Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Thursday, February 17, 2011

Kerete Oh Kereta

Owh..Sungguh aku tidak suka keadaan sekarang ini..sebabnya aku dalam dilema..mana taknya..tiap kali tumpang naik kereta kawan, mesti aku dilanda masalah pemilihan pembelian kereta... Vios atau Persona?? Hurm..haru betol...

Minggu depan kena attand meeting kat sekolah lain..honda kapcai jugak yang aku bawa nanti..wow! cekgu merempit. Harapnya janganlah hujan nanti..

Saturday, February 12, 2011

Sabtu, Ahad Pun Kena Pergi Sekolah Lagi

Harini hari Sabtu 12 Feb 2011, sepatutnya harini takde kelas ganti, tapi..huk3x..aku kena g skolah jugak..sebabnya kena siapkan proposal untuk Persatuan dan Kelab...Owh..sangatlah tidak rajin..tapi disebabkan aku yang diamanahkan untuk menjadi seorang Ketua, maka terpaksalah kena pergi jugak siapkan proposal tu..cekgu2 lain sodap jer lepas tangan, kononnya yang dia tu senoir..aku nie junior..baru lagi..so aku yang kena siapkan!...ini kategori kes buli nie..buli antara guru..tahula masing-masing sibuk, pegang jawatan ketua panitia lah..ketua ni lah..guru kelas lah...habis?? aku ni?? tak sibuk jugak ker? habis? aku ni datang sekolah nak melepak jer? tak buat kerja? takde kerja? eh..aku pon sibuk jugak lah. Tapi, tanggungjawab tetap tanggungjawab. Jangan nak main hentam orang jer. Hebat sangatkah rasa? Dah tahu diri tu senior, berilah tunjuk ajar. Sibuk sangat sekalipun, 5 minit pon jadilah. Bagitahu, apa, macam mana kena buat. Kalau dia tak dapat buat, bagi la guide, meh aku buatkan semua pon takpe!. Ni, tak, sebaliknya aku dapat! Sombong bagai nak rak! Dah tu siap bawa mulut lagi kat geng-geng dia. eleh..hebat sangat kah dengan cara menyampaikan perkara yang tak betul kat orang lain? Takpe2, hanya Allah jer yang tahu. Aku tak redha sekiranya benda ni tersebar gara-gara mulut dia.

Owh..lupa laksss..esok pon aku kena g skolah lagi...uwaaa...seminggu 7 hari bersekolah. Bila dapat rehat ni. Esok lagi la..pagi sampai petang. Kena handle pasukan Pengakap berkem seharian di sekolah. Ayokk..Kalau terus mcm n, aku yg kurus ni makin kurus. Bukan satakat banyak kerja, tapi makan hati dengan sikap yang tak profesional guru-guru kat sini.  Sekarang ni, aku rasa tak bersemangat untuk ke sekolah, bukan stress dengan murid-murid atau kerja-kerja sekolah, tapi stress dengan sikap guru-guru. :( :(

Bukan merungut, tapi sekadar luahan perasaan....cukup untuk aku amik ikhtibar.

Friday, February 11, 2011

Lompat Jauh

Wahhh..rasanya kali terakhir aku buat lompatan dalam acara lompat jauh pada tahun 2000..haha..10 tahun dah tu...masa tu wakil rumah sukan Al-Fakhru (rumah biru) kat SMT Teknik Kuala Krai...masih terlekat dalam memori lagi nie..walaupun mendapat tempat ke-4, tak dapat medal pon..tp ia cukup memberi aku 1 kenangan yang indah... Seronok!

Semalam, ada latihan rumah sukan kat sekolah aku...aishhh..teruja betul nak mencubanya...apa lagi, cikgu pon show off lah..2x lompatan dibuat...hehe..sib baik la jauh jugak lompatan aku tu..jauh la dari jarak lompatan murid perempuan..tapi xleh lawan la dengan lompatan murid lelaki..keh3..klu tak jauh, malu la wei depan budak-budak...siap mendapat tepukan lagi... Seronok!

Dan penangannya...pagi ini, urat dawai badanku ini telah sakit-sakit, termasuklah pinggangku yang ramping bak kerengga ini..huhu..sape suruh buat lompatan dengan tak buat 'streching' dulu..haaaa..rasakan..adeh..
Apa-apa pun..aku enjoy sementara masih muda dan bujang lagi.... Erk?? Muda kah??