Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Friday, September 30, 2011

TAHNIAH! : Nabil (Raja Lawak) Sah Bergelar Suami Kepada Nazirah

PUTRAJAYA: Dengan dua kali lafaz, Pelawak dan pelakon, Ahmad Nabil Ahmad, 28, sah bergelar suami kepada bekas pramugari AirAsia, Nazirah Ayub, 23.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid Tuanku Mizan, di sini, selepas solat Asar kira-kira pukul 5.15 petang, Jumaat.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Ustaz Mohd Ridza Ahmad berwalikan bapa kepada pengantin perempuan Ayub Hassan.
Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin bernilai RM5,000 manakala wang hantaran sebanyak RM15,000.

Turut menyaksikan majlis tersebut adalah ibu dan keluarga kedua-duapasangan pengantin.
Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran seperti cincin, duit hantaran, sirih junjung, kasut, “playbook”, alat solek, pewangi dan dibalas sembilanhantaran iaitu coklat, kasut, “PlayStation 3”, I-pad, sejadah, cincin dan sirih junjung.

Pada majlis tersebut, Nazirah anggun mengayakan busana kurung moden rekaan Wazira Zainal.
Sementara majlis resepsi mereka akan diadakan serentak pada Ahad inidi I-City Shah alam berkonsepkan “fairy tale” dan persandingan dalamtaman.

mstaronline.

Pasport Saya





siap dalam masa 1 jam sahaja selepas pembayaran dibuat..hehe

Wednesday, September 28, 2011

sedih

hati sdg sedih...itu saje yg blh bgthu....
letih emosi..letih fizikal
dugaan apakah ini?

Saturday, September 24, 2011

Terkejut

Saje nak tengok keyword kt blog ni, apa yang selalu korang cari n jumpa kat blog cik makhuk bumi. skali, terpaku mataku seketika kat keyword ni 'emelda rosmila naked'....waduh...tak pernah2 aku tulis nama si emelda  dalam blog aku. Aihsssss

Siapa punya?




Comel tak? Comel kan? Siapa punya, ya? =)

Sambutan Hari Malaysia Di Sekolah

Pertandingan membuat KOLAM

Merwarna

KOLAM yang bertemakan Logo-logo Hari Kebangsaan/Kemerdekaan

Membuat Tanglung

Gambar-gambar ni semua aku sempat snap masa sambutan Hari Malaysia kat sekolahku 15 September 2011 lepas. Tak sangka juga 1st time dpt naik stage ngn budak2 ni, sebab berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan menghias KOLAM. Hehe..Tahniah, Girls! Femes jup..kui3x... KOLAM yang diorang buat ni menggunakan hampas kelapa yang telah diwarnakan kemudian dilekatkan diatas kertas mahjung yg telah dilukis logo.

Handbag


Handbagku yang berjasa sungguh. Memang berbaloi dengan harga RM20.00 . Beli kat Pasar Pagi Jumaat Wakaf Bharu. Hehe...

DEBU datang sekolah


Ingat lagi tak Kumpulan DEBU? Haha..aku sendiri pon dh igt2 lupa jugak..sbbnya tak familiar sgt ngn aku..owh...DEBU dtg sekolah baru2 ni..sempatla tgk persembahannya dalam dewan. tapi kejap jer, sbb ade tugas yang lebih penting perlu dilaksanakan. Lagu famous diorang tak silap Cintamu Dalam Hatiku. Nasyid ni selalu gak tv9 pasang time bulan puasa ritu.time sahur.

Lepas diorang siap buat persembahan, pihak sekolah raikan diorang, dengan minum petang. Haha, time ni kebetulan aku ke kantin nk lunch, kami makan sama. tapi lain meja laaa...hehe

Tuesday, September 20, 2011

Pelajar tahun lima mati dihempap tiang gol

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Takziah kepada Kak Faizah (rakan sekerjaku) kerana anaknya telah kembali ke rahmatullah setelah dihempap oleh tiang gol ketika sedang bermain bola sepak sabtu lepas (17 sept 2011) .Al- Fatihah untuk arwah..semoga rohnya dicucuri Rahmat olehNYA.

kata-kata terakhir arwah kepada ustaznya pada hari terakhir persekolahan jumaat lepas, " ustaz, saya meninggal nanti mesti popular". 

Memang tidak disangka kata2nya itu telah menjadi nyata, kerna kejadian ini telah mendapat liputan dar media masa elektronik dan cetak.

ARKIB : 19/09/2011 - http://www.utusan.com.my

Pelajar tahun lima mati dihempap tiang gol

KLANG 18 Sept. - Seorang pelajar tahun lima maut setelah cedera parah di kepala akibat dihempap tiang gol ketika bermain bola sepak di Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa 1, Klang, di sini petang semalam.
Dalam kejadian pukul 6 petang itu, mangsa, Mohd. Fakrul Amin Abdul Rahman (gambar), 11, murid Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Jawa 2, mengalami pendarahan teruk selain retak tempurung kepala.
Bapa Allahyarham, Abdul Rahman Sarbaini, 41, berkata, dia mendapat tahu insiden malang itu setelah dimaklumkan rakan-rakan anaknya yang bergegas ke rumahnya di Kuarters Guru Kampung Jawa.
Dia yang terus ke padang sekolah berkenaan melihat anaknya terbaring dan tidak bergerak, dengan kesan darah di kepala.
"Saya segera mengangkat Mohd. Fakrul Amin dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Doktor kemudian memaklumkan anak saya telah meninggal dunia, pukul 7 petang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambah Abdul Rahman yang bekerja sebagai operator kilang di Seksyen 16, Shah Alam, jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Jati, di sini selepas solat Zohor hari ini.
Abdul Rahman berkata, Allahyarham yang merupakan anak keempat daripada lapan beradik itu merupakan seorang yang aktif dan meminati sukan bola sepak.
"Anak saya selalu bermain bola sepak pada waktu petang di padang sekolah berkenaan dan amat meminati pasukan bola sepak Inggeris, Liverpool," ujarnya.
Abdul Rahman sedih kerana Allahyarham tidak sempat membeli kasut bola setelah mengumpul duit raya sebanyak RM120 baru-baru ini.
Pengarah Pelajaran negeri, Abdullah Mat Derus ketika dihubungi hari ini memberi jaminan akan mengadakan siasatan apabila mendapat laporan lengkap mengenai perkara itu.

Sunday, September 11, 2011

Hantu Bonceng

Apa celup kau tengok cite nih beb? Hahhahaha..
Ala bucuk...baby....boboi...gegirl....
Sebenarnya aku Baru je tengok cite nih tadi...gelak sakan...boleh la nak hiburkan diri yg sdg hypertension ni...kurang2...osmet aku pon terhibur gak..hilang jup perasaan bersedih dia dari masalah yang sdg melandanya skgni..apa2 pon thumsb up kpd team Hantu Bomceng sbb membuat kami terhibur....kui3x...Zizan hero jalan tar.
Selamat menonton ya kawan2...

Wednesday, September 7, 2011

Nak Berenang

YESSSSSSSS!!! seronoknya dah dapat kembali baju renangku...rindunya nk berenang2 dalam swiming pool...lama dh tinggal...entah ade ke tidak lagi skill mengapung diri dalam air nih? Tapi....masalah sekarangni, kt mana nk berenang ek? kt mn kolam renang terdekat area Klang?? adusssss :(

Monday, September 5, 2011

Selamat Hari Raya 2011

salam..
rasanya masih belum terlambat lg utk sy ucapkan "selamat hari Raya Aidilfitri" kepada semua umat islam di seluruh dunia.

dengan ingatan tulus ikhlas, selamat hari raya aidilfitri, Maaf zahir batin.. dari cik makhluk bumi dan keluarga =)
Semoga aidilfitri tahun ini beroleh keberkatan.