Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Friday, April 29, 2011

Selamat Pengantin Baru Prince William and Kate

Putera William dan isterinya, Kate yang juga Duchess of Cambridge berdiri di luar Westminster Abbey selepas Majlis Perkahwinan Diraja yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia di London pada Jumaat. - Foto AP.

RIO Best! Mesti Tonton


Best cite ni....bawalah anak2 pergi menonton kt cinema tak rugi sekali sekala berhibur...gelak sakan kami bertiga..tak hirau dah orang sebelah, belakang, depan....haha..comel jer si Rio, burung biru spesis yang hampir pupus. Si Rio nie jadi burung jantan peliharaan. Pandai, tapi tak boleh terbang...klimaks kisah si Rio ni time dia bersama dengan seekor burung biru  betina nak lari dari penjahat tetapi si Rio nie tak pandai terbang.....mcam-macam cara dibuat utk bg rio terbang. Tambah plak Si Rio ni ade hati dengan si burung betina tu....heeeeeeeeee..comelnya sgt

Thursday, April 28, 2011

Saham Bank Rakyat Sudah Di Miliki ;)

Alhamdulillah...akhirnya berjaya juga aku membeli saham Bank Rakyat....Ya Kita Mesti Pilih...hehehe..
Bermodalkan RM505.00...saham ini dibeli dua hari lepas.


Untung beli saham nie, dividennya 15% setahun. Banyak tu... berbanding ASB..



# : Selalunya berdua dengan osmet membuat urusan2 di bank setiap bulan time gaji, tp minggu nie osmet xde, kena bawak budak g camping 4H3M kat Batu Cave..






.

Monday, April 25, 2011

Rupa Roti Naan Cheese...


ooooooooooooo

Begini rupanya Roti Naan Chesse... 
Sedapppp.....Tq Cik Loo...sebab belanja saya makan roti nie...
sekali cuba nak makan lagi...hehe...
maaf ya..gambar untuk tatapan sahaja..tak boleh dirasa :p
nak rasa...singgah lah di kedai mamak.

# Balik dari Kursus kt PPD tengah hari tadi..singgah makan jup kat kedai mamak dalam bagunan Carefour Klang.

Hello! i MisS yOu

 
i Miss You
hanya 3 suku kata ini sahaja yang bersarang dihati, dimindaku kini

3 bulan lagi? bertahan kah aku untuk memberndung perasaan ini?

Ya Allah, Sampaikanlah rinduku ini kepada si dia. Mudah-mudahan dia berada dalam RahmatMU.

Thursday, April 21, 2011

Ole-ole Super Bowl

Uarghhh...Penat balik dari game bola tampar tak hilang lagi...malam plak g main boling..waduhhh...tulang besi urat dawai betol...layan jerlah...yang penting kita enjoyyy!!


Ole-ole Super Bowl nie terletak di Seksyen 18 Shah Alam. First time nih main boling sepanjang berada di Selangor. Apa lagi..tempat dah tahu dah...pasni...boleh ler turun padang lagi...
Lane full booked....kami terpaksa tunggu...9.50 baru dapat main.

Ole-Ole Super Bowl nie nak sambut ulangtahun 25 April nie...so diorang nak bagi Flat Rate RM 3.00 pergame jer for the whole day. Sepanjang bulan April ni juga diorang wat promosi utk 3 Game RM12..dari jam 10pm hingga 1 pagi, hari Ahad hingga Khamis sahaja...

Berminat? Datang ler beramai-ramai....sakitkan lengang anda...hhehee..

Lepas main..kami ramai2...seramai 15 orang geng sekolah g minum plak kat gerai di Seksyen 17....1 pg baru balik...sampai umah 1.20 am...fuhhh..penat..sib baek esoknya sekolah petang... ;)

Tuesday, April 19, 2011

Tak Pe, Cuba Lagi Tahun Depan..2012

Saat Genting...Sedia untuk membuat pukulan servis.2nd ref sdg memberi arahan  
18-22 April 2011 berlangsungnya Kejohanan Bola Tampar MSSD Klang 2011 di Dewan Bola Tampar Seksyen 19 Shah Alam. Seronok juga ya bila berada ketika perlawanan berlangsung. Pergh....cayalah pemain2 pasukan sekolah masing2..hebat2 belaka. Penyertaan sekolah aku tahun nie hanya untuk mencuba nasib sahaja. Alhamdulillah, 3 game menang la juga 1 set. Walaupun tak dapat mara ke peringkat sseterusnya namun kami cukup berbangga juga sebab bukan kalah semua game..hehehe...kurang2nya ade jugak pengalaman menyertai pertandingan, kita bagi peluang kepada murid, supaya diorang tahu dan boleh rasa auranya. Wahaaaaaaaaaaa..cuak juga tengok muka2 budak nie...cekgu dia pun turut berdebar jer sepanjang perlawanan hehehe....walau apa pun...kita jumpa tahun depan plak.....okehhh!!
Anak-anakku...khusuk sedang menambah ilmu permainan

beratur dulu sebelum masuk gelanggang ya
lapar la cikgu...saya makan dulu ek

Tuesday, April 5, 2011

Dah Nampak Tua Kah Saya?

Semalam, g Giant ngn osmet. Nak survey harga 100 plus. Sebab nak kena beli nnt, nk bg budak tournament bola tampar. Jadi kena survey dulu lah harganya. Sebab harga kat store2 lain berbeza biarpun 10 sen...kat Giant lebih murah 10 sen dari Tesco. Nnt nk g survey kat Mydin lah plak...hehe..harap2 dapat murh lagi..

Yang sebenarnya..aku nak story pasal...malam tadi aku terkejut..ade orang bank dari city bank nak offer kredit kad..huk3..dah nampak tua kah saya? tak muda remaja lagi dah?? 1st time ni ade orang bank hulur flyers n nk offer kredit kad kat aku...sebelum ni tak pernah pon ade orang nk  offer..biarpun pemakaian ku biasa2 jer seperti dulu2...iskh...ade perubahankan di muka ku skgni??? hurmmmm..maafler...tak berminat nak terjerumus dalam dunia kredit kad.

Monday, April 4, 2011

Busy La Plak..

owh..pagi ni plan nya nak g klinik gigi..tp skgni dh pkl 9 lebih dah.iskh..tangguh lg..pagi ni juga masih duk tercari-cari lagi nak cari bahan sebagai kerja utk diberi kepada anak murid aku yang telah digantung selama seminggu. Phewww..penin kepala jadi mak angkat anak 35 orang nih..baru dua orang yang telah digantung!. Harapnya tiada lagi lah lepas ni. Budak2 skgni tidak terkawal n tidak boleh diduga. Bari tingkatan 1, dah pandai nak meraba-raba dah....Sudah la cam gini gayanya...besar nnt xtau lah...Nauzubillah..

Petangni plak nak kena latih budak2 main bola tampar. 18 April ni ade tournament. Uh...dilema lagi, nk pakai baju kurung ker pakai baju pakaian sukan ek? Sebenarnya aku nak mengajar la minggu nie. Nak habiskan sylibus geografi. Budak2 nie plak kemain lah sukanya nak main, sebabnya tak payah masuk kelas. Tak nak belajar!Sabar jerlah. Jurulatih bola tampar yang sebenarnya plak, ade tugas rasmi sepanjang minggu nie...tinggalah aku sebagai jurulatih tak rasmi merangkap juruletih secara rasmi...huk3x...aku sebenarnya pengurus pasukan sahaja. Tak tahu sangat pon selok belok permainan bola tampar ni. Sib baik servis lepas net..kui3..klu tak lepas..malu wei..jd cikgu bola tampar. :D

owh..nak kena bersiap2 awal jugak nie pagi nie..nak g photostates bahan mengajar dan nak g Pejabat Pos Klang. Nak pos hadiah birthday kat sahabatku yang berada nun jauh di Kuala Lipis sana. Lebih 2 minggu dah tertangguh nak pos2...tp tak berkesempatan nak mengeposnya asyik bz, bz, dan bz lagi. Tambah lagi buat2 bz...Penatnye la skang nie...

Selamat Hari Lahir Sahabatku, Syuhada. Semoga panjang umur, dimurakan rezeki, dan di Rahmati Allah sentiasa. Maaf, tak sempat nak ucap.

"Usia Meningkat Masa Singkat" "Nikmat Tuhan yang manakah kamu dustakan."

Friday, April 1, 2011

Meringankan Beban Orang 'Dalam Kesedihan'

Meringankan Beban Orang 'Dalam Kesedihan'
 
KUALA LUMPUR: Kehilangan orang yang disayangi adalah satu episod yang begitu sukar ditempuhi dan kesedihan serta sengsara yang dialami mungkin mengambil masa yang lama untuk 'berlalu'.

Dengan kehilangan itu menyusul pula cetusan pelbagai rasa dan emosi antaranya perasaan tergamam, marah dan rasa bersalah.

Biasanya hidup seseorang dalam situasi ini akan menjadi gelap dan bertukar 'kosong'.
Beliau selalunya seolah-olah hilang punca, tercari-cari dan tidak pasti tentang apa yang telah dan akan berlaku.

Dan bila kita menemui individu yang tenggelam dalam kemelut sebegini, kita tidak pasti dan takut untuk meluahkan apa yang dirasa kerana khuatir percakapan itu akan mengguriskan lagi perasaan dan mengeruhkan lagi keadaan.

Banyak kali, kita rasa seolah kita tidak boleh melakukan apa-apa bagi meringankan beban yang digalas oleh individu yang kehilangan insan dikasihi.

Menurut Helpguide.org, jika kita gagal menghilangkan atau meredakan duka yang dihadapi mereka yang 'berduka' itu, sekurang-kurangnya kita boleh memberi ketenangan serta sokongan.
Anda boleh bermula dengan memberitahu individu itu, agar dia tahu bahawa anda memang mengambil berat tentang dirinya.

Orang Lain, Lain Dukanya

Setiap perasaan duka yang dialami oleh seseorang adalah lain daripada apa yang dirasai individu lain. Ertinya bagi orang lain, lainlah kesedihannya.

Menurut pensyarah kanan Program Pendidikan Universiti Utara Malaysia (UUM), Mejar (B) Dr Yahya Don, duka dan lara seseorang kehilangan yang dikasihi bergantung kepada beberapa faktor seperti personaliti, pengalaman hidup serta kepercayaan (agama).

"Luka dari kesedihan mengambil masa yang lama (untuk pulih). Sembuh dari kesedihan berlaku secara perlahan dan mengambil masa.

"Proses ini tidak boleh dipaksa atau dipercepatkan dan tiada jadual atau jangkamasa bagi sembuh dari kesedihan", beliau memberitahu Bernama.

Menurut Dr Yahya ada individu yang boleh pulih hanya dalam beberapa minggu atau bulan dan ada juga mereka yang mengambil masa selama bertahun-tahun.

Katanya lagi mereka yang cuba membantu seharusnya bersabar dan membenarkan mereka yang dibantu itu 'sembuh ' dan pulih dengan sendiri.

"Seseorang yang sedang berduka tidak sepatutnya dihalang dari menangis kerana bila individu itu sedang melalui satu tempoh yang sukar, perkara yang terbaik bagi mereka yang ingin membantu adalah membiarkan kesedihan itu berlalu dengan sendirinya", kata beliau.

Dr Yahya juga menasihati mereka yang ingin membantu agar mengelak dari cuba 'membetulkan' keadaan.
Katanya percakapan seperti "ianya sudah ditentukan (sebegini) atau "ramai orang telah melaluinya" seharusnya dihindarkan.

Menurut pakar terapi Pamela Jerry, percakapan seperti "dah lah tu", "semua orang akan melaluinya" atau "fikirkan tentang orang lain yang menerima nasib lebih buruk" adalah sama sekali perlu dielakkan.
Percakapan sebegini akan membuatkan seseorang yang berduka itu menjadi lebih sedih.

"Saya fikir tidak bijak bagi kita memberi anggaran tentang kesedihan yang berlaku kerana kesedihan adalah berlainan dari satu individu ke individu yang lain.

"Anggap anda mempunyai nasib yang sama dan dengar apa yang mereka ingin luahkan. Biarkan dia tahu bahawa dia bukan keseorangan dan anda ada bersamanya untuk berkongsi apa yang dia rasakan".

Tidak Perlu Cakap Apa-Apa

Menurut satu artikel yang ditulis Vivian Nelson Melle, ungkapan 'membisu seribu bahasa' sememangnya benar dan ini memang tepat kerana seseorang yang kehilangan yang dikasihi akan dibanjiri dengan banyak memori bermain di fikirannya.

"Perkara terakhir yang mereka mahu ialah 'bercakap' tentang episod itu. Hanya bila seseorang yang berduka bersedia (untuk bercakap), barulah mereka mula bercakap tentang apa yang mereka alami. Sehingga tibanya masa itu, menyepi adalah lebih baik," kata beliau.

Bagaimanapun Dr Yahya mempunyai pendapat yang berlainan. Katanya, ramai orang yang menjauhi individu yang bersedih disebabkan mereka tidak tahu apa yang sebenarnya perlu dicakapkan dan perkara yang paling buruk boleh dilakukan adalah dengan 'membisu'.

Menurut pensyarah itu, orang takut meluahkan percakapan yang salah yang boleh memburukkan lagi keadaan.

Oleh itu interaksi yang sebaiknya adalah dengan mengucapkan "Saya tidak pasti tentang apa yang awak rasa atau perlu, tetapi saya ada di sini untuk membantu. Beritahu saya apa yang awak perlukan".
"Berkongsilah tentang pengalaman yang pernah dilalui dan bagaimana anda menyelesaikan episod itu. Hindarkan daripada memberitahu apa yang dia rasa dan menyuruh dia berhenti bersedih. Itulah dua perkara yang perlu dielak", kata Dr Yahya.

Membantu Urusan Harian

Menurut Dr Yahya lagi, seorang yang berduka akan kelihatan seolah-olah tidak bermaya dan tiada motivasi baginya untuk berbuat apa-apa. Oleh itu mereka yang ingin membantu boleh menawarkan pertolongan bagi menjalankan kerja harian seperti membasuh pinggan serta pakaian yang kotor.

Bagi Dr Yahya, mereka yang kehilangan orang yang dikasihi akan melalui empat fasa kesedihan - penafian, kemarahan, kemurungan dan akhirnya penerimaan.

"Janganlah cuba menenangkan dengan mengatakan 'luka itu boleh sembuh dengan masa' sebaliknya dengarlah apa keluhannya dan nyatakan yang anda faham dan ingin berkongsi duka itu. -BERNAMA