Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Saturday, September 28, 2013

Kursus Profesionalisme Berterusan (CPD)

Kursus Profesionalisme Berterusan (CPD)
Saya baru sahaja balik dari menghadiri kursus CPD ini. Kursus ini berlangsung selama lima hari di Hotel Crystal Crown, Pelabuhan Klang, Selangor.

Saya difahamkan, kursus ini wajib disertai oleh para guru yang berjawatan DG41. Kursus ini merupakan salah satu syarat yang perlu dipenuhi oleh guru skim DG41 untuk naik ke skim DG44. Sekiranya terdapat guru yang menolak atau terpaksa menangguhkan untuk mengikuti kursus ini, guru tersebut perlu menunggu panggilan untuk kohort yang seterusnya mengikut giliran. Contohnya, kalau nama dia tersenarai dalan kohort 1, tetapi dia tidak dapat ikutinya, maka peluang dia mungkin akan dapat pada kohort yang terakhir. Jadi, terpaksa menunggu lebih lama.

Apa yang perlu guru lakukan sebelun menghadiri kursus ini adalah guru perlu bersedia dari segi fizikal dan mental. Guru perlu tahu tentang dasar-dasar seperti dasar PBS, KSSR, 1M1S, MBMMBI, dll.

Sepanjang sesi, peserta dikehendaki untuk membuat pembentangan berkaitan dengan tajuk slot yang berlangsung. Antaranya, cara membuat RPH yang betul, Pelan tindakan, penggunaan ICT dan banyak lagi.

Seperti biasa, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan semasa sesi Pecah Bendungan. Untuk kohort kami ini, sesi ini sangat menarik kerana dikendalikan oleh Sifu Taj, salah seorang Pakar dalam bidang Matematik dan juga seorang kaunselor. Kami dipecahkan mengikut warna personaliti masing-masing. Jingga, biru,hijau dan kuning. Slot macam ni sangat sesuai untuk dilakukan di sekolah juga, bagi mengenali personaliti pelajar terutamanya.

Banyak ilmu yang diperolehi dalam kursus ini.














posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment