Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan

1 Ramadhan 1432H bersamaan 1 Ogos 2011
Selamat Bersahur!
Selamat Berpuasa!
Selamat Berbuka!

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh menggunakan teleskop untuk melihat anak bulan Ramadhan di Menara Kuala Lumpur, Ahad. - Foto BERNAMA

Wednesday, July 27, 2011

Reward untuk diri bulan Julai

Malam tadi lepas balik dari sekolah, aku ngn 3 lagi kawan trus menuju ke Jj Bukit Tinggi. Hehe...plannya nak teman salah sorang kawan tu p beli broadband. Tak pasal kena ada broadband gara2 kerja sekolah yang menimbun dan perlu di settlekan secara online di rumah. Nak siapkan kat sekolah, jangan harap ler sempatnya. Survey sume telco, akhirnya Maxis Broadband menjadi pilihan kawanku itu.

Owh, sempat gak aku rembat sepasang kasut utk dipakai g kerja dengan harga RM29.90 setelah discount  50%. reward utk diri sendiri, setelah dapat gaji :D..Jj Bkt Tinggi tengah wat carnival shoes skg..kemudian aku g beli seutas jam tangan plak. Terpaksa beli sebab jam tangan OMEGA pasar malam aku, dah tak boleh di pakai lg dah, sebulan jer tahan...bawak g camping terus hancus! Tak tahan lasak kott.. :p

 



BE ku yang pertama dari Nuffnang Malaysia

teruja tengok akaun nuffangku malam tadi..tetiba muncul kolum baru. Eh, dah dapat BE yang pertama! wahahaa...sangat suka..sengeh sorang2 depan laptop. Terima kasih Nuffnang dan Proton Saga sebab sudi bagi BE. Malam tadi  tengok ade RM0.08, dan pagi ni tengok lagi, bertambah lagi. Walaupun tak seberapa, tetapi buat aku teruja..heeeeeeee



# BE - Buffered Earning

Friday, July 15, 2011

THANK YOU


dua insan ini
yang menjadi penghibur
dan pengubat hatiku,
tahun 2010 dalam ingatan
Nur Rahmi dan Ammar Danish
rindunya pada mereka berdua

Thursday, July 14, 2011

Ice Blended Pelbagai Rasa






Ice Blended pelbagai perisa....mango + guava + sirap + nata de coco....best2!

Tuesday, July 12, 2011

Harper Seven Beckham Nama Anak Victoria

Harper Seven Beckham Nama Anak Victoria 
 
Pasangan bahagia ini dianugerahkan seorang cahaya mata perempuan.
 
SEPANJANG dalam tempoh hamil, beberapa nama telah disenaraikan untuk diberikan kepada bayi perempuan yang masih dalam kandungan Victoria Beckham.

Malah nama Justina Bieber turut tersenarai sebagai nama anak keempat pemain bola sepak David Beckham.
Bagaimanapun, Beckham yang sangat teruja dengan kelahiran bayinya itu pada Ahad sempat menulis pada akaun Twitter miliknya.

"Saya sangat bangga dan bahagia untuk mengumumkan kelahiran puteri kami yang diberi nama Harper Seven Beckham. Ia lahir pada 7.55 pagi tadi (Ahad) di Los Angeles," tulisnya.

Tambah Beckham, isterinya berada dalam keadaan sihat, manakala anak-anaknya yang lain sangat gembira menyambut kelahiran adik mereka itu.

Seperti dipetik dari DailyMail, Harper, nama berkenaan adalah nama Inggeris kuno yang sangat disukai oleh Victoria manakala Seven pula merupakan nombor bertuah iaitu dilahirkan pada pukul tujuh pada bulan tujuh.

Giant Shah Alam

Giant Shah Alam dah siap buat promosi untuk raya, dasyat sungguh. Belum pun lagi puasa.

Gambar ni aku amik 2 hari lepas

Monday, July 11, 2011

Aku dan McD

Gambar Kenangan aku beruniform McD. 
Hampir 6 bulan aku berkerja dengan McD. 
Suatu pengalaman yang sangat berharga.
Memang tak dapat dilupakan.

Sunday, July 10, 2011

Printer Merajuk

Printerku telah merajuk,
external inknya takmau jalan masuk ke katrij...
uwaaaaaa..
janganlah wat problem time gawat camni, printer..
soklan ujian belom print lagi nih.

esok nak g beli picagari yang besar, 
nak sedut angin,
bagi inknya masuk ke katrij balik.
ayaaa!

Saturday, July 9, 2011

Friday, July 8, 2011

Kasut Ekspedisi


Kasut ini aku beli khas untuk pakai masa ekspedisi Pengakap
Ekspedisi Berjalan Kaki sejauh 12KM hujung bulan Julai nanti
Agak-agak la kan, sesuai tak kasut ni untuk dipakai berjalan lasak? 
Main beli jer ni. Kat Kedai kasut BATA Seksyen 23 Shah Alam
Ini jer pilihan yang mampu buat masa ni :D

Giveaway Fridge Magnet Daydeck86 = CMB Mahukannya, Boleh?

Salam 1 Malaysia untuk semua...........heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...
Di pagi hari Jumaat yang mulia ini, 
tetiba plak aku teringin nak memiliki Giveaway Fridge Magnet dari Daydeck
yang skangni tengah bermurah hati untuk diberikan kepada yang bertuah. 

Oh, Daydeck, daku baru jer mengetahui kewujudan blog kamu melalui blog CikLilyPutih. Terus jatuh hati untuk sertainya GA ni jugak.

Ni hah! Banyak giler FM Daydeck yang dia nak bagi.


Harapnya..diri ini bertuah untuk memiliki FM dari Daydeck86.
Korang boleh [klik sini]untuk  sampai terus ke Daydeck86 dan boleh memilikinya juga! Tarikh tutup 15 Julai 2011...ha..tak lama dah tuh.

Wednesday, July 6, 2011

Air Bandung Sejuk

Sirap + Susu + Ais = Air Bandung Sejuk

urrmmmmmmmmmmmmm...lega... pekena 1 mug time berbuka puasa tadi.

Penyapu dan penyodok

Biasanya, ada penyapu, ada lah penyodoknya, Betul tak?.Hehe.. Comel tak penyapu dan penyodok saya nih?

Baru beli nih, kat Mydin Putrajaya bulan lepas. Ahaks..Tapi bau jer guna 2 hari lepas.Yang ni versi kecik punya..RM2.90. Harga bergantung pada size dan kedai.. Alaaa, beli untuk sapu habuk2 kecil jer. Eh, habuk mestilah kecil! Apa daaa.... 

Aku, bila tengok penyapu dan penyodok kecik macam ni, aku teringat kat arwah Datuk. First time tahu kewujudan penyapu penyodok kecil macam ni dari arwah. Tahun 2000 dulu. Beliau yang mula beli.. Arwah beli untuk sapu tahi cicak dalam biliknya. Arwah beli kaler Oren. Masih ada  dan berguna lagi hingga kini kat kampung aku. Nak beli kaler Oren gak, tapi takde stok, so rembat kaler Pinklah, cantik juga ya!

p/s: makin rajin sapu bilik guna penyapu penyodok comel ini.... ^_*

Tuesday, July 5, 2011

Boling Buah Kelapa

Sempena Hari Keusahawanan 2011 kat sekolah, aku jadi tauke gerai permainan Boling Buah Kelapa. Alhamdulillah..sib baik berbalik modal yang aku guna . Banyak gerai-gerai yang dibuka, selain dari gerai permainan, ada gerai makanan, minuman dan gerai jualan pelbagai.






Syarat Permainan: Kelapa perlu dileretkan, tak boleh di baling.


Bajuku


Macamnilah jadinya rak baju, bila tuannya asyik "outstation" . Kesian plak nengoknye. Basuh, kering, sangkut, pakai balik, basuh, kering sangkut. Bertuah betul!. Hujung bulan ni kena g camping lg.. Bila la boleh kembali ke sedia kala ni?.

Monday, July 4, 2011

Lirik - Satu Cinta

Suka dengar nasyid ni...sejuk dengar bait-bait liriknya..sedap melodinya


SATU CINTA- STAR FIVE

Ku memohon dalam sujud kepadaMu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
pendirianku
Keimananku
Ku memohon dalam sujud kepadaMU

Engkau satu cinta yang selamanya aku cari
Tiada waktu kutinggalkan
demi cintaku kepadaMU
Walau seribu rintangan kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini, hanya padaMU
ku pasrahkan....

Engkau satu cintayang selamanya aku cari
Tiada waktu kutinggalkan demi cintaku kepadaMU
Walau seribu rintangan kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini, hanya padaMU
ku pasrahkan..

Oh Tuhan selamatkanlah hamba ini
Dari segala fatomorgana dunia
Oh Tuhan jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

Engkau satu cinta, yang selamanya aku cari
Tiada waktu kutinggalkan demi cintaku kepadaMU
Walau seribu rintangan kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati in hanya padaMU

Geram Tengok Lagi Best!

2 minggu lepas...sempat la singgah kat kedai kete produa. Tujuannya memang nak tengok Lagi Best!. perghh..memang Best la rekaan dalaman dia yang baru dan ternyata berbeza lah dari myvi yang lama..tp aku lebih suka tengok rekaan sistem radio yg premium punya berbanding yang Elegance. Yang Elegance tak nampak macam elegance pon, nampak macam yang murah punya jer....kui kui...kui..jgn marah ek pemilik Myvi Elegance..
Lepas belek-belek tengok...kazen aku sempat gak le menempahnya. Lepas raya kot baru dapat kata salesman kat Perodua yg dekat dengan Giant Klang tuh.. Amik kaler putih gak..sama cam aku..dulu kemain lagi kutuk kete aku, putih tak lawa la, pastu nampak kotor la...alih-alih, dia plak yang book kaler putih..cehhhh

Apa-apa pun aku lagi suka rekaan body myvi yang lama...yang baru ni tak nampak macam myvi..yang lama la yang ORI kan..kan.comel..comel...hehe...cik putihku sayang.....MYvi Putih dan kete putih yang lain memang cun, berbanding warna lain..sila jangan marah ek pemilik kereta warna lain.

Saturday, July 2, 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia 2011

owh...sangat lah terkejut tulang besi urat dawai ku hari ni..mana taknya..dah hampir 2 tahun aku tidak berlari-larian dalam jarak yang jauh sejak aku jatuh tersembam dulu. Hari ni tetiba aku dengan penuh semangat menyertai larian 1 Malaysia nih. Kemain duk depan garisan permulalaan, selang 200 meter..dah kena pintas...uh..ah..uh..ah..semput beb..nafas naik turun..lama tak berlari...pancit dah...pancit..tapi larian diteruskan juga, biarpun tak mendapat tempat 1-10, dapat 100plus 1 tin pun jadilah!



Penat wehh....dah mula rasa lenguh-lenguh badan ni..malamni tido lena punya..Tapi esok pagi kena g sekolah lagi. Ade Hari Keusahawanan 2011 plak..kelas aku buka gerai untuk permainan Boling Kelapa..tapi aku bengang giler tadi bila dapat tahu ada kelas lain buat game yang sama..adoiiiii..nih kes tipu ! Bohongla cikgu kelas tu tak tahu dah ade kelas yang buat game nih..padahal kelas aku yg 1st tulis nama dalam borang tempahan.h..aku benganggggggggggg!!!!!!!!!!..tak pasal kena fikir strategi nak tarik lebih perhatian pelanggang esok...nasib badan la..

owh..baru ku sedar yang minggu ni aku bekerja 7 hari seminggu..kalah Bangla weiii!!

TAHNIAH! Hassan Juara 'Imam Muda 2'

Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza diumumkan sebagai juara Imam Muda Musim Kedua selepas berakhirnya program itu di Pusat Islam di sini, Jumaat malam.
 
KUALA LUMPUR: Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza (Hassan), 26, dinobatkan sebagai juara program pencarian Imam Muda musim kedua (IM2) selepas mengetepikan Nazrul Izwan Zolkiflee (Nazrul), 26, pada malam kemuncak yang berlangsung di Dewan Muktamar, Pusat Islam Jabatan Agama Islam Wilayah, di sini, Jumaat.

Menurut Mudir (Pengetua) Datuk Hassan Mahmood Al-Hafiz yang mengetuai penjurian dua finalis tersebut, Hassan dipilih sebagai pemenang berdasarkan prestasi yang konsisten dan sahsiah diri yang menyenangkan.
"Sebenarnya markah penilaian antara Hassan dan Nazrul tidak jauh berbeza. Cuma Hassan mempunyai kelebihan lima markah saja.

"Hassan mempunyai kelebihan pada penilaian teori yang konsisten sepanjang 10 minggu ini, selain suara yang lunak dan tidak lekang dengan senyuman," katanya.

Hassan yang terkejut dengan kemenangan itu berasa seperti bermimpi selepas dipilih sebagai juara.
"Saya bersyukur dan seronok. Rasa bagai bermimpi kerana tidak menjangkakan kejayaan ini. Ia adalah satu keajaiban dalam diri saya," katanya.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (tengah) beramah mesra dengan Juara Imam Muda musim kedua, Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza (kanan) selepas kemuncak Imam Muda Musim Kedua di Pusat Islam di sini, Jumaat malam.
 
Kemenangan tersebut melayakkan Hassan membawa pulang hadiah tajaan biasiswa penuh pengajian di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, kereta Proton Exora, pakej haji dan umrah serta wang tunai RM55 ribu.

Dia juga menerima sebuah iPad, telefon bimbit, voucer Perabot Jati bernilai RM15 ribu, komputer riba Macbook, pakej percutian ke Vietnam, kamera digital dan trofi.

Selaku naib juara, Nazrul berkata dia tidak berasa kecewa walaupun tertewas di pentas akhir.
"Saya tidak berasa kecewa kerana tidak menyangka akan mara ke final.

"Lagipun matlamat saya menyertai IM2 bukan untuk mengejar gelaran tetapi untuk berbakti pada masyarakat menerusi ilmu dan pengalaman yang diperolehi di sini," katanya.

Nazrul menerima biasiswa pengajian di universiti yang sama, kereta Proton Persona dan wang tunai sebanyak RM20 ribu.

Pemuda dari Johor ini juga menerima voucer Perabot Jati bernilai RM10 ribu, pakej umrah, komputer riba Macbook, pakej percutian ke Vietnam, kamera digital, telefon bimbit dan trofi.

Sementara itu, lapan lagi peserta yang sudah tersingkir menerima biasiswa pengajian di universiti yang sama, pakej umrah, iPad, pakej percutian, kamera digital, telefon bimbit dan trofi.

Kesemua 10 peserta IM2 turut diberikan sijil pentauliahan dan penghargaan daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Persembahan selingan pada malam itu dihiburkan oleh penyanyi Mawi dan pendakwah Akhil Hayy menerusi lagu Hambamu.

Hassan dan Nazrul mara ke pentas akhir selepas mengetepikan lapan peserta iaitu Amar, Ali, Azlan, Fadli, Fatah, Fakhrul, Mujahid dan Najdi sepanjang 10 minggu program berlangsung.

Malam kemuncak IM2 bersiaran secara langsung pada pukul 9 malam di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro HD (saluran 188).

Petikan dari mstaron9