Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Friday, November 16, 2012

saya dan carlo rino


Reward untuk diri saya sendiri bulan ini. memandang tiada siapa yang masih sudi hadiahkan lagi...hihihi... tak mengapalahkan.sekali dua kala.


Maal Hijrah dan Jalan-jalanku

salam maal maal hijarh 1434.

sekarang musim cuti sekolah. ramai orang pergi bercuti:....weeee seronoknya bila dengar kan? dapat pergi bercuti. saya pun bercuti juga. balik kampung. kelantan. balik 4 hari je. jenguk ayah dan pakcik makcik. raya haji ritu tak balik. cuti ni hati terdetik nak balik. 

jumaat ni bertolak ke terengganu pulak. nak jalan-jalan kat. tak pernah lagi jalan-jalan kat negeri penyu bertelur itu. plannya nak ke rumah kawan baik masa belajar di usm penang 2005-2009 dulu. sempena dia nak bertunang. sebenarnya aku rindu kat dia. lama dah tak jumpa. rindu. rindu nak share story. aku suka berkawan dengan dia. sebab? dia seorang yang jenis happy go lucky. ceria sokmo. bab suka mengilai kami memang bestlah.
plan nak gi melawat masjid kristal. nak pergi kat replika masjid2 yang comel2 tu. nak pusing bandor. nak pergi pasar payang. mana lagi ek, tempat best?

Sunday, November 11, 2012

Mahligai Impian

saya hanya merancang, Allah yang menentukan. Moga saya ada rezeki untuk dapatkan rumah ini nanti.

Lupa Rakaat ke Berapa??

Nak Nikah Jugak

Time free2 suka sangat duk berangan nak kawen. Tapi calon pon takdak lagi ni. Huhu ..sadis sungguh rasa diri ini. 
Time free2 jugak, suka sangat blogwalking blog2 yang up entry pasal nak kawen. Pelamin, baju nikah dan lain2. Haissshh..memang tak sudah kerjanya.

Jadi, sekarang ni, saya sedang berangan nak kan dress dibawah ini.
Berangan nak pakai time akad nikah. 

Cantik kan? Dress ala Kate...isteri Prince William tu.
 
Rasanya saya tak nak bertunang, cukup hantar cincin tanda je. Kemudia nikah terus. Sekarang saya sudah bersedia untuk dilamar.

Wahai bakal calon suamiku di luar sana, ku berdoa semoga urusan mu, urusan ku di permudahkan oleh Allah nanti demi menuju kebahagiaan yang abadi. "Baiti jannati"

Saya Percaya

Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita. Maka percayalah ALLAH akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak di jangka.

Friday, November 9, 2012

ku suka dia, ku cinta dia

a Allah, serius aku sukakan dia...
aku cintakan dia

aku sayangkan dia
jika dia untukku, kau permudahkanlah urusan jodoh kami
kau berkatilah hubungan itu nanti

Saturday, November 3, 2012

Getar Rasa

Bergetar rasa hati. Tiap kali terpandang gambar orang bertunang dan kahwin atau tiap kali melintasi kedai pengantin, hati mesti rasa bergetar. Hanya Allah yang tahu getar rasa itu. Ya Allah, Engkau Maha Mengetahuinya.

Terdetik Rasa Cemburu

Dah banyak hari tertanya-tanya dalam hati, kawan baru dia ke kawan lama. Baru jadi friend dalam FB. Siap di tagged lagi gambarnya.
Haishhhh!! Kenapa saya rasa cemburu?
Astagfirullahalazim...teruk sangat bila rasa camni.