Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Tuesday, August 2, 2011

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS online)

Hai cikgu-cikgu semua...selamat berpuasa di ucapkan...

Mesti cikgu-cikgu sekarang ni tengah sibuk memasukkan markah peperiksaan pertengahan tahun dan TOV/ETR murid-murid kan.

Haha..sama jgk ngn saya...pagi ni baru siap masukkan markah untuk dua kelas. Nak sambung esok pagi plak lg dua kelas..huhu...markah tertinggal kat sekolah la plak..tak ngape lah...masih sempat lagi nak masukkan markahnya. 

Kalau buka web SAPS ni pada waktu siang, alamak aih...ramai betul cikgu yg online nya. Nak masukkan markah pun lambat la skit. Mujurlah sekarang ni bulan puasa, jd cikgu2 muslim berkesempatan nak masukkan markah di awal pagi. Sistem pun sedikit laju. =) .. 

Haha..terima kasih DIGI Broadband..nak harapkan key in kat sekolah, mmg xsempatlah. tambah pula bulan puasa ni, waktu pembelajaran dan pengajaran dipendekkan lagi bagi sekolah sesi petang. 20 minit utk satu masa dan pada hari Jumaat pula, mula sekolah 2.20ptg, balik 5.30..3 jam jer waktu persekolahan. Ada murid yang mengatakan, "baik tak payah dtg sekolah cikgu"..hoho...

Oh, ya! Lagi pun tarikh tutup untuk masuk markah telah dilanjutkan dari 1 Ogos 2011 ke 15 Ogos 2011..Selamat memasukkan markah cikgu2 semua..hehe...

SAPS online >> klik sini

No comments:

Post a Comment