Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Tuesday, October 30, 2012

ini soal hati

alhamdulillah, mendapat berita yang sedap di dengar hari ini, gembira jer rasa hati. biarlah sekadar utk diriku shj. walau pun si dia hanya membisu sahaja.  seandainya dia utk ku, kau permudahlah ya Allah. berikanlah aku kebaikan dan keberkatan ya Allah.

Sunday, October 28, 2012

Jodoh Rahsia Allah

Jodoh itu rahsia Allah. Rahsia Allah itu indah. Tak pernah memudaratkan.

~motivasi diri~

Friday, October 26, 2012

Apa Sudah Jadi?

suatu pagi di hari raya aidiladha
l
saya ke secrete recipe. makan tom yam kung. sedap! tapi harganya toksah cakap la. haha. kali pertama aku makan kat sini. kali pertama juga beli makanan yang mahal. air dan mee je pon.
lepas makan saya ke kiosk elianto. nak beli alat makeup skit. dari minggu lepas getik jer rasa nak ber"jagok".haha. dah lama tak beli belah alat makeup ni. last beli tahun 2010 kot. tu pun beli sebab nak makeup masa konvo.kecuali lipstik, selalu jugak la beli.j
hehe.. beli makeup remover,eye primer,eye shadow je pon kat sini. ni pon dah habis rm90.dapat jadi member free.
yang ni blusher.rm35.dah ada blusher in2it.tapi macam nak beli jenis macam ni. senang nak tonyoh kat pipi.minggu lepas juga getik duk pakai blusher g sekolah. haha.
dan sebenarnya juga semalam pun saya ada alat makeup juga.kat guardian.
apa sudah jadi dengan diriku ini. jiwa kacau niiiiiiii...hurmmm

Tipu Suka

awak suka dia kan?
tak.
tipu, awak suka dia kan?
tak.
tak
tipu, awak suka dia kan?
ya, saya mengaku suka kan dia.
tapi dia tak suka awak kan.
ya
dia tak layan saya dah.
sedih tak?
sedih sangat.

Boyfriend 3

sebenarnya aku terasa kecil hati dengan si dia. nampaknya dia betul - betul dah ignore kan aku. hurm...nak buat camne, sebab bukan punya rups paras yang lawa sangat kot. tak mengapalah kalau tak sudi dah nak berkawan. mungkin juga dia takot akan beriku harapan kalai dia balas mesej aku itu. selamat berbahagis lah ya dengan pilihan hatimu nanti.



harap-harap penantian jodohku juga akan berakhir cepat2. dah terasa tua dh diri ini. tahun depan bakal mencecah angka 3 didepan. harap juga aku tak berputis asa dalam berdoa dan teus beristiqomah dalam istikharah dan tahajudku kepadaMu Ya Allah.

Thursday, October 25, 2012

malam raya lepak mamak

selamat hari raya aidiladha, 1433H. sebenarnya aku tak balik raya tahun. Sebabnya banyak sangat kerja sekolah yang perlu disiapkan. harap-harap dapatlah siapkan dalam
masa 4 hari cuti ni.

Sunday, October 21, 2012

Boyfriend 2

waah, terasanya bila ada orang tanya kenapa tak kahwin lagi? kahwin la cepat-cepat. eeh eh, sedap hati dia je kan nk cakap macam tu. dia ingat soal jodoh ni boleh nak buat main-main. kecil je hati sekarang ni bila dengar soalan cepu cemas mcm tu.

Piala Malaysia 2012 Milik Kelantan

Tahniah, TRW! Teruskan perjuangan anda. Perlawanan menentang ATM tadi menunjukkan TRW kuat dan gigih mencapai kemenangan. Kelantan 3 - 1 ATM.

Kelantan mendapat Treble tahun ini. Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Liga Super.

Tahniah..Tahniah..Tahniah...Jadinya esok Negeri Kelantan mendapat cuti peristiwa sempena kemenangan ini.

Friday, October 19, 2012

Berenang Kembali

2 minggu lepas, saya kembali belajar berenang. Setelah empat tahun tak terjun swimming pool. Dulu mula belajar berenang di USM, Penang. Setiap Khamis kelasnya. Tapi sekejap sahaja sebab kenkangan masa. Jadi sekarang, daripada duk saja kat rumah, badan pun tak berpeluh, baik join kelas renang kembali. Jadi, setelah peat meng'google' kelas, saya terjumpalah dengan Ombak Swimming, yang terletak di Pusat Akuatik Shah Alam. Telefon, daftar, setiap Khamis, bermulalah pengisian jadual saya dengan aktiviti berenang. Seronok, dah dapat terapung.

Nak beli baju renang lainlah..sopan tutup bontot skit..hehe..baju renang lama yang ala2 orang scuba diving pakai tu.

Boyfriend

dua hari lepas

Kakak M: Mar...u dah ada boyfriend belum?
Aku: iskh...kak, saya nak mengaku pun malu.
Kakak M: oooooooo xdak lagi la tu.
Aku: Hehehe...
Kakak M: i ada orang nak rekemen kat u. u ok ka?
Aku: hurmm...ok je kak. =D
Kakak M: ok, nnt i bgthu si dia ya. Boleh bg nama facebook tak?
Aku: nnt suh dia search nama saya kak.

malamnya

Aku: aik?kata nak add. xde pon lagi. ker dia dh view profile aku walaupun private, tp masih ada sedikit info. Alamak. Lupa nak padam status in a relationship la.


1 hari lepas
Kakak M: eh, dia xdapat la cari nama u. e-mel yg u bg tu dia kata xbetul.
Aku: ya ke. xpelah kak. amik no fon saya terus lah.
Kakak M: ok, sat lg bg na.

malamnya

Aku: tet..tet...hai, takkan baru je bg no, dh hantar msg? mmg betul pon no. dia.

selepas 10 kpg msg yg dihantar dan dibalas, last2 senyap selepas dia dh dapat view aku punya fb. last msg aku pun dia xbls dah. dah agak dah...mana la nak pandang orang yang tak se cun artis nih. x segak org utara kata. Pandang rupa rupa-rupanya.

Nasib baik xde heart feeling. Takpe, Allah tahu yang terbaik untuk hambanya.




Kerja

Kerja..kerja..kerja...selagi belum tutup mata selagi itu lah perlu bekerja. Bekerja untuk hidup. Bukan hidup untuk bekerja. Haissh... Kadang-kadang, terasa juga hidup ini sangat bosan. Tak bernyawa orang kata. Pergi kerja, balik kerja, makan, tidur, bangun dan pergi kerja. "Tak hidup" langsung. Kerja pun asyik bertambah, tak susut-susut jugak. Kadang-kadang juga terasa kecewa.Sangat.Tak tahu bila nak berubah. Selagi bernyawa, kena teruskan hidup.Dan untuk hidup, perlu bekerja.


owh, PBS! Saya sangat kecewa denganmu. =( hidup saya dah tak rasa seronok lagi. Saya perlukan "sesuatu" untuk "hidupkan" kehidupan saya.