Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Saturday, December 8, 2012

Saya Bercuti

salam
Selamat bercuti. Syokkan dapat pergi bercuti. Macam saya bulan lepas, berpeluang balik kampung. kelantan. Balik tak lama. 4 hari je kat kampung. Isnin-Jumaat. dalam empat hari ni, saya tak lekat kat rumah pun. Hehe..Amik peluang berjimba.

Hari pertama saya pergi ke Pangkalan Kubur. dengan kawan saya misi. Nak survey barang-barang perkahwinan katanya. Dia bakal berkahwin bulan 3 2013 nanti. Waahh teruja saya mendengarnya. Balik dari Pengakal Kubur, kami pergi survey butik pengantin. 3 buah kami pergi tanya pakej yang disediakan. Amik contact number. Berminat baru kawan saya nak datang lagi sekali dengan en tunangnya. seharian kami keluar bersama. Lewat petang baru saya balik rumah. saya dapat berita gembira. Makcik saya dapat cucu baru. dia minta saya amik kan menantu bersama cucunya di hospital kota bharu. Lepas maghrib baru dapat keluar sebab baby lambat boleh buang air besar. dah selesai, baru dapat keluar.

Hari kedua, saya jumpa kawan lama. Aishah namanya. Kami semua panggilnya Nikid. seharian jumpa. Ajak pergi jalan-jalan dan shopping. lama tak borak dengan bff saya ni sebenarnya. Dia dah pun berkahwin bulan Ogos lepas. Saya tak dapat nak pergi majlis kendurinya sebab ada aktviti kat sekolah pada minggu tu tak silap. suaminya kerja sebagai jurutera. Untung kawan saya itu. Alhamdulillah. Tapi setakat ni dia terpaksa PJJ dulu dengan suaminya. Kawen dengan engineer ni kena banyak berkorban ya. maklumlah sibuk kerjanya. Jadilah isteri hujung minggu sahaja. apa-apa pun saya doa kan semoga kawan saya bahagia dan peroleh zuriat yg comel2 sebagai pawaris nanti.

hari ketiga. Khamis. saya duk rumah jer.

Hari keempat Jumaat. Pagi2 lagi saya ke pasar pagi Wakaf Bharu. saje nak pusing2 pasar sebenar. beli racun tikus.Banyak jenis rupanya racun tikus ni. Ada jenis beras. Jenis jajan. Jenis yang kena gaul dalam makanan. Jenis gam. Ingatkan mahal. Murah rupanya. 3 jenis RM5.00 sahaja. So, saya amik yang jenis macam beras dan yang gaul dalam makanan. jaga2 lah ko tikus. Ko makan nanti, mampuslah ko. Hehe...

Hari kelima. Saya dah bersiap2 untuk ke Kuala Terengganu. Untuk menghadiri majlis pertunangan sahabat USM saya.

No comments:

Post a Comment