Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Thursday, January 10, 2013

Penat tapi Seronok

Assalamualaikum...

Banyak hari dah saya menyepi. Bukan sengaja. Sejak persekolah bermula ni, badan jadi cepat penat. Kerja sekolah pun banyak yang kena siapkan di rumah..nak wat camne kan, beginilah tugas cikgu. Kerja pun kena bawa ke rumah. Kat sekolah memang tak sempat nak siapkan. 26 masa seminggu. Memang agak padat. Tapi bersyukur juga sebab ada lagi cikgu2 yang 30 masa seminggu pun ada. Tak tahu la camne keadaan kalau dah 30 masa tu. Yang 26 masa ni pon dah tak terkejar.

Minggu pertama lagi kitorang dah kena pergi camping untuk unit uniform. Semua guru unit uniform terlibat. Kali ni camping ni di buat luar sekolah. Aktivitinya pon mencabar juga. Kami kena belajar "water confident".

Yang paling best, kami belajar bagaimana guna radio amatur. Seronok bermain dengan kodnye. Bersyukur, dapat banyak ilmu baru semasa camping kali ini.















:-)

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment