanan yang best waktu hujan sejuk-sejuk ni, ubi kayu lah yang terbaik. Ubi kayu yang direbus, dicicah bersama gula. Ubi badak putih dan ubi badah biru(ungu). Ubi badak sekarang dah jarang boleh jumpa. Ubi keledek. Makan waktu panas memang bestlah. Ubi-ubi ni dulu memang Atok saya tanam sendiri. Saya sempat merasa tanam ubi, dan cabut pokok ubi bersama Atok. Saat yang sangat best untuk dikenang. Budak kecik sekarang mana ada aktiviti macam ni. Berbeza.
Rindunya kat arwah Atok dan arwah Mak saya.
Al-fatihah.
Sejuk. Bergumpal dengan kain selimut saat hujan turun memang best.
Kota Bharu sekarang dilanda hujan tak henti-henti. Dah 4 hari. Kalau berhenti pun sekejap je, pastu sambung balik hujan. Kalau berlarutan macam ni biasanya ini adalah petanda nak banjir. Memang ya dah, sebab sekarangn pun bulan Disember, memang musimnya dah. Kawasan rumah saya ni kawasan dinaiki air juga. Tapi kalau betul-betul Bah yang besar baru sampai kawasan rumah saya ini. Kawasan kat sini lebih tinggi sikit berbanding kawasan lain. Setakat ini tak pernah lagi kami kena pindah ke pusat perpindahan banjir.
hujan turun |
Makanan yang best waktu hujan sejuk-sejuk ni, ubi kayu lah yang terbaik. Ubi kayu yang direbus, dicicah bersama gula. Ubi badak putih dan ubi badah biru(ungu). Ubi badak sekarang dah jarang boleh jumpa. Ubi keledek. Makan waktu panas memang bestlah. Ubi-ubi ni dulu memang Atok saya tanam sendiri. Saya sempat merasa tanam ubi, dan cabut pokok ubi bersama Atok. Saat yang sangat best untuk dikenang. Budak kecik sekarang mana ada aktiviti macam ni. Berbeza.
Rindunya kat arwah Atok dan arwah Mak saya.
Al-fatihah.
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment