Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Friday, August 9, 2013

Syawal yang Masih Sama

Salam Syawal 2013.

Sambutan syawal saya pada tahun ini biasa2 sahaja. Baju raya pun takde. Pakai baju yang sedia ada. Suasana pun sama sahaja seperti tahun2 sudah. Tiada keterujaan dihati. Entahlah. Mungkin sebab saya menumpang family orang kot.
Saya menumpang family pakcik saya sejak saya berumur 14 tahun. Jadi, persediaan syawal saya tiada yang special bg saya. Hambar di hati. Hambar juga suasana bagi saya.
Pernah juga saya tidak pulang ke kampung time raya. Tiada siapa yang peduli. Kehadiran saya atau ketiadaan saya di kampung pada hari raya tidak memberi kesan kepada orang2 kampung saya.

Nasib orang menumpang.

Bersyukurlah apa yang ada.masih ada insan yang tak dapat menyambut kemeriahan syawal dengan sempurna.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment