Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Friday, May 31, 2013

DIY:Hasil Bunga Tisu

Hasil buatan sendiri. Senang. Jimat.








posted from Bloggeroid

Aiskrim Pulut


Nyum..nyum...sedap tau. Yang ni RM 2.50.
Asalnya dari Thailand.
Dalamnya ada sagu, roti, aiskrim, jagung, kacang,susu, cincau dan pulut.
Boleh buat sendiri je kat rumah :-)

posted from Bloggeroid

Wednesday, May 29, 2013

Hari Jadi Yang Ke - 30



21 Mei 1983-2013

Terima kasih sahabat, sudi meraikan hari lahir saya yang ke 30 tahun.
Terasa banyak dah umur berlalu. Terasa kerdil diri ini. Perlu lebih istiqomah untuk melakukan amalan baik. Persediaan menuju akhirat. Mati.

posted from Bloggeroid

Saturday, May 25, 2013

Bikers Kental 3 Bintang Je Saya Bagi

Bikers Kental adalah berkenaan kisah seorang anak muda bernama Bidin Al Zaida, yang mempunyai minat yang amat mendalam dengan motosikal berkuasa tinggi. Beliau bekerja di sebuah garaj motor milik abang sepupunya, Aidil. Bidin mmpunyai impian utuk memiliki dan menunggang motosikal berkuasa tinggi dan menjelajah negara lain untuk menghadiri Bike Week. Malangnya dia hanya seorang pekerja biasa yang tidak mampu untuk memliki motosikal berkuasa tinggi. Impian Bidin menjadi nyata apabila pada suatu hari, Bidin terjumpa sebuah beg berisi wang itu untuk membeli motosikal Aprilia RSV4 Factory dan menawarkan dirinya untuk berkonvoi bersama-sama dengan geng motosikal Eddie, salah seorang pelanggan setia garaj Aidil. Pengembaraan Bidin bersama Eddie bermula dari KL sehingga ke Krabi, Thailand. Bermulalah pelbagai kisah, tragedi dan konflik di antara Bidin, Eddie dan geng motosikalnya. Bidin di Thailand bertemu pula dengan Saiya Sukhapon dan Cherry Pontit, dua orang gadis cantik yang berkerja di sebuah gerai tepi jalan yang menediakan makanan halal. Bidin telah jatuh cinta pandang perama dengan Saiya berusaha untuk menarik perhatiannya. Dia menggunakan pelbagai taktik untuk meluangkan banyak masa bersama Saiya. Tetapi, rancangan Bidin akhirnya dibongkarkan oleh gengnya sendiri. Perselisihan faham antara mereka terjadi apabila tindakan Bidin menyembunyikan motor Eddie diketahui oleh Arbi, salah seorang ahli geng motosikal Eddie.Keadaan menjadi lebih kritikal apabila  Bidin diekori oleh beberapa orang misteri yang mahu membunuhnya! Siapakah orang misteri ini? Dan apakah kaitan mereka dnegan Bidin? Adakah Bidin menemui cintanya di Thailand? Apakah kesudahan perselisihan faham di atanta Bidin dan Eddie? Semuanya bakal terjawab dalam filem Bikers Kental yang mula ditayangkan pada 23 Mei 2013. -

Sebenarnya saya nak menonton movie Fast & Furious 6. Tapi, tiket semua dah sold out untuk malam tadi. Jadi, terpaksalah saya menonton cerita Bikers Kental. Tunggu minggu depan, baru saya ada masa untuk menonton wayang lagi.

posted from Bloggeroid

Friday, May 17, 2013

Iron Man 3



Ini cermin mata 3D untuk tayangan movie.

Oh, minggu lepas saya menonton cerita Iron Man 3. Hurmmm..tersangatlah melodramtik. Bagi say, tak best sangat ceritanya berbanding Iron Man & Iron Man 2.

Dua setengah bintang je yang saya boleh bagi untuk cerita ini.

posted from Bloggeroid

Selamat Hari Ibu 2013



Selamat hari ibu buat semua kaum ibu di seluruh dunia.

Saya juga teruja untuk menjadi seorang ibu. Namun, masih belum dikurniakan jodoh, rezeki lagi.

Ya, saya sedang mencari calon suami yang baik untuk dijadikan sebangai seorang ayah untuk anak-anak kami nanti.

Semoga Allah mendengar doa saya ini. Ya, saya tahu, Allah sedang mendengarnya. Sampai masanya nanti Allah tahu bila DIA akan kabulkan permintaan saya ini.

posted from Bloggeroid

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru 2013

Guru Malaysia : 1 Aspirasi : 1 Agenda

Tema sempena hari guru tahun ini, 2013.

Jasamu ku kenang wahai semua guru-guruku tak kira yang telah mengajarku secara langsung dan tak langsung. Semoga kalian sentiasa beroleh rahmat dari Allah.

Saya juga seorang guru, kini.

posted from Bloggeroid

Sunday, May 12, 2013

Niat Kita

NIAT:

Terjemahan: Dari Amirul Mu'minin, Abi Hafs ummar bin Al-Khatab r.a, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah bersabda:

"Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung kepada niat. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas)berdasarkan apa yang diniatkan. sesiapa yang berhijrah kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya kepada  (keredhaan) Allah dan Rasulnya. Dan siapa yang berhijrah kerana dunia yang dikehendakinya atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan dinilai sebagaimana) yang dia niatkan".

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim



# cukup terkesan dihati saya. satu peristiwa yang memang betul-betul terjadi kepada saya baru-baru ini. memang betul, apa yang diniatkan memang betul terjadi. dan ia membuka mata hati saya. Allah Maha Besar dan Maha Mendengar.

Thursday, May 9, 2013

Hadiah Untuk Cikgu

Comel kan?

Sesuai untuk dihadiahkan kepada cikgu sempena hari guru nanti.

posted from Bloggeroid

Tuesday, May 7, 2013

Jatuh Cinta Bukan Satu Kebetulan


posted from Bloggeroid

Pengintip

Tak percaya rasanya bila diri ini sudah menjadi pengintip. Pengintip? Intip siapa?
Saya pelik dengan diri sendiri, kenapa mengintip? Perlu ke?

Dan sebenarnya, saya mengaku yang saya selalu mengintip bekas kawan lelaki saya. Mengintip melalui Facebook dia sahaja. Rasanya ini adalah perkara biasa kan? Putus. Takde jodoh. Tapi masih lagi ingin mengetahui perkembangan sidia. Kan? Sejujurnya saya sudah tiada hati padanya. Sekadar ingin mengetahui sahaja.

Oh,ya! Saya juga tidak menyangka yang dia sudah membuka akaun Facebook yang baru. Akaun yang lama dia sudah "deactivated" setelah saya yang deactive terlebih dahulu akaun saya. Tapi saya bertahan untuk 3minggu sahaja, saya aktifkan kembali akaun saya. Ini terjadi Kerana sebuah insiden yang tak logik di akal yang terjadi antara kami.

Gerak hati saya, dia juga ada mengintip saya punya akaun facebook juga.

Normal kan? Lumrah kehidupan.

posted from Bloggeroid

Monday, May 6, 2013

PRU 13 ku Kali Pertama

Tanggal 05.05.2013 kali pertama saya membuang undi pada PRU13. Perasaanku sangat lain. Lain kerana kali pertama menjalankan tanggungjawab pada negara. Lain juga bila menjejakkan kaki ke tempat mengundi. Kerana tempat mengundi ku di sekolah rendahku dulu. Setelah 18 tahun meninggalkan alam persekolah peringkat sekolah rendah. Nostalgia datang menjelma diingatan. Berbaur suka duka. Banyak perubahan. Panjang umur, setiap lima tahun nanti saya kembali menjejakkan kaki disekolah rendahku lagi.


posted from Bloggeroid

Friday, May 3, 2013

Cenderahati Perkahwinan Bajet

Assalamualaikum...salam pagi jumaat

Cuti 1mei lepas saya berkesempatan le Nilai 3 untuk mencari door gift kepada tetamu sempenan majlis perkahwinan sepupu saya Jun nanti. Survey punya survey, akhirnya bakal pengantin memberi kata putus untuk membeli sebuah mug.



Inilah mugnya. Rancangannya, mug ini akan diberi bersama dengan sebiji telur. Kami dapat harga untuk sebuah mug ini RM2 dengan pembelian 1000 buah.

Ok, ini untuk msjlis kawen sepupu saya. Majlis saya? Jeng jen jeng..kena tunggu bila serunya datang.

posted from Bloggeroid