Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Thursday, June 30, 2011

Transformers 3 = Dark On The Moon ~~ tungguuuu

lambatnya rabu depan...dah janji ngn osmet nak tgk cite nih..minggu lepas time g tgk KL Ganngster kemain lg nk marathon tgk Transformers..kira punya kira...tak dapatlah nk tgk, sebabnya minggu ni teramatlah bz dgn aktiviti kat skolah..so..rugi lah klu nak marathon kan..kan..hehehe

Kurang Sihat Lagi

G camping. tido 1 satu khemah diapit dengan 2 orang yang selsema..balik dr camping terasa dah jangkitan virusnya, tp berjaya dicegah terus dengan makan ubat..pastu minggu ni plak, kawan sekerja sebelah meja plak yang selsema...aku pun dijangkiti lagi sekali virus itu..adehh..baru jer badan ni nak sihat, dah berjangkit balik..aduyaiii...

Wednesday, June 29, 2011

Ruginya Rasa

Hari ni, 29 Jun bersamaan 27 Rejab. Hari ni juga merupakan Hari Israk Mikraj. Owhhh..ruginya terasa bila aku terlepas peluang untuk berpuasa sunat pada hari ini. Sangat rugi!  Kenapa sekarang ni aku semakin kurang ALERT dengan tarikh2 penting seperti ni? Ya Allah...ampunilah daku.. aku ingin kembali seperti tahun sebelum ini. Rindu saat seperti dulu. InsyaAllah, esok khamis aku nak berpuasa. Besar pahalanya berpuasa pada bulan Rejab ni.

Tuesday, June 28, 2011

Bertunang 3 Julai 2011

wahh..dapat panggilan telefon dari kawan baik aku tadi..nak habaq pasai majlis pertunangan dia 3 Julai nanti, iaitu Ahad depan laa kan....Sangat ralat sebab tak dapat p majlis dia sebab padat sangat jadual aku kat sekolah..Jumaat Hari Terbuka penyerahan buku laporan pelajar, Sabtu ada Larian 1 Malaysia, Ahad ada Hari Keusahawanan plak, siap kena buka gerai lagi..Bz mmg crazy... Tp dia habaq, ceq kena mai Perlis gak raya nanti time Majlis akad nikah dia. Semput aku dengar bila dia habaq majlis dia jatuh pada hari raya kedua nanti..Erkkk...camno Ceq nak P?? KLANG - KB - PERLIS??? Drive sorang mungkin tidak lah!



TAHNIAH! Mim..:) Selamat Bertunang, semoga majlis berjalan lancar dan di Rahmati ALLAH Minta MAAF banyak2 sebab tak dapat nak menghadirkan diri ini :(

Pesta Buku Negeri Selangor 2011 | 24 Jun - 3 Julai 2011

Kerajaan Negeri Selangor menagajurkan Pesta Buku Negeri Selangor 2011 kali ke-6 yang berlangsung dari 24 Jun hingga 3 Julai 2011, bertempat di Shah Alam Convetion Centre.

"Berhenti Sebentar, Jom Baca!"


Banyak buku menanti anda semua!


Kursus Kepimpinan Manik Kayu 3 (1) | Gajet Kami

Biasanya pembinaan gajet semasa perkhemahan, menggunakan buluh dan batang kayu. Kayu atau buluh ini dicantum dan diikat dengan menggunakan tali. Ikatan yang biasa digunakan adalah seperti ikatan Seraya, Ikatan Seraya Jepun, Ikatan Manuk, dan lain-lain lagi. Kekukuhan gajet bergantung kepada kekuatan dan kekemasan ikatan.

Rak Kasut
rak barang dan rak dapur

Monday, June 27, 2011

Meriahnya perkahwinan di JPN

 

Suasana di tingkat satu JPN, Putrajaya yang dikhaskan untuk pendaftaran dan perkahwinan bukan Muslim.
> SEJAK 1 Mac 1982, setiap pasangan bukan Muslim yang ingin berkahwin perlu berkahwin di mana-mana cawangan JPN atau di kuil, gereja atau tokong yang berdaftar dengan JPN.
> Pasangan yang ingin berkahwin bebas memilih tarikh perkahwinan, mengikut kekosongan tarikh dan kuota yang ditetapkan JPN.
> Upacara perkahwinan berlangsung selama 20 minit.
> Bagi tarikh tertentu seperti Hari Kekasih dan perayaan Chap Goh Mei, JPN akan melangsungkan lebih banyak perkahwinan daripada hari biasa.
> Ramai pasangan India memilih berkahwin pada hari Selasa.
> Pasangan dibenarkan membawa ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat ketika upacara perkahwinan.
> Pasangan yang ingin berkahwin perlu berpakaian sopan ketika upacara perkahwinan.
> Namun, ramai pasangan yang ingin berkahwin datang dengan pakaian lengkap pengantin/pakaian tradisi masing-masing.
Sanak-saudara dan rakan-rakan kepada pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan turut hadir bersama hadiah dan jambangan bunga.
> Walaupun pasangan telah/akan melangsungkan majlis pernikahan di luar JPN mengikut adat, mereka wajib mengesahkan perkahwinan di JPN bagi mendapatkan sijil perkahwinan yang sah.
> Walaupun upacara berlangsung di jabatan kerajaan, kemeriahan tetap dirasai dengan adanya beberapa pelamin dan hiasan perkahwinan pelbagai konsep.

Meriahnya perkahwinan di JPN

WoooW! 152,700 pasangan bukan Islam daftar kahwin setahun

Terbaca dalam mstar on9 tadi, mengenai 52,700 pasangan bukan Islam daftar kahwin setahun. Hoho, bilangan yang sangat besar juga. Ni petikannya.....
 

Bahagian Perkahwinan dan Perceraian di Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya.
 
BERPAKAIAN pengantin berwarna ceria dilengkapi aksesori serta jambangan bunga sebagai penyeri pastinya mencuri perhatian bagi sesiapa yang memandang.

Terdapat pasangan yang mengenakan gaun dan kot malah antara lain menjadikan busana tradisional sebagai pilihan mengikut adat dan budaya masing-masing.

Jika dilihat dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki, semua pasangan itu jelas seperti mahu melangsungkan perkahwinan.Peliknya, mereka seperti pengunjung lain yang hanya berpakaian biasa sedang menunggu giliran untuk membuat urusan di kaunter.

Suasana bertambah meriah apabila terdapat pasangan yang ditemani oleh ahli keluarga dan kenalan di mana sebahagiannya juga berpakaian mengikut tema.

Keterujaan mereka jelas kelihatan apabila ada yang sanggup hadir seawal pukul 8 pagi demi menanti debaran untuk bergelar pasangan Raja Sehari.

Keadaan tersebut pastinya menimbulkan persoalan dan kehairanan di kalangan pengunjung mengenai kehadiran pasangan-pasangan di situ.

Mungkin ramai tidak tahu namun begitulah suasana yang lazimnya dapat disaksikan di Bahagian Perkahwinan dan Perceraian di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terutama di ibu pejabat dan cawangan ibu negeri seluruh negara.

JPN bukan sahaja sebagai sebuah jabatan yang merekodkan pengenalan diri, kelahiran, kematian, anak angkat dan warganegara bahkan berperanan mendaftarkan perkahwinan bukan Islam di negara ini.
Jabatan ini juga menjadi saksi kepada pasangan bukan Islam untuk berkahwin kerana kemudahan bagi upacara pendaftaran perkahwinan turut disediakan sebagai pilihan.
Alwi Ibrahim
 
Upacara itu dilakukan oleh pendaftar yang dilantik oleh JPN namun sebahagian besar mereka turut memilih gereja atau kuil sebagai lokasi untuk hari bersejarah yang didaftarkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP).

Ketua Pengarah JPN, Datuk Alwi Ibrahim (kini Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KDN) berkata, sebanyak 52,725 pasangan bukan Islam mendaftar perkahwinan di negara ini sepanjang tahun 2010 dan bagi tempoh Januari sehingga Mei tahun ini mencatatkan 16,261 pasangan bukan Islam.

“Secara purata, jumlah pendaftaran perkahwinan bukan Islam sehari di negara ini pada 2010 adalah 140 pasangan dan pernah mencecah sehingga 3,328 pendaftaran pada 10 Oktober 2010.
“Jumlah mendadak naik berikutan ia merupakan tarikh unik,” katanya kepada Mingguan mStar, baru-baru ini.
Bagi tarikh 9 September 2009 , sebanyak 4,608 perkahwinan telah didaftarkan.

Timbul kekeliruan

Alwi berkata, sehingga kini sebanyak 111 cawangan JPN di seluruh negara bagi pendaftaran perkahwinan. Selain itu, terdapat 912 gereja, kuil atau persatuan membabitkan seramai 1,389 PPP berdaftar atau aktif di seluruh negara.

Jelasnya, pendaftaran perkahwinan bukan Islam di bawah peruntukan undang-undang iaitu Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.

“Pasangan yang tidak mendaftar menyebabkan status perkahwinan tidak sah dan dianggap sebagai bersekedudukan manakala status anak mereka pula tidak sah taraf yang memberi kesulitan dalam pelbagai urusan kelak,” katanya.

Walaupun pendaftaran perkahwinan dilakukan di JPN namun penceraian dan pembatalan perkahwinan perlu disahkan di mahkamah.

Menurut Alwi, JPN hanya merekodkan pengesahan perceraian atau pembatalan perkahwinan, masing-masing sebanyak 187 dan 23 permohonan sepanjang 2010.

Dalam pada itu, katanya, segelintir pasangan tidak mengetahui bahawa mereka seharusnya perlu mengikut prosedur yang ditetapkan bagi mendaftarkan perkahwinan.

“Ada yang beranggapan boleh terus mendaftar perkahwinan pada hari yang sama membuat permohonan di kaunter JPN.

“Namun JPN menyediakan pengecualian ke atas pasangan yang mempunyai sebab-sebab munasabah yang membolehkan proses pendaftaran perkahwinan dipercepatkan.

“Sebab-sebab munasabah itu seperti pihak wanita sudah hamil dalam fasa akhir sebelum bersalin serta pasangan perlu ke luar negara atas urusan kerja,” kata Alwi.

Berhubung kekeliruan lain, kebiasaannya ia melibatkan lokasi pendaftaran perkahwinan serta perbezaan antara kahwin tanpa lesen dan kahwin berlesen.

Alwi berkata, kahwin tanpa lesen boleh dimohon bagi pasangan yang berusia genap 21 tahun dan boleh berkahwin dengan sukarela.

“Kahwin berlesen pula disebabkan oleh faktor tertentu seperti pemohon genap 18 tahun tetapi di bawah 21 tahun dan upacara perkahwinan di luar pejabat JPN,” katanya.

Sekadar pilihan

Upacara pendaftaran perkahwinan bukan Islam akan dilakukan selepas 21 hari tetapi tidak melebihi enam bulan daripada tarikh permohonan.

Perkahwinan yang dilangsungkan mengikut adat, agama, undang-undang atau kelaziman sebelum Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 iaitu pada 1 Mac 1982 disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Akta tersebut.

Pendaftaran perkahwinan bagi pasangan berkenaan tidak wajib namun digalakkan untuk didaftarkan secara sukarela untuk rekod dan dokumentasi.

Alwi berkata, pendaftaran perkahwinan merupakan satu peristiwa bersejarah maka JPN berperanan untuk mewujudkan persekitaran yang bersesuaian.

“Tiada diskriminasi terhadap mana-mana pasangan bukan Islam dari segi agama atau bangsa yang mahu mendaftarkan perkahwinan dan semuanya diproses secara adil.

“Namun berdasarkan maklum balas pasangan yang mendaftar di JPN, kemudahan upacara yang disediakan memudahkan kelangsungan perkahwinan campur selain ia memudahkan majlis dan menjimatkan kos,” katanya.

Setiap dewan atau bilik upacara pendaftaran perkahwinan boleh digunakan oleh semua pasangan tanpa mengkhususkan agama atau bangsa tertentu.

Beliau menambah, JPN juga memberi kebebasan kepada mereka untuk berpakaian mengikut adat, bangsa atau agama masing-masing seperti berpakaian tradisional.

“Kemudahan yang disediakan oleh JPN adalah sekadar pilihan kerana pemohon boleh melangsungkan upacara pendaftaran perkahwinan mengikut citarasa mereka sendiri.

“Apa yang penting adalah pendaftaran perkahwinan bukan Islam di negara ini mesti dilakukan oleh pendaftar yang dilantik dan melalui upacara secara teratur dan sistematik mengikut undang-undang,” kata Alwi.

Biarkan Gambar Berbicara | Kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat 3 (1)


Friday, June 24, 2011

KL Gangster !! Watak Adi Putra Memang Menjadi...memeeeey

Memeeeyyy....
itu part dialog yg Adi Putra guna dalam cite KL Gangster, selain dari bahasa pasar Lu, Gua. Lu, Gua.

Paling aku suka dialog Si Ajib, time dia warning Si Shark..tp aku igt2 lupa dah camne ayat dia...yang ingat potong 18, n penyesalan! haha..mantap! ayat seorang gangster.

KL GANGSTER...cit ni kuar 9 JUN lagi, tp aku baru tengok malam tadi, 24 JUN. Kira terlambat jugak lah..sib baek masih ditayangkan lagi kat TGV Bukit Tinggi. Harga tiket plak, RM11.00..phewww

Akhirnya...Merasa Juga GCB!

Sila jangan terliur ya!

Hamba dah pon makan GCB untuk tahun ini.

First time makan GCB berbayar. Tahun lepas dapat makan free jer.
Haha..ada gaya tak osmet hamba makan??

Thursday, June 23, 2011

Camping, GCB dan KL Gangster!!

hok aloh!....esok kena g camping pulak doh. 3 hari 2 malam..di Kem Taman Rimba Templer.. Perkhemahan Pengakap kali ni lebih advanture lagi nanti. Maknanya 3H2M lah aku tak dapat nak bertenggek meng'online'kan diri..huk3x

Jadi, malam ni aku bercadang nak g Jusco Bukit Tinggi, nak bersosial dengan housemate ku, Nadhila. Lama dah kami berdua tak keluar jalan2 dan lepak sama-sama. Maklumlah, masing-masing sibuk dengan tugasan.

Malam nannti kami nak pekena McDonalds Grill Chicken Burger (GCB)...nyum3x...


rindu nak makan.. tahun lepas, 1st time promo kat McD aku dapat makan hari-hari, tak jemu sikit habuk pom...hihihi...free lak tuh..kalau nak makan free hari-hari, jadilah krew McD. ;)



Lepas makan, kami plan nak layan KL Gangster @ TGV Bukit Tinggi. Waaahhh..tak sabar nak tengok Aaron Aziz beraksi sebagai Malek dalam citer nih...Dengar-dengar kutipan dah cecah RM10 juta lebih dah..cayalahhhhhh..

Harap-harap masih ada tayangan lagi untuk hari ni

Tuesday, June 21, 2011

Suka..Suka..Suka...Dapat Buah Tangan Dari Phuket dan Medan

Aha! Ahad lepas aku dapat 2 buah tangan...haha..Satu dari Phuket, Thailand..Satu lagi dari Medan, Indonesia . Khas untuk aku dari kazen aku kat Puchong. Terima kasih banyak2 Kak Ty.


T-shirt nie kazen aku beli kat Phuket tahun Lepas lagi...haha..tp aku baru dapat.

 Key chain ni plak, kazen aku beli time dia g jln2 kat Indonesia, minggu lepas sambil2 hantar maid dia yang dah tamat tempoh berkhidmat selama 5 tahun di sini.

SUKA..SUKA..bila dapat hadiah....hehe...ada sape2 nak bagi hadiah kat saya lagi tak??

Sunday, June 19, 2011

Berminat Nak Beli Baju Batik??

Batik memang cantik
Sape suka Kain Batik @ Baju Batik? Haha...aku pun suka gak...tapi suka tengok jerlah...nak beli tak mampu...hukhuk...sebabnya tak sesuai la aku nak pakai batik yang cantik camgini setakat nak pakai g ngajar kt skolah kan?..lainlah klu yang kerja ofis ker, mak datin ker, kan..kan..kan...Aku setakat nak cuci mata tgk org pakai boleh la...tp nak beli, jahit n pakai tu, idok lah kot...pakai yang RM20 sepsang padanlah....hehehe








Gambar2 ni aku snap time aku g teman best fren aku g soping Kain Batik kat Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu Kelantan. Kwn aku ni orang Perlis, 1st time dia dtg jalan2 dan shopping kt sini...Waahhh..3 pasang skali rembat..katanya nak wat baju raya nnt..waaaa..syioknyerrrr...fuhhh...berpeluh tgk harga...Tapi harganya berbeza, bergantung pada jenis kain, corak dan lapisan warnanya. Ada juga yang ada batu-batu berlian. Harga dalam lingkungan RM300 - RM500 bagi 5-8 lapis. RM200 - RM300 yang 2 lapis punya..

Berminat nak beli Batik? Boleh juga hubungi saya ;-).

Thursday, June 16, 2011

Sukan Time!!

Owh! Tidak!!... Minggu ni dan minggu depan adalah hari busy crazy bermula...hari nie dah pun berlangsung sukantara antara rumah sukan...sedihnya...sebab ramai pelajar tak datang, jd tak dapatla nak menyumbangkan mata untuk kehadiran bagi rumah pasukan masing-masing....terutamanya bagi rumah Kuningku...huk3...dah la untuk hari sukan betul-betul nanti aku kena g camping pengakap lagi sekali...frustnya tak dapat nak join acara larian 4X100m guru-guru 25 Jun nanti... Lagi frust sebab takde sepanjang berlangsungnya hari sukan tu nanti..mesti meriah!.hopefully la kan...

aksi seorang atlit..yeahhhh!! berjaya lepas. Dapat mata untuk rumah

Gerhana Bulan.. Allah Maha Besar



Gerhana bulan dijangka melanda Malaysia malam Khamis (16 Jun 2011). Gerhana bulan berlaku apabila bumi membayangi bulan. Warna bulan boleh bertukar kemerahan, tembaga-coklat atau oren, diwarnai oleh cahaya daripada matahari yang terbias apabila melalui atmosfera kita. -Foto THE STAR Oleh: ZULAZHAR

Thursday, June 9, 2011

Tolonglah LELAKI... jangan buat begini dengan anak-anak anda

LELAKI...boleh jadi seorang Ayah, datuk, abang, adik, pakcik, abang ipar, adik ipar, abang angkat, adik angkat.....banyaklah boleh jadi...

Musim cuti sekolah nie banyak betol undangan ke majlis perkahwinan. Jiran selang dua buah rumah aku nie pun tak ketinggalan juga utk buat majlis kenduri kawen anak dara dia...tadi tengah sembang dengan makcik aku. Dia cite la pasal anak dara jiran aku nih. baru jer grad USM, dapat sambung master, USM gak..skangni dah pon nak kawen. Al-kisahnya...perkahwinan dia nie berwalikan adik lelaki dia. Mujurlah ada adik lelaki yang waras dan boleh menjadi wali kepada si kakak. Si Ayah nya ke mana pula?? 

Ni yang nak story nih. Si Ayahnya dah lama menghilangkan diri, dah lebih berbelas tahun sudah dia tak balik rumah. Nafkah untuk anak-anak dan isteri entah ke mana. Kesian sungguh bila mengenangkan dengan sikap seorang ayah macam tu. Puas sudah dijejak si ayahnya, tidak diketemui jugak. Sudahnya, si ibu telah menfailkan fasakh di Mahkamah Syariah. Tetapi, Hakim pula memBATALKAN kes fasakh tu. Tak tahula pasal apa terbatal. Yang pasti, memang si Ayah tak dapat dikesan dan tentunya tak pernah muncul di mahkamah. Kiranya si ibu dah digantung tak bertali. 

Sekarang nie, boleh dikatakan anak-anaknya sudah berjaya, berkerjaya semuanya. Janganlah pula bila si Ayah tahu yang si anak-anak semuanya dah berjaya, baru si Ayah muncul depan mata dan baru mengaku anak pula. pastu mula nak minta macam-macam denagn si anak nanti.Ayah yang macam  ni memang tak patut. Dimana tanggungjawab anda sebagai seorang ayah?

Kepada LELAKI diluar sana, belajarlah untuk bertanggungjawab dengan amanah yang diberi. sesungguhnya amanah itu memang berat untuk ditunaikan bagi orang-orang yang tidak beramal.

Kenapa dengan kaki Black??

Black? Kenapa Black? Black Mentor??
*
*
Aku: Eh! Kenapa dengan kaki Black tu? Jalan terhencut-hencut? Patah ker?
Ariff: a'ah, kaki dia sakit, bengkak. Bergaduh itu hari. Nak sentuh dan tengok pon tak bagi. Mesti marah punya.
Aku: Ya ker...kesiannya. sape suh cari gaduh..kang tak pasal jalan pun dah mcm cacat.
Ariff: Memang kesian. Mana taknya, 2 lawan 1. Kalah ler kawan ni. dah la kecik, mana boleh nak lawan yang besar.
Aku: Balck..o..Black..Meh sini nak tengok kaki. Black sakit ya.. (sambil usap kaki Black). Harap2 cepat sembuh ya. Nanti leh jalan semula.

*
*
*

Haha..kini Black berada disisiku...Jangan tak percaya ek...
 *
 *
Black yang dimaksudkan ini ialah seekor kucing hitam. Baru di adopt. Masih lagi kecil..comel gitu..Berbulu tebal dan panjang...Bulu sume warna hitam, mata warna coklat kunig. Baru jer lepas tamat tempoh menyusu. makcik mintak dengan jiran. Cian dia, dah terpisah dari ibu dan adik-adiknya yang lain. Jadi, skang ni kat rumah ada dua ekor kucing. Sekor lagi Oyen namanya...hehehe


Peti Ais Dua Pintu

Alamak! tersasul sudah depan makcik aku mengenai akunak belikan peti ais baru kat rumah ni. Peti ais kat dapur rumah ni sudah buruk. Ada 2 buah peti ais 1 pintu. Cap Singer  dan National. Dua-dua yang kaler hijau tu. Makcik cakap yang peti ais Singer tu dah lebih dari 20 tahun usianya..Uihh..biar betol? memang kental lah peti tu. Berjasa. Kata makcik lagi, peti tu pakcik beli time duk Kuala Lipis lagi, tu pun dah beli kat tangan orang, maknanya yg second hand dah la.

Aku rasa memang patut tukar yang baru dah, sebabnya rasa tak berbaloi. Banyak jugak penggunaan elektrik kalau guna sampai dua buah peti ais kat rumah kan? hurrmm...dah alang-alang tersasul, gayanya hari nie aku kena g survey lah petinya. Beli teruslah. Ansuran pun ansuran lah, asal dapat gembirakan hati orang dalam rumah  nie. Tu je yang mampu setakat nie. Bajet?? aku nak cari peti ais yang lingkungan harga 1k je. Lebih dari tu memang tak mampu. Tak ngapelah berbelanja lebih skit bulan-bulan nanti.

Oh Ya! Kata orang, kalau guna peti ais yang dua pintu tu, letrik jimat skit. Kalau nak amik lauk, just buka bahagian sejuk beku jerlah, tak payah dah buka skali bahagian lain. Secara kasar penggunaan letrik dalam RM10 sebulan bagi sebuah peti ais dua pintu yang sederhana besar atau standard.

#: Lambatnya makcik balik dari rewang umah jiran, nak g pilih peti ais plak ni. :D

Wednesday, June 8, 2011

Ansuran atau Tunai

skangni aku kat kampung..kat rumah pakcik. dah lama aku tinggal dengan pakcik, iaitu dari tingkatan 2, kini aku dah pun bekerja...kira-kira 14 tahun sudah berlalu...

kali nie aku balik, rasa sedih dan sayu pulak hati..tengok-tengok dalam rumah, baru perasan yang tv kat rumah sudah tiada..tanya-tanya..sudah rosak rupanya. kemudian, pergi ke dapur, buka petia ais..tiba-tiba terpijak air atas lantai...eh..air apa nih? selidik punya selidik, air tu datang dari peti ais rupanya...maknanya peti ais tu sudah pon bocor..perlu ditadah airnya dari dalam...

Kini, aku dalam dilema..teringin nak gantikan salah satu, samada tv atau peti ais? dan satu lagi plak aku dalam dilema. Kalau nak beli sekarang, memang aku takde cash, tapi kalau bayar ansuran boleh la kot. Persoalannya: ok ke beli barang letrik secara ansuran? berbaloikah? ke menabung dulu?kalau menabung tahun depan baru cukup agaknya...cadangnya nak belikan samada TV LCD 32 inci atau peti ais 2 pintu??yang mana satu ek? brand apa yang bagus?

hurmmmmmmmmmmmmmmmmmm.....ade cadangan?

Tuesday, June 7, 2011

Hobi Baru Saya Nanti

Sekarang nie aku masih kat kampung, Pasir Pekan, Kelantan...InsyaAllah, sabtu nie balik Klang dgn Myvi putih misi Haza. semalam dan 2 hari lepas aku sibuk dengan menghadiri majlis kenduri kawen kazen aku. Tahniah! buat kazen aku Qistina dengan pasangannya Nik Kamil selamat diijab kabul sudah. Dan aku?? Bile la ek?

Oh! Balik Klang nanti, aku nak mulakan 1 hobi baru. Harap-harap la tercapai hasrat yang telah sekian lama terbuku dihati ini.Aku nak beli sebuah akuarium yang kiut miut, yang kecil sudah..dan aku nak beli beberapa ekor ikan.. ikan jenis apa tu tak pasti lagi. Ikan emas? Ikan Gapi? Ikan Lumba-lumba?????..Moga-moga tercapai la hasrat ku nanti, nak menternak ikan dalam sebuah akuarium yang kiut..ahaksss

Friday, June 3, 2011

Offline Messege Ex-Boyfriend

ehemm...apa korang rasa ek? Bila ex-boypren korang tetiba PM-YM korang, pastu tinggalkan mesej. Camgini bunyinye: " kalau awak nak kawan dengan saya lagi, ni no fon saya 014245****. saya kini berada di ibupejabat bomba Penang."..wahaha..apa kes???? tetiba pm aku nih? sengal agaknya. 
 
FYI,  kitorang clash sebab dia yang tak setia, main kayu 18, tahun 2009 dulu. Huh!...takde maknanya aku nak kawan balik dengan orang yang buat aku separuh mati 2 tahun lepas. Menangis bagai nak rak, result sedikit hancor, sampai kena g spital sebab tak lalu nak makan, asyik duk nanges jer. Nanges sebab terasa diri ini dikhianati dan ditipu hidup-hidup, bukan sebab dah clash. Apa lah salah,nya kalau dah tak nak dulu, bagitahu dengan cara yang bai. Bukannya aku ni jenis yang tak rasional. Ini tak,  sampai dah kantoi! terang lagi bersuluh tapi masih tak nak ngaku yang diri tuh tak setia. Adoiii, camni ker jantan yang nak jadi pemimpin keluarga. Tak macam Seth Tan Langsung...kui3x. Sib baik diatak jadi suami aku.

#: Nape ek, Id-ym dia aku dah delete siap SPAM lagi, tapi nape mesej dia boleh masuk lagi? Pelik tol.Aku dapat mesej tu dalam kul 5 lebih ptg td.

Penangan Nora Elena

Wahaha....sangat dasyat rupanya gelombang Nora Elena...sampaikan aku meng'google' kat youtube semata-mata nak dengar ost DAN BILA ESOK dari SOFAZR.



Jom layannnn.....