Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Wednesday, June 26, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia, Suara Tiz Zaqyah Best.

Tiz zaqyah sedang hangat berlakon dengan izzue islam dalam drama tv3, Sebenarnya saya isteri dia.


Sebenarnya, saya sangat suka dengar suara Tiz...serak-serak basah gitu. Suka. Manja. Memang gitu eh suara tiz? Tak sedar pon sebelum ni suara dia macam mana. Sebab sebelum ni tak amik port sangat dengan lakonan drama dia. Tapi kali lain plak. Tersuka dengan suara dia.

Drama sebenarnya saya isteri dia ni saya tak berminat pon nak tengok, biarpun ramai yang up status mengenai cite ni. Sebab macam tak menarik je cerita dia. Tapi, pada suatu hari, saya saje buka you tube, xtahu nk tengok video apa, so, tertaip la drama ni. Maka tertengoklah dramanya.

Saya marathon tengok drama ni melalui you tube dari episod 1-10. One shot. Haha..sebab? Suka dengar suara tiz zaqyah.

Kali ni, bolehlah tunggu setiap malam khamis depan tv3 jam 9 malam.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment