Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Monday, May 30, 2011

Lapar..Nak Makan KFC La Plak

Uargghhhhhhh!!!.. Laparnya perut lepas bangkit dari tidur ni.. Teringin plak nak makan KFC. Nak keluar p beli lah sat g. Nyum2...terbayang-bayang sudah set dinner plate dengan ayam dua ketul, bersama dengan air strawbery tuh...uphhhhhh!!!

Snack Plate

21 Mei 2011 Catat Sejarah

21 Mei 2011
Mencatat sejarah bagi sahabat saya, Meshita Bt Mohd Nor bersama dengan pasangannya Nordin.


21 Mei 2011
Juga mencatat sejarah bagi diriku sendiri, iaitu aku sudah mencecah usia hampir 30-an. Waduh, gawat nih...gimana nih, jodohku belum lagi sampai.

Baca

Owh..saya sibuk membaca..tapi tak tahu baca apa.. Esoknya kena hadiri Temuduga SPP untuk sah jawatan. Tak tau nak baca apa lagi...otak sudah tepu, banyak benda yang masuk, harap-harap esok dapat keluar dengan baik..ahaksss...entahkan ingat atau tidak ni. Tiap kali tunduk mengadap bahan bacaan, mesti kepala jadi pening..owh..Demam belum betul-betul kebah biasanya macam ni.. Harap-harap esok semuanya berjalan lancar. 6.30 pagi dijangka bergerak dari Klang menuju ke Putrajaya.

Sunday, May 29, 2011

Siti Saleha Adik Kepada Sam Bunkface Rupanya

 ooooOOOooooo
Siti Saleha Mohd. Baharom, 21 tahun ini rupa-rupanya adik kepada Sam, penyanyi kumpulan Bunkface.

Patutla ada iras-iras kacuk gitu. Si Siti ni kini sedang berlakon dalam Drama yang sedang hangat kat TV3, Nora Elena. Menarik jugak ceritanya. Cerita nie di adaptasi dari sebuah novel yang berjudul Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha.

Aihh..tak sabar nak tunggu sambungan Nora Elena esok.

Saturday, May 28, 2011

Tokoh Guru 2011

Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2011

1. Datuk (DR.) Haji Nor Bin Daim @ Matnor Bin Daim

Tokoh Guru 2011
1. Dato' Prof. Dr. Ab. Rahim Bin Selamat
2. Dato' Siva Subramaniam
3. Cik Hamedah Binti Wok Awang
4. Datuk Hajah Rita T Jaafar @ Rita Bagong

Wednesday, May 25, 2011

Bahayanya..Batang Kren Terjatuh

 
Dentuman bunyi batang kren yang terjatuh ke atas jalan daripada lebuh raya yang sedang dibina telah merosakkan sebuah kereta di Jalan Stulang Darat, Johor Baru. Cermin kereta itu pecah dan bumbungnya melengkuk akibat dentuman tersebut. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa yang berlaku. - Foto SIN CHEW

Tuesday, May 24, 2011

Keyakinan Dalam Berdoa

Keyakinan Dalam Berdoa 
Hadith:
DARI Anas r.a katanya:"Rasulullah saw bersabda:"Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu berdoa dengan kalimah:"Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku! Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa."

Huraian Hadith:
Sesorang muslim itu hendaklah bersemangat (untuk mencapai) apa yang bermanfaat untuk dirinya serta meminta pertolongan kepada Allah tanpa merasa lemah dan putus asa.

Berdoa mestilah mengikut adab-adabnya supaya menampakkan kesungguhan harapan untuk mendapatkan sesuatu kerana Allah SWT hanya akan menerima doa dari orang yang betul-betul berhajat.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
mstaronline.

Cik Putih Dimandikan

Pishhhhh...haru sungguh! Baru jer siap Cik Putihku dimandikan, sekali, hujan turun la pulak.....nak nangis rasa. Dah la tempat parking kat rumah tidak berbumbung. Huk3x..nasib badan la tuan punya Cik Putih.
Melayang RM9.

Ubat Batuk

uuhuk..uhuk..uhuk...hai batuk..bila la mau kebah nie..penat dah tuan badan duk menanggungnya.. Ubat batuk klinik dah pon makan, tapi tak surut-surut gak...tak boleh jadi nih.

pagi tadi, sebelum keluar pergi klinik, sempat gak membuka 1 entry akak sorang nih. Dia post pasal cara menghilangkan batuk...tipsnya adalah dengan minum air kelapa pandan muda di campur dengan sedikit garam..waaaaaaahh..tips baru nih. aku apa lagi, lepas balik dari klinik terus pusing-pusing keliling kawasan sekitar rumah, tp kecewanya sebab takde sorang pon yang berniaga menjual air kelapa ditepi jalan sekitar nie. aissh, tak puas hati, aku ke tesco. Alhamdulillah, sib baik ade. dengan tamak habola* memang nak amik lebih dari 1 biji kelapa, tapi, sempat lagi hati pujuk, amik 1 jer lah dulu, cuba tengok dulu berkesan ke tak tip ni.

Kat Tesco jugak aku sambar 5 biji limau nipis. Sesuai jugak dibuat untuk lega kan batuk, iaitu dengan cara perahkan air limau nipis tu dalam sesudu kicap manis kemudian minum. Tips nie dari seorang makcik yang aku kenal. Hurm..nak kena cuba jugak ni tips ni.
sebiji kelapa RM3.25, 5 Biji Limau Nipis RM1.31

Terima kasih semua, yang berikan tips menghilangkan batuk..akan ku cuba salah satu dulu. Doakan semoga batukku cepat sembuh ya kawan2.

Ya, saya kurang sihat

Dah 4 hari badanku kurang sihat.  Dari semalam lagi mula batuk kronik. Batuk sampai sakit terasa dibawah tulang rusuk. Hurmm....biasanya klu aku batuk, paling sekejap 2 minggu, paling lama hampir sebulan..haishhh.. ni baru balik dari  klinik, amik MC. Semalam pon dah g klinik, amik MC gak. Doktor bagi MC sehari jer :( ..teruknye, tak kesian ker kat saya yang batuk lekoh-lekoh nih..adoiii...


 nie dia ubat-ubatan dan slip MC yang aku dapat. Harini doktor tukar ubat batuk jenis lain plak. yang warna kuning tu. Melayang duit RM50 untuk 2 hari g klinik...huhuhu..sadis tol.

Dan 2 hari jugak aku tak g skolah. Iskh3x..mest bertimbun dah atas meja penuh dengan kertas exam budak. uwaaaaaaa..banyaknye nak kena tanda nanti. Nak-nak untuk subjek Bahasa Melayu, susah wooo mau tanda karangan..phewwww..boleh berpeluh nanti.

Sunday, May 22, 2011

Hari Ini, 22 Mei 2011

Status kesihatan: Deman, selsema dan batuk.


Nie baru drive Klang - Kota Bharu - Klang dah demam. Belum lagi utara ke selatan. Hohoho...8jam perjalanan, Alhamdulillah, perjalanan semua lancar. Pukul 7pagi tadi, bertolak dari rumah, berhenti rehat seketika di R&R Gua Musang. Kemudian sambung, dan singgah sebentar di Padang Tengku, menjadi tetamu yang tak diundang dirumah seorang sahabat. Hehhe..terima kasih, sebab sudi layan kte. Sekurang-kurangnya, dapat jugak berehat seketika. Fuhh, penat sih, drive sorang-sorang ni. Takde siapa nak bersembang. Mujur ade cd lagu Maher Zain. Suara dia jer yang berkemundang. Sampai Bentong baru tukar kepada channel radio mix fm. Lepas tol Gombak, ingatkan nak lalu Lebuhraya DUKE, tapi salah masuk lorong la plak, terpaksalah lalu lebuhraya KESAS. 2kali tol. Hujan lebat plak tu. Akhirnya, 4.20 petang sampai dirumah Klang. Alhamdulillah. Sampai2 jer, kemas apa yang patut, makan nasi, telan paracetamol 2biji kemudian tidur dengan tak berapa nyenyak sebab badan jadi berpeluh sejuk.

Rasa macam nak g klinik je, nak amik MC. tapi........suhu badan takdelah panas sangat pon, cuma kepala jer ada pening-pening skit. Camne ek?

Thursday, May 19, 2011

Balik Kampung Esok ~ Yeahh

InsyaAllah, esok pagi sesudah subuh, aku nak balik kampung. KLANG - KOTA BHARU. Esok jugak aku ponteng sekolah..opsssSS..bukan ponteng, tp mintak cuti..hehehe.. Doakan kami semoga selamat sampai ya kawan-kawan. Lusanya nak attand majlis perkahwinan rakan baikku..Kak Ita. Hurmmm..lusa jugak adalah hari genap usia tua ku yg ke ..teeetttt...

"Selamat Pengantin Baru utk Kak Ita dan Nordin. Semoga Allah merahmati ikatan perkahwinan kalian berdua".
dan 
"Selamat Hari Lahir utk diri ku" - erk, aci ker ni? hihi

yeahh..balik kampung naik kete nih dgn cik mimi
 # : MC ke CRK ?

Wednesday, May 18, 2011

Perigi Cari Timba

Perigi cari timba?? HUrm...tiada sebenarnya istilah ini dalam soal mencari jodoh. Ya dak? Sebenarnya kita semua saling diperlukan. Tak salah orang perempuan yang mulakan dulu langkah dalam soal mencari jodoh. Allah dah kata dalam Al-Quran, KUN FA YA KUN......

Dibawah ini ialah doa-doa yang diberikan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood semasa dalam rancangan Semanis Kurma baru-bari ini. Jom kita kongsi, bagi yang masih belum bertemu jodoh lagi, bacalah ayat dalam surah ini dan jadikan sebagai doa harian.

1)surah yusuf ayat 4 
2)surah al-anbiya ayat 89 
3)surah Toha ayat 39. 



Dan ini pula doa-doa untuk mereka yang belum bertemu jodoh kerana disihir pula ialah:

1)surah al-baqarah ayat 102 
2)surah al-baqarah ayat 255 
3)surah al-araf ayat 117-122 
4)surah yunus ayat 81-89

Sekian, Kita merancang, Allah pun merancang juga untuk kita. Mudah-mudahan, kita beroleh jodoh yang baik di dunia dan di akhirat..amin.. Selamat Beramal.

Tuesday, May 17, 2011

Kaki Jasmin Hamid Melecur

Kesan lecuran di bahagian peha kaki kanan Jasmin.

Kesian kakak aktres kita sorang nie, tak pasal-pasal, akibat kecuaian orang lain, dirinya plak yang terpaksa menanggung...sabar jerlah ya Kak Jasmin Hamid. Mungkin ade hikmah yang besar disebalik kejadian ini. Allah menguji kita dengan sebab. Mana tahu lepas nie, ade perubahan kearah kebaikan yang besar berlaku pada Kak Jasmin Hamid ni. Mudah-mudahan ya.

.
Kesan lecuran di bahagian betis kaki kiri Jasmin.

Botol Air Tupperware Siapa Ni?

Entry  sesaje sempena cuti Hari Wesak . Takde  wat ape hari ni, nak g klinik gigi, tutup la plak. So, terjah blog jerlah hari ni. Baru habis layan Maharajalawak..marathon tuuuu.


Botol air nie sebenarnya ade pasangannya. Pasangannya si Biru, kini telah selamat berada di Kuala Lipis. Tp kini, si Hijau ini pon telah selamat jugak berada di tangan Nurul Izzah. Hehe..sekian, itu sahaja untuk entry kali ini.

Marathon MaharajaLawak

Cuti Hari Wesak harini gayanya aku memarathonkan diriku dengan menonton maharajalawak kat youtube...hahhaha....lawak habis lah nabil, jozan dan jambu....itu sahaja yang dilayan olehku..yang lain-lain, tak tertekan plak tajuknya.

Wow! Durian Runtuh Untuk Guru Januari Depan - Najib


KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan berita baik buat warga pendidik yang akan menikmati lima kaedah kenaikan pangkat berkuat kuasa 1 Jan depan, dalam usaha menambahbaik skim perkhidmatan guru.

Dalam perutusan khas Hari Guru melalui rakaman video yang ditayangkan sempena pelancaran sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-40 di sini, beliau berkata kerajaan telah memutuskan sedemikian kerana menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang telah dibuat para guru.

Pelancaran sambutan Hari Guru bertema "Guru Penjana Transfromasi Pendidikan Negara" itu di rasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan.

Perkhidmatan perguruan adalah satu-satunya perkhidmatan yang diperuntukkan dengan lima kaedah kenaikan pangkat iaitu kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan, kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP), kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan, kenaikan pangkat untuk pengetua atau guru besar cemerlang dan kenaikan pangkat guru cemerlang.

Najib berkata sebagai kesinambungan kepada keperluan transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan berkenaan dan dalam memartabatkan profesion keguruan di samping mengambil kira keunikan fungsi tugas guru, kaedah kenaikan pangkat khususnya berdasarkan tempoh perkhidmatan perlu diberi nafas baru.

"Kerajaan mendapati sekarang ini, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka cuma pada Gred DG48 setelah sekian waktu menabur bakti selama 25 tahun," kata Perdana Menteri.

Katanya, kini sampai masanya laluan kerjaya guru ditambah baik demi memastikan mereka yang membentuk modal insan negara diberi pengiktirafan dan ganjaran sewajarnya.

Kaedah baru kenaikan pangkat diperkenalkan khusus kepada guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) iaitu guru wibawa dan pendeta guru, yang akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan pertamanya, katanya.

Beliau berkata pewujudan lapisan tersebut, termasuk guru biasa, guru kanan, guru wibawa dan pendeta guru, akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.

Melalui konsep guru wibawa dan pendeta guru itu, Najib berkata laluan kerjaya guru dalam PDP akan diperluaskan sehingga mencapai ke gred DG54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.

"Satu lagi berita baik bagi mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," katanya sambil menambah bahawa mereka boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Namun guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan, katanya.

Beliau berkata kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak seratus peratus dengan menambah sejumlah 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep guru wibawa dan pendeta guru.

Kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan sebagai membuktikan lagi kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan profesion keguruan, katanya.

Beliau berkata manakala semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah gred DG44 dinaikkan ke gred DG48, akan melibatkan 6,585 jawatan.

Najib berkata semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster turut dinaikkan dari gred DGA32 ke gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan.

"Hakikatnya, setiap seorang daripada kita tidak kiralah sama ada beliau seorang pemimpin, pentadbir, doktor, peguam, akauntan, jurutera, ahli sukan atau apa jua pun kerjayanya, telah terasuh dan dibimbing oleh insan yang bernama guru," katanya. - BERNAMA

Petikan dari mstar

Selamat Datang - Nur Fateema

Selamat datang ke dunia baru 
Nur Fateema Bt Buliyan
Nur Fateema Berusia 3 hari

kami semua menantikan kehadiran anda...semoga menjadi anak yang solehah ya dik... amin.

Dan kita berdua berkongsi bulan kelahiran yang sama tau...adik 12 mei dan aunty 21 mei...peaceee!!


# : owh..dua hari berada berada di Penang, tak sempat untuk menerjah ke lokasi faveret yang slalu pergi muda-muda dulu...

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru, Cikgu!

"Selamat Hari Guru, Cikgu! " itula ucapan khas yang aku terima hari ini daripada anak didik tercinta sempena menyambut hari guru 2011. Sangat terharu dan teruja. Hari ini, sambutan hari guru diraikan bersama dengan pelbagai acara menarik, seperti Pertandingan Karaoke, Masak Char Kuew Teow, Cantiknya Saya, Hantu Kak Limah, Cinta Si Buta dan banyak lagi. Hanya 3 acara sahaja yang aku join. Kesemua menang tempat ketiga..keh3x...bolehlah...janji enjoy! Hurmm...alhamdulillah, syukur, ada jugak anak didikku ingatkan aku...ingatkan klu ajar kelas2 hujung xde sambutan, tp tidak...dapat la juga merasa dapat hadiah banyak, walaupun hari ini bukan hari jadi..Terima kasih semua, cikgu doakan semoga kalian sukses selalu.

Selamat Hari Guru, Terima kAsih Cikgu,  kepada semua cikgu, bekas cikgu, dan bakal cikgu di seluruh dunia. Tahniah! Kerana kita semua adalah guru. "Guru Penjana Transformasi PendidikanNegara"

TEKS UCAPAN PENUH MENTERI PELAJARAN SEMPENA HARI GURU - 2011

KUCHING: Berikut adalah teks ucapan penuh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena sambutan Hari Guru 2011 yang berlangsung di Borneo Convention Centre di sini pada petang Isnin.

Dalam ucapannya itu, Muhyiddin telah mengumumkan beberapa keputusan penting tentang jawatan dan profesion perguruan.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia;

Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak;
Yang Berhormat Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia;
Yang Berhormat Dr Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia;
Yang Berbahagia Datuk Dr Rosli Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia;
Yang Berbahagia Datuk Abdul Ghafar Mahmud,Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia;
Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha dan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia;
Pengarah Jabatan Pelajaran Sarawak, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pelajaran Malaysia;
Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri;
Dif-dif Jemputan, Tuan-tuan, Puan-puan dan para guru yang saya hormati sekalian.

1. Alhamdullillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat berhimpun pada hari ini untuk menyambut Hari Guru sebagai tanda pengiktirafan kita yang tidak terhingga terhadap jasa dan sumbangan para guru sekalian.

2. Selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, saya ingin mengambil kesempatan pada hari yang amat bermakna ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru, sama ada yang masih berkhidmat atau pun yang telah bersara. Saya bagi pihak kerajaan ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan di atas segala pengorbanan dan sumbangan besar guru-guru dalam meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa dan memajukan negara kita.
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

3. Pemilihan tema Hari Guru tahun ini iaitu “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara” pada hemat saya adalah amat bertepatan dengan peranan guru sebagai penggerak utama proses transformasi pendidikan, yang menjadi penentu kepada kejayaan transformasi negara kita. Sentuhan keramat guru telah melahirkan ramai cendakiawan, golongan profesional, usahawan, peniaga dan seluruh warga pekerja yang telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan dan kemajuan negara kita selama ini.

4. Maka, pada saat negara kita sedang berada di ambang peralihan daripada sebuah negara membangun kepada sebuah negara maju berpendapatan tinggi, peranan guru menjadi lebih penting lagi. Di pundak guru-guru letaknya harapan kita semua untuk melihat kualiti pendidikan negara melonjak ke tahap yang terbaik, dan dengan itu memastikan sistem pendidikan negara kita dapat melahirkan modal insan yang berkualiti untuk memacu transformasi negara ke tahap yang lebih tinggi. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa seluruh harapan dan cita-cita rakyat untuk menjayakan proses transformasi negara dipertaruhkan kepada saudara dan saudari yang bergelar guru.

5. Kerajaan sememangnya telah membuat perencanaan yang amat rapi untuk menjayakan proses transformasi pendidikan negara. Ini termasuklah pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan yang merupakan mekanisme utama untuk menjayakan agenda penting ini. Namun, kita juga akur bahawa perencanaan yang rapi sahaja tidak menjamin keupayaan kita untuk mencapai setiap sasaran yang ditetapkan. Lebih penting ialah pengorbanan dan daya juang para guru dalam menjayakan setiap perencanaan yang dilakar oleh kerajaan. Untuk itu, saya ingin mengambil kesempatan pada hari yang amat bermakna ini untuk merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan tahniah kepada para guru di atas jerih perih anda semua dalam mencapai sasaran-sasaran penting yang ditetapkan di bawah NKRA pendidikan, dan juga di bawah dasar-dasar serta program lain yang sedang dilaksanakan di Kementerian Pelajaran.

6. Dari segi pencapaian sasaran NKRA Pendidikan, Alhamdulillah, berkat curahan jasa dan bakti para guru sekalian, kita telah berjaya meningkatkan kadar penyertaan prasekolah kepada 72.42 peratus, iaitu melebihi sasaran 72 peratus yang ditetapkan untuk tahun 2010. Kadar literasi murid juga telah meningkat daripada 64 peratus kepada 85 peratus, manakala kadar numerasi meningkat daripada 73 peratus kepada 91 peratus. Kita juga telah mengumumkan senarai 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2010 dan untuk tahun 2011 sebanyak 23 buah sekolah lagi telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.

7. Lebih membanggakan kita, jasa guru untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan tidak mengenal batasan geografi. Guru-guru di pedalaman pun berupaya untuk melonjakkan prestasi sekolah. Ini dibuktikan misalnya dengan kejayaan SK Ulu Lubai, sebuah sekolah di kawasan pedalaman Sarawak, mendapat pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun ini. Di samping itu, inisiatif Tawaran Baru juga telah menunjukkan hasil yang amat positif apabila guru-guru daripada 1,400 buah sekolah telah berjaya melepasi sasaran prestasi yang ditetapkan untuk sekolah masing-masing, dan dengan itu layak untuk menerima bayaran insentif di atas perkhidmatan mereka yang cemerlang.

8. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan pelbagai inisiatif di bawah empat sub-NKRA pendidikan. Alhamdulillah, segala perit jerih guru-guru sekalian telah membuahkan hasil apabila Kementerian Pelajaran mendapat markah tertinggi dalam pencapaian KPI bagi tahun 2010. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru-guru dan semua pegawai Kementerian yang telah membantu saya menerajui Kementerian Pelajaran dengan baik sehingga kita berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang ini. Untuk itu, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada guru-guru sekalian! Kejayaan yang amat bermakna ini adalah milik anda semua!
Sumbangan dan Sokongan Padu Guru

9. Walaupun telah banyak pencapaian yang dihasilkan dalam bidang pendidikan, masih banyak lagi yang perlu dilakukan oleh kita semua untuk memastikan supaya proses pemantapan kualiti pendidikan negara dapat berlaku secara berterusan. Atas kesedaran inilah, saya selaku Menteri Pelajaran telah menggagaskan beberapa dasar penting untuk dilaksanakan di setiap peringkat persekolahan.

10. Pertama, menyedari betapa mustahaknya anak-anak kita mempunyai tahap kesihatan dan kecergasan yang tinggi untuk membolehkan mereka menjadi manusia yang cerdas, maka saya telah memperkenalkan Dasar 1Murid 1Sukan. Dasar ini memberi peluang kepada setiap murid untuk melibatkan diri dalam acara sukan yang digemari dengan tujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan dan kecerdasan mereka. Seperti kata pepatah Arab, “Al-‘aqlu al-salim, fi al-jismi al-salim”, yang bermaksud akal yang sihat terletak pada badan yang sihat.

11. Kedua, saya juga telah memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Kita sedar bahawa penguasaan bahasa Melayu adalah amat penting untuk memastikan setiap murid dapat menguasai ilmu yang diajar dalam bahasa Melayu, iaitu bahasa Kebangsaan negara kita dan bahasa pengantar di sekolah. Usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu dimulakan di sekolah lagi supaya anak-anak kita mempunyai rasa hormat yang tinggi kepada bahasa Kebangsaan yang merupakan bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di negara kita.

12. Pada masa yang sama, kita juga sedar bahawa penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid adalah amat penting untuk membolehkan mereka berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris yang merupakan bahasa antarabangsa utama di dunia. Maka, di bawah dasar MBMMBI ini, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menambahbaik pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah. Ini termasuklah dengan menggunakan khidmat kepakaran guru penutur jati bahasa Inggeris yang ditempatkan di Institut Pendidikan Guru dan di zon-zon tertentu untuk melatih guru-guru meningkatkan ilmu dan kemahiran mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris.

13. Ketiga, selaras dengan keperluan untuk melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif untuk memacu kemajuan negara, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang memberi penekanan kepada pemupukan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya yakin transformasi kurikulum yang dilaksanakan pada tahun ini akan membuka lembaran baru kepada guru-guru untuk meneroka kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif untuk mengasah bakat dan daya kreativiti murid secara lebih berkesan.

14. Keempat, untuk memastikan pendidikan negara mampu melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, maka saya telah memberi tumpuan khusus kepada program transformasi pendidikan teknik dan vokasional. Sebagai langkah untuk memastikan murid mendapat pendidikan vokasional dan kemahiran yang berkualiti, maka KPM akan mengambil guru vokasional dan kemahiran baru yang diiktiraf dari pasaran terbuka seperti pusat latihan kemahiran tinggi dan universiti teknikal awam. Proses pengambilan guru-guru tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka mencecah 10,000 orang menjelang penghujung 2015. Dengan pelbagai usaha yang dilaksanakan untuk memperkasa pendidikan teknik dan vokasional, insyaAllah, kita akan berjaya meningkatkan peratusan pelajar aliran teknikal dan vokasional daripada 10 peratus kepada 20 peratus menjelang tahun 2015.

15. Kesemua dasar dan program yang saya sebutkan ini memerlukan sokongan padu para guru. Tanpa sokongan guru-guru sekalian, agak sukar untuk kita mencapai segala cita-cita murni yang dihasratkan melalui pelaksanaan dasar-dasar ini. Dasar akan tinggal dasar, perancangan akan tinggal perancangan. Untuk itu, saya berharap agar guru-guru sekalian dapat berada dalam satu saf bersama-sama saya dan seluruh kepimpinan Kementerian Pelajaran dalam melaksanakan setiap dasar ini dan seterusnya menjayakan agenda transformasi pendidikan demi masa depan negara kita.

Memartabatkan Profesion Keguruan

16. Sungguhpun jasa dan bakti guru sukar untuk dibalas, namun sebagai imbalan yang wajar kepada jasa-jasa guru, kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada usaha untuk memartabatkan profesion keguruan. Dalam hubungan ini, pelbagai program latihan dalam perkhidmatan telah dilaksanakan oleh Kementerian untuk meningkatkan profesionalisme keguruan. Ini termasuklah program pensiswazahan guru yang mensasarkan bilangan guru siswazah sebanyak 60 peratus di sekolah rendah dan 90 peratus di sekolah menengah menjelang tahun 2015.

17. Dari segi peluang kenaikan pangkat pula, kerajaan telah memperuntukkan pelbagai faedah kepada perkhidmatan perguruan yang tidak dinikmati oleh perkhidmatan-perkhidmatan lain. Perkhidmatan perguruan adalah satu-satunya perkhidmatan yang diperuntukkan dengan lima (5) kaedah kenaikan pangkat iaitu:
(i) kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan,
(ii) kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP),
(iii) kenaikan pangkat secara time-based,
(iv) kenaikan pangkat untuk Pengetua atau Guru Besar cemerlang dan
(v) kenaikan pangkat Guru Cemerlang.

18. Di samping itu, perkhidmatan perguruan juga menikmati satu lagi bentuk imbuhan berasaskan prestasi yang tidak dinikmati oleh mana-mana perkhidmatan awam lain iaitu Bayaran Insentif Tawaran Baru kepada pengetua, guru besar dan warga sekolah yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing. Alhamdulillah, insentif Tawaran Baru ini telah membuahkan hasil yang amat baik apabila jumlah guru dan pemimpin sekolah yang berjaya mendapat ganjaran adalah jauh melebihi sasaran awal yang ditetapkan. Ini bermakna, guru-guru kita mempunyai motivasi yang amat tinggi untuk melonjakkan prestasi sekolah. Saya berharap agar pencapaian cemerlang ini akan menjadi pencetus semangat kepada guru-guru untuk meneruskan usaha murni meningkatkan pencapaian di peringkat sekolah.

19. Selain itu, kerajaan juga telah meluluskan Bayaran Insentif Sekolah Berprestasi Tinggi bagi menghargai jasa guru dan kakitangan sokongan yang berkhidmat di Sekolah Berprestasi Tinggi. Insentif ini adalah tanda pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan guru-guru dalam melahirkan sekolah-sekolah yang berpencapaian cemerlang di negara kita. Dengan usaha berterusan guru-guru di seluruh negara untuk melonjakkan prestasi sekolah, saya berkeyakinan bahawa sasaran mewujudkan 100 buah Sekolah Berprestasi Tinggi menjelang tahun 2013 akan dapat dicapai.

20. Sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besar para guru kepada negara, kerajaan juga sentiasa berusaha untuk menambahbaik skim perkhidmatan pendidikan. Terbaru ialah pengumuman YAB Perdana Menteri hari ini mengenai beberapa penambahbaikan dalam skim perkhidmatan pegawai pendidikan yang pastinya disambut baik oleh guru-guru sekalian.

21. Saya selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada YAB Perdana Menteri yang telah memberikan tumpuan istimewa kepada profesyen keguruan dengan mengumumkan hadiah Hari Guru paling bermakna buat guru-guru di seluruh negara pada hari ini. Saya tahu YAB Perdana Menteri sentiasa mendengar keluhan guru-guru yang terpaksa mengambil masa terlalu lama untuk menikmati peluang kenaikan ke gred yang lebih tinggi.

22. Kerana itulah, walaupun dalam keadaan kerajaan perlu mengawal defisit negara, YAB Perdana Menteri masih bersedia untuk menawarkan penambahbaikan skim perkhidmatan pendidikan, dengan memberi nafas baru kepada kaedah kenaikan gred, khususnya secara time-based. InsyaAllah, dengan pengumuman yang telah dibuat oleh YAB Perdana Menteri, ramai guru akan menikmati manfaat kenaikan gred yang lebih cepat selepas ini.

23. Begitu juga dengan pertambahan jumlah jawatan Gred Khas C daripada 36 kepada 72 jawatan untuk guru-guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran. Pertambahan sebanyak 100 peratus ini akan memperluaskan peluang guru-guru di bilik darjah untuk memegang gred tertinggi dalam perkhidmatan awam tanpa perlu menjawat jawatan pentadbiran. Pewujudan jawatan Guru Wibawa dan Pendeta Guru yang bakal memegang gred tertinggi dalam perkhidmatan awam juga merupakan satu isyarat jelas bahawa kerajaan amat serius dalam memartabatkan profesyen keguruan.

24. Selain itu, kenaikan gred Pengetua daripada DG48 kepada DG52 dan Penolong Kanan daripada DG44 kepadaDG48 adalah satu pengiktirafan kepada jawatan Pengetua dan Penolong Kanan sekolah menengah. Kenaikan gred ini adalah setimpal dengan pertambahan bebabanan yang terpaksa ditanggung oleh para pengetua dan penolong kanan. InsyaAllah, kenaikan ini akan menambah minat guru-guru untuk memegang kedua-dua jawatan ini yang amat penting dalam kepimpinan sekolah.

Kerjasama Dengan Kesatuan Guru dan Ibubapa

25. Usaha memartabat profesyen keguruan adalah satu proses yang berterusan. Untuk itu, kerajaan sentiasa berusaha untuk menyediakan pelbagai bentuk insentif kepada guru-guru dan menambahbaik keseluruhan perkhidmatan pendidikan dari masa ke semasa, termasuk penambahbaikan dalam Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPLD). Dalam hubungan ini, saya akan bekerjasama dengan kesatuan-kesatuan guru untuk melihat isu-isu yang berkaitan dengan profesyen keguruan secara lebih terperinci dan menyeluruh, serta mencari kaedah terbaik untuk terus memartabatkan profesyen keguruan agar setara dengan darjat kemuliaannya. Pihak Kementerian juga akan terus mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menyelesaikan beberapa perkara berkaitan dengan perjawatan guru yang telah dibawa kepada perhatian Kementerian sebelum ini. Pihak Kementerian juga akan mempergiatkan program pensiswazahan guru untuk memartabatkan profesyen keguruan di samping memastikan semua guru dapat menikmati pelbagai faedah yang disediakan untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah.

26. Selain itu, dalam usaha kita untuk menjayakan agenda pendidikan negara, peranan ibubapa tidak kurang pentingnya. Malah, ibubapa adalah insan yang paling penting dalam menentukan kecemerlangan pendidikan anak-anak. Justeru, saya juga ingin mengajak ibubapa supaya menjadikan sekolah sebagai milik masyarakat. Ibubapa boleh memberikan sumbangan secara langsung kepada sekolah melalui pelbagai kegiatan sukarela yang dapat membantu melonjakkan prestasi sekolah. Dalam hubungan ini, Persatuan Ibubapa dan Guru boleh memainkan peranan yang proaktif dalam menggalakkan ibubapa untuk menyumbang secara langsung kepada pembangunan sekolah, yang pastinya akan membantu anak-anak untuk meningkatkan pencapaian dalam pendidikan.

Penutup

27. Saya yakin dengan adanya guru-guru yang berdedikasi, kepimpinan kesatuan guru yang proaktif dan ibubapa yang prihatin, InsyaAllah, kita akan dapat menjayakan proses transformasi pendidikan di negara kita dengan cemerlang. Atas segalanya, guru-guru merupakan pemimpin dan penjana utama transformasi negara. Dengan keringat gurulah kita melahirkan insan yang mulia; dengan kudrat gurulah kita membina masa depan yang sejahtera.

28. Dengan amanah besar ini, guru-guru menduduki satu darjat yang paling dimuliakan dalam masyarakat. Bak kata pujangga:
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
29. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada guru-guru yang telah terpilih sebagai tokoh guru sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini. Kepada semua guru, sekali lagi saya mengucapkan Selamat Hari Guru. Semoga para guru sekalian akan terus diberi kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk terus menabur jasa kepada nusa dan bangsa.

“Selamat Hari Guru”. “Terima Kasih Cikgu”.

Wabillahi al-taufik wa al-hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Thursday, May 12, 2011

Katak Lagi!

eeeeeeeeeeeeeeee..geram sungguh! Sakit otak dah pk...mana lubang la katak nie boleh masuk. Pastu bilik aku gak yang dicarinya. Adoiii...dapur dan bilik air kan ada..nape pilih blk aku? eee..terkejut tadi, sib baik pasang lampu bilik dulutadi sebelum masuk, klu tak maunye tersepak dulu...geli weyyhh...skgni duk pk, mcm mn nak halau katak ni dr bilik aku..dah le penankut..eh bukan..bukan..penggeli..nak guna penyapu, nnt da melompat xpasal.tulun..tulun...

Selamat Hari Jururawat

en google punya gambar


Selamat Menyambut Hari Jururawat kepada semua jururawat yang berada di Malaysia dan seluruh dunia. Selamat berkhidmat untuk semua. InsyaAllah, ada ganjaran yang menanti kita dalam setiap pekerjaan yang dilakukan dengan ikhlas.



Selamat Hari Jururawat, sahabatku; Haza yg sedang bertugas di Hospital Serdang Bahagian Orang sakit2 jantung tak silap, tak lupa juga kepada Zamzuwati, Che Norshawati dan Nor Maizan (sepupuku) yang bertugas di bahagian Wad Bersalin...sori..tak ingat dah korang kerja kat hosptal mana..tp area KL dan Selangor.

Wednesday, May 11, 2011

Braces oh Braces

sudah lebih 2 purnama aku duk meng'google' pasal Braces ni...dan sangat teruja pulak bila buka you tube mengenai Braces Damon System...terasa terus nak pasang time tu jugak..owwh..tidak, dah 3 hari 3 malam dah duk terbayang nak pasang Braces nih..duk pk RM je la ni...

pinjam gambar en google

Sunday, May 8, 2011

Saya Berpengakap ( Kami Berpengakap)

 Perkhemahan Pengakap 
Kursus Manik Kayu I, Untuk Pemimpin
 Kem Temasya Rimba Templer, Rawang, Selangor
22-24 April 2011


Pengakap Laut (Putih) & Pengakap Darat (Kelabu).
Pengakap Udara (Biru)- tiada dalam gambar

Kami Patrol Tok Janggut

Bersedia untuk Berkawad Tongkat

Pertolongan Cemas

Jangan, risau..kukuh punya!
Belajar Membuat Ikatan. Sesi ni paling susah..huk3x

Mencari Arah Menggunakan Kompas Berpandukan Peta
Berhibur...malam kebudayaan
woogle saya..belum dikemaskan lagi..dari tali mesin jahit


Cayalah...cikgu-cikgu semua... Jom kita berpengakap bersama anak-anak  murid pula di sekolah

Kebasnya Tangan Saya

Cer try korang celup tangan korang dalam ais...rasa camne? sejukkan? Kebas? mest rasa macam darah takder je kan? hehhehe...

tak tahan sejuk


Owh, sebenarnya nak citer, 2 hari lepas, aku kena jaga stesen untuk Explorerace sempena Minggu Kemanusia kat sekolah. Aktiviti ni bawah seliaan Panitia Geografi.

Apa yang perlu pelajar buat ialah, mereka dikehendaki mencelup tangan ke dalam bekas yg berisi ais, dan mengambil barang yang tersorok dalam bekas tersebut. Rata-rata murid celup tangannya sekejap sahaja. Siapa yang dapat bertahan lama tu memang dasyatlah ketahanan tgn dia.hihi...

Seronok gak buat aktiviti camni, murid2 pon enjoy jer...

Berangin Dengan Tukang Jahit

Semalam 7 Mei, dalam pukul 3 petang, aku singgah ke kedai Jahit Lina kat Kampong Jawa, nak amik baju kurung yang ditempah. Malangnya, 3pasang baju kurung yang ditempah semuanya kecik2...bengang gile rasa. bila aku try depan dia...semuanya ok...sesuai la paki kecik, elok dah tu, orang tak pakai baju besar2..masalahnya..baju yang ko jahit tu memang kecik, Ini yang aku tak suka, bila hantar baju untuk dijahit dan ukurannya diambil dari badan, tengok pengalaman menjahit dah lama dan nampak dah pro, sekali masalah begini jadinya. MESTI tukang jahit akan jahit baju aku jadi kecik, fit2 dengan badan. Lainlah kalau baju kurung moden, mmg betul lah orang pakai fit2, ikut body, nie baju kurung pesak biasa tu je. Dah la aku sekolah, segan la wei nak pakai baju kecik2. eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...gerammnya rasa. 

Dengan rasa tak puas hati aku suh kakak tu betolkan.besarkan skit. dan labuhkan sikit lengan. Sebelum nih dah pernah dah aku tempah jahit kat tempat dia, elok jer jahit, tapi dia tak simpan la plak ukuran baju aku yang dulu tu..tak pasal kena ukur lain,  tak pasal jadi cam ni plak. Tak tahula mcm mana dia nak oter aju tu, basi kain pon dia buat sikit jer. Rasanya dia guna kain aku tu ngam2 3 meter jer. 1 meter lagi dia wat baju untuk anak dia kot. mana lah tahu kan. Sebab nya, aku tengok untuk baju kurung moden aku ni, cara dia potong kain ikut corak pun tak balance. gerammmmmmmnya...tak berapa cantik la jadi.nya Tak kira,!aku nak mintak gak lebihan kain minggu depan dengan dia.



# nie yang buat nak beli mesin jahit nak jahit sendiri baju2 nih. Tapi sen nya tak dak lagi..aduyai...kengkangan masa pon mengatasi segalanya..adehh..moralnya nanti, bawak baju ukuran sendiri. Jangan biarkan sejarah ketiga berulang.
Rindu pengalaman belajar menjahit kat Penang 2 tahun lepas.

Saturday, May 7, 2011

SubhanaAllah......Kemalangan yang meragut 3 nyawa di N9

Kereta yang dinaiki tiga anggota tentera remuk selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di Batu 7, Jalan Seremban-Port Dickson, berhampiran Kampung Bemban dekat Seremban, pagi Sabtu. Kemalangan yang meragut tiga nyawa anggota tebetra itu berlaku pada kira-kira pukul 3.45 pagi ketika kereta mangsa sedang menuju ke Port Dickson manakala lori tangki minyak terbabit datang dari arah bertentangan sebelum bertembung di satu selekoh di jalan itu. - Foto BERNAMA

Saya Pun Nak Ucap Selamat Hari Ibu

Kepada semua ibu-ibu dan bakal ibu tak kira dimana anda berada...."Selamat Hari Ibu" di ucapkan. Semoga ibu-ibu sentiasa di rahmati dan di kasihi selama-lamanya.... InsyaAllah, ade rezeki saya pon teringin jua untuk menjadi seorang ibu yang dikasihi nanti...Amin.

Tak lupa kepada bakal ibu mertuaku, selamat hari ibu juga diucapkan...opsssssssssssssssssssss!!!...hehe..bila la sampai masanya ek?

Tuesday, May 3, 2011

Katak oh Katak

Katak oh katak..kenapa engkau masuk?....
macam mana aku tak masuk...
aku pon tak tahu....
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
huk3x..malam ni kali kedua katak telah masuk ke dalam rumah kitorang..nak2 bilik aku yang ditujunya
pelik jugak..dia tercongok kat depan pintu bilik,terkejut gak aku....dari mana la dia masuk ek?nak kat dia terjun dari atas, xde plak ciri2 yg dia blh datang dari atap..hurmmm..mst dr bilik air nih..tp time bila plak dia masuk?sebelum ni tak pernah2 masuk...yg dulu...selamat dah aku bunuh dengan Ridsect...haha..kejam tak? owh..ampunkan daku...bukan sengaja..tp penankut :D...sembur punya sembur, terlantar dia keracunan...kesian pon ada...tp kejam lbh lagi kot sbb tak nak lah katak ada dalam rumah..geli + takots...

Kawan aku kata, ekosistem rumah aku ni baik kot...sejuk..ade makanan untuk nya..terutama nyamuk n semut kot2...tp aku slalu gak sapu bilik aku..bukan ade semut pon..aisshh..macam2 la plak.

Kisah katak mlmni plak, aku telengkup dengan satu bekas popcorn, lapik surat khabar lama, pastu lipat ikut bentuk bekas tu, kemudian aku ikat dengan getah...pastu..letak dalam penyodok sampah, pergi buang kat tempat buangan samapah area rumah kitorg...hurmm...tak tahu lah apa jadi ngn katak tu....kejam pon ada...tp geli plak tgk katak tu..hitam legam...ntah2 katak yg aku sembur tempoh hari, blh hidup lg lepas kena embun??erk..ade ker mcm tu???

Katak, jangan lah masuk dalam rumah kami lagi ek....duduk jer kat luar sana...lagi sejuk n byk makanan..dalam rumah ni bukan ada apa pon...kan dah kurus td nampak...klu jumpe geng katak lain sila sampaikan pesan nie ek....hahahhaha..ade ke dedicate camni...bkn katak baca blog ni pon kan..kan..kan...






Bahau - Klang

Pengalaman pertama drive sorang2 dari Bahau Ke Klang..dan perjalanan mengambil masa 2 jam 15 minit jer..mana taknya...speed sampai lupa nak tgk meter..tgk2 dh naik 1.2...hehe...pastu kena turunkan balik jd 100..:D..tu xde la laju sgt kan? 1.8 baru laju berdesup kan?....tnya mr GPS...dia suh lalu lebuhraya lebuh raya Elite dan exit Ebor dari Seremban...lalu punya lalu...time nak bayar tol...hulur RM10..ingat dapat baki lagi..skali akak tol tu mintak lagi RM 0.40..erkkkk...jd jumlahnya RM10.40...mahalnya!...sampai Klang, cari nasi Lemak dulu..sbb lom breakfast lg..

Habis nasi lemak sebungkus, sesi rehatkan diri...tghari kena tolong kazen datang dari Kelantan, nak masuk rumah sewanya kat Batu Unjur.

Fuhhh....nanti klu nk ke Bahau lagi. Klu nak cepat memang kena lalu lebuhraya, tp tolnya plak mahal...klu jln biasa..tolnya RM3.40 jer...

Monday, May 2, 2011

Percutian Ke Bahau 2

Hari kedua di Bahau...

Dari Bahau ke Gombak...sesi percubaan baju pengantin. Sepanjang perjalanan asyik mengantuk jer aku nie..sib baek jd co-pilot jer..sian kt pilot, drive sorang2..hehe...






Pakej yang diambil RM1.8 k...termasuk 2pasang persalinan, mekaup..hurmm..pendapat aku? hurmmm... no komen...kesian kat My BFF..mcm tak puas hati jer ngn pilihan baju2 yang ada...tp nak wat camne..itu jer yg dpt buat masa ni..xde pilihan dah...


Dari Gombak..rushing balik ke Seremban, kwn dpt call dari kakaknya di Kelantan suruh balik ke kampung jugak malam tu...last minute punya plan...hurmmm..apa leh buat??

Percutian Ke Bahau 1

Klang melalui Banting - Nilai - Seremban - Kuala Pilah - Bahau. Bertolak dalam pukul 10 lebih. Sampai Seremban 12 lebih. Jumlah tol RM 3.40... Drop kawan dulu kat Seremban. Pastu sambung balik perjalanan ke Bahau. 1.30 petang selamat sampai...fuhh..lama jugak...fisrt time ni driving sorang2..dan paling jauh setakat nie..rehat jup..tolong kwn punggah barang sebab dia nk pindah umah baru..

pkl 3 lebih ajak kawan g servis keta kat Produa Bahau...lega...ade pusat servis kat sana...klu xde, mahunya ke Seremban semula...puas jugak menunggu servis kete ni 3.20 petang hingga 5.10 petang.....sebab kete kenit aku tu dari mula amik kat tgn salesman lg ade bunyi-bunyian...dia kata  kecik jer prob tu.so aku tunggu untuk servis kali pertama, skali harung senang...tambahan plak aku xde masa nk g pusat servis kat Pandanmaran tu.  Bunyi-bunyian tu berlaku bila kete bergerak perlahan tanpa menekan pedal minyak....nak sebut pon xreti, apekah benda masalahnya..hanya adik mekanik tu jer tahu.. dekat2 dengan gear box katanya benda yg berbunyi tu.....fuhh..sib baik under warranty lagi, kalu tak dekat RM500 gak klu beli sendiri...so..kena tunggu diorang akan kontek aku bila barang dah sampai nnt...hurmmm nampaknya, berjodoh lagi la kita ya Bahau...

Pusat Servis Produa Bahau
kerete2 yang diservis


untuk temujanji sila telefon dulu ya...


Lepas kete diservis, kami balik ke rumah kawan kat Bahau...balik brehat...pkl 6.30 ptg..keluar lagi...hehehe..sesi mengisi perut plak...kat pekan Bahau juga lokasinya

Gerai yang kami singgah

aku punya order...nasi goreng ladna...nyum3x..sedap!

Kuew Tiow Kerang Goreng...kwnku punya order

My BFF bersama jus tembikai gelas besar punya
Inilah My BFF.bakal diijab kabul 21 Mei nanti..insyaAllah..harus aku pulang ke kampung nanti...kena jadi pengepitnya katanya..

Keesokkanya adalah sesi ke rumah mak andam..sesi tempahan baju pengantin plak...waaahh cuti2 betol aku kali ini..