Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Tuesday, December 28, 2010

Wahaha..Ku Jatuh Cinta Dengan CNBLUE


CNBLUE? Apa tu? Siapa tu??
hehe...klu korang peminat artis Korea mesti kenal punya..sebabnya diorang tengah popular sekarang ni kat Korea dan Jepun.

CNBLUE ni band indie rock dari Korea Selatan. diroang nie mula popular kat Jepun terlebih dahulu sebelum popular kat negara diorang sendiri, Korea. Diorang mula debuted pada bulan Ogos 2009 lagi.

Jung Yong Hwa (Leader, Main Vocalist, Rapper, Guitarist)
Lee Jong Hyun (Lead Vocalist, Guitarist)
Kang Min Hyuk (Backing Vocalist, Drummer)
Lee Jung Shin (Backing Vocalist, Rapper, Bassist)

Skang nie diorang tengah famous dengan single  I'm a Loner, Love Light, Love...best jugak dengar nyayian diorang nie...sebutan English diorang pon boleh tahan..xde la pelat..hehe..


Skangni juga si vokalis utama tengah top dalam rancangan realiti tv "We Got Married' dengan salah seorang penyanyi group SNSD...wahaa..klakar jer tgk rancangan tu...so sweet..

^_^: aku lebih suka suara si lee jong Hyun lg...hek3...awesome!

Monday, December 27, 2010

Tauladan Binatang

Nota: Kisah yang di fwd kepada saya ~ KongsiBaru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang saudara. Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di kuala Pilah, nun di depan sana ,saya lihat ada sekumpulan monyet mundar-mandir di sisi jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas.

Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hamper, saya terkejut kerana ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan memperlahankan kereta.

Kereta semakin hamper dan dada ini berdebar apabila melihat monyet itu terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya terketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging.

Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu berwarna kelabu. Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu?

Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya!

Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya, nyawanya melayang sebelum sempat melihat wajah ibu.

Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya nampak kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi, tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hamper saja dilanggar kenderaan yang lalu-lalang.

Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor monyet.

Ia hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan manusiawi.

Tapi tidak kepada saya. Pulang bercuti, saya terus catatkan surat ini, kerana peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan saya kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an.

Ketika itu usia saya masih di awal 20-an. Hari itu, saya diajak oleh seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Saya bukanlah minat memburu, tapi daripada bosan terperap di rumah, saya terima ajakan bapa saudara saya tadi.

Masih saya ingat, beberapa jam berburu, matahari pun sudah meninggi, tapi tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan kami. Pelanduk, napuh, rusa, ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu, seolah-olah bersembunyai jauh dari kami. Hutan itu sepi.

Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa. Hari kian beranjak petang, pak cik menepuk-nepuk senapang Relanya. Kata pak cik, "Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa.Mungkin esok ada habuan."

Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kami terdengar suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan kami. Saya mengamati suara itu, ternyata ia dating dari sekawan monyet yang sedang memakan buah-buah hutan.

Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan itu. Di bibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benar maksudnya.

Adakah pak cik hendak menembak monyet-monyet itu?

"Haa. Pak cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya, nanti boleh bela," begitu jawapan pak cik.

Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak cik supaya membatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengendurkan niatnya.

Tidak akan saya lupa kata-kata pak cik petang itu, "daripada balik tangan kosong? " lalu dia mengacukan senapangnya ke arah kawasan monyet tadi, dan...

DAMMM!!!

Demi berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet-monyet tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyai ranting patah serta jerit pekik haiwan berkenaan.

BUUUPP! Ada suatu benda yang jatuh ke tanah.

Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan kami. Saya dan pak cik terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat. Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan, tercampak tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit.

Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah. Ia cuba bangun dengan besusah payah sambil tangannya mencapai akar-akar pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang masih berdarah. Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambil berguling-guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan jatuh, bangun mendapatkan ibunya.

Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan. Masih terbayang jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh dan menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali.

Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya. Saya dan pak cik terdiam melihat si anak mengisap susu manakala ibunya mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit.

Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu bahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya. Saya tidak mampu menyelami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memeluk anaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibu akan pergi.

Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuap mulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan.

Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami. Tangannya memeluk erat si anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama anaknya.

Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang kami dengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia.

Dosa apakah yang aku lakukan hungga aku ditembak?

Salahkah aku bebas ke sana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini?

Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya. Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami lihat si ibu mencium anaknya untuk ke sekian kalinya. Perlahan-lahan tubuhnya terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang pak cik tadi tidak dapat ditanggung lagi.

Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, si anak tadi menyusu semula.

Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pak cik, dia beberapa kali menggetap bibir cuba menahan air matanya daripada tumpah ke pipi.

Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang-goncang tubuh ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga. Saya betul-betul kesal dengan apa yang berlaku.

Susana sunyai kembali. Si anak monyet itu kami rangkul dan bawa pulang, Biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya yang telah mati.

Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pak cik. Pada ketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya kami kerana membunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang hodoh, tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak, rasa saying kepada ibu. Tapi kita manusia??

Mana hilangnya akal waras kami?

Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya. Pak cik memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik menjerit-jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam, keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati.

Kini saya sudah bekerja dan berumah tangga. Peristiwa tadi sudah saya ceritakan kepada anak dan isteri saya agar mereka mengerti bahawa haiwan juga punya perasaan. Yang kejam adalah manusia, walaupun kitalah satu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan akal fikiran.

Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan sucinya kasih sayang ibu.

Soalan: Pernahkah anda menghadapi sendiri pengalaman kisah seperti ini?

Love Revolution ~ CNBLUE

Sunday, December 26, 2010

Selamat Tinggal Facebook

"off to Penang today..Zinie Zack, Rozimah..jom jumpe, rindu la" 

Status terakhir yang aku tulis kat wall facebook aku pada 15 Disember 2010.  Dalam status inilah aku mendapat 3 komen yang tak dijangka dari seorang sepupu lelaki aku kat kampung..fuhh..bagai nak luruh jantung aku...bagai nak tercabut muka aku..mulut tidak terkata..air mata sahaja yang berjurai turun...sepupu aku telah berjaya mengaibkan aku dengan hanya menaip keyboardnya dan post komen kt status wall aku itu...sungguh dan sungguh tak sangka..hanya Allah sahaja yang tahu.. Ya Allah, aku tidak pernah sekali pun bermusuh dengan dia. Kenapa baru sekarang dia nak muncul dalam hidup aku? kenapa sekarang baru nak ambil tahu pasal aku? Kenapa baru sekarang nak jaga tepi kain keluarga aku?Kenapa? Hebat sangatkah dia rasa sekarang?

disebabkan tiada talian internet kat Penang, hampir seminggu baru aku mendapat tahu pasal komen ini melalui kazen aku sorang lagi. Jam 2pagi itu juga Aku membuat panggilan telefon kepada seorang rakan baik aku kat USM, minta tolong dia deletekan status dan komen2 itu, serta removekan dia dalam friend list aku...kawan aku sendiri sangat terkejut membaca komen2 dari dia dan keesokan paginya, aku minta kawan aku kat Jempol tolong deactivated kan akaun aku..dan aku  tidak lagi ber facebook hingga hari ini. Kini aku sudah berada di Selangor kembali.

Aku hanya ingin ber blogging jer sekarang ini. Selamat tinggal dunia facebook. Dalam facebook aku diaibkan oleh saudara aku sendiri, bukan sahaja saudara talian darah, malah saudara sesama islam. Ampunilah aku Ya Allah.

Pelihara Aib Orang Lain

Pelihara aib orang lain



SEJENAK merenung di dada akhbar mahupun coretan di laman sesawang, membuatkan saya beristighfar panjang bila menyelusuri bahan berita, coretan mahupun komentar dari pihak yang rata-ratanya agak kritis dan kadangkala memualkan.

Setiap bahan berita, coretan dan komentar lebih banyak menyentuh hal-hal bersangkutan diri seseorang yang bukan sahaja boleh menjatuhkan maruahnya, malah lebih dari itu sehingga menghinakan diri dan keluarganya.

Adakalanya komentar dan catatan yang dipaparkan sarat dengan fitnah, umpatan dan cacian daripada sesuatu pernyataan yang membina. Saya menyedari hakikat umat Melayu ini yang pandai berbahasa dan berkias, namun sejak mutakhir ini gaya bahasanya sudah tidak berlapik dan beralas lantas menerjah maruah diri seseorang sehingga menusuk ke tulang putihnya.

Malah, bukan sekadar menerusi penulisan, pelbagai medium digunakan termasuklah menggunakan kehebatan berkata-kata, berpidato dan berjenaka bagi menyampaikan hasrat menjatuhkan maruah dan membuka keaiban orang lain. Apakah kita sudah lupa pesanan agung Rasullullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Al Imam Ahmad dari Anas Ibnu Malik r.a, bahawa Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud “Tidak akan lurus keimanan seorang hamba sehingga lurus pula hatinya, dan tidak lurus hatinya, hingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan memasuki syurga, selagi tetangganya belum aman dari kejahatannya.”

Anggota lidah seperti mana yang telah disebutkan oleh Imam Al-Ghazali adalah antara sebesar nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan lidah kita berzikir, tilawah Al-Quran dan berkata-kata dengan perkataan yang baik. Menerusi lidah juga dakwah Islam disebar siarkan di serata alam, dengannya juga terlaksana proses saling ingat-mengingati antara satu sama lain supaya hati sentiasa dekat dengan Allah dan Rasul-Nya.

Namun sebesar nikmat itu, maka besar juga tanggungjawab untuk menjaganya. Dengan lidah jugalah manusia boleh terjerumus ke dalam kehancuran, malah boleh mengundang ke lembah neraka Allah SWT. Hal ini mengingatkan saya bahawa Al Marhum Said Hawwa pernah menyatakan besarnya bahaya lidah hingga tiada siapa yang mampu selamat darinya kecuali dengan diam. Bertepatan dengan apa yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al Imam Al Bukhari dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “Barang siapa beriman dengan Allah dan hari qiamat, maka berkatalah yang baik atau pun berdiam saja.”
Teringat saya bagaimana sejarah menaqalkan bahawa Saidina Abu Bakar r.a pernah satu ketika meletakkan batu kerikil di mulutnya, semata-mata mencegah dirinya dari berbicara.

Lalu ditanya mengapa beliau berkelakuan begitu, ia menunjukkan kepada lidahnya seraya berkata, “Inilah yang menjerumuskan aku ke dalam kehancuran.” Al Imam Al Bukhari meriwayatkan dari Sahl bin Sa‘ad bahwa Baginda SAW bersabda yang bermaksud, “Siapa yang menjamin untukku apa yang ada di antara janggutnya dan dua pahanya maka aku menjamin untuknya syurga.” Dalam hal ini juga, apakah umat Melayu sudah lupa pepatah yang berbunyi “Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.”
Bahaya fitnah

Al-Quran yang diturunkan Allah SWT sebagai manual yang memandu hidup manusia telah mencatatkan bahawa di dalam surah Al-Hujurat ayat 12, Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu mengumpat setengah yang yang lain. Adakah seorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati, tentulah kamu sekalian benci memakannya.” Imam Al-Qurtubi ketika membahaskan ayat di atas menukilkan sebuah hadis tentang erti ghibah (mengumpat) seperti yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud “Mengumpat itu adalah anda menyebut perihal saudaramu dengan suatu yang di bencinya.”

Ibnu Abi Dunya meriwayatkan dari Al-Barra beliau berkata bahawa Rasulullah SAW berkhutbah kepada kami hingga terdengar oleh kaum wanita di rumah-rumah mereka. Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman dengan lidahnya tetapi tidak beriman dengan hatinya, janganlah kalian mengumpat orang-orang muslim dan mencari keaibannya. Sesungguhnya orang yang mencari-cari keaiban saudaranya, maka Allah akan mencari-cari keaibannya. Dan siapa yang keaibannya di cari-cari Allah, maka pasti Allah akan membongkarnya di tengah rumahnya.”

Biarpun sekian banyaknya peringatan al-Quran dan hadis tentang telatah buruk ini, namun umat ini seakan-akan tidak pernah mendengar dan mengambil tahu. Bayangkan apa akan terjadi sekiranya masyarakat kita dipenuhi dengan tingkahlaku yang “jelek” ini, dipenuhi saban hari dengan sikap fitnah memfitnah dan mencerca sesama kita. Hanya ilmu dan penghayatannya sahaja mampu mengekang penularan sikap keji ini sepert imana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abu Umamah dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Akan muncul berbagai fitnah, di pagi hari seseorang dalam keadaan mukmin lalu kafir di petang harinya, kecuali orang yang dihidupkan Allah dengan ilmu.”

Tentang keburukan orang lain.

Seringkali kita mendengar pihak-pihak beralasan dengan menyatakan “Saya tidak mengumpat atau memfitnahnya, saya berkata yang benar! Saya punya bukti itu dan ini!. Pernyataan yang seolah-olah ingin menghalalkan perbuatan mereka. Al Marhum Sa‘id Hawa menyebutkan bahawa Al-Hassan berkata yang bermaksud, “Mengatakan tentang hal orang lain itu terbahagi kepada tiga : (1) ghibah : iaitu kamu menyatakan apa yang ada pada dirinya; (2) buhtan :iaitu kamu menyatakan apa yang tiada pada dirinya; (3) ifkun : iaitu kamu menyatakan apa yang kamu dengar tentang dirinya.”

Biar dalam situasi apapun, menyembunyikan kelemahan dan keaiban seseorang adalah lebih utama dari menzahirkannya. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah taala akan menutup keaibaannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah taala sentiasa menolong seseorang hamba, selama dia menolong hambanya.”

Walau bagaimanapun, Imam Al Ghazali menyebut bahawa menyatakan keburukan seseorang dibenarkan di dalam beberapa keadaan yang diperlukan sahaja dengan syarat yang tertentu. Antaranya seperti aduan seorang yang dizalimi oleh seorang yang lain kepada seorang hakim, meminta suatu hukum dalam satu perbuatan atau perkara, berniat untuk memberi peringatan kepada masyarakat atas seseorang yang terang-terangan dan bermegah-megah dengan melakukan maksiat dan beberapa perkara lain.

Politik, umpat dan fitnah

Akhir-akhir ini, politik, umpat dan fitnah seolah-olah suatu perkataan yang tidak mungkin dipisahkan. Baik pihak manapun, ia seolah-olah dibolehkan dengan beralaskan hujah-hujah yang tertentu. Segala keburukan pihak lawan didedahkan untuk pengetahuan umum. Lebih mendukacitakan, saya melihat medium penting bagi membincangkan isu dan kebajikan rakyat seperti sidang Dewan Rakyat dan sidang DUN hari ini sudah menjadi medan umpatan, tuduh-menuduh dan fitnah memfitnah berkait dengan isu-isu peribadi. Apakah kita tidak menyedari betapa terlalu banyak masa dan ruang telah kita habiskan bagi memenuhi selera buruk ini, sedangkan di hadapan kita terlalu banyak isu dan perkara yang perlu dilangsaikan. Apabila ini terjadi, fokus utama ke arah mengutamakan kepentingan rakyat terpaksa dikesampingkan bagi memberi ruang menjawab tohmahan dan fitnah yang dilemparkan.

Ledakan ICT

Ledakan sumber maklumat pada abad ke-21 ini menyaksikan era baru dunia maklumat. Menerusi e-mel, SMS, blog, facebook, twitter dan sekarang era wikileaks, maklumat disampaikan dengan begitu mudah dan pantas. Kebebasan bersuara dalam menyampaikan kritikan, penyebaran maklumat kontroversi mahupun khabar-khabar angin menjadikan dunia maklumat ICT berjaya menarik jutaan penggemar. Menurut sumber internetworldstats.com menyatakan bahawa pengguna Internet hari ini sudah mencapai 1.9 billion dan Asia sahaja mencapai 110 juta pengguna.

Manakala pengguna facebook di Asia sudah mencapai 93.5 juta. Namun apa yang merisaukan saya hari ini, kecanggihan memindah maklumat hari ini telah dicemari dengan medan menabur fitnah dan umpatan. Adakah ini termasuk dalam apa yang kita bincangkan di atas. Imam Al-Ghazali menyatakan mengumpat itu sebenarnya bukanlah semata-mata dengan lidah, namun merangkumi isyarat-isyarat dan tulisan. Tidak keberatan saya katakan bahawa penggunaan medium ini bukan lagi semata-mata menyebarkan berita mahupun maklumat yang bermanfaat, tetapi terselit agenda-agenda tersembunyi yang didokongi oleh mereka yang punya niat untuk membobrokkan orang lain.

Jika amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Allah SWT akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah SWT campakkan ia ke dalam neraka.”

Maruah manusia terlalu berharga hingga menyebabkan setiap manusia perlu memeliharanya. Kemakmuran beragama, bermasyarakat dan bernegara sukar dikecapi melainkan setiap warga menghormati antara satu sama lain.

Sumber: UTUSAN ONLINE

Sunday, December 19, 2010

NOBODY ~ Wonder Girls


You know I still love you baby
And it will never change

Chorus
I want nobody, nobody but you
I want nobody, nobody but you
I don't want anyone else
I can't have anyone but you
I want nobody nobody, nobody nobody

Why are you trying to push me away? I hate it
You ignore what I am saying
Why are you trying to send me to other guys?
Why are you doing this?

Saying that this is for my own good
Saying that you are just not enough
Stop it right now, you know me well enough
Why are you forcing what you know I don't want?

Chorus
I'm satisfied, I'm happy
If I have you I don't want for anything else
Who do you want me to meet and be happy with?
I can't be happy away from your side

Saying that this is for my own good
Saying that you are just not enough
Why can't you understand that it makes no sense?
How can I be happy without you?

Chorus
I don't want nobody, body body
I don't want nobody, body body
Really, if it is not you
I hate it!

Chorus
Back to the days
When we were so young
And wild and free
Everything was just like a dream
I want to go back to those times
Why do you keep on pushing me away?
Why do you push me away?
I don't want nobody, nobody
Nobody nobody but you

Friday, December 17, 2010

Adakah Cinta Memerlukan Sebab??

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang  
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan 
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa  
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada 
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.  Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.  Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.


Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. 

Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,  selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia 
boleh dirasai dalam hati."

P/s: TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Thursday, December 16, 2010

RENUNGAN : Mensyukuri Rezeki Menambahkan Berkat

Mensyukuri Rezeki Menambahkan Berkat
Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang.”

Riwayat Bukhari dan Muslim

Huraian:

i) Setiap Muslim hendaklah mempunyai sifat qanaah iaitu redha dan menerima apa yang ada tanpa banyak menuntut perkara yang bukan keperluannya.

ii) Lawan bagi sifat qanaah ialah tamak yang menjadikan seseorang itu sentiasa cemburu dan dengki dengan rezeki yang diperolehi oleh orang lain.

iii) Kekayaan yang sejati adalah kekayaan iman yang tercermin dari kesederhanaan hidupnya dan kesederhanaan itu tercermin dari sifatnya yang qanaah.

iv) Salah satu cara untuk menanamkan sifat qanaah kepada diri dan keluarga ialah dengan sentiasa mengucapkan "alhamdulillah" di atas setiap perbuatan atau perkara baik yang diterima.

v) Rezeki adalah ketentuan Allah S.W.T. Untuk menambah keberkatannya hendaklah membiasakan diri dengan sifat pemurah dan tidak bakhil untuk bersedekah kepada orang lain kerana hal ini akan memberikan ketenangan kepada diri malah akan lebih disayangi oleh masyarakat kerana sesungguhnya, harta yang kita miliki terdapat hak-hak orang lain di dalamnya yang wajib kita tunaikan.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Tuesday, December 14, 2010

Serangan Si Monyet!





Agak la kan...klu korang berada dalam situasi ini apa yg korang nk buat???
Klu saya la kan...sudah semestinya memecut keretaku dengan laju..tak kira dah apa nk jadi ngn si monyet-monyet itu...
al-maklumlah kena serang kan...tak kisah dah dengan baju-baju bertaburan..hihihi

Monday, December 13, 2010

The Chronicles of Narnia - The Voyage of the Dawn Treader...Fantastik!

Semalam p tengok wayang kt Alamanda. Terima kasih kt kazen aku yg blanja tiket wayang. aku tgk cite The Chronicles of Narnia - The Voyage of the Dawn Treader. Penuh panggung




Fantastik! Cite nie mmg best...mmg Narnia 3 ni aku tunggu2 lps Narnia 2. Tp Narnia 1 aku tengok melalui dvd jer..sbb time Narnia 1 tu, aku xtau pon lg kewujudan filem nie..huhu

The Chronicles of Narnia - Voyage of The Dawn Traeder mmg best! terhibur dgn aksi si Eustace sepupu kepada Lucy dan Edmund yg telah bertukar menjadi seekor naga kerana terkena sumpah. Si Eustace ni pada mulanya berlagak, dan angkuh tp setelah menempuh perjalanan bersama 2 org spupunya dan Price Caspian dalam menyelamatkan 7 pahlawan yg telah hilang dia berubah dan insaf menjadi baik. Comel je aksi naga n si tikus dlm nie.

Bile tgk cite nie samapi hbs...aku sedih..sbb mcm jln citenye dh berakhir, tiada lagi sambungan slps ini. Tp sebenarnya tidak...akan ade lagi kemunculan The Chronicles of Narnia selepas ini..ade lagi 4 movie...jumlahnya 7 movie..

The Chronicles of Narnia - The Lion, the Witch and the Wardrobe
The Chronicles of Narnia - Prince Caspian: The Return to Narnia
The Chronicles of Narnia - The Voyage of the Dawn Treader
The Chronicles of Narnia - The Silver Chair
The Chronicles of Narnia - The Horse and His Boy
The Chronicles of Narnia - The Magician's Nephew
The Chronicles of Narnia - The Last Battle

Tak sabar nk tgk kesinambunganya...Auuuuuuuuummmmm!! (Aslan mengaum)hehe

Drama Jepun vs Korea

Minggu nie baru shj hbs layan 1 siri drama korea dan 1 siri drama jepun..hehe

Drama korea aku tgk drama My Girlfriend is a Gumiho..Sape Gumiho? Gumiho nie ialah seekor musang yg mempunyai 9 ekor..terhibur la jgk ngn kisah cintan cintun romantis ni..tp bg aku..xleh lawan ngn drama jepon. Aku lebih suka tgk drama jepun...wpon drama jepun ni kureng romantis..tp aku suka sbb dlm drama2 jepun..byk diselitkan ngn moral2 kehidupan..semalam baru shj menghabiskan drama siri jepun...Samurai High School.. best cite nie...byk moral yg aku dpt...sesuai utk dijadikan teladan...klu buat salah, perlualah mengaku, jgn libatkan orang lain utk mengaku kesalah kita....

Hurmm..nk layan drama jepun apa lak ek pasni...time cuti ni la ade masa nk layan...dh start kje nnt mst xde masa dh.

Senyum La skit

Hai si kacak & si cantik!!
Silalah dengar lagu ini...pasti awk akan senyum :)

Tersenyum aku first time dgr lagu nie...
pakcik2 teksi pon puji lagu ni best sambil senyum
Klu nk wat outdoor aktiviti ke Gua senyum nnt jgn lupa utk senyum dan nyanyi lagu senyum :)

kan betul..senyum nie tak perlu kata apa-apa pun kan...:)

Jom kita pakat senyum semua..

Saturday, December 11, 2010

Fikiranku Terganggu Kini

ade sesuatu yg mengganggu fikiranku kini....aishh..syiuh..syuhhh..pergi jauh2...jgn fikirkan sgt...berdoa byk2...moga keadaan pulih... Ya Allah..ampunilah dosa hambaMu yg kerdil ini...

Owh..esok nk g menonton Narnia kt Alamanda ngn kazen bertiga...ouch...sepatutnya aku rasa excited utk tgk cite ni,, sbbnye cite nilah yg aku nnt2 kan sejak 2thn lps..tppppppppppppp...nape aku rasa sebaliknya?? rasa xsronok nk pergi esok..knape?knape?

Friday, December 10, 2010

Ajal Kawah Dodol



Al-Fatihah - Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.

sebenarnya aku terkejut membaca status seorang kawan aku kt FB pagi ni yg mnyatakan Jumaat lepas bapa saudara sebelah emaknya meninggal,pg semalam saudara sebelah ayahnya pulak meninggal dan malam tadi nenek saudara sebelah ayahnya lg meninggal dalam keadaan tragis..

Yang membuatkan aku tersentuh ialah..nenek saudara sebelah ayahnya itu meninggal disebabkan oleh terjatuh dalam kawah dodol.. Innalillah...ini semua adalah penyebab..sbenarnya ajalnya sudah tiba. Sudah tertulis qada' masing2. Tidak terlewat atal terawal walau sesaat pon kematian kita.

Berita dari Harian Metro
Maut bergumpal bersama dodol
Oleh Fazurawati Che Lah
DI SINI...mesin pengisar dodol terbabit.
DI SINI...mesin pengisar dodol terbabit.
POTONG...mesib pengisar yang mengorbankan mangsa selepas dipotong bomba.
POTONG...mesib pengisar yang mengorbankan mangsa selepas dipotong bomba.
TUMPAT: “Panas ni! Tolong la wei! Cepat, panas ni,” rintih seorang warga emas, Wan Zainab Wan Ali, 62, ketika ditemui bergelumang dalam mesin kawah pengacau dodol panas oleh anak saudaranya, Nik Roslan Nik Hussein, 41, di bangsalnya di Kampung Laut, di sini, petang semalam.
Kejadian jam 5 petang itu menyebabkan Nik Roslan yang mengumpulkan kayu api untuk diletakkan di bangsal itu tergamam sebelum melihat badan ibu saudaranya bergumpal bersama dodol di dalam kawah berkenaan.
Difahamkan, mangsa sudah dua hari tidak pergi ke bangsal itu bersama anak perempuannya, Zarika Mamat, 40, kerana kedua-dua mereka demam.

Bagaimanapun, Wan Zainab pergi berseorangan kira-kira jam 8 pagi semalam untuk mengacau dodol menggunakan mesin baru dibelinya Julai lalu, berikutan sambutan menggalakkan sempena musim cuti sekolah ini.

Hasrat pengusaha dodol terbabit untuk mencari pendapatan lebih, bagaimanapun tidak kesampaian apabila dia ditemui dalam keadaan menggelupur kepanasan di dalam kawah.

Harian Metro difahamkan, usaha mengeluarkan mangsa gagal dilakukan penduduk kampung kerana tubuhnya tersekat di dalam mesin berkenaan menyebabkan tugas menyelamat diserahkan kepada bomba.

Sebaik tiba, sekumpulan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat mengalihkan mesin itu sebelum mengeluarkan mangsa.

Mangsa yang mewarisi bakat mengacau dodol sejak turun-temurun dan mengusahakan perniagaan itu 50 tahun lalu, menghembuskan nafas terakhir ketika dibawa menaiki ambulans ke Hospital Tumpat dengan keadaannya berlumuran darah.

Nik Roslan berkata, dia terkejut mendengar jeritan seseorang ketika meletakkan timbunan kayu di bangsal dodol diusahakan ibu saudaranya kira-kira jam 5 petang semalam.

“Ketika itu saya kutip kayu api untuk disimpan ke dalam bangsal. Saya bergegas sebaik mendengar jeritan dan lihat mak cik sudah berpusing di dalam pengisar itu dengan keadaan tangan berputar.

“Saya segera mematikan suis mesin itu dan menjirusnya dengan air kerana keadaan terlalu panas dan mak cik meraung kesakitan,” katanya.

Nik Roslan meminta bantuan jiran untuk membantu mengeluarkan ibu saudaranya di dalam kawah dodol berkenaan.

“Saya panggil orang minta tolong, tapi mereka hanya mampu lihat sebab keadaannya mengerikan. Sebelah kakinya tersekat di batang mesin, manakala sebelah lagi terkeluar ke sebelah kiri kawah yang panas.

“Dua kali saya tengok mak cik berpusing dalam mesin. Orang kampung cuba bantu, tapi gagal menyebabkan mereka menjirusnya dengan air kerana dodol terlalu panas,” katanya.

Berikutan itu, katanya, beberapa jiran menghubungi bomba untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tidak sedarkan diri.

“Dia dibawa ke Hospital Tumpat sebelum disahkan meninggal dunia oleh ahli keluarga ketika dalam perjalanan,” katanya.

Suami mangsa, Mamat Mat Nor, 66, berkata kejadian disedari ketika dia hendak menunaikan solat Asar dan tergerak turun dari rumah untuk melihat kekecohan di bangsal itu.

“Ketika saya hendak solat Asar di rumah, saya dengar orang bising di bawah dan turun ke bangsal untuk melihat apa yang berlaku. Masa itu orang ramai tengah kerumun dan jirus air seperti nak sejukkan dodol.

“Saya tergamam apabila melihat yang dijirus adalah isteri saya menyebabkan saya tidak mampu berkata. Sayu kerana tidak pernah kejadian ini berlaku sepanjang kami mengusahakan dodol,” katanya.

Katanya, sejak dua bulan lalu, isterinya berperangai pelik kerana terlalu sedih ketika menziarahi kakaknya yang mahu menunaikan haji.

“Isteri nampak lain ketika kakaknya nak pergi Makkah. Dia sedih nak berpisah sebab takut mereka tak berjumpa lagi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi dan Penyelamat Balai Bomba Tumpat, Yaacob Abdullah, berkata pihaknya menghantar enam anggota bersama satu jentera selepas menerima panggilan, jam 5.30 petang semalam.

Katanya, sebaik tiba jam 5.39 petang, mangsa masih terbaring dalam kawah mesin dodol itu dan orang ramai berusaha mengeluarkan mangsa, tetapi tidak berjaya kerana dia terperosok di dalam mesin.

“Bomba mengambil masa enam minit untuk mengeluarkan mangsa kerana terpaksa memotong batang pengisar dodol. Kami juga terpaksa meminta bantuan orang ramai memegang kepala dan kaki mangsa ketika memotong batang besi berkenaan.

“Mangsa ketika itu separuh sedar. Badan dan kedua-dua kaki serta mukanya melecur, manakala tangan kanan remuk akibat dipulas pengisar,” katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati kemungkinan kain tudung mangsa terlilit ke dalam pengisar menyebabkan mangsa terhumban ke dalamnya.

Wednesday, December 8, 2010

Berikan Cintamu juga Sayangmu..Percaya padaku

hurm..ni lagu hits 2010 dari Unggu...PERCAYA PADAKU..dari album 1000 kisah satu hati...skali dengar trus jatuh chinta lak aku....duk ulang tyg dgr jer..hahaha...melodinye membuatkan  berdetak2  jantungku....ngeeee....so layannnnnn...zasss

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432

Alhamdulillah Ya Allah, Kau panjangkan lg usiaku harini utkku teruskan Hijrah ku di tahun baru ini,
Semoga Hijrahku kali ini memberi seribu makna dalam setiap saat dan perkara yang dilakukan dan bakal dilakukan...mudah-mudahan Kita semua dlm lindungan Rahmat Allah. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan diberi petunjuk dalam setiap urusan.

Hari ini genap setahun aku menghadiri majlis perkawinan seorang sahabat. Dan masih lagi aku igt, dlm majlis keraian sahabat itu aku jua berdoa mudah-mudahan selepas itu aku juga akan beroleh jodoh iaitu seorang suami sebagai pelengkap hidupku di dunia dan di akhirat...dan sehingga sekarang juga aku masih lagi tidak berputus asa utk berdoa. Allah masih ade perancangan yang terbaik utk aku di masa akan datang..

semoga dengan usia yg masih ada ini, kita dpt menambah lagi ilmu, amal, mengeratkan silaturahim, sedekah dan lebih dekat kepada Allah.

"Ya Allah, panjangkanlah umur kami, sihatkanlah badan kami, terangilah hati kami, tetapkanlah iman kami, perbaikkanlah amal kami, luaskanlah rezeki kami, dekatkanlah kami kepada kebaikan dan jauhkanlah kami dari kejahatan, tunaikanlah hajat kami, baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat. Sesungguhnya Engkau maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". Amin


At Matrade: Sempena majlis perkahwinan seorang sahabat 1Muharam 1431H
Tahniah! sahabatku itu yg telah mendapat seorang cahaya mata lelaki...semoga kalian sentiasa dimurahkan rezeki.

Monday, December 6, 2010

Rumah Sewa Kawasan Kampung Jawa, Klang

Perhatian!!..hehe
Saya sedang mencari rumah untuk disewa di kawasan Kampong Jawa, Klang. Ade sesiapa yg boleh bantu tak? Kot2 ade kenalan atau sedara mara yg tinggal di kawasan yg berdekatan yg tahu atau ternampak iklan2 rumah utk disewa. Sy perlukan rumah utk disewa dlm bulan ini juga..klu boleh sblm 28 Disember 2010...sgt2 diperlukan...
Sila hubungi saya, jika ada info. Terima Kasih!

Sunday, December 5, 2010

Layan karok depan you tube..Muaahh

pepagi lagi..dengan sore itik serati aku ni...ade hati gaj nk layan karok...
jumpe la ngn lagu Muahh - Suzanne Brautigam ..pendatang baru...layan jerlah ya





sungguh aku rindu
sungguh aku sayang
ha ha ha usah kau ragu-ragu

sungguh aku cinta
sungguh aku mahu
ha ha ha aku tidak malu-malu

sayang oh sayang
ku sayang kepadamu (muaahh)
aku cintakan dirimu

rindu oh rindu
ku rindu kepadamu (muaahh)
janganlah kau pergi dariku

papa tolonglah
mama tolonglah
aku sedang mabuk cinta
dengan sidia (ah ha)
si jantungk hatiku (ah ha)
yang ku puja ku cinta selalu

papa tolonglah
mama tolonglah
jodohkanlah aku dengannya

hati,hati yang merindu
inginkan belaiannya
hari,hari yang berlalu
indahnya kurasakan

jiwa,jiwa aku meronta
bila jauh disisimu
berjanjilah kasih
berjanjilah sayang
hanyalah aku dihatimu

sayang oh sayang
ku sayang kepadamu
aku cintakan dirimu

rindu oh rindu
ku rindu kepadamu
janganlah kau pergi dariku

Wednesday, December 1, 2010

i-city..akan ku terjah nanti

Minggu lepas..daku mula menjejakkan kakiku di bumi Klang...otw ke Klang..dr Shah Alam...akan terjumpa bandar i-city....Lights Wonderland atau taman lampu...waaahhhh..teruja nk pergi nnt...mcm menarik je tempat ni..mana taknya...penuh dgn lampu2 digital warna-warni....seronok jer tgk.... klu nk pergi ke sana nnt jgn lupa bw kamera...lampu2 boleh dilihat dari 7pm-10pm setiap hari... dan yang akan datang ade Snow Walk...

Ketua Pegawai Eksekutif i-Berhad, Eu Hong Chew(kiri) dan Lee Ki-Choon (kanan) melihat pengukir ais dari Harbin, China, melakukan kerja-kerja mengukir sebelum Snow Walk di i-City, Shah Alam dibuka kepada orang ramai awal tahun depan. Foto AZMAN GHANI / The Star


Nak pegi..nak pegi..jom ..Jomm...memandangkan aku dah bermastautin di bumi Klang ini sejak  minggu lepas..so jgn lepaskan pluang yg ada....hehhehe