Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Saturday, December 29, 2012

Mencari Pencerahan PBS BM Tingkatan 1

Assalamualaikum




Buku ini. Saya beli kat popular semalam. Semangat mencari pencerahan untuk tahun 2013.
Semoga tahun 2013 membawa seribu rahmat untuk saya. Semoga 2013 lebih baik dari 2012.

Senyum.

posted from Bloggeroid

Tuesday, December 25, 2012

Jom Mengaji Quran

Assalamualaikum

Dengan kecanggihan teknologi sekarang ni, macam-macam boleh buat. Sama la dengan kecanggihan anderoid ni. Boleh download macam-macam dari playstore atau pun blackmarket. Saya pun tak ketinggalan juga men'download iQuran.

iQuran ni siap ada maksud lagi setiap ayat. Tapi dalam bahasa inggeris la. Kalau tak faham maksud, kena buka kamus. Tapi takpe, sekurang-kurangnya kita dapat baca pon dah dikira baik. Baca sepotong ayat pon dah dapat banyak pahala. Allah Maha Pemurah. Tapi lebih baik kita baca quran dan tahu maksudnya sekali.

IQuran yang saya download ni ada audionya sekali. Kita boleh pasang suara mengaji. Kita juga boleh tahu macam mana nak baca dengan betul.







Semalam, saya amik peluang untuk download audio setiap surah. Tapi malangnya, hanya dapat 30 surah sahaja. Rupanya ia limited 30 surah untuk sehari. Jadi kena tunggu keesokkan hari pulak untuk download surah seterusnya. Sabar.

Saya amik peluang guna, unifi kazen. Kalau guna broadband saya yang siput tu, confirm tak dapat 30 surah sehari dalam masa tak sampai 1 jam. :)

Jom, mengaji, betulkan tajwid. Lepas solat dapat baca sepuluh ayat pon Alhamdulillah.

posted from Bloggeroid

2013 - i wish i was strong enough

Assalamualaikum....

25 Disember 2012. lagi 6 hari untuk menuju 2013.
Semoga saya tabah dan kuat untuk menempuh 2013, dengan harapan dan doa yang tidak putus.


Lirik Lagu  BOTH OF US

[Taylor Swift - Chorus]
I wish I was strong enough to lift not one but both us
Someday I will be strong enough to lift not one but both of us

[B.o.B]
Ever thought about losing it?
When your money is all gone and you lose your whip
You might lose your grip
When the landlord tell you that you're due for rent
And the grass so green on the other side
Make a nigga wanna run straight through the fence
Open up the fridge about 20 times
But still can't find no food in it
That's foolishness
And sometimes I wonder
All we care so much about the way we look
And the way we talk, and the way we act
And the clothes we bought, how much that cost?
Does it even really matter?
Cuz if life is an uphill battle,
We all try to climb on the same old ladder
In the same boat with the same old paddle
Why so shallow, I'm just asking
What's the pattern to the madness?
Everybody in a #1 draft pick
Most of us aint Hollywood actors
But if it's all for one, and one for all
Then maybe one day we all can ball
Do it one time for the underdogs
Sincerely yours, from one of y'all

[Taylor Swift - Chorus]
I wish I was strong enough to lift not one but both us
Someday I will be strong enough to lift not one but both of us

[B.o.B]
I can feel your pain,
I can feel your struggle
You just want to live
But everything so low,
That you can drown in the puddle
That's why I gotta hold us up
Yeah hold us up
For all the times no one ever spoke for us
So every single time that they play this song
You can say that, "that's what Bobby Ray wrote for us"
When his eyes get too high
And the sea up underneath get so deep
And you feel like you're just another person
Getting lost in the crowd
Way up high in the nosebleeds (Uh)
Because we've both been there
Yeah both of us
But we still stand tall
With our shoulders up
And even though we always against the odds
These are the things that have molded us
And if life hadn't chosen us
Sometimes I wonder
Where I would have wound up
Cuz if it was up to me
I would make a new blueprint
Then build it from the ground up
Hey, but if its all for one
And One for all
Then maybe one day
We all could ball
Do it one time for the underdogs
From Bobby Ray to all of y'all

[Taylor Swift - Chorus]
I wish I was strong enough to lift not one but both us
Someday I will be strong enough to lift not one but both of us


lirik dari: B.o.b Both Of Us lyrics found on http://www.directlyrics.com/bob-both-of-us-lyrics.html

Monday, December 24, 2012

Ilham Deco Dapur

Assalamualaikum
InsyaAllah, bila dah duduk rumah sendiri nanti, saya verangan nak deco dapur saya lebih kurang dalam gambar ni. Menarik. Sebab material yang digunakan untuk binaan kabinetnya dari aluminium.

Aluminium ni merupakan material yang mampu menghalang masalah yang berpunca daripada anai-anai dan dapat mengelakkan kejadian kabinet reput akibat serapan air yangberlebihan.


Kosnya takdelah mahal sangat. Berbaloi untuk rumah teres saya nanti. InsyaAllah.

Merah? Kenapa saya mula sukakan dengan warna merah sekarang ini ek? Sebab berani kot?

Senyum.
posted from Bloggeroid

Terjebak dengan Majalah Deco Mendeco Impiana

Assalamualaikum.
Selamat pagi.



Nampak tak gambar apa kat atas ni? Hehehe...saya sekarang dah mula terjebak dengan majalah deco-deco rumah ni. InsyaAllah, tahun depan saya bakal duduki rumah sendiri. Rumah teres je. Dengan ini, saya dah mula mencari ilham a.k.a verangan macam-macam dah nak deco rumah macam mana. Ikut bajet la. Lagi pun bujang lagi. (harap sangat dapat bertemu jodoh tahun depan).

Belek-belek majalah je yang mampu. Nak upah Eric Leong tak mampu. Dan setakat rumah teres je pon. Lainlah kalau rumah bunglow kan?
InsyaAllah, murah rezeki, panjang umur dapatlah apa yang diimpikan nanti...
Tungggguuuuuuu....

Senyum.

posted from Bloggeroid

Sunday, December 23, 2012

Saturday, December 22, 2012

Ter Rindu

Alamakkkkk
Kenapa si dia tak nampak online pon. Dah dua hari. Ke manakah dia pergi? Bercuti? Sibuk? Atau....
Ya Allah, sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui keadaan diriku sekarang ini..

posted from Bloggeroid

Kasut dan Klinik


Kasut kerja saya yang perlu di baiki. Dijahit, ditampal dan di tukarkan tapak. Semalam, Jumaat nak hantar kat tukang kasut area Andalas ni dia tutup pulak. Jadi petang ni nak pergi hantar. Taklama dah nak buka sekolah. Pakai je mana yang ada. Nak beli baru, ada yang berkenan tapi size pula takde. Maklumlah, kaki sindarela.

Semalam ada juga survey tempat baiki kasut lain. Lupa dah nama kedai tu. Jumpa dalam Jusco Bukit Tinggi. Level bawah. Sebelah dengan kedai telco Digi. Intai dia punya harga. Mak aih, sepasang kasut tumit tinggi cajnya rm 17. Biar betul? Saya malas nak bertanya lebih lanjut. Pastu terus keluar dari kedai tu.

Hantar kat andalas jerlah. Mungkin harga dengan pakcik tu murah sedikit. Lagi pon, pakcik tu niaga tepi kaki lima kedai je. Depan kedai 2NT. Dekat juga dengan kedai mamak.

posted from Bloggeroid

Topeng Muka

Assalamualaikum

Jangan takut pulak ya tengok gambar ni..ni sesi ber'masker'. Hehe..berduri sangat dah rasanya kulit mula saya ni. Jadi, solusinya saya pakai masker. Yang saya pakai ni masker shiseido. Untuk kulit sensitif. Tapi kulit muka saya bukan jenis yang sensitif. Kulit normal je. Ada kawan bagi free, saya terima. Daripada buang begitu sahaja, baik saya guna. Betul tak?

Jom belai muka masing-masing. Nak cantik kan?

#update entry sambil tunggu masker kering. Pasni nak kena koyak masker ni. Sakit juga bila tertarik sekali dengan bulu roma muka ni.
posted from Bloggeroid

Thursday, December 20, 2012

Tisu Lembap

Assalamualaikum

Saya beli wet tissue. Saya simpan dalam kereta. Senang. Kalau tangan kotor time travel boleh guna. Sebab saya selalu travel balik kampung naik kereta. Biasanya time travel tu, ada la makan-makan benda ringan skit. Senang. Cuci tangan guna tisu ni je. Darurat.

posted from Bloggeroid

Saya dan LADAP 2013

Assalamualaikum
20.12.2012. Cantik tarikh hari in ya. Hari ini dan semalam saya menghadiri LADAP di sekolah saya. LADAP untuk tahun 2013 sebanarnya, cuma di awalkan dari perancangan.

Ni contoh slip keputusan PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah). Semalam baru tandatangan. Akan diserahkan kepada pelajar buka sekolah nanti.satu subjek satu slip. Kalau 12 subjek, maknanya 12 slip pelajar akan dapat. Harap tahun depan ada penambahbaikan lagi.

posted from Bloggeroid

Wednesday, December 19, 2012

Kamal Adli, Saya Suka Awak

i love u


Oppsss...terlebih sudah.

Macam mana la boleh terminat dengan dia, ni? Gara-gara Doktor Cinta la ni...haishhhh
Berlakon je pon.

posted from Bloggeroid

Tuesday, December 18, 2012

Spirit kahwin


Vvip wedding gift. Saya dapat masa kenduri kat Puchong tempoh hari.
Dalam kotak ada 3 jenis coklat bersama dengan seutas tasbih. Dan....yang special nya bagi saya adalah bunga telur itu.
Sekarang bunga telur itu saya simpan dan letak dalam kereta. Menjadi sumber dan keinginan untuk bernikah cepat juga. (doa saya).
Perancangan awal saya nak recycle je bunga telur itu dan jadikan bunga tangan masa nikah. Nantilah, saya ikhtiar lain.:-)
Doakan saya semoga cepat bertemu jodoh ya. Jodoh yang terbaik buat saya di dunia dan di akhirat.

posted from Bloggeroid

Demi Sebuah Piala Seekor Kambing, Sambung Belajar

Assalamualaikum....
Nak tanya, siapa ada menonton cerita atau drama ini. Sebuah piala seekor kambing. Tayangan astro prima, 105. Dialog sepenuhnya dialek Kelantan. Siap ada sarikata lagi. Saya sanggup tunda tarikh tiket bas saya demi nak menonton drama ini bersama keluarga di kampung. Sepatutnya saya plan nak balik Klang malamni. Balik awal sehari untuk siapkan sedikit kerja kaitan dengan PBS tingkatan 1 tahun depan. Tapi demi drama ni, saya tunda esok. Hehe.. Seronok menonton ramai2 ni sebenarnya. Nak2 kalau cerita lawak. Gelak memang ikhlas betul lah. Haha haha hahaha. Puas hati.

Sambung belajar.

Tak tahu kenapa, selepas habis tayangan drama ni hati saya tetiba terdetik untuk sambung belajar lagi.sayu je hati. Teringin nak tambah ilmu. Atau adakah disebabkan oleh perasaan saya yang cemburu? Cemburu bila tengok rakan-rakan lain menyarung jubah konvokesyen lagi. Alahai, perasaan apakah ini yang sedang melanda?.....

Sebenarnya,angan-angan saya ni banyak. Nak itu, nak ini. Kadang-kadang tamak juga. Selalu berfikir. Boleh ke saya nak sambung belajar ya? Sambung ambil master? Sempat ke? Cukup ke duit dengan gaji saya? Duit gaji nak bayar ansuran kereta dan rumah lagi. Kalau sambung belajar, berapa pula belanja yang kena keluarkan tiap-tiap bulan? Kahwin pon belum juga lagi ni. Umur pun semakin meningkat. Tahun depan dah 30 tahun dah. Haishhh....serabut2.

posted from Bloggeroid

Monday, December 17, 2012

Baju Nikah

Assalamualaikum
Taraaa...baju nikah putih. Owh, ini bukan saya punya. Ini sepupu saya punya. Dia dah selamat nikah bulan September lepas. Baju ni dia yang beli. Baju siap. Beli di Butik dalam KB Mall, Kota Bharu. Saya yang pilih beria dan suruh dia beli baju ni untuk nikah. Harga RM235.00.
Material kain net cotton dan lining kain satin. Kemasan guna beads kat bahagian bawah baju leher dan tangan. Potongan kurung moden. Kain kembang payung.
Kalau beli kain, upah jahit baju dan jahit manik ni agak-berapa ek?jup nak kira.
Hari tu saya terjumpa material kain lebih kurang macamni kat Kamdar.

Kain net: RM60-80 / m (2m)
Satin: RM7.00/ m (2/m)
Lining: RM8.00 (2m)
Manik 4 jenis : Anggaran RM 20.00
Upah jahit kurung moden : RM40.00 +lining RM40.00
Upah jahit manik: RM40.00

Kira punya kira, kos beli dan upah orang jahit lebih mahal pulak dari kos beli baju yang dah siap yang ni. Tapi kalau pandai jahit sendiri kos kain dan manik je yang keluar.

Ok, saya berdoa baju nikah saya nanti simple je. Manik nak jahit sendiri. Beli kain yang tak perlu lining. Mesin jahit pun dah ada. Boleh jahit sendiri baju kurung moden ni. Cuma yang masalah nanti takot kengkangan masa dan kerajinan sahaja. Ya Allah, berikanlah aku kelapangan untuk menguruskan majlis nikahku nanti.
Amin.






posted from Bloggeroid

Dapat Tawaran Ke SBP 2013 Tingkatan 1


Tahniah.
Kepada sepupu saya. Berjaya mendapat tawaran ke Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu. Sekolah baru ni. Baru dibuka Jun 2011. Google punya google pasal sekolah jumpa satu blog akak tu yang ada anaknya belajar kat sekolah ni. Agak menarik. Warna cadar asrama pun ikut warna tema rumah sukan. Kalau rumah merah, cadarnya ala merah, pink or peach gitu. Sangat teruja untuk saya pergi tinjau kat sana.
Pendaftarannya pada 7 Januari 2013 nanti. Iskk..tak dapatla saya nak hantar. Sebab saya pun kena sekolah juga nanti.

posted from Bloggeroid

Tengkujuh Nak Datang

Assalamualaikum

Sejuk. Bergumpal dengan kain selimut saat hujan turun memang best.
Kota Bharu sekarang dilanda hujan tak henti-henti. Dah 4 hari. Kalau berhenti pun sekejap je, pastu sambung balik hujan. Kalau berlarutan macam ni biasanya ini adalah petanda nak banjir. Memang ya dah, sebab sekarangn pun bulan Disember, memang musimnya dah. Kawasan rumah saya ni kawasan dinaiki air juga. Tapi kalau betul-betul Bah yang besar baru sampai kawasan rumah saya ini. Kawasan kat sini lebih tinggi sikit berbanding kawasan lain. Setakat ini tak pernah lagi kami kena pindah ke pusat perpindahan banjir.
hujan turun
Dulu, zaman kanak-kanak saya memang seronok main banjir. Mandi. Main sampan Atok. Memang kami tunggu kedatangan banjir ni. Kalau bangun pagi, perkara yang di update dulu adalah paras banjir sampai mana. Duduk dalam rumah saya ni boleh nampak air sungai Kelantan yang mengalir deras waktu banjir. Sebab rumah tepi sungai je.

Makanan yang best waktu hujan sejuk-sejuk ni, ubi kayu lah yang terbaik. Ubi kayu yang direbus, dicicah bersama gula. Ubi badak putih dan ubi badah biru(ungu). Ubi badak sekarang dah jarang boleh jumpa. Ubi keledek. Makan waktu panas memang bestlah. Ubi-ubi ni dulu memang Atok saya tanam sendiri. Saya sempat merasa tanam ubi, dan cabut pokok ubi bersama Atok. Saat yang sangat best untuk dikenang. Budak kecik sekarang mana ada aktiviti macam ni. Berbeza.

Rindunya kat arwah Atok dan arwah Mak saya.
Al-fatihah.
posted from Bloggeroid

Sunday, December 16, 2012

Semakan Tawaran ke SBP Tingkatan 1 2013

Assalamualaikum.
Dah boleh semak.
Ibu bapa/ penjaga sekalian... yang mempunyai anak dan ada memohon untuk kemasukan ke tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran Malaysia 2013, tawaran kemasukan dah boleh disemak ya. Sila lawati laman web kementerian pelajaran malaysia. Sila sedia nombor angka giliran UPSR anak beserta dengan nombor kad pengenalan ibu @ bapa untuk menyemaknya.

Tahniah, buat sepupu saya. Dia telah berjaya mendapat tawaran ke SBP. Tapi kami semua masih mengharapkan tawaran untuk ke MRSM.



posted from Bloggeroid

Lokan

Ok, ini Lokan. Rupanya lebih kurang dengan Etok. Lokan agak besar. Etok pula kecil-kecil sahaja. Boleh dimakan. Di masukkan didalam tom yam, sayur lemak dan lain-lain lagi. Spesis Lokan dan Etok ini tinggal dalam pasir sungai.






Teringat saya zaman kecil-kecil dulu. Suka pergi bermain di tepi sungai Kelantan. Sambil mandi sambil cari Etok. Bila dapat banyak, biasanya kami salai secara tradisional. Tumbuk bawang putih, serai dan garam kasar. Lumur pada Etok. Letak dalam dulang besar. Kemudian jemur tengah panas. Agak-agak dah kering dan masak isinya, kami makan begitu sahaja. Sedap.

Kalau korang nak rasa Etok, Lokan, di Pasar Besar Siti Khadijah pun ada dijual. ;-)

posted from Bloggeroid

Bukit Keluang Beach Resort

Assalamualaikum
Fuhh..penat. Baru sampai rumah dari Bukit Keluang Beach Resort. Sepupu ajak join family day dia kat sini. Boleh tahan juga bilik2 kat sini. Cantik dan selesa juga. Sepupu saya amik bilik beserta pakej untuk family day untuk 2 hari satu malam. Ada BBQ malam. Pagi ada sukaneka. Best. Nak tahu lebih lanjut google sendiri ya web resort tu. Hehe

Saya pun sedang merancang juga untuk mengadakan reunion batch kami Diploma Kejuruteraan Elektronik, Politeknik Kota Bharu Kelantan Batch 2001-2004. Kelas DEE B.

InsyaAllah, kalau takde aral melintang, jun 2013 kami jumpa. Harap-harap dapatlah kawan-kawan semua datang memeriahkan majlis nanti. Yang bujang perempuan tinggal lagi 3 orang je lagi. Saya, Nana dan Syaz. Yang lelaki rasanya 5 orang lagi. Tak sure. Ramai yang saya jarang berhubung. Yang selebihnya, semua dah berumah tangga.

Dengan harapan, semoga plan kami juga berjaya untuk buat reunion kali pertama. Rindu. Ya Allah, bestnya kalau dapat jumpa geng lama. Tak sabar rasa.


posted from Bloggeroid

Saturday, December 15, 2012

Lahirnya Seekor Kambing

Assalamualaikum

Ini gambar kejadian tengah hari semalam.
Lahirnya seekor kambing putih coklat yang sangat comel. Bertambah lagi bilangan kambing pakcikku.
Alhamdulillah, semoga bertambah rezeki kami semua.

posted from Bloggeroid

Friday, December 14, 2012

Selamanya Harimau Malaya

Assalamualaikum

Jangan bersedih ya sayang-sayang semua. Takde rezeki Harimau Malaya mara ke peringkat akhir untuk merangkul Piala Suzuki AFF 2012. Harimau Malaya(Malaysia) tumpas di kaki Gajah Putih (Thailand) 2-0. Tak mengapalah. Ada rezeki lagi nanti. Harimau Malaya tak gentar pon untuk berlawan dengan siapa pun. Gajah ke garuda ke, singa ke. Betul kan?
Ok lah jom kita semak jadual ini pula.


Sumber jadual dari FB Kelantan FA

Kita fokus untuk Piala FA 2013. Kita cari bakat-bakat baru pula untuk menyarung jersi Harimau Malaya. Mana tahu kan. Ade tuah baru. Ada taring baru tumbuh. Ada belang baru muncul.. AUUUUUUMMMMMMM.....

Selamanya Harimau Malaya

posted from Bloggeroid

1.2.34H

Assalamaualaikum....
Ya Allah, indahnya alam yang Kau ciptakan.
Hari ini hari jumaat, penghulu segala hari.
Hari ini juga bertarikh 1 hari bulan Safar tahun 34 Hijrah.
1.2.34H
Safar merupakan bulan ke dua dalam kalendar Islam.
Cantiknya Islam.

posted from Bloggeroid

Wednesday, December 12, 2012

Dealer SNE dan Beutskin Essence

Assalamalaikum...
kepada sesiapa yang teringin nak mencuba produk SNE dan juga BeutskinEssence boleh la hubungi dealer di talian
 0174776467.(call/sms)
SNE =RM 180 sekotak (60 KAPSUL)
BE=RM 200 sekotak (60 KAPSUL)
postage rm 6.

Berada di Kampung Halaman

Assalamualaikum
Aktiviti saya hari ini...12.12.12
Alhamdulillah, saya berada di kampung halaman saya sekarang.
Bangun pagi, dapat sarapan pagi dengan nasi kerabu putih.


Dan siap ada ubi itik lagi, atau lebih mesra kami panggil ubi "tok rock". Hehe..

Tengah hari pula, saya temankan kakak sepupu saya ke bandar Kota Bharu.



Petang pula saya tolong makcik saya masukkan kambing dan anak-anak kambing ke dalam kandangnya.

Teringat saya sewaktu kecil-kecil dulu. Petang sebeginilah saya membawa kambing saya ke bawah rumah atok saya dan kemudian di tambat talinya di tiang rumah. Bagi dia makan daun pokok belimbing bersama dengan nasi yang di campur dengan air garam. Oh ya, kambing adalah salah satu binatang peliharaan dan kesayangan saya. Namanya Eek. Warna kelabu putih. Comel. 23 tahun yang lepas. Aktiviti tiap-tiap petang saya sewaktu ketika dulu.

Ni pula gambar petang tadi. Saya dibelit oleh kambing.

posted from Bloggeroid

Entry 12.12.12

Assalamualaikum
Saya dah selamat sampai di kampung halaman saya. Yehaaa...


Ni gambar jambatan berkembar yang merentas sungai Kelantan. Sepatutnya siap dah lama, tapi ada banyak sangat masalah teknikal jadi ia dijangka siap tahun depan. InsyaAllah. Rakyat Kelantan tak perlu lagi bersesak-sesak dalam jem nanti time balik kerja. Dan yang paling utama time raya.

Pada tanggal 12.12.12 ni juga saya mula mengambil supliments untuk tubuh badan saya. Saya cuba makan produk SNE. Testimoni ramai kata berkesan. Kenapa saya ambil SNE? Ada sebabnya. Sebab, rambut saya semakin berkurang. Susah hati rasa bila rambut semakin nipis. Umur baru nak masuk 30 tahun. Belum bersalin lagi. Rambut dah banyak gugur. Saya harap, dengan izin Allah nanti, SNE memberi kesan positif.

Ok, takat ni dulu..sekian...selamat malam.

posted from Bloggeroid

Tuesday, December 11, 2012

Novel The Wedding Breaker

salam
salam pagi Selasa..hehe...
siapa dah baca novel ni?
best tak? so far, saya dah habis baca novel ni.


best juga jalan ceritanya.walaupun ada juga part yang sedikit bosan.saya bagi 3.5 * utk novel ni.

saya bukan kaki novel sebenarnya. bukan hobi saya membaca dan membeli novel. saya hanya baca novel bila saya betul-betul dah xde kerja nak dibuat. kalau jalan ceritanya menarik,baru saya akan tertarik untuk membacanya.

buku diatas saya terbeli sebenarnya. ini novel ketiga saya beli. sebelum ini saya sangat suka membeli buku motivasi keagamaan sahaja.

Monday, December 10, 2012

Seminar Baitul Muslim

Assalamualaikum
Jom kawan-kawan kita tambah ilmu kehidupan.
Sertai majlis ilmu ini.

posted from Bloggeroid

Jom Menabung Dengan Mister Potato Crisps


Kenal tak bekas apa itu? Heeeee....
Siap ada gambar Khairu Fahmi Apek, Safee Sali dan Nazmi Faiz.
Owh, ini pemain utama bola sepak Malaysia.
Mister Potato Crisps ni pula penyokong utama bola sepak Malaysia.

Gitu rupanya.

Saya pula, jadikan bekas Mister Potato Crips ini sebagai tabung utama saya.
Tabung duit syiling saya.
Ini tabung yang kedua saya. Tabung pertama dah penuh. Tapi tak sempat lagi nak pergi bank.
Tunggu yang ni penuh dulu lah. Tapi yang ni baru sikit. Masih ringgan. Hehe.
Selamat menabung.

posted from Bloggeroid

Puas Hati

Assalamualaikum
Selamat tengah hari Isnin.

Owh, cepat sungguh masa berlalu ya. Sedar tak sedar tak lama dah nak buka sekolah. Iskh...
Sebenarnya, saya baru siap kemas barang2 dalam bilik ni. Bilik kecik je, tapi barang, ya ampun, byk.
Jadi, sebagai solusinya, saya simpan semua barang saya dalam tong plastik yang saya beli kat tesco tu.
Buku, hand bag, pakaian semua saya letak dalam tong tu. Ada 10 tong kesemuanya setakat ini.
Dah rupa macam orang nak pindah rumah dah. Hihi...senang hati mata memandang.
Takde la berserabut sangat. Ada guna juga saya buat macam ni. Nanti senang nak pindah rumah.
InsyaAllah, kalau mahligai impian saya tu siap tahun depan senang sikit nak mengangkat.
Tak kalut dah nak pergi beli tong.

Ok, sekian itu sahaja.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

posted from Bloggeroid

Sunday, December 9, 2012

Tiket Kereta Api Habis

Assalamualaikum
Dukacitanya saya hari ini. Saya nak balik kampung. Teringin nak naik kereta api. Dah lama saya tak naik kereta api antarabandar ni. Seingat saya, last saya naik pada tahun 2006. Malangnya petang tadi saya ke kaunter tiket, semua tiket dari Kl Sentral - Wakaf Bharu sudah habis dijual. 20 Disember 2012 baru ada kosong. Sedihnya. Terpaksa la saya mengintai kaunter tiket bas pula esok pagi. Sob sob sob.

posted from Bloggeroid

Cubaan Pertama Dengan Bloggeroid

Assalamualaikum



Kami berempat

posted from Bloggeroid

Lamaran Untuk Si Dia

Assalamualaikum
Salam tengahari.

"sudikah awak menjadi teman hidup saya"

iskh..tetiba nak je saya melamar sidia. terbalik pulak kan? kuatkah saya untuk berkata demikian? bagaimanakah agaknya reaksi sidia nanti? diterima atau ditolakkah saya?

cuaca buruk

salam.
jarang saya rajin update blog waktunawalmpagi cam gini.boleh bilang berapa kali je.
owh. entry sesaaja ni.nak bagitahu yang petang tadi kat sini, klang, hujan sangat lebat. pakej. guruh, ribut, kilat.first terasa takot bila dengar gurun dan kilat macam tadi. elok elok plan nak keluar mencari sesuap nasi usai solat maghrib, terus terbantut. takot punya pasal. kita tak boleh buat main maon dengan kilat guruh petir ni. sebabnya kilat ni mencari sasarannya.syaitan.
jadi,saya kena tunggu hujan n guruh reda dulu. tunggu punya tunggu, pukul 9.45 baru saya dapat keluar rumah.drive thru kfc dpn rumah jer.xsampai 1km pon klu di kira pintasannya. kalau ukuran sebenar dalam 2km.sebab kena u turn.beli nasi ayam je.balik makan kat rumah sambil tengok cerekarama tv3. best pulak drama tadi. tajuk, cinta dari syurga.
sedih ceritanya.
ok lah.takat ni jer dulu.
babai (:

Saturday, December 8, 2012

Jika Rindu

Salam.
Ustaz Don Daniyal kata :

"kalau rindukan seseorang , baca AL-FATIHAH sambil tangan di dada . Dan berzikir kepada Allah dengan niat semoga dia merasai rindu kita padanya" :)

~subhanallah .
#siapa pernah buat?siapa nak try buat?

Pelamin Pilihan 2013

Salam
salam petang Sabtu.
Tak tahu kenapa hari ni gigih sangat nak mengupdates blog yang tak seberapa ni.
Minggu lepas ada wedding kat Puchong. Umah sedara saya. Meriah majlisnya. Tapi saya tak dapat mengenterprem diri sangat. sebab ni majlis orang. bukan majlis sendiri. kan? hehe..

Ni pic pelamin yang dipilih oleh pengantin.
radzman & aisyah - 2 dis 2012
 
Pelamin pilihan saya macam mana pula ya?
Macam ni kah?

 Cantikkan? Mesti pelamin ini mahal kosnya. saya nak yang biasa2 sahaja. janji cantik dan berpatutan. tidak berlebihan.
Oh, berangan tak sudah saya ini. tak apalah. Ini juga satu doa dalam diri saya. Punya hati juga untuk memiliki pasangan hidup dan waris nanti. Moga KAU kabulkan Ya Allah. Amin.

Ya Allah. Bestnya.

salam
Petang sabtu ni saja saya nak kongsi status updates dari FB zahiril Adzim.
macam ni bunyinya. Sila baca ya.

"Orang kata, bila dah ada anak nanti, langkah masuk je rumah, dengar suara/tangis dia, boleh hilang tension/stress kerja dekat luar sana! Sebab bayi ni, ada malaikat yang jaga kelilingnya. "

Serious? Ya Allah. Bestnya.


Kan?? Ya Allah. Bestnya. Bestnya dah nak dapat zuriat kan/ 
saya bila, Ya Allah?

Syukur dan Sabar

Ole-ole yang Saya Kumpul

salam

sedar tak sedar dah banyak rupanya ole - ole yang saya kumpul. ada yang saya beli sendiri. ada yang dihadiahkan oleh rakan-rakan saya.
Photo: Ole-ole...tak sedar pon bila mula kumpul..
Ni semua key-chain. ada 1 jer FM dari Brunei. saya beli tahun lepas. Masa bercuti sehari di sana.
Bungkus dalam plastik. nak masuk kotak. simpan dengan selamat.hehehe. sayang. Adakey chain dari Singapura, Australia, Thailand, Indonesia dan banyak lagi.
tetiba rasa minat nak kumpul key chain  dan FM la plak...



DIY: Bunga Telur Stokin

Salam.
Ini projek masa cuti sekolah sekarang ni.
saja nak pre-view.

Bunga telur saya. Untuk majlis kahwin saya nanti.
Gigih nak siapkan 100 unit.Dengan bantuan makcik dan sepupu kecik.
Bahan2 saya beli kat kedai bunga reben Jalan TAR.
Bajet tak sampai seratus.
Jimat. Rasa puas sebab buat sendiri.


Weeeeeee...tapi tarikh nikahnya tak tahu lagi bila. Calonnya pon belum jumpa lagi.
Macam mana? =D

Saya Bercuti

salam
Selamat bercuti. Syokkan dapat pergi bercuti. Macam saya bulan lepas, berpeluang balik kampung. kelantan. Balik tak lama. 4 hari je kat kampung. Isnin-Jumaat. dalam empat hari ni, saya tak lekat kat rumah pun. Hehe..Amik peluang berjimba.

Hari pertama saya pergi ke Pangkalan Kubur. dengan kawan saya misi. Nak survey barang-barang perkahwinan katanya. Dia bakal berkahwin bulan 3 2013 nanti. Waahh teruja saya mendengarnya. Balik dari Pengakal Kubur, kami pergi survey butik pengantin. 3 buah kami pergi tanya pakej yang disediakan. Amik contact number. Berminat baru kawan saya nak datang lagi sekali dengan en tunangnya. seharian kami keluar bersama. Lewat petang baru saya balik rumah. saya dapat berita gembira. Makcik saya dapat cucu baru. dia minta saya amik kan menantu bersama cucunya di hospital kota bharu. Lepas maghrib baru dapat keluar sebab baby lambat boleh buang air besar. dah selesai, baru dapat keluar.

Hari kedua, saya jumpa kawan lama. Aishah namanya. Kami semua panggilnya Nikid. seharian jumpa. Ajak pergi jalan-jalan dan shopping. lama tak borak dengan bff saya ni sebenarnya. Dia dah pun berkahwin bulan Ogos lepas. Saya tak dapat nak pergi majlis kendurinya sebab ada aktviti kat sekolah pada minggu tu tak silap. suaminya kerja sebagai jurutera. Untung kawan saya itu. Alhamdulillah. Tapi setakat ni dia terpaksa PJJ dulu dengan suaminya. Kawen dengan engineer ni kena banyak berkorban ya. maklumlah sibuk kerjanya. Jadilah isteri hujung minggu sahaja. apa-apa pun saya doa kan semoga kawan saya bahagia dan peroleh zuriat yg comel2 sebagai pawaris nanti.

hari ketiga. Khamis. saya duk rumah jer.

Hari keempat Jumaat. Pagi2 lagi saya ke pasar pagi Wakaf Bharu. saje nak pusing2 pasar sebenar. beli racun tikus.Banyak jenis rupanya racun tikus ni. Ada jenis beras. Jenis jajan. Jenis yang kena gaul dalam makanan. Jenis gam. Ingatkan mahal. Murah rupanya. 3 jenis RM5.00 sahaja. So, saya amik yang jenis macam beras dan yang gaul dalam makanan. jaga2 lah ko tikus. Ko makan nanti, mampuslah ko. Hehe...

Hari kelima. Saya dah bersiap2 untuk ke Kuala Terengganu. Untuk menghadiri majlis pertunangan sahabat USM saya.

Friday, November 16, 2012

saya dan carlo rino


Reward untuk diri saya sendiri bulan ini. memandang tiada siapa yang masih sudi hadiahkan lagi...hihihi... tak mengapalahkan.sekali dua kala.


Maal Hijrah dan Jalan-jalanku

salam maal maal hijarh 1434.

sekarang musim cuti sekolah. ramai orang pergi bercuti:....weeee seronoknya bila dengar kan? dapat pergi bercuti. saya pun bercuti juga. balik kampung. kelantan. balik 4 hari je. jenguk ayah dan pakcik makcik. raya haji ritu tak balik. cuti ni hati terdetik nak balik. 

jumaat ni bertolak ke terengganu pulak. nak jalan-jalan kat. tak pernah lagi jalan-jalan kat negeri penyu bertelur itu. plannya nak ke rumah kawan baik masa belajar di usm penang 2005-2009 dulu. sempena dia nak bertunang. sebenarnya aku rindu kat dia. lama dah tak jumpa. rindu. rindu nak share story. aku suka berkawan dengan dia. sebab? dia seorang yang jenis happy go lucky. ceria sokmo. bab suka mengilai kami memang bestlah.
plan nak gi melawat masjid kristal. nak pergi kat replika masjid2 yang comel2 tu. nak pusing bandor. nak pergi pasar payang. mana lagi ek, tempat best?

Sunday, November 11, 2012

Mahligai Impian

saya hanya merancang, Allah yang menentukan. Moga saya ada rezeki untuk dapatkan rumah ini nanti.

Lupa Rakaat ke Berapa??

Nak Nikah Jugak

Time free2 suka sangat duk berangan nak kawen. Tapi calon pon takdak lagi ni. Huhu ..sadis sungguh rasa diri ini. 
Time free2 jugak, suka sangat blogwalking blog2 yang up entry pasal nak kawen. Pelamin, baju nikah dan lain2. Haissshh..memang tak sudah kerjanya.

Jadi, sekarang ni, saya sedang berangan nak kan dress dibawah ini.
Berangan nak pakai time akad nikah. 

Cantik kan? Dress ala Kate...isteri Prince William tu.
 
Rasanya saya tak nak bertunang, cukup hantar cincin tanda je. Kemudia nikah terus. Sekarang saya sudah bersedia untuk dilamar.

Wahai bakal calon suamiku di luar sana, ku berdoa semoga urusan mu, urusan ku di permudahkan oleh Allah nanti demi menuju kebahagiaan yang abadi. "Baiti jannati"

Saya Percaya

Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita. Maka percayalah ALLAH akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak di jangka.

Friday, November 9, 2012

ku suka dia, ku cinta dia

a Allah, serius aku sukakan dia...
aku cintakan dia

aku sayangkan dia
jika dia untukku, kau permudahkanlah urusan jodoh kami
kau berkatilah hubungan itu nanti

Saturday, November 3, 2012

Getar Rasa

Bergetar rasa hati. Tiap kali terpandang gambar orang bertunang dan kahwin atau tiap kali melintasi kedai pengantin, hati mesti rasa bergetar. Hanya Allah yang tahu getar rasa itu. Ya Allah, Engkau Maha Mengetahuinya.

Terdetik Rasa Cemburu

Dah banyak hari tertanya-tanya dalam hati, kawan baru dia ke kawan lama. Baru jadi friend dalam FB. Siap di tagged lagi gambarnya.
Haishhhh!! Kenapa saya rasa cemburu?
Astagfirullahalazim...teruk sangat bila rasa camni.

Tuesday, October 30, 2012

ini soal hati

alhamdulillah, mendapat berita yang sedap di dengar hari ini, gembira jer rasa hati. biarlah sekadar utk diriku shj. walau pun si dia hanya membisu sahaja.  seandainya dia utk ku, kau permudahlah ya Allah. berikanlah aku kebaikan dan keberkatan ya Allah.

Sunday, October 28, 2012

Jodoh Rahsia Allah

Jodoh itu rahsia Allah. Rahsia Allah itu indah. Tak pernah memudaratkan.

~motivasi diri~

Friday, October 26, 2012

Apa Sudah Jadi?

suatu pagi di hari raya aidiladha
l
saya ke secrete recipe. makan tom yam kung. sedap! tapi harganya toksah cakap la. haha. kali pertama aku makan kat sini. kali pertama juga beli makanan yang mahal. air dan mee je pon.
lepas makan saya ke kiosk elianto. nak beli alat makeup skit. dari minggu lepas getik jer rasa nak ber"jagok".haha. dah lama tak beli belah alat makeup ni. last beli tahun 2010 kot. tu pun beli sebab nak makeup masa konvo.kecuali lipstik, selalu jugak la beli.j
hehe.. beli makeup remover,eye primer,eye shadow je pon kat sini. ni pon dah habis rm90.dapat jadi member free.
yang ni blusher.rm35.dah ada blusher in2it.tapi macam nak beli jenis macam ni. senang nak tonyoh kat pipi.minggu lepas juga getik duk pakai blusher g sekolah. haha.
dan sebenarnya juga semalam pun saya ada alat makeup juga.kat guardian.
apa sudah jadi dengan diriku ini. jiwa kacau niiiiiiii...hurmmm

Tipu Suka

awak suka dia kan?
tak.
tipu, awak suka dia kan?
tak.
tak
tipu, awak suka dia kan?
ya, saya mengaku suka kan dia.
tapi dia tak suka awak kan.
ya
dia tak layan saya dah.
sedih tak?
sedih sangat.

Boyfriend 3

sebenarnya aku terasa kecil hati dengan si dia. nampaknya dia betul - betul dah ignore kan aku. hurm...nak buat camne, sebab bukan punya rups paras yang lawa sangat kot. tak mengapalah kalau tak sudi dah nak berkawan. mungkin juga dia takot akan beriku harapan kalai dia balas mesej aku itu. selamat berbahagis lah ya dengan pilihan hatimu nanti.



harap-harap penantian jodohku juga akan berakhir cepat2. dah terasa tua dh diri ini. tahun depan bakal mencecah angka 3 didepan. harap juga aku tak berputis asa dalam berdoa dan teus beristiqomah dalam istikharah dan tahajudku kepadaMu Ya Allah.

Thursday, October 25, 2012

malam raya lepak mamak

selamat hari raya aidiladha, 1433H. sebenarnya aku tak balik raya tahun. Sebabnya banyak sangat kerja sekolah yang perlu disiapkan. harap-harap dapatlah siapkan dalam
masa 4 hari cuti ni.

Sunday, October 21, 2012

Boyfriend 2

waah, terasanya bila ada orang tanya kenapa tak kahwin lagi? kahwin la cepat-cepat. eeh eh, sedap hati dia je kan nk cakap macam tu. dia ingat soal jodoh ni boleh nak buat main-main. kecil je hati sekarang ni bila dengar soalan cepu cemas mcm tu.

Piala Malaysia 2012 Milik Kelantan

Tahniah, TRW! Teruskan perjuangan anda. Perlawanan menentang ATM tadi menunjukkan TRW kuat dan gigih mencapai kemenangan. Kelantan 3 - 1 ATM.

Kelantan mendapat Treble tahun ini. Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Liga Super.

Tahniah..Tahniah..Tahniah...Jadinya esok Negeri Kelantan mendapat cuti peristiwa sempena kemenangan ini.

Friday, October 19, 2012

Berenang Kembali

2 minggu lepas, saya kembali belajar berenang. Setelah empat tahun tak terjun swimming pool. Dulu mula belajar berenang di USM, Penang. Setiap Khamis kelasnya. Tapi sekejap sahaja sebab kenkangan masa. Jadi sekarang, daripada duk saja kat rumah, badan pun tak berpeluh, baik join kelas renang kembali. Jadi, setelah peat meng'google' kelas, saya terjumpalah dengan Ombak Swimming, yang terletak di Pusat Akuatik Shah Alam. Telefon, daftar, setiap Khamis, bermulalah pengisian jadual saya dengan aktiviti berenang. Seronok, dah dapat terapung.

Nak beli baju renang lainlah..sopan tutup bontot skit..hehe..baju renang lama yang ala2 orang scuba diving pakai tu.

Boyfriend

dua hari lepas

Kakak M: Mar...u dah ada boyfriend belum?
Aku: iskh...kak, saya nak mengaku pun malu.
Kakak M: oooooooo xdak lagi la tu.
Aku: Hehehe...
Kakak M: i ada orang nak rekemen kat u. u ok ka?
Aku: hurmm...ok je kak. =D
Kakak M: ok, nnt i bgthu si dia ya. Boleh bg nama facebook tak?
Aku: nnt suh dia search nama saya kak.

malamnya

Aku: aik?kata nak add. xde pon lagi. ker dia dh view profile aku walaupun private, tp masih ada sedikit info. Alamak. Lupa nak padam status in a relationship la.


1 hari lepas
Kakak M: eh, dia xdapat la cari nama u. e-mel yg u bg tu dia kata xbetul.
Aku: ya ke. xpelah kak. amik no fon saya terus lah.
Kakak M: ok, sat lg bg na.

malamnya

Aku: tet..tet...hai, takkan baru je bg no, dh hantar msg? mmg betul pon no. dia.

selepas 10 kpg msg yg dihantar dan dibalas, last2 senyap selepas dia dh dapat view aku punya fb. last msg aku pun dia xbls dah. dah agak dah...mana la nak pandang orang yang tak se cun artis nih. x segak org utara kata. Pandang rupa rupa-rupanya.

Nasib baik xde heart feeling. Takpe, Allah tahu yang terbaik untuk hambanya.




Kerja

Kerja..kerja..kerja...selagi belum tutup mata selagi itu lah perlu bekerja. Bekerja untuk hidup. Bukan hidup untuk bekerja. Haissh... Kadang-kadang, terasa juga hidup ini sangat bosan. Tak bernyawa orang kata. Pergi kerja, balik kerja, makan, tidur, bangun dan pergi kerja. "Tak hidup" langsung. Kerja pun asyik bertambah, tak susut-susut jugak. Kadang-kadang juga terasa kecewa.Sangat.Tak tahu bila nak berubah. Selagi bernyawa, kena teruskan hidup.Dan untuk hidup, perlu bekerja.


owh, PBS! Saya sangat kecewa denganmu. =( hidup saya dah tak rasa seronok lagi. Saya perlukan "sesuatu" untuk "hidupkan" kehidupan saya.

Sunday, September 9, 2012

Doa Mohon Dipermudahkan Segala Urusan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



2015 : 3 Politeknik Jadi Universiti Politeknik

Tiga Politeknik Premier Jadi Universiti Politeknik 2015
BUKIT MERTAJAM: Tiga politeknik premier dijangka dapat dinaik taraf sebagai universiti politeknik pada 2015, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Ab Rahim Mohd Noor.
Beliau berkata politeknik terbabit ialah Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Politeknik Johor Bahru.
Program perintis telah dilaksanakan di Politeknik Ungku Omar dengan kerjasama institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain seperti Universiti Teknologi Mara dan kumpulan pertama akan menerima ijazah bersama pada konvokesyen politeknik itu bulan ini.
"Saya harap ini akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar politeknik untuk terus menyambung pelajaran di peringkat ijazah di dalam politeknik sendiri," katanya pada sidang media selepas merasmikan konvokesyen ke-12 Politeknik Seberang Perai, di sini, Sabtu.
Ab Rahim berkata penubuhan universiti politeknik di bawah Agenda Transformasi Politeknik itu diyakini mampu membina upaya politeknik untuk membangunkan sumber manusia yang memenuhi keperluan model baru ekonomi yang berasaskan inovasi dan kreativiti.
Mengulas mengenai portal alumni institusi tersebut yang dilancarkannya sebelum itu, beliau berkata portal berkenaan adalah platform terbaik untuk mengumpul alumni yang telah berjaya.
Dengan adanya portal ini, alumni boleh menjadi mentor kepada mahasiswa yang baharu menempuh alam universiti selain berkongsi pengalaman mengenai alam pekerjaan dengan graduan yang baharu menamatkan pengajian, katanya.
"Memang kita ketahui kalau gerakan alumni di seluruh institusi pengajian tinggi dilaksanakan dengan berkesan, setiap institusi sama ada IPTA, IPTS malah politeknik, kolej komuniti akan menjadi institusi yang begitu gemilang di masa hadapan," katanya.
Beliau berkata setakat ini sebanyak 22,000 alumni politeknik telah mendaftar di portal alumni dan usaha menjejaki yang lain sedang dijalankan.
Pada konvokesyen kali ini 3,078 pelajar akan menerima diploma dan sijil masing-masing pada istiadat yang berlangsung selama tiga hari itu. -BERNAMA

# Waaaaaaaaaaah, sangat beruntung sekarang. Macam berminat jer saya nak sambung ijazah politeknik saya. Diterima kah? Pengajian Jarak Jauh ada ke tak nanti ya? =)

Jurang

Kenapa harus ada jurang di tempat kerja antara rakan sekerja? 
Fenomena yang sedang berlaku di tempat kerja saya sekarang ni.
Bukan jurang bos dengan perkerja, tapi antara rakan-rakan lain.
MASIH KU TERTANYA-TANYA.

Friday, September 7, 2012

AWAS, Pengguna Acai Berry!!

Photo: Assalam dr..nak tnya sikit..pil acai berry tu bahaya tk doc?..kalau doc ada info..plz update ye..anywy slamt ari raya doctor

Wa alaikum mus salam, saya mendapat tahu ia telah diharamkan oleh KKM. Terdapat berita banyak produk itu dirampas
.

"KUALA LUMPUR – Orang ramai terutama wanita yang gemar mengambil sejenis produk melangsingkan badan berasaskan buah acai beri, diminta menghentikan amalan itu kerana ia disahkan mengandungi bahan kimia beracun yang membahayakan kesihatan.

Hasil analisis Jabatan Kesihatan ke atas produk yang sudah setahun berada di pasaran itu mendapati ia tidak selamat dijadikan makanan kesihatan.

Menurut Timbalan Pengarah Farmasi (Penguat Kuasa), Jabatan Kesihatan Selangor, Jaafar Lassa, pihaknya mengenal pasti terdapat campuran bahan kimia beracun `Sibutramine Hydrochloride’ dalam produk kesihatan menggunakan buah yang kaya dengan bahan antioksida itu.

“Bahan kimia itu sebenarnya boleh diambil atas arahan dan pengawasan doktor, namun pengambilan tanpa dos yang sesuai dan dibenarkan boleh meninggalkan kesan sampingan dan menyebabkan kematian.

“Bagi produk keluaran syarikat ini, kita tidak tahu berapa dos `Sibutramine Hydrochloride’ telah dicampurkan. Pelanggan mungkin dapat melangsingkan badan selepas menggunakannya tetapi tanpa disedari kesihatan mereka terjejas akibat kesan sampingan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai serbuan di pejabat pengeluar produk berkenaan di Jalan Puteri 5/5, Bandar Puteri Puchong dekat sini hari ini.

Serbuan pada pukul 10 pagi itu disertai 11 pegawai penguat kuasa farmasi dari Jabatan Kesihatan Selangor, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan (KMM) termasuk Timbalan Pengarahnya, Wan Hamid Wan Ibrahim.

Sebanyak 120,000 kotak produk kesihatan bernilai RM375,000 dirampas dalam serbuan tersebut, manakala Jakim turut mengesahkan syarikat berkenaan menggunakan logo halal keluaran swasta yang kini sudah tidak dibenarkan.

Menurut Jaafar, selain pejabat pengeluar di Bandar Puteri Puchong, beberapa pejabat pengedar dan rawatan produk berkenaan di seluruh negara termasuk di Seri Kembangan dan USJ Subang Jaya, turut diserbu secara serentak hari ini.

“Serbuan dilakukan setelah seorang pelanggan membuat aduan bahawa dia berasa tidak selesa apabila mengambil produk tersebut dan hasil analisis yang dijalankan terhadap produk itu kemudian mendapati ia mengandungi `Sibutramine Hydrochloride’.

“Pengambilan bahan kimia ini jika tanpa mengikut dos yang dibenarkan boleh mengakibatkan kemurungan, psikosis atau halusinasi; risiko tekanan darah tinggi; sakit jantung dan kepala serta mempercepatkan denyutan jantung,” ujarnya.
Beliau berkata, kesan sampingan lain ialah pengguna mengalami keseronokan melampau, perubahan selera makan, kegagalan buah pinggang, pedih ulu hati, sembelit dan susah tidur.

Katanya, setakat ini, sudah ada seorang wanita berusia 33 tahun dari Kampung Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah, dilaporkan maut akibat mengambil produk kesihatan mengandungi bahan kimia beracun ini untuk melangsingkan badan."

Saya berpendapat ini berlaku disebabkan orang mencampurkan jus acaiberry dgn dadah berbahaya tetapi kalau jus buah acaiberry, memang tidak berbahaya dan memberikan manfaat.

Wallahu a'lam.

ttps://www.facebook.com/DrZubaidiHjAhmad
"KUALA LUMPUR – Orang ramai terutama wanita yang gemar mengambil sejenis produk melangsingkan badan berasaskan buah acai beri, diminta menghentikan amalan itu kerana ia disahkan mengandungi bahan kimia beracun yang membahayakan kesihatan.

Hasil analisis Jabatan Kesihatan ke atas produk yang sudah setahun berada di pasaran itu mendapati ia tidak selamat dijadikan makanan kesihatan.

Menurut Timbalan Pengarah Farmasi (Penguat Kuasa), Jabatan Kesihatan Selangor, Jaafar Lassa, pihaknya mengenal pasti terdapat campuran bahan kimia beracun `Sibutramine Hydrochloride’ dalam produk kesihatan menggunakan buah yang kaya dengan bahan antioksida itu.

“Bahan kimia itu sebenarnya boleh diambil atas arahan dan pengawasan doktor, namun pengambilan tanpa dos yang sesuai dan dibenarkan boleh meninggalkan kesan sampingan dan menyebabkan kematian.

“Bagi produk keluaran syarikat ini, kita tidak tahu berapa dos `Sibutramine Hydrochloride’ telah dicampurkan. Pelanggan mungkin dapat melangsingkan badan selepas menggunakannya tetapi tanpa disedari kesihatan mereka terjejas akibat kesan sampingan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai serbuan di pejabat pengeluar produk berkenaan di Jalan Puteri 5/5, Bandar Puteri Puchong dekat sini hari ini.

Serbuan pada pukul 10 pagi itu disertai 11 pegawai penguat kuasa farmasi dari Jabatan Kesihatan Selangor, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan (KMM) termasuk Timbalan Pengarahnya, Wan Hamid Wan Ibrahim.

Sebanyak 120,000 kotak produk kesihatan bernilai RM375,000 dirampas dalam serbuan tersebut, manakala Jakim turut mengesahkan syarikat berkenaan menggunakan logo halal keluaran swasta yang kini sudah tidak dibenarkan.

Menurut Jaafar, selain pejabat pengeluar di Bandar Puteri Puchong, beberapa pejabat pengedar dan rawatan produk berkenaan di seluruh negara termasuk di Seri Kembangan dan USJ Subang Jaya, turut diserbu secara serentak hari ini.

“Serbuan dilakukan setelah seorang pelanggan membuat aduan bahawa dia berasa tidak selesa apabila mengambil produk tersebut dan hasil analisis yang dijalankan terhadap produk itu kemudian mendapati ia mengandungi `Sibutramine Hydrochloride’.

“Pengambilan bahan kimia ini jika tanpa mengikut dos yang dibenarkan boleh mengakibatkan kemurungan, psikosis atau halusinasi; risiko tekanan darah tinggi; sakit jantung dan kepala serta mempercepatkan denyutan jantung,” ujarnya.
Beliau berkata, kesan sampingan lain ialah pengguna mengalami keseronokan melampau, perubahan selera makan, kegagalan buah pinggang, pedih ulu hati, sembelit dan susah tidur.

Katanya, setakat ini, sudah ada seorang wanita berusia 33 tahun dari Kampung Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah, dilaporkan maut akibat mengambil produk kesihatan mengandungi bahan kimia beracun ini untuk melangsingkan badan."

Saya berpendapat ini berlaku disebabkan orang mencampurkan jus acaiberry dgn dadah berbahaya tetapi kalau jus buah acaiberry, memang tidak berbahaya dan memberikan manfaat.

Wallahu a'lam.

Sunday, August 26, 2012

Cahaya Malaika Anak Dara Mawi & Ekin

Cahaya Malaika Penyeri Syawal Mawi & Ekin

Angkasawan Neil Armstrong Meninggal Dunia

Angkasawan Neil Armstrong Meninggal Dunia
WASHINGTON: Angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong, manusia pertama yang menjejakkan kaki ke bulan meninggal dunia, lapor media AS pada Ahad.
Beliau berusia 82 tahun.

Armstrong menjalani pembedahan jantung awal bulan ini selepas doktor mendapati ada sekatan di pembuluh jantungnya.

Beliau dan rakan angkasawan yang menaiki Apollo 11, Buzz Aldrin mendarat di bulan pada 20 Julai 1969 yang mencatat satu sejarah hebat serta mendapat tontonan ratusan juta penduduk dunia.
Dilahirkan di Wapakoneta, Ohio pada 5 Ogos 1930, Armstrong mempunyai minat mendalam terhadap kapal terbang dan bekerja di sebuah lapangan terbang ketika remaja.

Beliau mengambil kursus penerbangan pada usia 15 tahun dan mendapat lesen juruterbang pada hari lahirnya yang ke-16.

Sebagai juruterbang AS, beliau melakukan 78 misi penerbangan pada Perang Korea.
Beliau mempelajari bidang Kejuruteraan Penerbangan di Universiti Purdue, Indiana dan menyambung pengajian dalam Sarjana Kejuruteraan Aeroangkasa di Universiti Southern California.

Selepas berkhidmat sebagai juruterbang tentera laut pada 1949 hingga 1952, Armstrong menyertai agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pada 1955.
Beliau bertugas sebagai jurutera, juruterbang ujian, angkasawan dan pentadbir untuk NASA dalam tempoh 17 tahun.

Selepas bersara daripada NASA pada 1971, Armstrong menjadi tenaga pengajar dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa di Universiti of Cincinnati hampir 10 tahun.
Beliau turut dilantik sebagai lembaga pengarah di beberapa syarikat termasuk Lear Jet, United Airlines dan Marathon Oil.


Angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong, manusia pertama yang menjejakkan kaki ke bulan meninggal dunia, Ahad pada usia 82 tahun.

Saturday, August 25, 2012

Ubat Nak Gemuk

Haiyaaaa...! Orang lain sibuk nak cari ubat kurus, awak sibuk nak cari ubat gemuk ek? Terbalik ni. 
 Nak buat macam mana kan, ada si gemuk mesti la ada si kurus jugak kan?
Oh, tidak! Berat badan saya semakin menurun. Underweight! Muka sudah jadi cengkung dan pucat.  Sekarang saya sedang berkira-kira untuk mengambil ubat menambahkan lagi berat badan saya.Bukan nak gemuk, tapi nak sedikit berisi jer dari sekarang. Gemuk sangat nanti bermasalah pulak.
 Yang mana satu berkesan?


atau


ada testimoni tak?

#berat/tinggi saya sekarang 37.5kg/151cm . Underweight kan? Berat yang ideal 45kg.