Alhamdulillah Ya Allah, Kau panjangkan lg usiaku harini utkku teruskan Hijrah ku di tahun baru ini,
Semoga Hijrahku kali ini memberi seribu makna dalam setiap saat dan perkara yang dilakukan dan bakal dilakukan...mudah-mudahan Kita semua dlm lindungan Rahmat Allah. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan diberi petunjuk dalam setiap urusan.
Hari ini genap setahun aku menghadiri majlis perkawinan seorang sahabat. Dan masih lagi aku igt, dlm majlis keraian sahabat itu aku jua berdoa mudah-mudahan selepas itu aku juga akan beroleh jodoh iaitu seorang suami sebagai pelengkap hidupku di dunia dan di akhirat...dan sehingga sekarang juga aku masih lagi tidak berputus asa utk berdoa. Allah masih ade perancangan yang terbaik utk aku di masa akan datang..
semoga dengan usia yg masih ada ini, kita dpt menambah lagi ilmu, amal, mengeratkan silaturahim, sedekah dan lebih dekat kepada Allah.
"Ya Allah, panjangkanlah umur kami, sihatkanlah badan kami, terangilah hati kami, tetapkanlah iman kami, perbaikkanlah amal kami, luaskanlah rezeki kami, dekatkanlah kami kepada kebaikan dan jauhkanlah kami dari kejahatan, tunaikanlah hajat kami, baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat. Sesungguhnya Engkau maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". Amin
Tahniah! sahabatku itu yg telah mendapat seorang cahaya mata lelaki...semoga kalian sentiasa dimurahkan rezeki.
No comments:
Post a Comment