Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Tuesday, April 10, 2012

Kalau Seliuh Kaki, Jangan Suka-Suka Nak Urut, Bahaya!

OK, ini gambar kaki saya yang sedang membengkak. Tarikh jatuh 30 Mac 2012. Sampai hari ni, masih bengkak lagi tapi dah surut sedikit. 31 Mac pergi ke klinik, doktor bagi ubat surut bengkak dan ubat tahan sakit. Caj? RM30.00 termasuk MC. Sabtu pun MC? Kalau tak kerana ada LADAP xperlu kot MC tu. So, LADAP dah kurang 1.

Nak tahu saya jatuh camne? ha..ni..macam ni...


kalau jatuh dalam keadaan macam di panggil invertion sprain. Akibatnya jadilah sprained literal ligament. Maknanya, ligament kaki saya kini sudah terkoyak. Sebab tu lah lambat untuk sembuh.

Hari ke sebelas malam tadi baru saya pergi ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang, bahagian kecemasan dan trauma. Ha, first time ke hospital bahagian kecemasan nih. Lamalah jugak menuggunya. Doktor bagitahu, ligament kaki saya suda terkoyak. Perlu berehat, bagi otot relaks. Jangan banyak sangat berjalan. Time tidur, tinggikan kaki. Baik, doktor. Terima kasih. Maka, dapatla 2 hari MC. Oh, jangan lupa, balut kaki ya.

OK, sebenarnya saya sangat menyesal. Pada hari ke 4 bengkak, saya cuba dapatkan khidmat tukang urut. Serik. Memang tak nak dah mengurut kalau jadi macam ni lg. Sakit! Meraung! Menangis! Memang tak kira dah. Memang tak malu.Memang tak patut diurut. Tukang urut bukan nampak pon bahagian dalaman kaki kita. Dia hanya main rasa-rasa jer urat2 kaki tu, pastu tekan2. Sakit yang amat.

Dan, atas nasihat doktor juga, jika masih lagi belum sembuh minggu depan, saya perlu ke hospital lagi utuk di x-ray.

" sprained ankle will take at least 2 weeks to recover,,,provided, fully rest, proper guard/bdg applied to restrict movement, and no ligamental tear. Kalau lama sgt, bengkak makin besar...see your dr/ortho and get your ankle x-rayed. Kut2 ada hair-line crack fracture.", Dr. Herni


Selamat bercuti esok hari!

No comments:

Post a Comment