Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Sunday, December 22, 2013

Terusik

Hari ni, hati saya terusik oleh sekeping gambar pertunangan seorang rakan yang telah di upload ke dlm facebook. Rakan yang dulu pernah untuk di satukan dengan saya, namun saya bukan untuk dia dan dia bukan diciptakan untuk saya.

Dah lama sebenarnya saya tidak terusik tentang soal jodoh ini. Tetiba hari ini hati saya terusik. Pilu je hati mengenangkan yang diri ini masih belum bertemu jodoh lagi. Tapi tak mengapa, Allah sudah aturkan yang terbaik untuk diriku sebagai hambaNya.

Kepada rakan yang bertunang, semoga kekal ke jinjang pelamin dan jannah dan juga kpd rakan2 yg bernikah hari ni, tahniah, semoga ikatan perkahwinan kalian sampai ke syurga.

Mohon kalian juga doakan untuk rezeki jodoh saya juga ya.

posted from Bloggeroid

Tuesday, October 15, 2013

Salam Aidil Adha 2013

Memandangkan cuti tak banyak, jadi saya terpaksa amik keputusan untuk tidak balik kampung tahun ini. Sama juga dengan tahun lepas. Tak dapat baluk juga.

Jadi, tahun ini, saya hanya lihat suasana raya di kampung melalui gambar whatssap sahaja.











Allahuakhbar...

posted from Bloggeroid

BerSpa Q Saya

Assalamualaikum...

Penat bekerja? Sakit urat? Sakit badan? Haaa...sama la kita..tapi jangan risau tau..saya nak syorkan satu spa yang ada khidmat mengurut badan untuk wanita. Urutan tradisional.



Impian d'manje spa...

1st time saya cuba untuk urut badan sebenarnya sebab badan dah rasa berat sangat. Stress. Lepas mengurut, alhamdulillah, jadi ringan.

Bagi yang nak cuba urutan di sini, pergilah ya. Di seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Harga pun berpatutan.

Dua hari lepas saya amik pakej urut badan, scrub badan,sauna dan facial muka.RM150 sahaja. Sangat best. Lega rasa urat2 selepas diurut dan dibelai diri ini. saya juga dah mula jatuh cinta khidmat facialnya. So far, kat sini lah khidmat facial terbaik yang pernah saya pergi.
Harap, pihak idaman d manja spa ni dapat mengekalkan khidmat terbaik mereka ini.

Bulan depan saya nak pergi mandi susu pulak. Yehaaa..best tau manjakan diri sendiri. Kena pergi spa la, kalau tak siapa layan? Suami pon belum ada lagi. Hehe



posted from Bloggeroid

Saturday, September 28, 2013

Kursus Profesionalisme Berterusan (CPD)

Kursus Profesionalisme Berterusan (CPD)
Saya baru sahaja balik dari menghadiri kursus CPD ini. Kursus ini berlangsung selama lima hari di Hotel Crystal Crown, Pelabuhan Klang, Selangor.

Saya difahamkan, kursus ini wajib disertai oleh para guru yang berjawatan DG41. Kursus ini merupakan salah satu syarat yang perlu dipenuhi oleh guru skim DG41 untuk naik ke skim DG44. Sekiranya terdapat guru yang menolak atau terpaksa menangguhkan untuk mengikuti kursus ini, guru tersebut perlu menunggu panggilan untuk kohort yang seterusnya mengikut giliran. Contohnya, kalau nama dia tersenarai dalan kohort 1, tetapi dia tidak dapat ikutinya, maka peluang dia mungkin akan dapat pada kohort yang terakhir. Jadi, terpaksa menunggu lebih lama.

Apa yang perlu guru lakukan sebelun menghadiri kursus ini adalah guru perlu bersedia dari segi fizikal dan mental. Guru perlu tahu tentang dasar-dasar seperti dasar PBS, KSSR, 1M1S, MBMMBI, dll.

Sepanjang sesi, peserta dikehendaki untuk membuat pembentangan berkaitan dengan tajuk slot yang berlangsung. Antaranya, cara membuat RPH yang betul, Pelan tindakan, penggunaan ICT dan banyak lagi.

Seperti biasa, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan semasa sesi Pecah Bendungan. Untuk kohort kami ini, sesi ini sangat menarik kerana dikendalikan oleh Sifu Taj, salah seorang Pakar dalam bidang Matematik dan juga seorang kaunselor. Kami dipecahkan mengikut warna personaliti masing-masing. Jingga, biru,hijau dan kuning. Slot macam ni sangat sesuai untuk dilakukan di sekolah juga, bagi mengenali personaliti pelajar terutamanya.

Banyak ilmu yang diperolehi dalam kursus ini.














posted from Bloggeroid

Saturday, September 14, 2013

Marine Essence Bar Hilangkan Panau

Assalamualaikum...

Siapa ada panau? haha...dan siapa yang masih lagi duk tercari-cari ubat panau yang berkesan?
haaaaaaaa....hari ini saya nak kongsi yang sabun Marine Essence ni InsyaAllah berkesan untuk menghilangkan panau. Ada juga orang panggil sabun ni Sabun Ketiak. hihihi..

Tak percaya?Silalah percaya! Sebab saya sendiri sudah mencubanya. Betul. saya tak tipu.

Sebelum ni saya ada panau kat lengan kanan.Maklumlah, aktif, selalu keluar g camping. Dah cuba sapu panau salap, beli kat farmasi. tapi tak hilang juga. Saya guna sabun ni untuk hilangkan gatal sebab berpeluh sebenarnya. tapi tak sangka lepas saya guna sabun ni, makin hari makin pudar panau tu. InsyaAllah kalau sabun hari-hari nanti akan hilanglah panau tu. Saya baru guna sabun ni seminggu.Alhamdulillah, dah nampak keberkesanannya.

Dengan ini.....saya sangat mengesyorkan kepada semua yang sabun ini sangat BEST! Baunya pun wangi.dan boleh mengatasi masalah kulit.



Jom kenali sabun ini dengan lebih dekat.....

Bar Kecantikan Marine Essence dirumus khas untuk menyihatkan, melembapkan dan meremajakan kulit. Ia diperkaya dengan antioksidan dan minyak asli untuk memberikan manfaat yang terbaik untuk kulit anda.

Bar kecantikan Marine Essence memanjakan kulit anda sambil menghidratkan dan melembutkannya. Kulit terasa selembut sutera apabila disentuh.

Diinspirasi daripada bentuk organik kerang laut dengan haruman yang menawan, Bar Kecantikan Marine Essence pasti merangsang anda menggunakannya setiap hari!

Bahan-bahan utama


 Jom Cuba sabun ini.

Harga RM105 untuk 3 ketul.

 Syampoo dan Sabun ni pun ada dalam bentuk cecair.
Harga, RM33 sebotol.

Nak cuba? Boleh hubungi saya

017- 477 6467 boleh PM/CALL/SMS
ogos2010@gmail.com





posted from Bloggeroid

Tuesday, September 10, 2013

Stress Melanda Diri

JERAWAT!!!
penuh dia naik kat muka say ni hah. Pedih..sakit..

Belum pernah lagi jerawat tumbuh, melata sebegini banyak.. Hadoiii...

ni gara2 perubahan hormon, cuaca dan tempat tinggal. Tahun ni kerap keluar camping. Tak terurus rasa. Brlum sempat nak hilang parut lama, jerawat baru pulak yang muncul.

Memang tak boleh buat apa lah.

Cuma sekarang, sementara belum dipanggil untuk bertugas di luar kawasan lagi, kena belai kulit muka dengan rapi.

Cuci muka, sapu cream siang dan cream malam. Oh, ya..saya adalah pengguna as beauty. Setakatni Alhamdulillah, as beauty memberi kesan yang baik.

Saya jug amalkan makanan tambahan iaitu VCO Treenea.

Harap2 kulit muka saya kembali normal seperti sebelum ni dan bertambah mulus dan gebusss.

posted from Bloggeroid

Sunday, August 18, 2013

Rasa

Rasa

Aku punya rasa
Rasa gembira
Rasa suka
Rasa sedih
Kadang-kadang
Datangnya rasa runsing
Rasa Serabut
Dan kalau
Semua rasa itu bercampur
Boleh jadi gila
Mungkin
Rasa pasrah
Berserah
Mungkin terubat

#omarina#18.08.13#15:18

posted from Bloggeroid

Hensem Anugerah Allah

MasyaAllah, hensemnya dia. Senyum dia. Wajah dia. Bersih. Allahhuakhbar, saya jatuh cinta seketika.

Kenapa seketika?

Sebab si dia sudah pun berumah tangga dan memiliki 3 orang cahaya mata. Itulah anugerah yang Allah berikan kepada dia.

Dia merupakan seorang kapten. Juruterbang tentera darat unit udara.

#Tom Cruise

posted from Bloggeroid

Friday, August 16, 2013

Rayyan Talhah

Selamat datang ke dunia my dear Rayyan Talhah bin Mohd Johari. Eh, siapa dia tu? Ha..ni la anak saudara saya yang ke 5.



Yang bongsu dah ni. Sebab maknya telah diikat. Tak boleh beranak lagi. Kali kedua beranak belah. Tahun lepas pun belah juga masa lahirkan Arika Sofea. Jarak dekat. Jadi, sangat bahaya untuk si ibu.

Semoga Rayyan Talhah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. Hormat orang tua.

Ingat cik sue juga ya. Kesian cik sue ni, masih belum bertemu jodoh lagi. Umur pon dah tua dah. Sob3x. Terasa sebatang kara pulak.

posted from Bloggeroid

Dah Panjat Bukit Broga

Diam tak diam, kejap ke masa berlalu. Pantas pulak tu.

Ni gambar kenangan kami panjat Bukit Broga bulan April lepas. Teruja dengan BFF saya yang teyiba call nak datang Klang ajak saya semata-mata nak panjat Broga ni. Kebetulan saya baru je habis kursus asas jurulatih pusat KO Negeri Selangor selama 5hari. Penat dan sakit badan pun tak hilang lagi masa tu. Tapi, disebabkan saya pun teruja juga untuk mendaki lagi, maka saya ON kan plan my bff saya tu. Biarpun saya pun baru shj turun dari mendaki bukit di Pusat Ko Selangor.

Teruja..teruja..dan teruja...

Kesian Bff saya, sebabkan saya dia terpaksa tunggu saya yang agak slow bergerak. Tenaga dah lemah sebenarnya. Kami naik pun dah agak lewat, pukul 9 pagi. Nak buat macam mana, tersalah jalan punya pasal. Lama pusingnya. Baru sampai Semenyih. Hehe..sorry my dear..salah tunjuk jalan.

Masa kami naik, ramai yang dah turun. Tapi ok lagi sebab masih ada lagi yg naik bersama kami. Kiranya takdelah mendaki bertiga je. Saya naik tak sampai ke puncak pun. Tak larat sangat dah. Biarlah, asal dah jejak kat sana.

Bagi saya, naik Broga tak best sangat. Sebab tak banyak pokok. Kira tak nampak macam dalam hutan sangatlah. Boleh jadi, sebab pokok kurang, jadi saya cepat penat masa mendaki tu. Oksigen kurang. Hehe.. Saya lebih suka mendaki tempat yang banyak pokok.sejuk je rasa.

Broga punya view cantik. Rugi tak bergambar banyak-banyak. Kamera pun tak bawa. Bateri fon dah habis. Aish..
Tapi, Rasanya Broga dah tak secantik yang dulu kot, time Sheikh Muzaffar buat photoshoot wedding dia. Sebab mcm dh gondol skit kawasannya.

Ada sorang uncle, tegur saya...wahh..u panjat bukit pun pakai beg LV ka? Hehe..saya senyum je. Uncle tu tak tahu sebenarnya beg tu beg LV celup jer. Beli kat Rantau Panjang, RM25.00 3tahun lepas. Bukan takde beg pack, tapi beg tu masih terisi dengan baju-baju yang balik dari kursus. Belum buka lagi. Hihi..ingat nak hantar dobi terus senang dan tak larat nak basuh.

Dan satu lagi. First time saya mendaki, hanya pakai kasut Crocs je. Nasib baik tak melecet. Dahla tak berstokin. Iskh3x. Kenapa saya pakai crocs? Sebab..kasut sukan saya basah. Dua pasang. Belum bersih lagi.

Next...? Nak panjat bukit dan gunung mana plak ya?

Kalau diizinkan Allah, bulan 9 ni saya nak tawan Gunung Nuang plak...


posted from Bloggeroid

Thursday, August 15, 2013

Balik ke Lubuk Rezeki

Syawal ke 6. Saya dah bertolak balik ke Selangor. Biarpun cuti masih berbaki. Ini gambar-gambar yang saya sempat snap dalam perjalanan.

Laluan kali ini berbeza. Biasanya saya akan guna laluan ke Gua Musang-Kuala Lumpur atau melalui Lebuh Raya Pantai Timur, Terengganu.

Kali ini saya melalui Grik, Perak.


Sumber pendapatan, pakcik ni amik upah mengangkut barang dengan menggunakan motorsikalnya.


Laluan ke Jeli, Grik masuk dari Rantau Panjang, akan keluar di pintu 3 Rantau Panjang.


Sementara tu, singgah sebentar di Rantau Panjang untuk makan Mee Celup.

Laluan perjalanan lancar. Alhamdulillah. Cuma terdapat lori yang membawa muatan batu pasir terbalik dibahu jalan laluan sebelah.


Perjalanan dari jam 11.30, sampai rumah 11.00 malam. Pemanduan yang santai oleh suami sepupu. Singgah solat di Kuala Kangsar. Singgah makan malam di bandar Puchong.

posted from Bloggeroid

Kampungku

Banyak yang sudah berubah.
Inilah pemandangan depan rumah saya di kampung.
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.


Banyak kenangan disini. Sekarang ni, rumah peninggalan arwah atok telah menjadi milik pakcik saya.

posted from Bloggeroid

Friday, August 9, 2013

Gaun Pink Untuk Arika Sofea


Baju ini saya beli khas untuk Arika Sofea bt Mohd Johari, ank saudara tunggal perempuan saya.
Saya beli di Kenanga Wholesale Centre di kuala lumpur baru-baru ni. First time ke sana dengan rakan sekerja. Seharian meronda. Seronok.

posted from Bloggeroid

Syawal yang Masih Sama

Salam Syawal 2013.

Sambutan syawal saya pada tahun ini biasa2 sahaja. Baju raya pun takde. Pakai baju yang sedia ada. Suasana pun sama sahaja seperti tahun2 sudah. Tiada keterujaan dihati. Entahlah. Mungkin sebab saya menumpang family orang kot.
Saya menumpang family pakcik saya sejak saya berumur 14 tahun. Jadi, persediaan syawal saya tiada yang special bg saya. Hambar di hati. Hambar juga suasana bagi saya.
Pernah juga saya tidak pulang ke kampung time raya. Tiada siapa yang peduli. Kehadiran saya atau ketiadaan saya di kampung pada hari raya tidak memberi kesan kepada orang2 kampung saya.

Nasib orang menumpang.

Bersyukurlah apa yang ada.masih ada insan yang tak dapat menyambut kemeriahan syawal dengan sempurna.

posted from Bloggeroid

Kenangan Iftar 2013


Kenangan iftar bersama anak murid tingkatan 1b. Kami berenam je. Teruja sungguh diorang bila saya bagitahu yang saya akan bawa mereka berbuka di KFC.

Saya Terhibur.

Sepanjang bulan ramadhan tahun ini, 3 kali je saya berbuka puasa berteman sebelum blk kampung. Jika tak, saya berbuka sorang2 dirumah. Kadang2 masak, selebihnya beli je di bazar ramadhan Andalas.

Sedih betul kan, kehidupan seorang bujang ni. Hehe..inilah satu cara saya menghiburkan hati saya.

Bersabar dalam menanti kehadiran jodoh saya.
posted from Bloggeroid

Wednesday, July 17, 2013

Saya Rindu

7 ramadhan
Saya kini sedang menonton rancangan Samarinda tv3. Ramadhan yang hilang. Menarik jalan ceritanya.

Ada plot dalam perpustakaan. Tetiba hati saya sangatttt rindukan suasana dalam perpustakaan. Zaman study di USM Penang dulu, selalu jugak saya g study di Perpustakaan Hamzah Sendut. Rindunya zaman itu. Rindu untuk berada dalam suasana tu lagi.

posted from Bloggeroid

Sunday, July 7, 2013

Handbag Merahku

Taraaa...akhirnya tercapai gak hasrat memiliki handbag kaler merah makngah ni...
sebelum ni duk ushar handbag merah coach gred AAA kt kedai fb online. Plan tunggu gaji bln depan.

Tup2 semalam g ke SOGO sempena SogoCard Sale. Tengok handbag Carlo Rino, memang dah aim nak kaler merah. Berkenan satu. Tapi bila tengok harga macam tak mampu nak beli. Hehe...terpaksa lepaskan.

Tengok pula bahagian CR2, adik beradik Carlo Rino gak. Terus jatuh cinta dengan handbag ini.


Terus beli. Sebab harga pon mampu milik dengan baki gaji bulan ini. Alhamdulillah. Ini bag yang dibeli untuk tahun ini. Dah lama tak shopping.

Next handbag, aim kaler biru, oren n hijau plak. :-)

posted from Bloggeroid

Saturday, June 29, 2013

Adinda Sultan Kelantan ke 5 Selamat Diijab Kabul

Alhamdulillah. Tahniah buat adinda sultan Kelantan, Tengku Amalin Aisyah. Sudah selamat diijab kabul dengan kerabat diraja sultan Brunei.


posted from Bloggeroid

Kasut Biru Kemeja Petak

Reward saya bulan ni.
Khamis lepas. Lepas maghrib terus pergi ke AEON Bukut Tinggi. Ramai betul manusia malam tu. Seba ada JCard Sales. Hihihi...

Pusing punya pusing, xteruja sangat denfan pilihan kasut. Actually saya sebenarnya obses denfan kasut. Dalam jj xde yang menarik. So turunlah ke Vincci kat bahagian bawah. Vincci juga buat sales swmpena jcard day ni. So ada less. Suka betul.

Berkenan dengan dua pasang kasut. Tapi tengok harga...hurrmmm..mahal lagi ni..kena tinggu less 50% baru boleh beli..hihi..so, saya tak amik kasut itu.

Satu-satu, saya try kasut yang sesuai lagi. Niat dihati nak cari kasut yang warnanya selain hitam,cream n coklat.

At last, jumpe gak kasut yang bokeh dibeli dengan berbaloi...iaitu sepasang kasut biru.



Baju kemeja petak tu saya beli dalam jj. less 70%. Dapat harga rm29.95. Okla kot. Nak rambah koleksi kemeja yg sopan2 skangni,,.:-)

posted from Bloggeroid

Wednesday, June 26, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia, Suara Tiz Zaqyah Best.

Tiz zaqyah sedang hangat berlakon dengan izzue islam dalam drama tv3, Sebenarnya saya isteri dia.


Sebenarnya, saya sangat suka dengar suara Tiz...serak-serak basah gitu. Suka. Manja. Memang gitu eh suara tiz? Tak sedar pon sebelum ni suara dia macam mana. Sebab sebelum ni tak amik port sangat dengan lakonan drama dia. Tapi kali lain plak. Tersuka dengan suara dia.

Drama sebenarnya saya isteri dia ni saya tak berminat pon nak tengok, biarpun ramai yang up status mengenai cite ni. Sebab macam tak menarik je cerita dia. Tapi, pada suatu hari, saya saje buka you tube, xtahu nk tengok video apa, so, tertaip la drama ni. Maka tertengoklah dramanya.

Saya marathon tengok drama ni melalui you tube dari episod 1-10. One shot. Haha..sebab? Suka dengar suara tiz zaqyah.

Kali ni, bolehlah tunggu setiap malam khamis depan tv3 jam 9 malam.

posted from Bloggeroid

Monday, June 24, 2013

Jerebu, topeng dan cuti

Hari ni, 24 Jun 2013.
Semua sekolah di seluruh Selangor dan Kuala Lumpur diarahkan tutup disebabkan jerebu yang teruk.

Alhamdulillah, bagun pagi ni, IPU dah semakin menurun.

Walaupun IPU semakin menurun, jangan lupa untuk jaga keselamatan dan kesihatan dengan memakai topeng muka.


Keadaan jerebu yang teruk tengahari semalam.

posted from Bloggeroid

Sunday, June 16, 2013

MLM oh MLM

Saya hampir terjebak. Selangkah kaki je lagi. Tapi akal saya berkata TIDAK untuk memilihnya.





Tepuk dada, tanyalah akal.

posted from Bloggeroid

Harga Nasi Campur di Medan Selera Semua House Cekik Darah

Bulan lepas saya ke Semua House, di Jalan TAR, Kuala Lumpur. Teman sepupu tempah baju pengantinnya.

Tiba waktu makan tengah harinya, kami turun ke tempat Medan Selera yang terletak di Level bawah bagunan itu. Mencari gerai yang berkenan dengan selera. Perut teringin nak makan nasi campur. Akhirnya, saya pilih gerai yang paling hujung sekali. Lupa nama gerainya.

Ini yang saya ambil.


Nasi putih, Ikan kerisi goreng dan kuah sahaja. RM 8.00

Ini pula yang sepupu saya makan.


Nasi putih, sayur, ikan dan sotong. RM14.00.

gile mahal. Tobat dah tak beli kat gerai tu lagi.

Mujur bawa air masak sendiri dari rumah.

posted from Bloggeroid

Friday, June 7, 2013

Candy Crash Saga, terjebak sudah aku!

Bagi yang ada akaun facebook Mesti dah ramai yang tahu pasal games ni. Mana taknya, hari-hari dapat invitation dari friendlist facebook. Sekarang, saya pun dah terjebak sama bermain games ni. Aduhaii..

Tapi mujurlah saya bukan pemain game yang tegar sehingga sanggup tak makan atau minum. Hehehe...

Ni lah rupa gamenya.






Ginilah keadaanya bila ada yang memerlukan bantuan nyawa. Hahaha


Mintak bantuan nyawa dari kawan-kawan FB atau yang kaya raya boleh lah beli "nyawa"sendiri.



Bila sudah kehabisan nyawa...kena tunggu sehingga tempoh yang diberikan, barulah dapat main semula.


Agak-agak kehabisan nyawa tu, boleh la tamatkan permainan.
Game ni takde butang pause, jadi kalau taknak rugi nyawa, habiskan mainan anda. Hehe

posted from Bloggeroid

Tukar Tiub Basikal

Salah satu kemahiran yang perlu tahu oleh Ahli Pengakap Muda untuk melengkapkan Lencana Usaha adalah, kemahiran menukar tiub basikal.









Biasanya aktiviti ini akan dilakukan bersama dengan aktiviti berbasikal sejauh 11km. Ahli akan bergerak mengikut arah yang di berikan, dan perlu berhenti untuk belajar menukar tiub atau menampal tiub basikal sendiri dan perlu memasang semula kembali kepada keadaan asal. Walau pun tiub basikal tak bocor, ahli perlu buka tiubnya dan perlu pasang kembali.

posted from Bloggeroid

Thursday, June 6, 2013

Pelamin Pilihan 2013

Alhamdulillah, selesai sudah majlis perkahwinan sepupu saya. Tahniah kak nor dan pasangan. Semoga dengan ikatan ini kalian beroleh rahmat dari Allah.

Saya nak tunjuk pilihan pelamin dia. Jom cuci mata.



Ya, pilihan pelamin jenis sakura. Dari butik prngantin Rins Suzana Kota Bharu.
Berbaloi dengan harga. Mana taknya, nak pasang bunga sakura 3 pohon tu berjam-jam.
Dari pukul 4 petang sampai 11 malam baru siap pasang pelaminnya. Hoho..campur tolak dengan ulang-alik ambil barang kat butik diorang.


Sebelum pemasangan


Diorang guna 4wd jer punggah barang. Biasanya bridal guna lori muatan kecil.




Ranting pokok ni lah yang amik masa paling lama untuk dipasang..fuuhh berpeluh kot.


Bunga sakuranya


Siap...boleh tumpang duduk dah..hehe...amik berkat. Amin..insyaAllah. Ada rezeki, my turn lak.

posted from Bloggeroid