Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Thursday, August 11, 2011

Bedah Mulut.. Thank You Dr Stella

dup dap dup dap..jantung ku berdegup...hehe..agak berdebar juga rasanya menunggu saat itu.


Semalam aku ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang..3 kali pusing hospital baru dapat parking kereta. Alhamdulillah, dapat parking dekat dengan pintu masuk hospital. Terus aku menuju ke Klinik Bedah Mulut....Jeng..jeng..jeng..bersedia!

Temujanji pukul 2 petang, aku sampai 10 minit awal. 2.20 petang nama dipanggil. Mujurlah tidak terlalu lama menunggu.

Apa aku buat kt Klinik Bedah Mulut ek? Haha...

Mula-mula, Dr Stella menerangkan risiko semasa dan selepas pembedahan dilakukan.

1) Perlu dibius sebanyak 2 jarum..kena sign surat kebenaran untuk dibius terlebih dahulu...Ubat bius yang digunakan adalah jenis tempatan katanya. - Ok...aku sign.

2) Mata akan ditutup - untuk keselamatan patient. Tak boleh tengok alatan yang digunakan, takot nanti terkejut dan takut..haha... - Ok..mata ditutup dengan kain.

3) Ubat bius ni akan bertahan lebih kurang 3-4 jam sahaja. Kalau sakit nanti, sila makan ubat tahan sakit yang telah dibekalkan. - Ok doktor.

4) Objek dalam kedudukan melintang, jadi ia perlu di belah dua. Mungkin agak sakit sedikit.- Sakit, sila angkat tangan bagi respon pada doktor.

5) Kedudukan Objek juga terletak diantara saraf, jadi ada risiko disitu.

6) Perlunya penjagaan mulut yang rapi. Gosok gigi selepas makan, 30 minit selepas itu, sila berkumur. Guna syringe untuk bahagian belakang. Risikonya, takut terjadi jangkitan kuman pada bahagian luka dan akan melibatkan saraf.

7) Tak boleh makan makan panas. Hanya makanan sejuk sahaja. Untuk pastikan tempat luka tidak berdarah, dan boleh cepat sembuh.Dan hanya boleh makan makanan yang lembut-lembut dan lembik-lembik sahaja.

8) Kebiasaannya, akan sembuh dalam sebulan sekiranya takde apa-apa masalah. Dan kemungkinan akan ada sedikit lebam di bahagian yang terlibat. - Mujur pakai tudung. Tak nampak nanti.
 

Alhamdulillah, tepat jam 3 petang, semua urusan siap. Dengan dengar bunyi gerudi yang gerung greng itu, akhirnya gigi bongsuku (3rd molar) sebelah kanan telah selamat dikeluarkan. Tidak terasa sakit sangat sebab kesan ubat bius masih ada. Tak perlu dibayar cajnya sebab guna GL..Lepas 3 jam, mak aihhh...berdenyut Ya Rabbi.

3 Hari dapat MC...tak tahu nak buat apa la plak kat rumah ni...nak keluar, muka bengkak sebelah...huhuhu...Makin kurus la nanti camgini.


Terima kasih Dr. Stella dan nurse, sebab memberikan khidmat yang baik kepada saya. Semoga saya cepat sembuh!

No comments:

Post a Comment