Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Monday, April 29, 2013

Cinta Datang Tanpa Diundang

Allah Maha Besar. Inilah ungkapan yang saya boleh ucapkan. Kerana Allah, hadirnya cinta. Ya, selain cintakan Allah dan rasul, Allah juga yang menghadirkan cinta sesama manusia.

Saya juga pernah jatuh cinta sesama manusia. Cinta antara seorang perempuan dan seorang lelaki. Saya juga sangka yang Allah telah hdirkan perasaan cinta saya kepada si dia. Hanya sebulan mengenalinya dialm maya, cinta saya sangat kuat. Sebab, cinta saya bukan main-main. Niat saya adalah untuk melebarkan lagi saya cinta kami berdua ke alam perkahwinan. Cintakah dia terhadap saya?

Perasaan cinta ini telah hadir dua bulan lepas. Ibarat pepatah, ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari. Inilah yang sedang alami sekarang. Cinta saya telah pudar. Setelah beberapa kejadian yang telah berlaku baru-baru ini. Kejadian yang meninggalkan kesan dalam hidup saya. Banyak pengajaran yang saya dapat.

Terima kasih ya Allah diatas semua yang berlaku. Ku tahu, ada hikmah disebaliknya. Terima kasih kerana hadirkan dia dalam hidupku walau untuk seketika.

posted from Bloggeroid

Sunday, April 28, 2013

Santapan Minda

Assalamualaikum..
Selamat berhujung minggu...hehe..biarpun sudah lewat petang, tapi masih berbaki beberapa jam lagi untuk ke hari Isnin esok hari.



Hujung minggu saya hari ini dihabiskan dengan santapan minda. Baca novel. Baru beli juga sebenarnya, tengah hari tadi di MPH Bukit Raja, Klang.

Sebenarnya, hati teringin sangat nak pergi ke pesta buku yang sedang berlangsung di PWTC yang bermula semalam, 27 april hingga 5mei nanti. Tapi disebabkan tiada kawan yang dapat teman, saya batalkan niat saya.tambahan pula hari hujan. Dalam hati, nak jugak pergi sorang diri, tapi macam tak berani sangat sebab di sana tempatnya luas dan ramai orang. Tujuan nak ke sana, sebenarnya nak dapatkan buku terbaru hasil penulisan prof muhd kamil, ANEKDOT DARI MADINAH.

Plan bertukar, saya ke Jusco Bukit Raja, dengan harapan ada la buku tersebut. Kecewa. Bukunya masih belum sampai di sini sama ada di MPH atau Popular Bukit Raja ni. Gantiannya, buku CERPEN ini yang saya beli.

Jadi, inilah rezeki saya hari ini. Moga ia dapat memberi manfaat.

posted from Bloggeroid

Sunday, April 21, 2013

Selamat Pengantin Baru As & Carlel













Photo: Bff
Alhamdulillah. Tahniah, buat sahabatku Asmawati, telah selamat dijab kabul bersama pasangannya, Carlel pada 24 march lepas. Semoga ikatan perkahwinan kalian dirahmati Allah s.w.t. moga cepat dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah.