Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Sunday, August 18, 2013

Rasa

Rasa

Aku punya rasa
Rasa gembira
Rasa suka
Rasa sedih
Kadang-kadang
Datangnya rasa runsing
Rasa Serabut
Dan kalau
Semua rasa itu bercampur
Boleh jadi gila
Mungkin
Rasa pasrah
Berserah
Mungkin terubat

#omarina#18.08.13#15:18

posted from Bloggeroid

Hensem Anugerah Allah

MasyaAllah, hensemnya dia. Senyum dia. Wajah dia. Bersih. Allahhuakhbar, saya jatuh cinta seketika.

Kenapa seketika?

Sebab si dia sudah pun berumah tangga dan memiliki 3 orang cahaya mata. Itulah anugerah yang Allah berikan kepada dia.

Dia merupakan seorang kapten. Juruterbang tentera darat unit udara.

#Tom Cruise

posted from Bloggeroid

Friday, August 16, 2013

Rayyan Talhah

Selamat datang ke dunia my dear Rayyan Talhah bin Mohd Johari. Eh, siapa dia tu? Ha..ni la anak saudara saya yang ke 5.



Yang bongsu dah ni. Sebab maknya telah diikat. Tak boleh beranak lagi. Kali kedua beranak belah. Tahun lepas pun belah juga masa lahirkan Arika Sofea. Jarak dekat. Jadi, sangat bahaya untuk si ibu.

Semoga Rayyan Talhah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. Hormat orang tua.

Ingat cik sue juga ya. Kesian cik sue ni, masih belum bertemu jodoh lagi. Umur pon dah tua dah. Sob3x. Terasa sebatang kara pulak.

posted from Bloggeroid

Dah Panjat Bukit Broga

Diam tak diam, kejap ke masa berlalu. Pantas pulak tu.

Ni gambar kenangan kami panjat Bukit Broga bulan April lepas. Teruja dengan BFF saya yang teyiba call nak datang Klang ajak saya semata-mata nak panjat Broga ni. Kebetulan saya baru je habis kursus asas jurulatih pusat KO Negeri Selangor selama 5hari. Penat dan sakit badan pun tak hilang lagi masa tu. Tapi, disebabkan saya pun teruja juga untuk mendaki lagi, maka saya ON kan plan my bff saya tu. Biarpun saya pun baru shj turun dari mendaki bukit di Pusat Ko Selangor.

Teruja..teruja..dan teruja...

Kesian Bff saya, sebabkan saya dia terpaksa tunggu saya yang agak slow bergerak. Tenaga dah lemah sebenarnya. Kami naik pun dah agak lewat, pukul 9 pagi. Nak buat macam mana, tersalah jalan punya pasal. Lama pusingnya. Baru sampai Semenyih. Hehe..sorry my dear..salah tunjuk jalan.

Masa kami naik, ramai yang dah turun. Tapi ok lagi sebab masih ada lagi yg naik bersama kami. Kiranya takdelah mendaki bertiga je. Saya naik tak sampai ke puncak pun. Tak larat sangat dah. Biarlah, asal dah jejak kat sana.

Bagi saya, naik Broga tak best sangat. Sebab tak banyak pokok. Kira tak nampak macam dalam hutan sangatlah. Boleh jadi, sebab pokok kurang, jadi saya cepat penat masa mendaki tu. Oksigen kurang. Hehe.. Saya lebih suka mendaki tempat yang banyak pokok.sejuk je rasa.

Broga punya view cantik. Rugi tak bergambar banyak-banyak. Kamera pun tak bawa. Bateri fon dah habis. Aish..
Tapi, Rasanya Broga dah tak secantik yang dulu kot, time Sheikh Muzaffar buat photoshoot wedding dia. Sebab mcm dh gondol skit kawasannya.

Ada sorang uncle, tegur saya...wahh..u panjat bukit pun pakai beg LV ka? Hehe..saya senyum je. Uncle tu tak tahu sebenarnya beg tu beg LV celup jer. Beli kat Rantau Panjang, RM25.00 3tahun lepas. Bukan takde beg pack, tapi beg tu masih terisi dengan baju-baju yang balik dari kursus. Belum buka lagi. Hihi..ingat nak hantar dobi terus senang dan tak larat nak basuh.

Dan satu lagi. First time saya mendaki, hanya pakai kasut Crocs je. Nasib baik tak melecet. Dahla tak berstokin. Iskh3x. Kenapa saya pakai crocs? Sebab..kasut sukan saya basah. Dua pasang. Belum bersih lagi.

Next...? Nak panjat bukit dan gunung mana plak ya?

Kalau diizinkan Allah, bulan 9 ni saya nak tawan Gunung Nuang plak...


posted from Bloggeroid

Thursday, August 15, 2013

Balik ke Lubuk Rezeki

Syawal ke 6. Saya dah bertolak balik ke Selangor. Biarpun cuti masih berbaki. Ini gambar-gambar yang saya sempat snap dalam perjalanan.

Laluan kali ini berbeza. Biasanya saya akan guna laluan ke Gua Musang-Kuala Lumpur atau melalui Lebuh Raya Pantai Timur, Terengganu.

Kali ini saya melalui Grik, Perak.


Sumber pendapatan, pakcik ni amik upah mengangkut barang dengan menggunakan motorsikalnya.


Laluan ke Jeli, Grik masuk dari Rantau Panjang, akan keluar di pintu 3 Rantau Panjang.


Sementara tu, singgah sebentar di Rantau Panjang untuk makan Mee Celup.

Laluan perjalanan lancar. Alhamdulillah. Cuma terdapat lori yang membawa muatan batu pasir terbalik dibahu jalan laluan sebelah.


Perjalanan dari jam 11.30, sampai rumah 11.00 malam. Pemanduan yang santai oleh suami sepupu. Singgah solat di Kuala Kangsar. Singgah makan malam di bandar Puchong.

posted from Bloggeroid

Kampungku

Banyak yang sudah berubah.
Inilah pemandangan depan rumah saya di kampung.
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.


Banyak kenangan disini. Sekarang ni, rumah peninggalan arwah atok telah menjadi milik pakcik saya.

posted from Bloggeroid

Friday, August 9, 2013

Gaun Pink Untuk Arika Sofea


Baju ini saya beli khas untuk Arika Sofea bt Mohd Johari, ank saudara tunggal perempuan saya.
Saya beli di Kenanga Wholesale Centre di kuala lumpur baru-baru ni. First time ke sana dengan rakan sekerja. Seharian meronda. Seronok.

posted from Bloggeroid

Syawal yang Masih Sama

Salam Syawal 2013.

Sambutan syawal saya pada tahun ini biasa2 sahaja. Baju raya pun takde. Pakai baju yang sedia ada. Suasana pun sama sahaja seperti tahun2 sudah. Tiada keterujaan dihati. Entahlah. Mungkin sebab saya menumpang family orang kot.
Saya menumpang family pakcik saya sejak saya berumur 14 tahun. Jadi, persediaan syawal saya tiada yang special bg saya. Hambar di hati. Hambar juga suasana bagi saya.
Pernah juga saya tidak pulang ke kampung time raya. Tiada siapa yang peduli. Kehadiran saya atau ketiadaan saya di kampung pada hari raya tidak memberi kesan kepada orang2 kampung saya.

Nasib orang menumpang.

Bersyukurlah apa yang ada.masih ada insan yang tak dapat menyambut kemeriahan syawal dengan sempurna.

posted from Bloggeroid

Kenangan Iftar 2013


Kenangan iftar bersama anak murid tingkatan 1b. Kami berenam je. Teruja sungguh diorang bila saya bagitahu yang saya akan bawa mereka berbuka di KFC.

Saya Terhibur.

Sepanjang bulan ramadhan tahun ini, 3 kali je saya berbuka puasa berteman sebelum blk kampung. Jika tak, saya berbuka sorang2 dirumah. Kadang2 masak, selebihnya beli je di bazar ramadhan Andalas.

Sedih betul kan, kehidupan seorang bujang ni. Hehe..inilah satu cara saya menghiburkan hati saya.

Bersabar dalam menanti kehadiran jodoh saya.
posted from Bloggeroid