Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Thursday, January 24, 2013

Akhirnya, dapat juga Perfume Purrs by Katy Perry


Hasil tangkapan bulan ini. Dah lama mengidam nak beli perfume ni.

Purrs by Katy Perry

RM140 50ml

posted from Bloggeroid

Thursday, January 17, 2013

Arus Masa

Assalamualaikum....

Saya sedang tenggelam bersama arus masa. Sedar tak sedar hari ni dah 17 Januari. Cepat sungguh terasa masa berlalu. Pagi, petang, malam. Bangun tidur, siap2 pergi kerja, balik kerja rehat seketika, dan tidur kembali. Semoga kita semua tidak lalai bersama orang2 yang rugi.



posted from Bloggeroid

Thursday, January 10, 2013

Penat tapi Seronok

Assalamualaikum...

Banyak hari dah saya menyepi. Bukan sengaja. Sejak persekolah bermula ni, badan jadi cepat penat. Kerja sekolah pun banyak yang kena siapkan di rumah..nak wat camne kan, beginilah tugas cikgu. Kerja pun kena bawa ke rumah. Kat sekolah memang tak sempat nak siapkan. 26 masa seminggu. Memang agak padat. Tapi bersyukur juga sebab ada lagi cikgu2 yang 30 masa seminggu pun ada. Tak tahu la camne keadaan kalau dah 30 masa tu. Yang 26 masa ni pon dah tak terkejar.

Minggu pertama lagi kitorang dah kena pergi camping untuk unit uniform. Semua guru unit uniform terlibat. Kali ni camping ni di buat luar sekolah. Aktivitinya pon mencabar juga. Kami kena belajar "water confident".

Yang paling best, kami belajar bagaimana guna radio amatur. Seronok bermain dengan kodnye. Bersyukur, dapat banyak ilmu baru semasa camping kali ini.















:-)

posted from Bloggeroid

Tuesday, January 1, 2013

Tahun Baru 2013 dan Rumah Baru

Assalamualaikum

Selamat tahun baru 2013.
Hari ni, sempena 01.01.2013 cuti umum. Saya berkesempatan melawat tapak pembinaan rumah baru saya. InsyaAllah, mahligai pertama saya.









Alhamdulillah, dah siap 30% nampaknya. Maybe dalam lima bulan lagi akan siap. Harap bank islam cepat-cepat luluskan loan rumah saya. Amin. Tak sabar nak duduk di rumah sendiri.

posted from Bloggeroid