Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Saturday, December 10, 2011

Nasi Katok Brunei

Kalau ke Brunei, nak jimat bajet..makanlah Nasi Katok. 1 dolar sahaja. Cuba tukar dalam RM? heeee.. Minuman kat sini mahal skit. Teh Ais BS 2.30. Jus buah BS 2.00.tak kiralah buah apapon.
 Perasan tak, logonya nak sama dengan Kenny Rogers kan?
Inilah rupa Nasi Katok. Ayam seketul dengan sambal sahaja. Sambalnya boleh tahan la rasanya. Rasa masam, manis, cukup rasa. Kalau rasa agak kering, boleh mintak sup. Tapi tak pasti sup berbayar atau tak. sebab kami makan memang bajet.Air mineral pon kami bawa sendiri. Mahal oooii. Boleh tercekik. heee...tu belom makan nasi campur agaknya.

Thursday, December 8, 2011

Meroyan

bagun pagi. solat subuh. on laptop.mandi.tgk blog.baca blog2. skgni tengah duk nak prabih n khatam blog cik saloma. sgt special.baca baca baca, masak air.minum cereal.cicah biskut dan roti.sambung baca lagi.sambil juga on fb.ushar jg status kwn2 kt fb.baca blog lagi.take 5 jup.sambung lagi.sampai la tghari.rasa agak puas dh membaca, buka dvd cite jepun.layan sekejap.ngantok.terlelap.terjaga.bagun solat zohor.masak luch simple2 je.sambung lagi tgk dvd.sampai petang.tunggu plak cite tentang dhia.hbs tentang dhia solat maghrib.mandi.panaskan lauk tengah hari makan sambil tgk buletin utama.agak2 xde citer yg menarik kt tv, masuk bilik sambung baca blog cik saloma lagi.pkl 12 solat isyak.tido.~~~haih~~ dah 3 hari dah aku macam ni...boleh meroyan aku klu cukup seminggu aku punya rutin mcmni..adoi..cik saloma..cik saloma

Sunday, December 4, 2011

Layan DVD Korea

Heh! aku ni tidak la fanatik sangat dengan cerita/movie korea nih. Tapi, memandang aku rasa macam ada masa nak menonton dan melayan dvd, jadi aku pinjam la koleksi dvd movie korea milik cousin aku...hehe..selamat menonton untuk diriku..kui3x..

Cerita yang bakal ditonton: IL JI - MAE, THE RETURN OF IL JI - MAE, Invincible Lee Pyung Kang.Marathon kalu. Korang dah nonton?

Uncle Bob punya ayam gunting!

Malam tadi kali pertama pergi ke uptown Danau Kota. Ramai orang. Agak sesak juga. Pusing pun tak habis. Penat + dah mengantuk. Pkl 1 pagi wei. hanya beli makanan. ayam goreng yang di tabur dengan serbuk lada hitam n merah kemudian digunting kecil2. Uncle Bob punya.Pernah makan? hot n spicy. Sedap! 1 bag (sekeping) = rm 5.50. pagi ni bagun tido terasa nak lagi! patutla sanggup orang2 beratur panjang tunggu giliran nak beli.

Saturday, December 3, 2011

Sehari di Negara Brunei Darussalam - 3 - Masjid di Brunei

Inilah masjid yg berkubah emas yang terdapat di negara Brunei ini. Masjid Omar Ali Saifuddin.
Kami sempat solat Asar di sini.

tak pasti ini bagunan apa.Tapi bagunan ini terletak di hadapan Masjid Omar Ali Saifuddin.


Ini pula Masjid Jame'' Asr Hassanil Bolkiah. Kami sempat menunaikan solat Maghrib berjemaah di sini. Sangat cantik masjid ini. Dalam masjid lagi cantik dengan hiasan lampu. Mewah.

Tapi pengalaman solat berjemaah di masjid tak kan aku lupakan. solat maghrib 3 rakaat, tetapi pada rakaat ke tiga sebelum turun sujud, tiba2 Imam menadah tangan membacakan 1 doa. Nak kata doa Qunut tp bukan bacaan Qunut.Tterlintas di fikiranku, mazhab apakah di amalkan oleh rakyat Brunei ya? tertanya2 dalam hati. Tangan tetap ditadah.

Selesai solat dan doa kami terus bergegas mengejar masa supaya sempat sampai di Imegresen Brunei sebelum ditutup 9.30 pm. Tak sempat untuk aku bertanya pada jemaah yang berada di sebelahku mengenai doa yg dibaca tadi.


# bateri camera dh habis time kt kg. Ayer lg, jd gmbr ni sume guna camera Hp jer...huk3

Friday, December 2, 2011

Sesaat Kau Datang

Jom layan lagu ni...tengah hot kat radio Hot FM..mula2 dengar mmg cam dh suara tukang nyanyi lagu ni..tp mcm xcaya jer..lama2 dengar kt radio,mmg tepatlah tekaan ku..milik siapa suara itu..hehe.kak Ramlah Ram kita punya rupanya..cayalah kak Ramlah,

Sesaat Kau Datang -Ramlah Ram featuring SleeQ

Thursday, December 1, 2011

Perlukah Sekufu?

Ya, perlu. Mencari pasangan suami atau isteri perlu sekufu. Carilah pasangan yang elok agamanya.

Terutamanya bagi seorang suami, perlu ada 3 RAS (bak kata Ustaz jemputan dalam semanis kurma tadi) :
1) BeRAS - bertanggungjawab memberi n mencari nafkah
2) KeRAS - boleh jadi pemimpin keluarga kepada isteri dan anak2
3) WaRAS - elok agamanya, bertanggungjawab

Tidak lupa juga, seorang suami perlu ada 3 jenis kunci untuk mendapat kebahagiaan:
1) Kunci rumah (tempat tinggal)
2) Kunci kereta/motor (pengangkutan)
3) Kunci pejabat (ada kerjaya)

berkahwinlah dengan pasangan yang berbeza utk saling melengkapi. Ibarat melihat pantulan diri kita dalam cermin.

apa yang penting, berdoa, berdoa n terus berdoa kepada Allah s.w.t yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Jerawat 5 biji

Arrghhhh...
suka suki dia jer jerawat nih nk tumbuh kt muka aku ni..
5 biji skali gus..

sumber

aduyaii..
seminggu dhni,
belum surut-surut lg...
adooii tension..dh la gatal...
erkk??
jerawat gatal?? O____*

apa ubatnya, ya?