Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Saturday, May 25, 2013

Bikers Kental 3 Bintang Je Saya Bagi

Bikers Kental adalah berkenaan kisah seorang anak muda bernama Bidin Al Zaida, yang mempunyai minat yang amat mendalam dengan motosikal berkuasa tinggi. Beliau bekerja di sebuah garaj motor milik abang sepupunya, Aidil. Bidin mmpunyai impian utuk memiliki dan menunggang motosikal berkuasa tinggi dan menjelajah negara lain untuk menghadiri Bike Week. Malangnya dia hanya seorang pekerja biasa yang tidak mampu untuk memliki motosikal berkuasa tinggi. Impian Bidin menjadi nyata apabila pada suatu hari, Bidin terjumpa sebuah beg berisi wang itu untuk membeli motosikal Aprilia RSV4 Factory dan menawarkan dirinya untuk berkonvoi bersama-sama dengan geng motosikal Eddie, salah seorang pelanggan setia garaj Aidil. Pengembaraan Bidin bersama Eddie bermula dari KL sehingga ke Krabi, Thailand. Bermulalah pelbagai kisah, tragedi dan konflik di antara Bidin, Eddie dan geng motosikalnya. Bidin di Thailand bertemu pula dengan Saiya Sukhapon dan Cherry Pontit, dua orang gadis cantik yang berkerja di sebuah gerai tepi jalan yang menediakan makanan halal. Bidin telah jatuh cinta pandang perama dengan Saiya berusaha untuk menarik perhatiannya. Dia menggunakan pelbagai taktik untuk meluangkan banyak masa bersama Saiya. Tetapi, rancangan Bidin akhirnya dibongkarkan oleh gengnya sendiri. Perselisihan faham antara mereka terjadi apabila tindakan Bidin menyembunyikan motor Eddie diketahui oleh Arbi, salah seorang ahli geng motosikal Eddie.Keadaan menjadi lebih kritikal apabila  Bidin diekori oleh beberapa orang misteri yang mahu membunuhnya! Siapakah orang misteri ini? Dan apakah kaitan mereka dnegan Bidin? Adakah Bidin menemui cintanya di Thailand? Apakah kesudahan perselisihan faham di atanta Bidin dan Eddie? Semuanya bakal terjawab dalam filem Bikers Kental yang mula ditayangkan pada 23 Mei 2013. -

Sebenarnya saya nak menonton movie Fast & Furious 6. Tapi, tiket semua dah sold out untuk malam tadi. Jadi, terpaksalah saya menonton cerita Bikers Kental. Tunggu minggu depan, baru saya ada masa untuk menonton wayang lagi.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment