Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Friday, February 15, 2013

SAHUT

Saya ke SAHUT baru-baru ini. Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu. Hantar adik sepupu. Jauh perjalanannya dari Kota Bharu ke Kuala Berang. Di sebabkan hujan yang agak lebat sepanjang jalan, kami bertolak dari jam 9.30am, pkl 3.40 pm baru sampai. Termasuklah kami berhenti di pekan Kuala Berang untuk makan tengah hari.


Kali pertama saya jejakkan kaki di sekolah berasrama penuh. Saya hanya pernah bersekolah di sekolah teknik sahaja. Beruntunglah bagi yang dapat belajar di SBP. Banyak kemudahan yang dapat. :-)

Semoga sukses adikku, Nur Syahirah.

posted from Bloggeroid

Thursday, February 14, 2013

Wednesday, February 6, 2013

Kuih Bakul, Selamat Tahun Baru Cina


Bila tiba je musim perayaan Tahun Baru Cina, benda yang paling saya teringat adalah kuih bakul. Dulu, sewaktu zaman sekolah rendah, uncle Ho selalu bagi kat abah saya bila tiba time CNY. Dah jadi makanan kegemaran saya. Rasanya sedap walaupun sedikit liat. Rupanyan macam dodol. Rasanya xsama.

Tapi sekarang dah jarang boleh jumpa. Orang cina sekarang dah tak makan kuih bakul ke? Mujur masih ada dijual kat pasar raya. Baru-baru ni saya ada beli. Tapi yang dalam bekas plastik. Cuba rasa. Urppp..tak sesedap rasa dengan yang betul-betul asli, iaitu yang dibuat dalam daun pisang. Rupa dan warna pun dah berbeza.

Saya rasa nak cuba beli yang dalam daun pisanglah. Harap-harap sedaplah rasanya macam yang pernah saya rasa zaman kecil-kecil dulu.

Oh, lupa! Nama lain bagi Kuih Bakul ni ialah Golden Cake.

Selamat menyambut tahun baru Cina dan selamat bercuti semua!

posted from Bloggeroid

Friday, February 1, 2013

Febuari Menjelma

Assalamualaikum

Kini dah masuk bulan Febuari...begitu cepat terasa masa berlalu. Apa yang kita sedang, telah dan akan buat sebenarnya?
Usia pon kian bertambah. Uban pun semakin bertambah juga. Rambut semakin berkurang. Antibodi sudah berkurang. Jadi, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

posted from Bloggeroid