Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Wednesday, September 21, 2016

Simpanan Anak

#SimpananAnak

1) Bukalah akaun Tabung Haji anak dengan deposit RM100. Paling lewat waktu anak berumur 6 bulan.
2) Simpan duit anak secara konsisten ke Tabung Haji anak i.e RM30 sebulan (RM1 sehari).
3) Buat direct debit lebih memudahkan urusan.
4) Jika potong gaji setiap bulan lagi menyenangkan.
5) Selepas 17 tahun, perlu buat persediaan anak mahu melanjutkan pengajian, anak kita sudah ada lebih RM10k:

Nilai prinsipal: RM6220
Nilai dividen: RM4706
Jumlah simpanan: RM10926

6) Ini tidak masuk lagi duit raya anak, duit tabungan anak dan lain-lain, jumlahnya akan meningkat lagi.
7) Kalau terguna duit anak mesti kita ganti, anak pun tidak sedih hati.
8) Ingatlah simpanan hari ini memudahkan hidup anak di kemudian hari.

Via Kredit FB Nur Izah

Thursday, September 15, 2016

Jahit Baju Sendiri

Baju.
Jahit baju.
Zaman belajar di USM Penang dulu 2009, sempat juga masuk kelas menjahit dengan aunty cina. Lokasinya saya dah lupa. Seronok. Sempatla siapkan 1 pasang baju kurung traditional dan 1 pasang baju kurung riau. Yuran ketika itu rm200.

Kemudian, setelah dapat posting di Selangor 2010, rajin jugak masuk kelas jahitan anjuran Kolej Komuniti Klang. Pada masa itu yurannya RM10 sahaja termasuk bahan jahitan. Sangat berbaloi. Dapat sijil. Tetapi sekarang ni yurannya dah naik seiring dengan peredaran masa.

Kini, saya kembali rindu untuk menjahit kembali. Setelah sekian ilmu yang di cari sebelum ini tidak dipraktikkan. Sesungguhnya saya berasa amat rugi. Kengkangan masa sangat mencemburui saya.

Dengan harapan cuti sekolah akhir tahun ini saya dapat mencari gali kembali ilmu jahitan.

Periuk Noxxa Idaman Hati



Periuk Tekanan Noxxa keluaran Amway.
Periuk ini telah menjadi idaman hati semua wanita di muka bumi Malaysia ini termasuklah saya.

Tak sabar rasanya nak dapatkannya. Hujung bulan baru berpeluang untuk dapat setelah saya sekeluarga balik bercuti di kampung sempena hari raya Aidiladha selama seminggu.

Dengan harapan, saya lebih rajin dan berkesempatan untuk masak buat suami dan anak tercinta.

Katanya periuk ajaib. Dapat masak macam-macam. Cepat. Jimat masa.

Haiss...tak sabarnya.

Ketua Geng Kapak Dicekup Rompak Kedai 24 Jam

KUALA LUMPUR: Tujuh lelaki termasuk ketua kumpulan Geng Kapak dipercayai aktif melakukan samun di kedai serbaneka 24 jam sekitar daerah Wangsa Maju ditahan dalam serbuan pada Ahad sehingga Selasa Lepas.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata lelaki berusia 19 tahun yang juga ketua kumpulan Geng Kapak atau dikenali Geng Lan Keramat ditahan selepas menyamun sebuah kedai serbaneka 24 Jam di Metro Pudu, di sini pada Ahad.
Katanya, lelaki itu gagal melarikan diri ketika polis membuat rondaan di sekitar kawasan itu.
"Hasil soal siasat ke atas suspek, polis dapat menjejaki tiga lagi ahli kumpulan itu yang berusia antara 19 dan 22 tahun serta menahan mereka sekitar Keramat dan Wangsa Maju pada Isnin lepas," katanya pada sidang media di sini pada Khamis.
Beliau berkata, kumpulan berkenaan yang aktif sejak Julai lepas dipercayai terlibat dalam lima kes samun kedai serbaneka 24 jam dan sebuah pusat karaoke.
Kesemua suspek ditahan reman bermula Isnin lepas sehingga 19 September ini, katanya.
Dalam kes berasingan, Mohamad Roy berkata tiga lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam kegiatan samun kedai serbaneka 24 jam di Taman Melati, Isnin lepas.
Katanya, kesemua suspek yang berusia lingkungan 20 hingga 26 tahun itu ditahan di sekitar Gombak pada Selasa lepas.
"Mereka dipercayai aktif melakukan samun sekitar Mei lepas dan kini ditahan reman selama tiga hari bermula semalam," katanya.
Kesemua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun menggunakan senjata secara berkumpulan. - BERNAMA

#bahayanya la sekarang ni. Ya Allah, Lindungilah hamba-hamba mu.