Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Tuesday, September 20, 2011

Pelajar tahun lima mati dihempap tiang gol

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Takziah kepada Kak Faizah (rakan sekerjaku) kerana anaknya telah kembali ke rahmatullah setelah dihempap oleh tiang gol ketika sedang bermain bola sepak sabtu lepas (17 sept 2011) .Al- Fatihah untuk arwah..semoga rohnya dicucuri Rahmat olehNYA.

kata-kata terakhir arwah kepada ustaznya pada hari terakhir persekolahan jumaat lepas, " ustaz, saya meninggal nanti mesti popular". 

Memang tidak disangka kata2nya itu telah menjadi nyata, kerna kejadian ini telah mendapat liputan dar media masa elektronik dan cetak.

ARKIB : 19/09/2011 - http://www.utusan.com.my

Pelajar tahun lima mati dihempap tiang gol

KLANG 18 Sept. - Seorang pelajar tahun lima maut setelah cedera parah di kepala akibat dihempap tiang gol ketika bermain bola sepak di Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa 1, Klang, di sini petang semalam.
Dalam kejadian pukul 6 petang itu, mangsa, Mohd. Fakrul Amin Abdul Rahman (gambar), 11, murid Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Jawa 2, mengalami pendarahan teruk selain retak tempurung kepala.
Bapa Allahyarham, Abdul Rahman Sarbaini, 41, berkata, dia mendapat tahu insiden malang itu setelah dimaklumkan rakan-rakan anaknya yang bergegas ke rumahnya di Kuarters Guru Kampung Jawa.
Dia yang terus ke padang sekolah berkenaan melihat anaknya terbaring dan tidak bergerak, dengan kesan darah di kepala.
"Saya segera mengangkat Mohd. Fakrul Amin dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Doktor kemudian memaklumkan anak saya telah meninggal dunia, pukul 7 petang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambah Abdul Rahman yang bekerja sebagai operator kilang di Seksyen 16, Shah Alam, jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Jati, di sini selepas solat Zohor hari ini.
Abdul Rahman berkata, Allahyarham yang merupakan anak keempat daripada lapan beradik itu merupakan seorang yang aktif dan meminati sukan bola sepak.
"Anak saya selalu bermain bola sepak pada waktu petang di padang sekolah berkenaan dan amat meminati pasukan bola sepak Inggeris, Liverpool," ujarnya.
Abdul Rahman sedih kerana Allahyarham tidak sempat membeli kasut bola setelah mengumpul duit raya sebanyak RM120 baru-baru ini.
Pengarah Pelajaran negeri, Abdullah Mat Derus ketika dihubungi hari ini memberi jaminan akan mengadakan siasatan apabila mendapat laporan lengkap mengenai perkara itu.

1 comment:

  1. Takziah...semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 beriman...

    ReplyDelete