Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Sunday, March 27, 2011

Mohd Syahriansyah Apin Juara Akademi Al-Quran Musim Ke-5

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Juara Akademi Al-Quran musim ke-5, Mohd Syahriansyah Apin dari Sabah selepas menyampaikan trofi berbentuk Al-Quran pada pertandingan akhir akademi itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam ini. Turut sama ialah Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar (kanan). - Foto BERNAMA

Friday, March 25, 2011

Beramal Dengan Ayat Pendinding Diri

DARIPADA Ibnu Mas'ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Dua ayat dari akhir surah al-Baqarah, sesiapa yang membacanya maka cukuplah baginya daripada mengadakan qiamullail (atau kedua-duanya akan menjaganya dari segala kejahatan dan perkara-perkara yang tidak disukai).

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Huraian Hadith:
Dalam musnad Imam Ahmad, juzuk ke empat, halaman 156 disebut mahfum hadis, "Sesiapa yang menggantung tangkal maka sesungguhnya dia telah melakukan perkara syirik. Agama Islam amat melarang penggunaan tangkal meskipun tangkal tersebut menggunakan ayat-ayat al-Quran.

Mengapa? Kerana untuk mengelak atau menjaga kesucian ayat al-Quran daripada terbawa ke tempat yang kotor seperti ke dalam tandas dan sebagainya selain untuk membulatkan keyakinan dan keimanan kita bahawa Allah SWT bersifat Maha Pelindung kepada manusia daripada segala mara bahaya dan malapetaka.
Justeru adalah lebih baik untuk kita sebenarnya menghafal ayat-ayat al-Quran atau beramal dengan ayat-ayat al-Quran serta doa-doa khusus untuk memohon daripada Allah dan menghindari daripada apa yang tidak diingini.

Jangan sesekali kita terjebak dengan amalan khurafat, termasuk percaya kepada bomoh yang kononnya dapat membantu menghalau jin dan syaitan yang kebiasaannya mereka memuja mengamalkan perkara khurafat dan syirik kepada Allah sedangkan sebesar-besar dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah SWT adalah dosa syirik.

Perlu juga diingat bahawa tujuan al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk dijadikan azimat atau hanya disimpan untuk perhiasan di rumah sahaja, tetapi al-Quran diturunkan untuk dibaca, difahami, dikaji, dipelajari, diambil iktibar dan dijadikan pedoman serta diamalkan dalam kehidupan kita seharian. Al-Quran adalah penawar bagi segala penyakit.

Allah SWT berfirman dalam Surah Yunus ayat 57, maksudnya: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman".
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Tuesday, March 22, 2011

Order Kereta Baru Oooo

Malam Tadi
Lame dah duk fikir ni. Nak beli kereta. Malam tadi survey. Cun-cun belake. Berkenan lah 1. Nak orderlah. Eh.....nanti dulu...esok pagi baru order.

Pagi Tadi
Dah selamat dah order sebuah kereta. 1 cukuplah. Katanya ada stok. Payment pun dah dibuat. Tunggu barang sampai je. InsyaAllah, katanya Rabu nanti sampai la.

Ok! Kita tunggu dan lihat.

## = Selamat menunggu ya Cik Makhluk Bumi!

Monday, March 21, 2011

Letak Penghadang Ketika Solat

DARI Musa bin Talhah r.a, dari bapanya katanya: 'kami solat sedangkan haiwan-haiwan lalu lintas di hadapan kami. Maka hal itu kami tanyakan kepada Rasulullah s.a.w. sabda baginda: "Letakkanlah semacam pancang (batas) di hadapanmu, maka apa yang lewat di balim pancang itu tidak akan mengganggu solatmu."

Sunday, March 20, 2011

Terperap

Nampak gayanya dah banyak hari aku terperap dalam rumah. Tak pergi mana-mana pun. Tak tau nak g mana. Tak tau nak g dgn sape. Ibarat katak di bawah tempurung dah ni. Bosan pun dah lebih dari tahap gaban dah. Kesian kan?. Hehehe...

Terima kasih kepada housemateku sebab bagi pinjam ini Maxis Broadband, sempena dia balik bercuti kat kampung, aku plak bercuti dalam rumah kat Klang. Ada broadband pon masih belum mengatasi tahap kebosanan aku ni..hurmmm..tak tahulah nak buat apa lagi...

Plan nak g daftar broadband lain. Cuma tak pergi-pergi lagi. Nak amik Broadband Digi lah plak. Nak cuba try test, tahap kelajuannya macam apa. Adakah boleh mengatasi tahap keslowan Broadband Celcom aku dulu yang macam siput tu atau oleh menyaingi Broadband Maxis housemate aku nih. Broadband Celcom tu dah selamat aku terminate bulan lepas.

## = Bila la ek dapat keluar g Jusco Bukit Tinggi??

Rambut

yeaaa...rambutku panjang lagi. Duk fikir-fikir nak simpan lagi ke nak potong pendek ek? hurmmm...

2 tahun lepas kemain lagi simpan dan bela serta belai rambut, kononnya nak simpan sampai kawen..tapi..tak jugak kawen...huhu..jodoh belum sampai lagi, maka dipotong pendeklah rambutku...Dan skang ni panjang kembali....

Potong pendek atau simpan panjang ek?

## = erk?? ade kaitan ke rambut panjang @ pendek ngn soal kawen??


Saturday, March 19, 2011

Which One?

i'm in delema! i want to buy "something" but which colours should i choose? fresh lime or chill blue? Both are my fav. colour. oh no! apa kata survey??

chill blue
fresh lime?
       

i'm a looner

di saat ini hujan turun renyai-renyai, dah ia bakal menjadi lebat sebentar lagi. Cuaca hari ini macam tau-tau jer perasaan aku ni. Hujan di luar sana semakin lebat, dan hujan dihatiku jua seiring. sedih...sedih..sedih...hurmmm..tak terluah rasanya..bertambah sedih lg bila tinggal sorang-sorang time ni...lame dh sorang2 nie..bila la nak berdua ni.. ^_*

oh ya! pagi2 tadi aku bagun dr tido, termenung sat, pk apa nk buat hari ini,ooooohhh mana semangat nih! pelan2 bagun, bilik air yg dituju dulu..mandi..lps siap sumenya, apa ek yg nk dibuat? hurmm...basuh cadar dan kain2 lah, esp tudung ala ibu arini ni kena basuh tangan, xboleh main sumbat jer dalam mesin basuh, nnt rosak keriput2 plak tudungnya. makin bertambah dah koleksi tudung ibu arini aku rupanya..ehehe ..o ok, dh siap basuh, jemur! apa lagi ek? oowhh..panaskan sup mlm tadi, masak nasi...yes! perut lapar, kita makan dulu..makan sorang, tak de feel langsung! aishh..

bile duk sorang2 nie..otak xde pk benda lain, asyk pk nk berjalan jer...tp nk g jln mana ek? dh ler hujan..duk rumah jer lah...dengan tak berapa rajin sebenarnya ni aku buka laptop dan on9..layan lagu i'm looner dari C.N Blue..oooo no no no no..no body knows, how i feel...i'm really2 need someone! someone to talk, someone to share, someone to love, someone to cares, someone to complete me!

Thursday, March 17, 2011

Fiesta Belon Panas Antarabangsa Putrajaya Ketiga



Pelbagai bentuk belon udara panas melakar di langit Putrajaya semasa pertunjukan sempena Fiesta Belon Panas Antarabangsa Putrajaya Ketiga di Monumen Alaf Baru di Presint 2 di sini, Khamis. Seramai 27 peserta daripada 14 negara mengambil bahagian dalam pertunjukan itu sehingga Ahad ini, antaranya Darth Vader, Doraemon, Woodrow C. Greenleaf Upside dan Mauriske.- Foto BERNAMA.


"waaaaahhh...bestnya kalau dapat pergi kat sini.....ade siapa2 yang sudi temankan tak?" hehe

Wednesday, March 16, 2011

Sunnah Rasul Memakai Kasut

DARI Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Jika kamu memakai sandal (kasut), pakailah yang kanan terlebih dahulu. Tetapi jika membukanya, yang kiri dahulu dibuka. Maka yang kanan adalah yang mula-mula dipakai dan yang terakhir dibuka."

Misi dan Visi Cuti Sekolah Penggal 1 2011

Tik tok tik tok...jap je masa berlalu...harini dah pon hari rabu..esok khamis, lusa jumaat, pastu sabtu..ahad...Isnin dah mula kena g skolah balik...auchhhhhh!!!

Misi dan visi aku pon xjelas lg...cuti semiggu xkemana-mana pon..nak balik kampung ..raya cina ritu dah balik dah..malas nk balik acap kali nih..hehe..

Plannye cuti ni nak siapkan report orientasi...tp..1 habuk pon lom mula lagi..adehh..camno nih?? plannya lagi nk siapkan bahan mengajar BM-Tatabahasa utk persediaan dicerap naik cuti nnt..tp........satu benda pon xjln lg...sbbnya buntu...kaedah mengajar camne ek yg mnarik utk mnarik minat pelajar belajar BM? yg pasti...BM ni kena rajin membaca jer..klu malas...sume benda blh jd tak minat kan??? payah sungguh budak2 lani..malas nk membaca...cikgu bagi kertas boleh jer diorang tengok saje..bukannye teruja nk baca apa yg isi kandungannya...nk compare ngn aku dulu..uhh jauh panggang dari api...dulu aku dpt jer kertas dr cekgu..teruja nk baca kertas apa..isinya apa..hmmm...nasib badan lah...cikgu...dpt ank murid yg cegitu...nk membebel kang budak lagi la...

owh...2 hari lepas aku g intai2 kete...jeng2...2 pilihan skangni...Persona atau Myvi...sume kata2 survey yang aku buat suh amik Myvi...erkkk..kata hati aku lak yg mn ek?

harini lak...teringin nk g jln2 kt kl lah...biarlah sesorang pon...mcm tak biasa kan..penat la duk umah sorang2...bukan blh buat kerja pon...asyik duk layan perasaan jer...xbley2..xbley jadi camni...kena bertindak siapkan diri cepat...tgk cuaca harini...xderlah cerah sgt plak!

Owhh kawan-kawan di luar sana! ade tak sape2 yg blh tolong bg idea kt saya yg jd cikgu BM terjun ni, camne nk bg P&P BM lebih mnarik dan berkesan? tahapnya utk kelas last sekali!..

Monday, March 14, 2011

Demi Masa ~ Aku Dalam Kerugian

Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yang beriman dan beramal sholeh
Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan nasehat kepada kebenaran dan kesabaran

Gunakan kesempatan yang masih diberi moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara sebelum lima perkara

Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yang beriman dan beramal sholeh
Gunakan kesempatan yang masih diberi moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan kerna ia takkan kembali

"Ya Allah, aku sangat rindukan AKU yang dahulu"